Rabu, 20 Ogos 2008

Wanita itu Aurat


Wanita itu Aurat

“La hau la wala quata illa billah”

Assalamualaikum wbt.. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Respons (-ve)

+ “ eee… apa tu mak???”, kata seorang kanak-kanak lelaki di pasar malam
+ “ eh, hantu ke??”, kata seorang lagi kanak-kanak di stesen bas
+ “ee... hantu.. hahaha.. nmpak bijik mata je..”+ “eh, apa tu hitam-hitam tu....???”
+ “eh, tikah pakai purdah?..tikah kan nak keje cikgu nanti?..bole ke?”
+ “hmm.. ika, kat universiti tu bole pakai ke purdah tu?.. tak bole kan?.. dahtu awat ika pakai sekarang.. nanti kena bukak jugak.. sama ja..?” ( Ans: hmm.. kalau xbole buat semua, jangan tinggal semua)
+ ” xpayahla.. nanti susah.. keja nnt mcm mn?.. ( terfikir sejenak: keje nanti macam mana??.. sejak bila manusia bole tau bila dia mati nie?.. kenapa tetiba sibuk hal masa depan sedangkan sekarang pon kucar-kacir?. Kenapa kita tak pikir.. nyawa dan hati kita dalam genggaman Allah.. dan bila-bila masa ja Dia bole panggil kita pulang kepadaNya. Dan when talking bout rezeki.. pakai purdah susah dapat keje. O. Yeke?.. lupakah kamu?.. siapa yang memberi kamu rezeki ketika kamu dalam perut ibu kamu lagi? kalau bukan Sang Pencipta Yang Maha Pemurah iaitu ALLAH TAALA. Hakikatnya rezeki adalah ketentuan Allah. Sekarang kamu fikirkan dan renungkan..)
+ ”xpayah la ika.. jangan fanatik sangat.” ( jawapan direct dalam hati: rule yg ditetapkan Allah pada kaum hawa kerana Kasih Sayang dan Cinta Allah pada kita.. fanatik ke tu?.. sedarkah kamu?!!)
+ ” hm.. atikah, why are u wearing that gloves?”
+ “ atikah.. nape ko pakai sarung tangan tu?”
+ ” mak oii!!!.. dia pakai sarung tngan la.. eh, sakit ke kak?.. ke akak main kompang tuk kolej?..

Diatas adalah antara reaksi hamba-hamba Allah tatkala melihat saya memakai purdah dan sarung tangan. Untuk lebih jelas, saya, apabila berada dikampus saya tdk memakai purdah dan saya juga belom istiqamah lagi memakai purdah bila diluar kampus. Segala-galanya tutup (insyaallah) kecuali wajah saya (itu yg saya kesal). Dan kerana kelihatan pelik agaknya melihat saya memakai ’gloves’.. hamba-hamba Allah bertubi-tubi bertanyakan soalan.. saya memberi jawapan berbeza-berbeza pada orang yg berbeza-berbeza.

+ ” avoid sun burn..huhu”, kata saya ringkas.
+ ” i’m trying to be a good servant of Allah”..
+ ” if ada ayaq semayang (air wuduk), senang sket..xgadoh risau if terberetuh (tersentuh) time berebut bas”..

tetapi hakikatnya.. saya masih xpuas hati dgn jawapan saya.. am I rite to say like that?.. kadang-kadang tu, saya hanya diamkan diri jer.. “smiling J ”.. tak tahu nak cakap apa.. saya risau juga, nanti ada yang tersinggung dengan kata-kata saya, walaupon saya xberniat begitu. Dan yang paling saya takut!, kata-kata saya yang tak kena gaya..membuatkan Allah Taala marah.. nauzubillah.. Astaghfirullahalazim.. better saya diam kan?.. ntahla..

