Rabu, 16 April 2008

Dari Saya Untuk Kamu..

~ (gagak hitam disebalik pohon) 1/10 hasil origami saya dan sahabat2 tertentu untuk projek subjek Pemikiran kami..hehe.. saja letak as hiasan..xde kena mengena pon ngn entri kali nie..maaf ye..hihi~
Assalamualaikum wbt..


hmm..before isyak tadi, seorang sahabat telah send artikel "dari saya untuk kamu" kepada saya melalui ym (instant messages)..



setiap nafas, sesiapa sahaja gemar membicarakan tentang cinta. cinta yang bagaimanakah yang mampu menjulang kita dalam arena yang gemilang?.. sudah tentu cinta pada Ilahi.. semua org tahu itu..dan berapa bnyk lirik lagu dan puisi yang mencoretkan tentang cinta Ilahi.. adakah ianya sekadar puisi semata-mata atau apa? maka dengan ini.. atas rasa tanggungjawab dan amanah yang diberikan.. InsyaAllah.. artikel ini berjaya serba sedikit membuka ruang mata hati saya dan para sahabat yang lain dalam menimbang or muhasabah diri masing2 atas kejahilan tersendiri. opps, maafkan saya, bukan artikel ini tp asbab artikel ini.. Allah bukakan pintu hati kita untuk menerima kebenaran..Waallahualam.. sama2 kita ambil pengajaran ye.. bak kata sahabat dunia akhirat saya, nurul amiza melalui ym "sbnarnye bukan utk kapel jer..boleh diaplikasi kan lam perkara lain" yupp! thats rite miza..bole amek pengajaran utk semo segi. InsyaAllah....ok..jom baca!..







KISAH UNTUK PERINGATAN BERSAMA...
(DARI SAYA UNTUK KAMU, DAN DARI KAMU UNTUK SAHABAT JUA SAHABIAH)
******************************************************************************
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna,
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka,
Saya nak join, kawan kata saya menyibuk
Ada pula yang kata saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah...
Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak..
Kononnnya nak tarik perhatian orang lain..
Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya..
Terutamanya budak-budak perempuan..
Budak-budak lelaki semua panggil saya ‘mat capub’ (cari publisiti)..
Tapi saya tak kisah... asalkan ada yang terhibur...
Tapi saya tetap merasakan kekosongan...
Memang lumrah manusia..
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita..
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’..
Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
“Adakah aku perlu bercinta?”
Dengan menggunkan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu...
Saya pula mula menanam tekad untuk ber ’couple’…
Dan masa itulah saya kenal awak..
Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah.. nak beli jugak..
Akhirya, dipendekkan cerita.. saya pun mulalah bercinta..
Masa bercinta memang saya sangat-sangat bersemangat.
Apa orang kata.. ’ALL OUT’lah..
Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya..
‘gayut’ malam-malam… kadang-kadang saya pun habis 10ringgit semalam..
Tapi segala pengorbanan yang dilakukan masa ber’couple’ tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Masa bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau..
Sikit-sikit gelak-gelak..
Kalau merajuk sama-sama pujuk..
Kalau birthday kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini, terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terfikir..
Biarlah kawan-kawan saya pandang semacam..
Kata saya macam-macam...
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah.. Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat dosa...
Dan saya kena berubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..
Menginginkan kebaikan..
Semua orang nak masuk syurga kan..?
Sejak dari saat itu, saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Quran..
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak..
Saya taknak jadi baik seorang diri..
Jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
Saya kejut awak bangun subuh.. (calling)
Saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mua awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah jadi alim, nak berhenti couple..
Saya kata, kita bukan buat benda salah..
Bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple ‘jiwang-jiwang je..
Ade yang siap wat maksiat lagi..
Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara’..
Tak guna ayat jiwang-jiwang..
Janji taknak jumpa takut berlaku maksiat..
Cuma sms dan call je..
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya slalu doa supaya kita akan kekal..
Sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran..
Kalau kita tidak berdakwah...
Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak...
Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-A’raf, surah ke tujuh, ayat ke 164 :
Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara meraka berkata : ” Mengapa kamu menasihati kaum yang ALLAH akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab : ” Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa”.

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik,
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa..
Saya mesti nak tegur..
Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman,
Ape lagi, tegur je la depan-depan..
Lepas tu, satu masa... Saya terbaca pasal couple..
“Couple Haram”
Saya tak percaya.. Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
Macam betul pulak... tapi biasalah...
Kalau kita suka satu benda tu..
Kita tetap akan cari alasan untuk ’membenarkan’ pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
Dan teruskan saja hubungan kita..
Kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang-pegang tangan..
Tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat... Tanya kabar... Borak-borak..
Siap bagi tazkirah lagi...
Apa yang haramnya benda ni?
Tak kisahlah...
Masa terus berlalu..
Masa ni dah dekat Trial SPM.. Lagi tiga minggu sebelum trial..
Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
Buat study group, pada masa yang sama beri tazkirah..
Ada yang terima.. Ada juga yang buat tak tahu..
Kadang-kadang bila tegur... saya kena marah pula..
Macam-macamlah alasannya..
Ada kata saya tegur tak berhikmah..
Ada yang kata saya nak menunjuk-nunjuk..
Tapi tak kisah..
Saya ada tempat mengadu..
Suatu masa.. Ketika sedang mentadabur Al-Quran seorang diri..
Saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain (mengejakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (taurat0? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Lepas tu terjumpa pula ayat ini...
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
“Alah kau tu.. cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak... sama je kau dengan kami.. tegur orang konon..”
Berfikir sejenak.. Sebenarnya ber’couple’ ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menanggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam saya fikir.. dipendekkan cerita skali lagi...
Saya mengikuti satu seminar dakwah di kedah..
Saya harap dengan seminar ini kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu.. saya masih sms dengan awak dalam bas..
Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya... ” Ni kira dakwah juga.. saling ingat-mengingati..”

Majlis malam itu berakhir dengan sesi taaruf, pukul 10 semua orang
dah bebas untuk aktiviti sendiri.. Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjan-panjangkan program sampai tengah malam..
Pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya fasilitator yang ada disitu...
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple..
Tapi saya teragak-agak..
”Kalaulah betul couple tu salah... habis tu nak buat macam mana?
Aku kena clash ke?
Alah, buat apa fakir macam tu… Tanya je la..”
“Er..macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal
seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la.
Bukan rapat biasa,tapi rapatla..”
“Bercinta ke?” saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kata...
Mesti dia marah nanti. Saya pun angguk.. Lepas tu saya tanya...
”Sebenarnya... couple ni boleh ke tak bang?”
“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan,
begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam,
perasaan itu perlu dikawal adan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga..
Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ surah ke 17,dalam ayat yang ke 32 :
“Dan janganlah kamu mendekati zina : sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”
“Tapi bang, saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina.
Niat kami baik,saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami.
Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi.
Kami selang-selang bagi.
Hari ni saya, esok dia.”
Saya tak mahu mengalah
“Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tidak menghalalkan cara..
Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.”
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjukkan saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puin-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalang mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Ankabut, Surah 29, ayat 38)
“Akhi, kalau anta faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah
setan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan.
Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi.
Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik.
Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta mesej dia, anta ingat Allah.
Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?”
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata. ”Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lagi.
Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama
menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”
”Em betul, anta dah janji taknak jumpa dia lagi. Anta dah dapat elakkan
Zina mata, zina tangan, zina kaki, kalau anta janji taknak call die pula, anta dapat elak
zina telinga dan zina lidah. Tapi anta masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila ber’couple’..”
”Zina hati?”Saya menduga..
”Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulallah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina itu. Anta boleh check dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulallah bersabda , mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun yang anta buat, anta tetap tak dapat lari dari zina hati.”
Saya terdiam kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brader tu kata tiada salahnya. Kemudian dia sambung.
”Ana dulu pun couple gak. Lagi lama dari anta. Sejak sekolah sampai masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau ikutkan besar masalah ana daripada anta.”
”Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ini. Sebab kami dah rapat sangat.” Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brader tu cerita benda ni. Nasib baik tak ada orang lain masa tu. Brader tu jawab.
”Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata dibelakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”
Saya terdiam lagi.
”Pasal dia pula, cuba anta fikirkan dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia juga buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta buat itu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri.”
Saya dah tak tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya sedar saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple itu haram. ”Jadi apa saya nak buat bang?”
”Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf,kita berakhir disini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.” ” Maksudnya, say atak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh saya hubngi mereka?”
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.
”Akhi, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13, ayat 11. Lagipun, anta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni. Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan.”
”Semuanya dah jelas rasanya. Nampaknya saya kena tinggalkan benda ni jugak. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasanya tak sanggup.” ”Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.” ”Eh, tak apalah bang, biar saya taip sendiri.”
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkan diri..
”Semuanya dah jelas, buat apa aku nak tangguh lagi..Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Aku slalu berdoa supaya dijauhkan maksiat... Jadi rasanya...”
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu...
”Assalamualaikum.. Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang berlaku. Kalau ada jodoh insyaAllah, akan bertemu juga. Assalamualaikum...”
Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika.. saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya saya dah hantar satu sms dan clash dengan awak..
”Terima kasih bang..” ” Takpe dah tanggungjawab.”
Malam tu saya tidur engan linangan air mata.. Tak sangka...., memang tak disangka... Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya..
Tetiba saya teringat ayat Allah ... Surah Al-Baqarah, ayat 216.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba.
Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta’lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tujuk segala dalil... Macam-macam yang berlaku..ada kritikan.. ada juga yang setuju.. tapi tak kisahlah semua tu...
Tiba-tiba satu pagi dapat ni, dapat sms daripada awak... awak bagi gambar bunga... bawah tu ada ayat...
”Seindah gubahan pertama..”
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya... Saya pun fikir... ”Kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya hantar la sms ni. Dan rasanya itulah yang terakhir..
”Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan ilahi... seindah manapun gubahan bunga itu, selagi tak mendapat keredhaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum...saya tahu, dulu saya cakap kalau ada jodoh, insyaallah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu..
Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah... Tiada penipuan, tidak pernah mengecewakan, itulah cinta abadi, cinta yang diredhai...
-Yang Terakhir-”
[SEND]
[SENDING}
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua demi redha Allah. ALLAH akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik.
Selamanya..
************************************************************************
Lepas baca cite ni kan, mungkin ada antara kita yang ingin menafikan kebenaran yang diceritakan. Bagi yang tengah couple akan pejam mata setelah baca cerita ni. Kita masih xdapat terima hakikat. Tak dapat untuk terima kenyataan. Setelah baca cerita ini kita dapat kenalpasti antara yang hak dan yang batil. Kita tak boleh menghalalkan sesuatu hanya kerana kita sukakannya. Islam telah menetapkannya dan ia pasti ada hikmahnya. Islam bukan complicated dan ia bukan tekanan bagi kita. Islam is the way of life. It simple, amalkan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang.

Dalam sesuatu perkara kita nampak ia jelas haram dan berdosa. Contohnya seperti meninggalkan solat, kita tahu hukumnya berdosa. Tetapi dalam couple kita menafikan dosa yang dilakukan. Apa yang haram akan kekal haram. Matlamat tidak akan menghalalkan cara. Kedamaian akan hilang andaikata sesuatu perkara yang haram itu dihalalkan, begitu juga jika sesuatu perkara yang halal itu diharamkan. Couple bukan cara kita dan ia bukanlah budaya islam. Jangan kita jadikannya suatu kebiasaan. Bila ia menjadi kebiasaan, orang lain akan mula menjadikan kita sebagai idolanya. Dalam kata lain, kepimpinan melalui teladan. Apakah teladan yang kita tinggalkan untuk generasi yang akan datang. Kita juga akan turut berdosa jika mereka menurut yang salah. Sama2lah kita ubah diri kita sebelum terlambat. Percayalah bahawa jodoh itu ditangan tuhan, bukannya ketentuan kita.
SEKIAN...MUNGKIN KITA BOLEH BERI PADA SAHABAT2 YANG MASIH DALAM DILEMA DUNIA COUPLE..Y NOT???

TERIMA KASIH



Selasa, 15 April 2008

Terima Kasih..


Assalamualaikum wbt.. sekadar renungan dan tatapan peribadi saya dalm blog ini.. mohon infinity kemaafan dari pihak2 yg terlibat. bukanlah bermaksud untuk memperbesar2kan cerita..tetapi pengajaran buat saya dalam dunia blog ini..maaf sekali lagi.. bg sesiapa yang xpaham apa yg saya coretkan atau permulaan cerita nie..harap abaikan.. juz take the points k..huhu..apa yg baik kita cuba amalkan..dan apa yg buruk itu..kita wat pengajaran..InsyaAllah..





assalamualaikum wbt saudari ummu afeera,membaca entri saudari kali ini mengingatkan saya beberapa kejadian membuatkan diri mnjadi lemah dijalan dakwah.manusia memang selalu nampak kesalahan orang lain dan teguran yang kita beri tak semestinya diterima,malah ada yang akan mengungkit kesalahan yang prnah kita lakukan.Namun itulah pahit maung seseorang bergelar daie,jalan ini bukanlah selurus dan seindah yang kita sangkakan.Hati manusia dipegang oleh Allah dan kita hanya mampu memberi peringatan sebagai saudara seislam.Bagi saya, komen seperti yang diberikan oleh 'anonymous' itu bukan sahaja berlaku di 'alam maya' tp dialam realiti pun wujud.Harap saudari tidak berasa lemah dengan komen sedemikian.mungkin ini adalah tarbiyah utk kita yang selalu menulis di blog, agar sentiasa meng'update' iman.~maaf jika komen ini tdk sesuai, sekadar pandangan.Nasihat buat diri saya sendiri juga.


Anonymous said...


seorang akhawat,apakah patut bagi dirinya mendedahkan cerita-cerita duka,bahagia dan kisah-kisah hidup sendiri untuk menjadi tatapan ramai pembaca..?adakah ianya satu tindakan yang bijak bagi seorang muslimah..adalah baik bagi muslimah masa kini menghabiskan masa hidupnya untuk menyampaikan tentang hakikat dakwah sebenar seperti memperbanyakkan perbincangan soal globalisasi,jemaah di sisi Islam, usul 20 dan bagaimana untuk dipraktikkan dan lain-lain yang lebih baik rasanya berbanding menjadikan blog sebagai diari..muslimah masa kini banyak tertipu dengan "alam blogging" yang rata-rata banyak menceritakan perihal diri..keluhan dan lain-lain utk tatapan ramai..adakah ini wanita muslimah di akhir zaman..?apakah bezanya seseorang yang belum berkahwin dan selepas berkahwin..kalau sebelum berkahwin kita banyak mendedahkan perihal diri kita kepada khalayak ramai, adakah kita akan melakukan yang sama sesudah kita berkahwin..?menulis perihal diri untuk tatapan ramai..tiada bezanya sebelum dan sesudah kahwin..jujur atau tidak menggunakan anonymous..kita serah sahaja pada Allah..saya berpendapat, tidak mengapa kerana memang sudah tersedia "..google/blogger..openID..name/URL..anonymous.."anjakkanlah diri kalian ke satu tahap yang tinggi lagi..perbanyakkan perbincangan ilmiah berbanding menulis perihal diri..kerana kita tidak sedar..KITA TELAH MEMBUKA RUANG yang sepatutnya seorang Muslimah tutup..hayatilah surah an-nur..wassalam
7:14 AM



Muslim_Center said...


assalamualaikum..ppuan tk spatutnye mnulis blog..klau menulis pun,sepatutnya perkara2 yg ade nilai ilmiah shj..jgn jadikn blog sbg ruang utk mndedahkn identiti diri.maruah sorg ppuan prlu dijaga dn ditutupi..rmi yg duk bercerita psl diri sndiri..tmsuklah sedari..ramai yg jdikn blog sbg diari..cuba tnye nilaian ikhwh thdp mrk yg suka mnulis blog sbg diari..
7:19 AM




Anonymous said...


muslimah yang ideal adalah muslimah yang mampu memelihara kehormatan dirinya..walaupun dengan apa jua cara sekalipun..