Pernah sekali tue, saya tak tahu la kenapa saya begitu tersentak dengan soalan yang diajukan oleh kawan sekuliah saya (non-muslim).. “ atikah, why are you wearing that? (sambil mulutnya mucung menunjukkan kearah sarung tngan hitam yg saya pakai)”
Erk.. saya jadi kaku degan soalan dia. Adakah sebab dia non-muslim?.. atau apa? Bukannya saya xpernah diajukan soalan-soalan serupa macam tu.. tp, ntahla.. kenapa la saya jadi mcm blur skali hari tu sampaikan kuliah Dr.Uzi (math) langsong saya xbole beri perhatian. Mmg xfokus langsong!.. nampak ja jasad kat Dewan Kuliah. Tp, minda saya dah ke lain.. mencari-cari jawapan terbaik untuk soalan yang br saya terima tadi.. sambil xabes2 saya memarahi diri saya sendiri kerana soalan se’simple’ itu pon saya xbole jawab sehingga saya rasakan saya begitu hina dan jahil!..saya jadi malu sendiri.. malu dgn Allah.. astaghfirullahalazim. At last, Allah fahamkan saya. Alhamdulillah, Allah xizinkan saya berkata-kata agaknya kerana Dia tahu yang terbaik untuk hmba-hambaNya. Saya YaQin itu! Allah Knows Best!.

Hati ke hati

Ok, disini saya ingin coretkan sedikit kata dari hati ke hati.. ramai orang berkata berbunyi begini mengenai aurat:

+ “ ala, seganla pakai tudung labuh-labuh nie.. macam bajet (konon) alim plak”.
+ “erm, ntahla.. saya ni ilmu pun xcukup, xkan nak pakai macm tu (purdah/tudung labuh)
kot”

Ok..kalau kita nak tggu kita banyak ilmu baru mula nak pakai ikut sunnah atau baru mula nak pakai tudung labuh atau baru nak mula pakai purdah.. sampai bila ye sahabat-sahabat?

Kita ni manusia, yang tak pernah lepas dari kesilapan dan kita xkan pernah perfect dan penuh ilmu di dada becoz we’re hamba Allah. Yang Maha Kaya dengan Ilmu-Ilmu Alam ini hanyalah Allah Taala!

We are life long learner! Kita belajar dari saat kita dalam perut ibu kita sehinggalah kita berada dalam liang lahat.

Bagi saya.. apa pon alasan yang “saya” atau anda nak beri untuk elak semua aurat-aurat yang perlu ditutup.. Ingatlah!.. menutup aurat secara betul adalah hadiah dari Allah Taala kepada kaum hawa. Pernahkah anda terfikir itu? Dan menutup aurat dengan sempurna itu adalh tanggungjawab kita sebagai menghargai hadiah dr Allah sepertimana anda menghargai hadiah pemberian orang yang anda Cintai.

Ya! Tdk dinafikan..ada terlintas dihati kita untuk memakai pakaian hadiah Allah pada kaum hawa.. maka, apalagi?.. berdoa lah.. berdoalah.. berdoalah… hnya padaNya.. minta hanya padaNya supaya dikuatkan hati untuk ke jalan yang diredhai Allah.

One more thing!..

Pada zaman moden (maut deen) ini, kita dapat saksikan wanita-wanita dan lelaki dalam sebuah majlis secara bebas mempeljari al-Quran dan mereka membacakan undang-undang Ilahi ini, akan tetapi firman-firman Allah sama sekali tdak terkesan dalam hati mereka. Tingkah laku mereka seolah-olah mengejek hukum-hukum Allah dgn duduk bersama-sama dalam satu majlis tanpa hijab atau tirai. Bagi orang-orang begini, Rasulullah saw bersabda, ’ Banyak orang yang membaca al-Quran, tetapi al-Quran melaknat mereka sendiri”.

Astaghfirullahalazim..

Tabbarruj

Allah S.W.T berfirman; “....dan janganlah kamu bertabbarujj (berhias), seperti tabbarrujj nya orang-orang jahiliyah terdahulu”.

Imam al-Laits berkata bahawa tabbaruj ialah jika wanita tdk menyembunyikan kecantikan wajahnya dan bentuk tubuhnya serta ia beranggapan hal itu baik untuk dipamerkan.

Abu Ubaidah r.a berkata bahawa tabbaruj ialah apabila seorang wanita mempamerkan kecantikan dan bentuk tubuhnya dengan maksud untuk menimbulkan ghairah seksual kepada kaum lelaki.

Wanita-wanita dalam masyarakat Islam hari ini – kecuali hanya sedikit – sudah menyimpang terlalu jauh dari landasan yang benar. Oleh kerana keadaan yang demikian, Nabi s.a.w. bersabda;

“ wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabbaruj bebas tanpa hijab. Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk syurga, kecuali sejumlah burung gagak yang berbulu putih. (sangat sedikit)” (sunan baihaqi)

Justeru jelas bahawa seorang wanita yang mempunyai keperluan untuk meninggalkan rumahnya, maka ia harus menyembunyikan kecantikannya dengan memakai purdah atau jilbab yang menutupi seluruh tubuhnya.

“Allah redha kpd mereka dan mereka pun redha kepadaNya” (al-Bayyinah;8)

“Allah menjanjikan kepada mereka balasan yang lebih baik.” (al-Hadid;10)

Jilbab atau Purdah

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang beriman, Hendaklah mereka menutupkan jilbab mereka ketika keluar rumah. Yang demikian itu lebih memudahkan untuk mengenal mereka dan mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-ahzab;59)

Ayat ini merupakan dalil yang sangat penting diantara ayat-ayat yang berkenaan dengan hijab kerana dalam ayat tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa menutup wajah adalah termasuk dalam perintah berhijab.

Ayat ini tdk hanya ditujukan kpd isteri-isteri Nabi saw, maka tdk ada sesiapa yang berhak untuk menafikan bahawa ayat ini tdk sesuai apatah lagi tdk releven untuk dilaksanakan oleh semua wanita.

Apakah makna jilbab?

Ringkasnya, jilbab adalh sejenis baju yang longgar yang dapat menutup kepala, wajah, dan dada, bahkan dapat menutup seluruh tubuh.

Ada bnyak tafsir sebenarnya dalam menerangkan erti jibab. Dalam kajian mengenai perkataan ini, Allamah Ibnu Manzhur menyimpulkan;

“Jilbab yang sebenarnya adalah pakaian luar atau selendang panjang yang dipakai wanita sebagai pembungkusan atas pakaiannya yang dapat menutup dirinya dari atas kepala hingga ke hujung jari-jarinya. Pakaian ini menyembunyikan tubuhnya secara sempurna.” (Lisanul Arab jilid I ayat 273)

At-Tabari menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.a:
“Allah memerintahkan wanita-wanita beriman agar menutup wajah mereka dari atas kepala mereka dengan jilbab, dan menampakkan hanya sebelah mata”

Bagaimana Cara Memakai Jilbab?

Ulama-ulama yg pakar dlam al-Quran tdk hanya memberikan kpd kita mengenai perintah berhijab dan menutup wajah bg kaum wanita, tetapi juga mereka menjelaskan cara yang tepat memakai jilbab.

Ibnu Abbas r.a menyebutkan dua cara memakai jilbab:
sehelai kain ditarik dr atas utk menutupi badan kecuali satu mata;
kedua-dua biji mata dibiarkan tdk tertutup;
sebagaimana yang dilaporkan oleh Allamah al Alusi sebagai berikut; “Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzhir menggambarkan cara memakai jilbab menurut Ibnu Abbas r.a dan Qatadah r.a. Sehelai kain dibungkus dari atas menutupi dahi, kemudian satu helai ditarik ditarik menutupi wajah dabawah kedua-dua mata sehingga seluruh wajah dan badan bahagian atas tertutup. Bahagian yang dibiarkan terbuka ialah kedua biji mata.” (Ruhul Ma’ani jilid XXII m/s 89).

Perlu dicatat disini bahawa purdah dewasa ini (yang dipakai oleh sebahagian wanita muslimah) juga berfungsi sebagai jilbab. Hijab sebagai kebiasaan wanita-wanita muslimah sejak zaman permulaan Islam, yang sekarang sedang dihilangkan oleh orang-org yang terpengaruh dengan pemikiran barat. Untuk mencapai maksud mereka ini, mereka menterjemahkan al-Quran dan hadis menurut hawa nafsu mereka sendiri. Dengan demikian mereka menyesatkan diri mereka sendiri dan membawa orang lain kepada kesesatan. Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk kepada kita dan melindungi kita dari kesesatan itu.