SAYA BERCAKAP SECARA UMUM TENTaNG DAKWAH..MAAF JIKA TERDAPAT KESALAHAN..MOHON TEGURAN YE..


Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.


Siapa saja yang mahu meluangkan waktu untuk memperbaiki dirinya dan merisaukan keadaan umat Islam bererti turut membantu usaha dakwah Nabi.Tidak ada sedikitpun paksaan dalam kerja dakwah ini, karena pada prinsipnya setiap umat Islam mempunyai kewajiban dakwah yang sama, akan tetapi sangat sedikit yang mampu malakukannya dengan sungguh-sungguh.


Maka menjadi kewajiban setiap muslim untuk saling mengingatkan, saling menasehati, bersilaturrahim saling mengunjungi agar hidup amal agama sesuai dengan cita-cita Nabi Muhammad saw.


Kejayaan Islam pada masa lalu adalah bukti kuatnya bangunan Islam yang dibangun oleh Nabi Muahmmad saw dan para sahabat yang benar-benar memiliki kekuatan spiritual yang tinggi.


setiap sesuatu ada penyakitnya..

penyakit ibadah..riak

penyakit pemurah..membazir

penyakit bicara..bohong

penyakit akhlaq.. suka dipuji

penyakit takhta.. bangga

penyakit kaya..lupa dan bakhil

penyakit bersemangat.. terlalu berani

penyakit feqah..berbantah2penyakit amal agama.. ikut pemahaman sendiri (ikut nafsu sebenarnya)..tdk ikut cara Nabi S.A.W.WAALLAHUALAM..
4:09 AM



Anonymous said...


salamulla alaik..tggjwh berdakwah tdk tlpas baik llki mhupun ppuan..tapi,bgaimna method yg halal seharusnya dgunakn.."..matlamat tidak mghalalkn cara.."ni kaedah fiqh..blogging utk dkwh,merupakn alternatif baru yg sgt bguna..tp,bkn dgn mnceritakn hal pribadi sndiri..org dlu2,semuanya malu utk mpamerkan kisah hidup kpd org rmai..sbgaimna sahabiah2 Rasulullah..maruah dan perisai sgt dijaga...tapi,tdk lagi skrg..bukan?dn dlm mnulis juga..hrus diingat,hadith yg kita sngaja tulis ianya dari rasulullah dan bahkan ianya sbnrnya bkn dr Nabi dianggap berdusta..kita tk tahu martabat hadith tersebut tapi kita tulis "rasulullah bersabda"..so,kita terpaksa mnmpah tiket ke neraka walaupn baik niat asal kita..blog hawa mahabbah dpnuhi dgn hadith2 yg kita sndri tk tahu darjat kesahihannya..inilah yg dipanggil pengkhianatan dalam disiplin ilmu hadith..
8:06 AM




ummuafeera said...


khairiah, insya Allah saya tidak akan lemah..salam ukhwah juga..Anon, saya akan membalas kritikan kamu satu persatu di dalam entri saya..terima kasih kerana meninggalkan komen yang membuatkan saya semakin ingin menulis..o ye ..blog ini bukan blog akhawat..harap kamu memahaminya..dan usah sesakkan pemikiran kamu dengan membacanya..Anon, saya juga ingin menjawab sekali lalu kritikan anda kepada hawa mahabbah..tidak semua manusia seperti kamu, berpeluang belajar di bumi Anbiya'..maka dengan itu kamu perlu melihat manusia seperti mana yang dikatakan oleh Maududi..bahawa kebanyakan manusia BELUM BERPELUANG untuk memahami..dan menjadi tanggungjawab kamu untuk memahamkan manusia dengan cara yang baik..tape Anon, saya juga merupakan seorang yang cepat melenting melihat kesilapan manusia lain dulu..kita cuba memperbaiki diri masing-masing ye...

Atikah, insya Allah saya akan cuba membantu menjawab persoalan yang Anon timbulkan dalam maklum balasnya kepada anda..cuma saya dalam kesendatan masa yang amat..kesian kamu, terheret sama dalam konflik ini, maafkan saya..
3:32 PM




Assalamualaikum wbt..

yeke anon?..hmm..apa2 pon.. thnks a lot for the teguran pada sy yg sememgnya jahil bab2 ini..thnks a lot afeera coz support me.. sya mmg xpandai nak bahas blik dah..mohon bebnyak teguran seandainya bnyak kesalahan yg saya wat sepanjag aktifnya saya dgn blog nie.. Astaghfirullahazim..

semoga Allah sentiasa memberi peringatan,petunjuk, taufik dan hidayahnya kepada sya dan kalian semua..InsyaAllah..
11:48 PM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



14 Apr 08, 23:09

iman: berdakwah biarlah dgn ilmu..sprti mne kata al-banna..muthaqqaful fikri..


14 Apr 08, 23:15

iman: faisal tehrani diletakkn sbg link sedangkn dia byk menyakiti sahabat rasulullah dalam tulisan2nya..astaghfirullah..


dilah_alim: iman ade kate nk berdakwah biar dgn ilmu...

dilah_alim: die nk ckp pe sbnrnye?

dilah_alim: amik kate2 die sbg pembakar semangat utk istiqamah menuntut ilmu

dilah_alim: tggu iman bg bukti dlu...pe2 pon kite kene bersangka baek..


nurul amiza: salam~

nurul amiza: pasal komen iman tu~

nurul amiza: mm..

nurul amiza: i think he/she is d same person in d afeera's blog 'ano'

nurul amiza: sbnrnyer sye ingat nak bg komen jgk kat situ..nak blas balik ape die kate..

nurul amiza: tp..

nurul amiza: saye dah agak..komen tu akan berlarutan..

nurul amiza: sye fikir..if layan org camut..smpai bile tak habis..

nurul amiza: sbb tu sye tak blas komen2 die yang mungkin ade kne mengena ngan blog sye..

nurul amiza: mlas nak layan..

nurul amiza: bile kite kate dakwah boleh dlm byk care..dan ayat femes yg digunakan adalah 'niat tak menghalalkan cara'

nurul amiza: mmg niat tak menghalakan cara, persoalanya..wajarkah die menghukum kite yang menulis nie sesuka hati sbg 'tdk menjaga maruah'

nurul amiza: 'akhwat yg mendedahkan..bla..

nurul amiza: 'akhwat yg mendedahkan..bla..bla..'tak sepatutnye begini..begitu..

nurul amiza: yela die kan banyak ilmu, sampai boleh menghukum orang sesuke hati...dan niat orang pun die boleh bace..

nurul amiza: kite ni sape la kan..nak bahas hadis..nak cerita pasal ilmu globalisasi..ape2 la..mane kite reti..

nurul amiza: sebab tu la kite tulis pengalaman..diselitkan dgn pengajaran, kalau tulis psal agama dalam2 nanti salah plak..

nurul amiza: nak tegur takpe...tegur la dgn betul..tp, sye mmg anti ngan org yg suke melabel2 nie..

nurul amiza: ilmu byk sket mulalah..semua benda takbleh buat..kalau org yang berniat baik mcm kite ni die nak hentam..jgn salahkan kalau nnti semua orang takut nak dalami ilmu agama..

nurul amiza: kerna apa?

nurul amiza: sbb org mcam spesis iman ni la..

nurul amiza: kite baru nak bertatih2..dah bertubi2 cemuhan, malah makin mematahkan semangat orang nak belajar dan berdakwah..