Malu dan Kehormatan Diri

Actually, banyak hadis menyebut tentang pentingnya memakai hijab, menutup wajah (bg wanita), dan menutup seluruh tubuh. Memadailah dengan keterangan dr Al-Quran bg mereka yang berniat menegakkan dan melaksanakan hukum hijab. Tetapi bagi mereka yang tdk mempunyai keinginan untuk menegakkan hukum Ilahi, walaupun beribu-ribu ayat Al-Quran dan al-hadis dikumpulkan, tidak akan memotivasi mereka sama sekali.

Syariat Islam yang diturunkan kepada manusia tdk hanya memberi perintah tentang hijab, tetapi juga menjelaskan segala yang berhubungan langsung dengan perintah ini. Oleh kerana itu, orang yang meremehkan larangan-larangan ini berisiko menyebabkan perilaku yang akhirnya menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Dengan kata lain, kita diperintahkan juga untuk menghindari perbuatan2 yang akhirnya menjerumuskan diri kita sendiri ke dalam suasana yang tdk sopan dan penzinaan.

“Dan janganlah kamu mendekati zina”

Sedangkan perbuatan-perbuatan yg mendorong kearah terjadinya sahaja amatlah dilarang, maka bagaimana pula perbuatan zina itu sendiri?

Malu dan memelihara kehormatan seseorang adalah hal yang sangat penting terutama dalam memelihara sifat akhlak satu masyarakat. Inilah sebabnya mengapa malu disebut perhiasan bagi seorang wanita, yang melindunginya dari lembah-lembah dosa dan mencegah lelaki yang berniat jahat dan berfikiran buruk terhadapnya. Sikap malu dijadikan sebagai sebahagian dari fitrahnya yang bertujuan untuk melindunginya dr perbuatan khianat lelaki yang mempunyai niat yang jahat terhadap mereka.

Dari Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda; ” sesungguhnya, malu dan iman adalah dua bersaudara. Jika salah satunya hilang, maka yang lainnya dengan sendirinya akan hilang.” (hadis riwayat Baihaqi. Syu’abul Iman)

Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda bahawa malu adalah bahagian dari iman. (hadis diriwayatkan muslim, jilid I m/s.47)

Dalam hadis lain ,Rasulullah saw bersabda ,’’Malu itu menghasilkan seluruh kebaikan.’’

Rasulullah saw bersabda ,’’Ketika maksiat dijadikan bahagian dari sesuatu ,maka ia menjadi cacat ;dan ketika malu menjadi bahagian sesuatu ,maka ia menjadi cantik .’’(Hadis diriwayatkan Tarmizi Jilid II m/s .122)

Dalam sebuah hadis ,Nabi saw bersabda ,’’Malu dan amanah adalah yang pertama kali akan keluar dari dunia ini .Oleh kerana itu, sentiasalah bermohon kepada Allah .’’(Hadis riwayat baihaqi ,Musnad Firdaus ad Dalami )

Malu merupakan sifat atau karakter istimewa yang dimiliki oleh seorang mukmin .Orang –orang yang jahil terhadap ajaran Rasulullah saw tidak akan mempunyai kerisauan terhadap diri tentang sifat malu dan rasa kehormatan diri .Malu dan keimanan saling bergantung .Maka itu ,keduanya akan kekal atau keduanya akan binasa .Dengan demikian ,Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis :’’Apabila tidak ada perasaan malu ,maka berbuatlah sesuka hatimu.”

TETAPI! Bukan MALU yang tak bertempat!.. masalah kita sekarang ialah malu yang tak bertempat. Misalannya, malu untuk menegakkan hukum Allah. Malu untuk menutup aurat. Malu untuk mengatakan sesuatu kerana Allah Taala. Astaghfirullahalazim..

Waallahualam..

Rujukan: Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah, Dr. Muhammad Ismail

Ahad, 10 Ogos 2008

Segala Puji hanya bagi Allah Taala


Dengn nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Assalamua'laikum wbt..


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

syukur alhamdulillah...


purdah

Ya Allah.. saya rindu nak pakai purdah.. sangat2 rindu.. Saya gembira sebenarnya.. kerana apa?. sebab.. sahabat2 saya.. i means.. housemate saya sangat berminat dengan purdah.. mereka asyik belek2 and try2. mereka nmpak sangt tertarik dengan purdah dan mintak izin pd saya tuk try pakai purdah saya tue.hehe.. subhanaAllah.. saya xsangka jugak.. tp apa2 pon.. saya.. syukur sngt. ALHAMDULILLAH. Allah telh timbulkan keinginan dalam hati sahabat2 saya untuk berpurdah. insyallah. dan saya berdoa agar Allah beri hidayah+ taufik+ inayahNya untuk kita semua dalam mencri redhaNya.


Tetiba terngiang2 pulak kata-kata yang menusuk Qalbu nie :


+ pakaian membentuk peribadi


+ Tiada HIDAYAH tanpa da'wah.... Tiada DA'WAH tanpa perjuangan... Tiada PERJUANGAN tanpa pengorbanan... Klu perjuangan itu satu PENGORBANAN, Pengorbanan itu satu KEMULIAAN......


+ hidayah datangnya dari ALLAH...dan hanya ALLAH lah yang maha berkehendak...akan kepada siapa hidayah tersebut diberikan...dakwah adalah salah satu cara ALLAH memberikan hidayah NYA....perjuangan adalah di jalan ALLAH...pengorbanan adalah bagian dari perjuangan dan kemuliaan adalah milik ALLAH.....ALLAHU AKBAR....


+ "kita merancang dgn cita-cita. Allah merancang dengan CintaNya"


+ jadikanlah dirimu seperti orang yang melewati jalan yang berduri niscaya ia akan ber hati2 tentang apa yang ia lihat janganlah menganggap remeh terhadap dosa kecil karna sesungguhnya gunung itu ter cipta dari butir2ran batu kecil.


+ "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12
Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


+ Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "


waallahu'alam..

Sabtu, 9 Ogos 2008

Bingung..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang


Assalamualakikum wbt..

Alhamdulillah.. akhirnya, saya terluang juga untuk 'drop' something dalam blog saya nie. setelah sekian lama saya rasakan menyepi. hehe. lama rasanya saya xupdate blog ni. nthalah mana silapnya. mybe saya yg xpandai manage time + connection wireless susah sket nak dapat 2 week kebelakangan ni. salah siapa ye? haha. salah diri sendiri da~~..


orang rajin banyak jalan
orang malas banyak alasan..


huhu.. sentap2..hehe..



Bingung-bingung..sungguh ku bingung..bukan bengOng ye..adeh!.


semalam.. brapa haribulan ye?... ha!.. 08/08/08 (cantek angka ni kan? Alhamdulillah).. pakChaQ saya call.. adeh!.. segan nye nak angkat phone if dia call. bukan apa.. malu.. malu coz i think i'm not ready to talk wif him. and feel my self is too bad... yaarr.. i'm feel like i'm too hipokrit!.. am i?.. astaghfirullahalazim. Ya Allah ampunilah hamba mu ini yang berhiaskan tahi2 dosa.. astaghfirullahalazim..


pakchaQ: Assalamualaikum.. hello.. ika.. ika..

saya: waalaikumusalam wbt.. helo... ha.. ika nie pakchaq.. awat xclear ka pakchaQ?


pakChaQ: haha.. clear2.. hang wat pa?.. lama xdengaq habaq.. dok wat apa tu?


saya: hehe.. xdak la.. belek2 buku sket. malam nie ada test kimia..hehe.


pakChaq: owh.., so apa cerita? "iman" macm mana?.. ada meningkat ka?hehe


saya: erk.. story apa ek?..hm.. no story la pakchaq.. awat pakchaq da nak citer apa2 ka pasai anwar ibrahim n politics yang len?haha. ha?!!.. iman?..gulp!, don no la pakchaq.. ish pakchaq nie.. kita mn bole tau iman kita mcm mn kan?.. hmm..


pakchaq: ha la.. mmg la.. hanya Allah ja tau.. tp pakchaq rasa hang nie kan.. iman hang nie.. dah menurun la.. drastik gler penurunan nya.. apa hang wat balik U?.. bnyak sembang ngn laki ka? quran baca x? zikir2?.. solat jaga x? ka dah ujung2 punya solat?hmm..