nurul amiza: kalau yer pun nak nasihat..please behave la words yang digunakan..pastu mcam penakut la plak..gne 'anonymous' kalau betul nak tegur..guna la name betul..berikan link blog die yang dipenuhi dengan ilmu..supaya kita yang tak berilmu dan tak tahu ape itu 'dakwah' boleh belajar.

nurul amiza: berani kerana benar..

nurul amiza: jd..jgnlah lemah..mmg ade juga gunanya teguran die..spt kisah yg terlalu peribadi kite kurangkan dlm blog2..kalau pengalaman biasa, i think it's ok..

nurul amiza: ape yang baik kite amik..tp malas nak layan or lawan orang mcm nie..tak akan habis2..sbb die rase die je betul..n org mcm kte nie totally salah n kurang ilmu.

nurul amiza: ustaz hasrizal yang byk ilmu tu pun selalu jer kne kritik sbb orang kate die hanya tulis tentang 'cerita' bukan dipenuhi dengan 'ilmu'.bagi saya orang memberi komen camtu adalah orang yang membaca tanpa berfikir.tak reti nak analyse..sume bende kne tulis mcm bku teks baru die rase blog tu berilmu kot.

nurul amiza: mm..tikah..yg penting kite ikhlaskan diri, Allah itu Maha Pengampun, jika ada kesalahan dlm tulisan kita kerana kejahilan, insyaallah Allah ampunkan..dan kita terusakan usaha meningkatkan ilmu agar tiada lagi org memperlekehkan usaha kita utk berdakwah.

nurul amiza: ya..ikhlaskan niat kita...be humble..redha Allah lebih penting drpd redha manusia.

khairiah_hasanah87: nbi kan ade bersabda..

khairiah_hasanah87: sape yg menyakiti org asing, maka dia menyakiti aku..

khairiah_hasanah87: org asing kat sni means cam pelancong la..dtg kat negara kita..

khairiah_hasanah87: walaupun die kafir..kristian or whatever la..kite tak leh sakiti die..

khairiah_hasanah87: sbb die ade hak..

khairiah_hasanah87: jd if kite sakiti org asing umpama kita sakiti nabi..

Dear Atikah..


Assalamualaikum wbt..
Dear Atikah..

Entri kali ini saya dedicatedkan untuk diri saya sendiri yang senantiasa dahagakan nasihat, motivasi dan tarbiah dari apa jua bentuk selagi ianya benar kerana Allah S.W.T….serta untuk dirimu jua yg sudi/sedia mengambil points (pengajaran) dr apa yg saya coretkan.. InsyaAllah.. jom sama2!!..huhu..

Learning style.. chaiyok2 Atikah!!huhu..

“ Every human being has a learning style and every human beings has strengths. It’s as individual as signature. No learning style is better or worse than any other style. All groups – cultural, academic, male, female – include all types of learning styles. Within each culture, socio-economic strata or classroom, there are as many differences as there are between groups ” ~Ken & Rita Duan~

Kata2 hikmah oleh pensyarah saya En.Suko dalam kelas pedagogi yang terakhir saya..
~ Tugas mengajar bukan profesion untuk dijual tapi ia merupakan peranan yang wajib dilaksanakan serba sempurna~ ( motivasi for me as “cikgu” will be..InsyaAllah)

Pemikiran Al-Ghazali..diantaranya.. yang saya tertarikla..hehe..
~prinsip: mengajar, menulis dan menyebarkan apa yang diamalkan
~fokus pemikiran dan matlamat pengajaran adalah mengajak ke arah akhlaq mulia
~tujuan pendidikan:
~kesempurnaan manusia melalui pendekatan diri kepada Allah s.w.t
~kesempurnaan manusia berpegang kepada kejayaan hidup didunia
dan akhirat (al-falah)
~bersikap rendah diri dan tawadhuk
~harus berjiwa bersih
~menjauhkan diri dari persoalan duniawi
~mendahulukan pelajaran yang wajib
~mengajar dgn ikhlas
~berpegang teguh pada prinsip ”kota apa yg dikata”

Pemikiran Ibn Khaldun
~ tujuan pendidikan: menyiapkan diri bagi kehidupan akhirat dan supaya setiap individu mampu menguasai ilmu dan keterampilan yang berfungsi bagi kehidupan duniawi dan tdk memisahkan pendidikan jasmani dan rohani~

waallahualam..

Isnin, 14 April 2008

Duhai Hawa (Wanita)..





Assalamualaikum wbt..


Perempuan adalah sebahagian dari lelaki kerana ia dicipta dari tulang rusuk lelaki sebelah kiri. Ia dikurniakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Kelemahan perempuan kerana lebih menurut naluri dari menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya dengan godaan perempuan. Kenapa lelaki ada 9 akal masih tewas bila digoda oleh perempuan? Sebab perempuan merupakan penggoda profesional!!!.


Lihat fakta sejarah daripada Al-Qur’an atau di sekeliling kita. Iblis tak dapat menggoda Nabi Adam a.s. supaya makan buah larangan. Tapi bila Siti Hawa memujuk nabi Adam, baru Nabi Adam a.s. mahu makan buah itu. Anak Nabi Adam bergaduh kerana berebut perempuan. Nabi Yahya a.s. dibunuh kerana fitnah perempuan. Hang Tuah dan Hang Jebat bergaduh kerana perempuan. Ramai lelaki pergi ke dangdut kerana tarikan perempuan GRO. Orang lelaki tambah cawangan lagi satu kerana godaan perempuan. Banyak duit lelaki habis kerana perempuan. Lelaki pergi ke siam kerana perempuan. Lumba motor kerana perempuan. Eksiden pun kerana perempuan...

DUHAI ORANG PEREMPUAN.

Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah
1. Wanita berwawasan.
2. Bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.
3. Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia, malah mengoncang iman lelaki.
4. Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan. Lelaki & wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd sebahagian yg lain.

Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama …. sejauh mana mereka dapat menta’ati perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :

"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Abu Nuaim)


Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."


Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.wa bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepad Allah selama haidnya."



WANITA YANG MULIA DALAM PANDANGAN ALLAH.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."


Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya : "Wahai isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."


Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.


Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.


Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat kedalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami merek...dan bila melihat kedalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....


KELEBIHAN WANITA

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya & Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."


Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:
1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.
2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yg soleh.
5. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.
6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya

13 kali dari wajah asal.
7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah. (my cita2..hehe..InsyaAllah)




PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA



1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman : "Hiduplah dengan apa yang kau suka."
2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.
4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yang jahat.
Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepad kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama keran merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti dibarat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...


KEMULIAAN ISTERI DALAM ISLAM



1. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih & isteri layan dengan baik maka dia memperolehi pahala jihad.
2. Wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah & menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat & bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan didalam syurga & menunggang suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.
3. Wanita yang menjaga solat, puasa & taat pada suaminya, Allah izinkan dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
4. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dia dapat pahala 12 tahun solat.
5. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas & wanita yang picit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.
6. Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.
7. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah agama akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
8. Isteri yang lihat suami dengan kasih-sayang & suami yang lihat isteri dengan kasih-sayang maka Allah pandang dengan penuh rahmat.
9. Jika suami datang dengan kemarahan tetapi isteri layan dengan baik dapat separuh pahala jihad



KEMULIAAN IBU DALAM ISLAM



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.





WANITA YANG DIMURKAI OLEH ALLAH.



Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.



Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."




Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."




Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda.



Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:



1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."



Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.
6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.
8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.



Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.



Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.





sumber: ~hikmah~

EXAM!!..

~dewan peperikasaan~

~dewan perkuburan~


EXAM dunia & akhirat

Assalamualaikum wbt..

Wah..sudah lama sy tak coretkan dgn kata2 atau penulisan saya sendiri yang sesungguhnya idea yg bernas serta bagus2 itu hnya dan hanya datang dr Allah S.WT. Allahuakbar!!.

Bahang final exam semakin terasa.. debaran dan degupan jantung semakin kencang!!.. kencangnya sekencang “tornado wave”..huhu.. hyperbolanya..hehe. Seperti biasa, semua students akan bersiap sedia untuk hadapai exam tersebut. Tp, ingtkah kamu wahai cik atikah dan kamu2 wahai sahabatku diluar sana..bahawasanya..”pop exam” atau bahasa biasanya “exam tergempar”.. iaitu exam akhirat sedang menanti kita..mungkin senafas kemudian atau maybe sesaat kemudian atau maybe sehari dua..atau..dan atau..dan atau.. yg kita sendiri pon tak tau bila.

Maka, dengan ini, marilah kita sama2 wahai sahabatku sekalian..sentiasalah ingat dan bersiap sedialah menghadapi exam yang semestinya pasti dan pasti menanti kita itu. Exam dimana, kencangnya jantung kita itu lebih hebat dari tornado wave, ribut tsunami..ha! apa lagi?.. atau lebih dasyat dari itu semua, yg tdk mampu diungkap dengan kata2.. Astaghfirullahazim..

Bersedialah..bersedialah..bersedialah.. Ingat Allah.. Ingat Maut.. Ingat Akhirat.. MUHASABAH lah diri.. Hisablah diri sebelum diri dihisab disana kelak yang mana penyesalan air mata darah sekalipon tiada gunanya.. Astagfirullahalazim..

Se“busy” or sekalut mn pon kita bersedia untuk preparation final exam.. luangkalah masa untuk mengingti Allah.. luangkanlah masa untuk preparation REAL final exam kita iaitu “SAKARATUL MAUT”. Mungkin kita dijemput untuk “Real Exam” disaat preparation kita terhadap dunia 80% atau lebih bersedia lagi 100% but preparation kita di akhirat.....berapa ye? Touch your heart.. tnya Iman.. fikirkan.. apa yg kita nak jawab nanti.. persoalan demi persoalan dari malaikat Allah?..segalanya berdasarkan amalan2 kita didunia ini dan hati kita.. Astagfirullahalazim..

Bak kata Mawi world “world2 jugak..akhirat jangan lupa!”huhu.. artis paling popular abad ini..cewaahh..hehe..dah hyperbola la pulak saya nie..memuji melambung si hamba Allah yg bernama Mawi tuh..hehe.. eh jangan salah faham.. I’m not his fan actually k.. biasa2 jer.. kata minat tak… kata tak minat pon tak jugak.. nuetral (pH 7)..hehe..

Ni, hawa mahabbah pulak kata, ” exam dunia, exam dunia jugak..tp, exam akhirat yg bakal hadir ntah bila tue jgn dilupa!”..huhu.. peringatan untuk diriku yang jahil lagi daif ini dan sahabat2 sekalian yang sentiasa dalam naungan rahmat Allah S.W.T. InsyaAllah..

Ya Allah..Ya Rabb.. remind me when i’m lost.. I really2 need You ,Allah..

Jom istighfar infiniti (xterhingga bilangannya) times..

Waallahualam..

Ahad, 13 April 2008

Engkau Pejuang?


Assalamualaikum wbt..

Apakah benar engkau pejuang?!


engkau ingin berjuang.. kekasaran dan kekerasan engkau amalkan..

engkau ingin berjuang.. tp tdak begitu setia kawan..

engkau ingin berjuang.. tp tdk snggup berkorban..

engkau ingin berjuang.. tp ingin jadi pemimpin..

engkau ingin berjuang.. tp ingin menjadi pengikut agak segan..

engkau ingn berjuang.. tolak ansur tdk engkau amalkan..

engkau ingin berjuang.. tp tdk sanggup terima kebenaran..

engkau ingn berjuang.. kesihatan dan kerehatan tdk sanggup engkau korbankan..

engkau ingin berjuang.. tp tdk mampu menerima ujian..

engkau ingin berjuang.. tp rosak oleh pujian..

engkau ingin berjuang.. tp tdk sepenuhnya menerima pimpinan..

engkau ingin berjuang.. masa engkau tdk sanggup luangkan..

engkau ingin berjuang.. kerenah isteri tdk engkau tahan..

engkau ingin berjuang.. rumahtangga lintang pukang..

engkau ingin berjuang.. diri engkau tdk engkau tingkatkan..

engkau ingin berjuang.. displin diri engkau abaikan..

engkau ingin berjuang.. janji kurang tunaikan..

engkau ingn berjuang.. kasih sayang engkau cuaikan..

engkau ingin berjuang.. tetamu engkau abaikan..

engkau ingin berjuang.. anak isteri engkau lupakan..

engkau ingin berjuang.. ilmu berjuang engkau tinggalkan..

engkau ingin berjuang.. pandangan engkau tdk diselaraskan..

engkau ingin berjuang.. rasa bertuhan engkau abaikan..

engkau ingn berjuang.. iman dan taqwa engkau lupakan..

yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?


~lyrics by Qathrunnada~

Khamis, 10 April 2008

Al-Quran tidak menolak kebaikan tradisi Orang lain.


Ufuk Minda : Al-Quran tidak menolak kebaikan tradisi orang lain
BErsama Prof Dr Sidek Baba


Assalamualaikum wbt..


MENGINSAFI bahawa sifat zaman berubah dan berdaya maju, ilmuwan dan ulama Islam sepanjang zaman membina tradisi ilmu, berfikir dan intelektual. Mereka merujuk al-Quran dan sunnah sebagai landasan mengembangkan prinsip asas yang Qurani. Begitu juga melakukan ijtihad dan pengembangan berasaskan fatwa dan kesepakatan ulama, ilmuwan dan profesional dalam kepakaran masing-masing. Ia faktor maju dan membangun tidak ditolak, tetapi tetap berlaku dalam acuan yang Islami.


Gambaran dunia Islam hari ini berlainan berbanding pada zaman Rasulullah SAW, sahabat, tabieen dan yang mencetuskan tamadun besar. Pada waktu itu, prinsip murni Islam tidak saja dihayati dan dikembangkan dalam tradisi ilmu dan sistem pengurusan. Malah, sifatnya amat bersepadu. Keadaan itu menyebabkan ulama dan ilmuwan tidak saja amat ahli dalam ilmu mengurus diri, malah berkembang dalam ilmu mengurus sistem. Akhirnya, mencetuskan tamadun besar yang membolehkan Islam dilihat hebat dari sudut pengembangan ajarannya. Hebat juga dalam keupayaan ulama ilmuwan dan penganutnya dengan menampilkan peribadi besar untuk menjana kemajuan dan menggerakkan perubahan.


Pada hari ini wujud kebekuan ilmu dan tradisi berfikir yang amat ketara. Keadaan itu hingga menyebabkan umat Islam menjadi pengguna kepada kekuatan tamadun Barat. Mereka belum mampu melepasi diri untuk menyumbang ke arah pembangunan tamadun umat manusia. Namun, ia tidak bermakna ajaran Islam itu lemah atau tidak lengkap bagi mengatasi cabaran sezaman dan kerenah lingkungan. Namun, ia akibat suburnya dualisme dan sekularisasi ilmu serta pendidikan yang menyebabkan ajaran Islam sebenar atau sepatutnya terpinggir.Tradisi ‘turath’ atau bercorak tradisi tidak dapat dikembangkan bagi menghubungi metodologi berfikir kini yang lebih banyak menumpu kepada tradisi kajian dan fakta yang terputus dengan nilai tauhid dan nilai murni.


Teori ilmu berkembang secara empirikal dan asas ilmu yang bercorak keagamaan dianggap dogmatik dan tidak berorientasikan asas saintifik. Faham rasionalisme, humanisme, pragmatisme dan saintisme Barat berkembang pesat. Ia menjadi sumber rujukan dan kaedah utama dalam memperkasa proses pengilmuan dan pendidikan di kalangan sistem di negara umat Islam sendiri. Akhirnya, generasi yang lahir di kalangan warga umat ialah yang menyisihkan tasawwur atau ‘worldview’ ilmu dan pendidikan yang berteraskan nilai. Sebaliknya, berkembangnya sistem yang tidak menjadikan nilai dan etika sesuatu yang amat utama.