saya: aikk!..pakchaq nie.. sentapnya.. eh, by d way.. mn bole maen rasa2 pkchaq.. mcmna pakchaq bole rasa mcm tue?.. ish2..musykil2..(huhu.. dalam hati.. hmm.. mcmn dia bole tau.. terok sangt ke aku nie..sampai org jauh pon bole tau nie?.. actully saya mmg dalam keaadaan stress jugak sbb saya rasa saya lalai sangt..eee!!!..bnyak nya dosa saya!!!! Astaghfirullahalazim)


pakchaq: hmm.. pakchaq tau la.. lagipon hg tu anak menakan (saudara) pkchaq.. pkchaq kenai sangt la hang tu..cara hang cakap pon tau.. cam sangt... beza.. time hang pakai purdah aritu ngn skrang.. pakchaq dapat rasakan.. tp, xtau la.. hati manusia hanya Alah ja tau.. apa2 pon hang tanya lah diri hang balik.. hang lbih tau kan..hang nilai sendri la... muhasabah diri..


saya: gulp!, ha?..yeke? ..erk... ada beza ka?.. ika rasa sama ja.. cara cakap ika time ika pakai purdah n xberpurdah nie..?..hmm... what's the diffrent actully ha?..puzzle2.. astaghfirullahalazim..


pakChaq: hmm.. xpala ika.. apa2 pon.. ingt.. pesan pakchaq yg lepas2 tu.. zikir jgn tggal.. oklah. pkchaq da hal kat office nie..hmm..kkk ...Assalamualaikum wbt.. jaga diri.. jaga hati..


saya:.. erkkkk... o..ok.....waalaikumusalam wbt.. hmmm...



kemurungan la saya memikirkan diri yang hina ni.. Astaghfirullahalazim..
i have to do somthg to get His Love back!!!!... Actually, i'm trying to strive for His True Love..
O, Allah, please.. forgive me.. i'm nothing witout You, Allah.. i need YOU.. I really2 need YOU.. Help me Allah... help me Allah... Astaghfirullahalazim...


Rabu, 30 Julai 2008

Kuasa vs Pengaruh

Assalamualaikum wbt...
hmm.. saya xbole tdo la mlm nie.. cadang nak tido lepas habis buat assgmnt II statistic.. yela, mana xnye.. time buat assgnmnt tue.. ngantok la teramat.. tahan jer..sabar2..pujuk diri.. dah2 siap keje.. segar bugar pulak dah.. masyaAllah... hmm.. agaknya, dah diluar waktu tdo biasa.. so terus xterasa nak tdo..huhu..so, apalagi.. tangan nie pon gatal2 la bukak laptop.. niat asal nak cr information bout experiment kimia for my lab report.. tup2.. tersasar..hehe..biasala.. terview blog mcm2.. dan saya sangt tertarik dengn artikel kat bawah nie!.. jom baca dan fikir2+renung2kan..wateva la..huhu..

Pak Din (http://sharudin.wordpress.com/)
on 22 Jul 2008 at 12:21 pm

“mahu menjadi ayah yang berkuasa, atau ayah yang berpengaruh.”

Berkuasa menghasilkan Muslim di Kaherah, sementara berpengaruh menghasilkan Islam di Paris.

Berkuasa menghasilkan pemakaian tudung di Tanahair (Riyad) tetapi tidak bila di London. Sebaliknya bila terpengaruh dengan ajarah yang sebenar. ke angkasa lepaspun masih menutup aurat.

Berkuasa menghasilkan bilangan sementara berpengaruh menghasilkan mutu.
Yang berpengaruh dan berkuasa ibarat khalifah yang Allah kehendaki, memakmurkan Bumi untuk mendapat keredoaan di Akhirat, tetapi yang berkuasa dan berpengaruh, menghasilkan kahlifah yang manusia kehendaki.

Akhirnya yang berkuasa memperkenalkan Allah yang Berkuasa sementara yang berpengaruh memperkenalkan Allah yang Maha Sempurna.