Skop pemikiran tidak lagi menghasilkan ilmuwan yang mempunyai upaya berfikir yang reflektif terhadap zaman dan perubahan. Tetapi sedang melakukan liberalisasi ilmu dan pemikiran berasaskan acuan Barat. Apa yang berlaku terhadap umat Islam ada sejarahnya. Sejarah itu menyebabkan wujudnya acuan yang menghasilkan ilmuwan Islam yang sifatnya terpinggir. Ilmuwan Islam tidak lagi menjadikan tradisi tadabbur dalam erti kata yang luas sebagai pedoman dalam melakukan kajian dan pengembangan.Sebaliknya, pendekatan kuantitatif dan kualitatif dalam kaedah penyelidikan hanya bersandarkan kepada fakta dan data yang dianalisis. Ia kemudian dijadikan rumusan atas hipotesis yang tidak terhubung langsung dengan nilai rohaniah dan kemanusiaan itu sendiri.Latihan intelektual ini tidak mampu menemui makna sesuatu yang terkait langsung dengan proses kejadian dan penciptaan, takdir dan musibah. Ia menyebabkan formula mengatasi masalah kemanusiaan yang parah semakin kehilangan punca.


Pada prinsipnya umat Islam tidak menentang Barat dari sudut faedah berbanding yang boleh didapati daripadanya. Apa yang disanggah oleh umat Islam ialah proses pembaratan yang memiliki tekad dan perancangan bagaimana minda dan tradisi keilmuan orang Islam dapat ditukar menjadi Barat. Seterusnya, meremehkan tradisi keilmuan dan pendidikan Islam yang terbina sekian lama dan terbukti pada masa yang lalu menghasilkan tamadun besar yang menyumbang kepada Barat dan Timur.
Perkara ini harus jelas di kalangan umat Islam supaya tidak timbul tanggapan bahawa Islam mengajar tradisi keilmuan yang tertutup. Seolah-olah al-Quran tidak mengajar pentingnya ilmu yang bermanfaat daripada tradisi dan tamadun orang lain. Pengalaman proses ketamadunan umat Islam pada masa lalu, tidak menolak kepentingan berbanding yang baik dan bermanfaat daripada tradisi orang lain. Keterbukaan Islam untuk menerimanya menjadi faktor yang sentiasa hidup dan perlu dihidupkan, terutama di tengah penguasaan Barat terhadap ilmu alat pada masa ini.

Hawa & Semalu


Assalamua'laikum wbt..


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat danmencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


waallahualam..

Shut Up!!



Assalamualaikum wbt..


Bukan mudah menjadi orang yang bijak menambat hati manusia lain. Ia merupakan suatu unsur yang amat penting dalam seni dakwah iaitu memenangi hati manusia sebelum melangkah kepada usaha islah ke atasnya. Dai’e yang kreatif adalah orang yang dapat memanipulasi emosi, suasana dan kelebihannya untuk menambat hati manusia ke arah kebaikan. Bagi seseorang yang bergelar dai’e, mustahil padanya tidak ada keinginan untuk menambat hati manusia atau menarik hati-hati ke arahnya agar dapat di didik dan dibentuk. Dari dasar inilah maka seringkali kita melihat dan mendengar pelbagai cara dan kaedah yang digunakan untuk menambat hati manusia.


Namun begitu, dalam usaha islah kita, sebulat-bulatnya kita menolak metode pemikiran


Machiavelli yang meletakkan matlamat sebagai penghalal cara. Dai’e bergerak di atas medan dakwah dalam kotak titah perintah dan larangan Allah s.w.t. Seluas-luas kapasitinya dalam dunia dakwah dan seramai-ramai lahan dakwah yang mampu dicapainya, itu semua tetap berada di dalam kotak syariat dan hukum-hakam Allah s.w.t.; tanpa kompromi. Mustahil bagi seorang yang menyeru kepada Allah s.w.t. membawakannya dengan kaedah yang dimurkai Allah s.w.t. Di sinilah letaknya kemurnian dakwah yang kita kemban. Semuanya berdasarkan hukum dan ketetapan Allah, dipetik dan dirungkai teknik dan seninya dari sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang agung dan kisah para sahabat, salafussoleh, tabi’in dan mereka yang telah berjuang di medan dakwah islam ini.


Suatu komponan utama dalam memenangi hati manusia adalah lidah. Tutur bicara dan kata-kata kita seringkali menjadi agen pengikat hati-hati manusia. Kuatnya lidah dalam mengikat hati manusia dapat dilihat dari kata-kata seorang peniaga kepada sang pembeli, sehingga percaya dengan apa sahaja yang disarankan. Bahkan juga umpama seorang hawa yang terpedaya dengan kata-kata lelaki nista yang menipu, akhirnya sang hawa berteleku kecewa, mulut bermadah dengan hiba dan airmata menitis ke riba. Begitulah lidah, tidak bertulang, lembutnya memikat dan geraknya ligat. Inilah aset, atau boleh jadi suatu liabiliti bagi manusia bila dihisabkan peranannya demi akhirat.


Namun lidah punyai bahayanya. Ia adalah salah satu daging antara dua yang diarahkan untuk di jaga dengan baik agar terselamat di akhirat kelak. Hadith falyaqul khairan au liyasmut menyuruh kita agar berkata baik atau diam sebagai penanda kita beriman dengan Allah s.w.t dan hari akhirat. Begitulah Allah Menciptakan, penuh dengan teka-teki agar manusia berfikir dan berwaspada agar redha Allah jua yang dicapai.


Ironinya pada lidah, dalam diamnya juga ia punya peranan. Menjadi dai’e yang mahir dan berseni dalam memanfaatkan lidah tidak bermakna perlunya manis saat berbicara, penuh kelembutan bahasa dan suara, tapi juga bijak untuk diam. DIAM. Di saat diamlah kita menyembunyikan pelbagai benda, di saat diamlah kita menjadi penadah arimata hiba, di saat diamlah kita menjadi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Begitulah kuatnya lidah. Begitulah kuatnya diam. Sehebat kata-kata, diam juga mampu membawa perubahan.
Dai’e yang ingin menambat hati tidak seharusnya terus-menerus berkata-kata, seperti lenggoknya punggung itik, ia bergoyang ke kiri ke kanan sedang tidak ada siapa yang mahu melihat. Cukuplah seadanya, kemudian diam akan memainkan peranan yang besar dalam memikat hati. Dengan diamlah kita menghargai mereka yang bersama kita, agar mereka juga berbicara dan kita mendengar. Di saat gundahnya lahan dakwah kita, di saat itu, diamlah ubat yang paling mujarab dapat kita ajukan padanya. Di saat rancaknya perbualan, diamlah penawar paling berkesan untuk mengelak dusta dan kesombongan. Di saat tingginya jiwa, diamlah unsur perendah hati dan pelembut jiwa.


Andai kata diam jatuh di tempatnya, ia kan menjadi usaha terindah bagi seorang dai’e. Belajarlah untuk diam, agar kurang bodohnya dai’e di hadapan manusia dan kurang azabnya dari Allah di hari akhirat kelak. Bukan mudah menangkap belut kerana lembutnya badan dan licinnya kulit berbanding terubuk walau besar, tapi tulangnya banyak lenggoknya kurang. Tapi indahnya saat diam menjadi suatu seni yang dikuasai oleh dai’e, jiwa-jiwa terikat kerana luhurnya kata-kata dan kesediaannya untuk diam.
Lidah itu suatu aset yang menguntungkan di saat bicaranya dan juga di saat diamnya. Pelajarilah diam dengan lebih bersungguh kerana terlalu lama sudah kita berbicara.


Wallahu’alam.

Farshi TuraB

Assalamualaikum wbt..
peringatan untuk diriku dan dirimu yg sering alpa dngn dunia yg fana..
mengigati MATI adalah sebaik2 nasihat..
hayatilah..

(Translation)

Dust is my bed, embraces me and it's my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line


Dust is my bed, embraces me and it's my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line


Where is my family's love? They sold my loyalty! (kesetiaan)
And where is my group of friends? They left my brotherhood! (persaudaraan)
Where is the bliss (kebahagiaan) of money? It's behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises (pujian)
This is my end and this is my bed


Dust is my bed, embraces (memeluk) me and it's my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness ( basah/lembap/melengas) of my affliction (sengsara/kesakitan)
And the brightness draws a line


And love farewells (perpisahan) its longing and my elegizing (nyayian sedih) cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow (sempit) and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed


Fear fills my estrangement (pengasingan) and sadness is my illness
I expect firmness (keteguhan) and I swear it's my cure (menyembuhkan)


And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it


And for Allah i pray faithfully (bakti/akidah/iktikad/iman), you are my hope
Allah! I desire (damba) heaven, to find bliss (kebahagiaan) in it.


video

~hawa mahabbah~

JALAN MENUJU QANA'AH

Assalamualaikum wbt..

Jalan Menuju Qana'ah

Qana'ah (rela dan menerima pemberian Allah subhanahu wata'ala apa adanya) adalah sesuatu yang sangat berat untuk dilakukan, kecuali bagi siapa yang diberikan taufik dan petunjuk serta dijaga oleh Allah dari keburukan jiwa,kebakhilan dan ketamakannya. Kerana manusia diciptakan dalam keadan memiliki rasa cinta terhadap kepemilikan harta. Namun meskipun demikian kita dituntut untuk memerangi hawa nafsu supaya boleh menekan sifat tamak dan membimbingnya menuju sikap zuhud dan qana'ah.

Berikut ini beberapa kiat menuju qana'ah yang jika kita laksanakan maka dengan izin Allah seseorang akan dapat merealisasikannya. Di antaranya yaitu:

1. Memperkuat Keimanan kepada Allah subhanahu wata'ala.
Juga membiasakan hati untuk menerima apa adanya dan merasa cukup terhadappemberian Allah subhanahu wata'ala, karena hakikat kaya itu ada di dalamhati. Barangsiapa yang kaya hati maka dia mendapatkan nikmat kebahagiaandan kerelaan meskipun dia tidak mendapatkan makan di hari itu.Sebaliknya siapa yang hatinya fakir maka meskipun dia memilki dunia seisinya kecuali hanya satu dirham saja, maka dia memandang bahwa kekayaannya masih kurang sedirham, dan dia masih terus merasa miskinsebelum mendapatkan dirham itu.

2. Yaqin bahwa Rizki Telah Tertulis.
Seorang muslim yakin bahwa rizkinya sudah tertulis sejak dirinya berada didalam kandungan ibunya. Sebagaimana di dalam hadits dari Ibnu Mas'udradhiyallahu 'anhu, disebutkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihiwasallam di antaranya,
"Kemudian Allah mengutus kepadanya (janin) seorang malaikat lalu diperintahkan menulis empat kalimat (ketetapan), makaditulislah rizkinya, ajalnya, amalnya, celaka dan bahagianya." (HR.al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Seorang hamba hanya diperintah kan untuk berusaha dan bekerja dengankeyakinan bahwa Allah subhanahu wata'ala yang memberinya rizki dan bahwarizkinya telah tertulis.

3. Memikirkan Ayat-ayat al-Qur'an yang Agung.
Terutama sekali ayat-ayat yang berkenaan dengan masalah rizki dan bekerja(usaha). 'Amir bin Abdi Qais pernah berkata, "Empat ayat di dalamKitabullah apabila aku membacanya di sore hari maka aku tidak peduli atasapa yang terjadi padaku di sore itu, dan apabila aku membacanya di pagihari maka aku tidak peduli dengan apa aku akan berpagi-pagi, (yaitu):"Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat,maka tidakada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. DanDialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS. Fathiir:2)"Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya." (QS.Yunus:107)"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yangmemberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempatpenyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)."(QS. Huud:6)"Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan." (QS.ath-Thalaq:7)

4. Ketahui Hikmah Perbedaan rezeki
Di antara hikmah Allah subhanahu wata'ala menentu kan perbedaan rizki dan tingkatan seorang hamba dengan yang lainnya adalah supaya terjadi dinamikakehidupan manusia di muka bumi, saling tukar manfaat, tumbuh aktiviti perekonomian, serta agar antara satu dengan yang lainnya saling memberi kanpelayanan dan jasa. Allah subhanahu wata'ala berfirman,"Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Rabbmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmatRabbmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (QS. az-Zukhruf:32)"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Diameninggikan sebahagian kamu atas sebagian (yang lain) beberapa derajat,untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu." (QS.Al an'am 165)

5. Banyak Memohon Qana'ah kepada Allah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling qana'ah,ridha dengan apa yang ada dan paling banyak zuhudnya. Beliau juga seorangyang paling kuat iman dan keyakinannya, namun demikian beliau masih meminta kepada Allah subhanahu wata'ala agar diberikan qana'ah, beliau bedoa,"Ya Allah berikan aku sikap qana'ah terhadap apa yang Engkau rizkikan kepadaku, berkahilah pemberian itu dan gantilah segala yang luput (hilang) dariku dengan yang lebih baik." (HR al-Hakim, beliau menshahihkannya, dan disetujui oleh adz-Dzahabi) Dan karena saking qana'ahnya, beliau tidak meminta kepada Allah subhanahuwata'ala kecuali sekedar cukup untuk kehidu pan saja, dan meminta disedikitkan dalam dunia (harta) sebagaimana sabda beliau, "Ya Allahjadikan rizki keluarga Muhammad hanyalah keperluan pokok saja." (HR.Al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

6. Menyedari bahwa Rizki Tidak Diukur dengan Kepandaian
Kita harus menyadari bahwa rizki seseorang itu tidak tergantung kepada kecerdasan akal semata, kepada banyaknya aktiviti, keluasan ilmu, sebagiannya itu merupakan sebab rizki, namun bukan ukuran secara pasti.Kesadaran tentang hal ini akan menjadikan seseorang bersikap qana'ah,terutama ketika melihat orang yang lebih bodoh, pendidikannya lebih rendah dan tidak berpengalaman mendapatkan rizki lebih banyak daripada dirinya,sehingga tidak memunculkan sikap dengki dan iri.

7. Melihat ke Bawah dalam Hal Dunia
Dalam urusan dunia hendaklah kita melihat kepada orang yang lebih rendah,jangan melihat kepada yang lebih tinggi, sebagaimana sabda Nabi shallallahu'alaihi wasallam,"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kamu dan janganlah melihatkepada orang yang lebih tinggi darimu. Yang demikian lebih layak agarkalian tidak meremehkan nikmat Allah." (HR.al-Bukhari dan Muslim) Jika saat ini anda sedang sakit maka yakinlah bahwa selain anda masih adalagi lebih parah sakitnya. Jika anda merasa fakir maka tentu di sana masihada orang lain yang lebih fakir lagi, dan seterusnya. Jika anda melihat adaorang lain yang mendapatkan harta dan kedudukannya lebih dari anda, padahaldia tidak lebih pintar dan tidak lebih berilmu dibanding anda, maka mengapa anda tidak ingat bahwa anda telah mendapatkan sesuatu yang tidak diadapatkan?

8. Membaca Kehidupan Salaf
Yakni melihat bagaimana keadaan mereka dalam menyikapi dunia, bagaimana kezuhudan mereka, qana'ah mereka terhadap yang mereka peroleh meskipun hanya sedikit. Di antara mereka ada yang memperolah harta yang melimpah,namun mereka justru memberikannya kepada yang lain dan yang lebih memerlukan.

9. Menyadari Beratnya Tanggung Jawab Harta
Bahwa harta akan mengakibatkan keburukan dan bencana bagi pemiliknya jika dia tidak mendapatkan nya dengan cara yang baik serta tidak membelanjakannya dalam hal yang baik pula.Ketika seorang hamba ditanya tantang umur, badan, dan ilmunya maka hanyaditanya dengan satu pertanyaan yakni untuk apa, namun tentang harta maka dia dihisab dua kali, yakni dari mana memperoleh dan ke mana membelanjakannya. Hal ini menunjukkan beratnya hisab orang yang diberi amanat harta yang banyak sehingga dia harus dihisab lebih lama dibandingorang yang lebih sedikit hartanya.

10. Melihat Realita bahwa Orang Fakir dan Orang Kaya Tidak Jauh Berbeda.
Karena seorang yang kaya tidak mungkin memanfaatkan seluruh kekayaannya dalam satu waktu sekaligus. Kita perhatikan orang yang paling kaya di duniaini, dia tidak makan kecuali sebanyak yang dimakan orang fakir, bahkan mungkin lebih banyak yang dimakan orang fakir. Tidak mungkin dia makan limapuluh piring sekaligus, meskipun dia mampu untuk membeli dengan hartanya. Andaikan dia memiliki seratus potong baju maka dia hanya memakai sepotongsaja, sama dengan yang dipakai orang fakir, dan harta selebihnya yang tidakdia manfaatkan maka itu relatif (nisbi).Sungguh indah apa yang diucapkan Abu Darda' radhiyallahu 'anhu, "Parapemilik harta makan dan kami juga makan, mereka minum dan kami juga minum,mereka berpakaian kami juga berpakaian, mereka naik kendaraan dan kami pun naik kendaraan. Mereka memiliki kelebihan harta yang mereka lihat dan dilihat juga oleh selain mereka, lalu mereka menemui hisab atas harta itusedang kita terbebas darinya.

"Sumber: "Al-Qana'ah, mafhumuha, manafi'uha, ath-thariq ilaiha," hal 24-30, Ibrahim bin Muhammad al-Haqiil.

Selasa, 1 April 2008

APRIL FOOL DAY!!~FOOLERY

~april fool day~

MERAYAKAN YG BUKAN HAK KITA!! WHY MUST LIKE THAT??!!

salam..


Sebagai umat yang mengaku beragama Islam, kita mempunyai hak untuk merayakan hari-hari besar yang kita miliki yang termaktub dalam kitab dan yang disepakati oleh para ulamak. Bermula dari satu Muharram yang merupakan tahun bersejarah kerana Hijrah Nabi Muhammad saw dan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Kemudian 12 Rabiulawwal hari kelahiran Rasulullah, Rejab peritiwa Israk & Mikraj, Syaaban dengan nisfu syaabannya, sehinggalah bulan Zulhijjah ada saja hari besar yang boleh kita raikan.

Persoalannya mengapa hari ini umat Islam terutamanya generasi muda tidak ambil peduli hari-hari besar Islam ini. Remaja Islam kita lebih menunggu kehadiran 1 Januari untuk bersukaria. Kemudian pula menanti 14 Februari untuk merayakan hari yang disebut “valentine day”, selepas itu bergurau senda dan mengenakan kawan rakan pada 1 April yang disebut “April fool”. Sedangkan kita sering diberitahu disetiap ketika hampirnya hari-hari tersebut agar jangan merayakan sambutanhari-hari berkenaan kerana ianya bercanggah dan tidak ada kena mengena dengan agama Islam. Sebaran email membantah hari-hari seperti itu dirayakan sering sampai kepada kita malah kadangkala khutbah Jumaat juga sering menyentuh perkara ini betapa ianya tidak boleh disambut kerana tidak digalakan dalam Islam. Semua ini tidak diambil peduli dan umat Islam terutamanya para remaja masih terus merayakannya.

Menyambut tahun baru contohnya, bermula dari 31 Disember petang para remaja berduyun-duyun ke tempat-tempat keramaian di mana acara sambutan itu diadakan. Dengan pakaian yang terlalu mendedahkan dan berpacaran bersama pasangan masing-masing mereka tanpa segan silu melakukan sesuatu yang melampaui budaya adat dan agama.

Begitu juga dihari “Valentine day” pasangan yang kononnya sedang berkasihan bertukar-tukar hadiah, bercumbuan dan ada yang beralkohol sehingga mabuk sebagai tanda setia pada kekasih. Meeka hanya sedang di alam percintaan sahaja yang belum pun disahkan sebagai suami isteri yang sah tetapi telah melampaui perjalanan hidup suami isteri. Apakah maknanya semua ini?

Penganiayaan, tipu helah, gurau senda melebihi batasan dan pembohongan menjadi mainan pula pada “April fool” yang sehingga kita tiada hak untuk menunjukkan kemarahan apabila diri dihina atau ditipu pada hari itu. Sedangkan di dalam Islam yang cukup indah melarang sama sekali untuk menipu, berbohong dan menjatuhkan maruah orang lain. Kenapa pula pada “April fool” dibenarkan dan dihalalkan? Siapakah yang mengajar semua ini?

Tidak ada dalam sejarah agama kita yang menunjukkan bahawa budaya-budaya songsang yang dinyatakan di atas tadi diperkenalkan oleh mereka yang asalnya dari orang Islam sebaliknya budaya kotor ini diperkenalkan kepada kita oleh masyarakat lain yang tidak beragama Islam. Merayakan tahun baru masehi dibuat oleh masyarakat Kristian beratus tahun yang lalu sebelum budaya ini merebak sampai kepada pengetahuan umat Islam. Apabila umat Islam diperkenalkan dengan budaya ini, kita terus sahaja menerima segala perlakuan dan tatacara kaedah merayakannya tanpa tapisan menyahkan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam sambutan itu. Kita menerima bulat-bulat tanpa pengubahsuaian agar ianya tidak bercanggah dengan kehendak agama.

“Valentin day” merupakan perayaan memperingati seorang paderi tetapi apabila dinobatkan sebagai hari kekasih, kita langsung menerimanya walaupun kita telah tahu sejarah dan asal usul bermulanya hari itu. Kita buat-buat tidak peduli. Hari ini ramai sudah tahu bahawa valentine mengambil sempena seorang paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St.Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri. Pelbagai acara diadakan pada hari itu oleh anika pertubuhan, orang perseorangan, edaran kad-kad ucapan hatta malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.

Mengikut ceritanya seperti dijelaskan oleh Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu? Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.

Menyentuh kepada “April Fool's Day” ini, dipercayai ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian dan penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan usaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini,ditipu bahwa mereka dibenarkan meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh diperlabuhan. Orang-orang Muslim ini pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan dan setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Malangnya pada keesokan harinya (1April), ketika menuju ke pelabuhan pihak musuh mengambil kesempatan untuk menggeledah, membakar dan membunuh penduduk-penduduk Islam ini.

Penipuan inilah yang dinamakan “April fool” yang mereka rayakan dan hari ini kita umat Islam juga turut sama menyambutnya.

Lalu ingin ditanya di sini di manakah maruahnya kita hari ini.? Tidakkah kita merasa malu dan terhina merayakan sesuatu yang bukan merupakan hak dan budaya kita? Apakah kurangnya kita jika kita membiarkan hari-hari itu berlalu sahaja tanpa kita ambil peduli? Dan apa pula yang kita dapat kerana merayakannya?

Jawapannya kita tidak mendapat apa-apa ketika merayakannya malah menghina diri sendiri dan kita tidak rugi apa-apa jika menjauhinya. Oleh itu lupakanlah hari seperti itu yang tidak membawa sebarang kebaikan.

waallahualam.. ~link~
Related Posts with Thumbnails