Astaghfirullahalazim...
Waallahualam..
lagi untuk cerita dalam konteks yang sama.. sila klik sini.. best baca nie!..bukak tau..huhu.

Sabtu, 26 Julai 2008

Sabar dengan Isteri..


Assalamualaikum wbt....

hehe..entry kali nie saya nak bawak n share sket cerita yang pada pandangan saya menarik dan banyak pengajarannya...itupon yang nak amek pengajaran la.. jom kita baca!..huhu.



Cubalah bersikap sabar dengan perangai isteri

Diceritakan bahawa ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul-Khattab utk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila org itu tiba di pintu rumah khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri khalifah sedang mengangkat suara mengata nista khalifah sedangkan Khalifah hnya berdiam diri saja, tdk menjawab sepatah pun.

Maka org itu pun tdk jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah, maka dengan tak semena-mena dia dipanggil oleh Khalifah seraya bertanya kpdnya: “ apa hajatmu dtg kemari?”
Jawabnya: “ tdk ada apa-apa wahai Amirul Mukminin”
Tanya Khalifah : “ mengapa dating kalau tdk ada apa-apa?”
Kata org itu lagi: “ sebenarnya sy datag ini utk mengadukan kelakuan buruk isteri sy, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba sy mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yg sama spt sy.

Berkata Khalifah Umar:
“ Wahai saudaraku! Aku terpaksa menaggung semua itu kerana aku terhutang budi kpdnya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku membasuh pakainku, dan menyusukan anakkau, padahal itu semua tdk wajib atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, dimana hatiku merasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung drpd melakukan yg haram. Bagaimana dpt aku menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja.”
Kata org itu pula: “ saya juga menanggung nasib yg sama spt tuan hamba juga, wahai Amirul Mukminin.”

Maka berkata Amirul Mukminin lagi:
“ Wahai saudaraku! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu.”



p/s: wahh..sangt terharu la if seorang suami bole pikir gtu..huhu..insyaallah..hehe..

Rabu, 16 Julai 2008

i miss u!..

Assalamualaikum wbt...

lalala.. cinta tu apa? rindu tu apa pula?.. 2 persoalan kat sini.. sapa nak jawab?.. cepat angkat tangan!hehe..

mukaddimmah sket..

Cinta kpd Pencipta adalah cinta yang perlu/wajib la dilebih-lebihkan. tapi tu la, seringkali manusia menjadi korban cinta agung ini semata-mata kerana terlalu ghairah memburu cinta-cinta murahan.. astaghfirullahalazim.. Manusia menjadi korban cinta Ilahi krn tenggelam dalam cinta harta, cinta pada pangkat, cinta pada glamour, cinta pada pandangan org, cinta pada hidup senang-lenang, cinta pada makanan, cinta pada hiburan ntah apa2 tu.., cinta pada laptop.. maksudnya asyik ngadap laptop la..(terutama time dapat connection internet..hihi..kena batang idung sendiri sebenarnya neh!).. astaghfirullahalazim..istighfar banyak2 daa~~atikah oii!!!..huhu.. sambung lagi.. cinta pada girls and boys la..dan macam2 lagi lah!. pendek kata cinta dunia!..hmm.. sedih2.. sedih dengan diri yang xsedar2 diri ni.. Astaghfirullahalazim..

"Ya Rabb, bimbinglah aku ke jalan yg Engkau Redhai, dan jauhkan lah aku dari jalan yang Engkau murkai..".. astaghfirullahalazim..

Cinta Ilahi sering disalah tafsirkan, samada melalui kata-kata mahupun sikap kita. seolah-olah cinta pada Allah itu menafikan semua cinta yang lain hingga cinta Ilahi dipndang terlalu asing. Mengejar cintaNya diaanggap tdk berpijak dibumi yang nyata.. Astaghfirullahalazim..

rindu kat mak

warkkkk!!!!... rindunya....rindu sangat2 kat mak!!.. rindu3... bknla bermaksud xrindukan abah.. rindu..tp, xserindu cm rindu kat mak.. pendek kata rindu la kat mak abah!.. rindu2.. sob.. sob.. sob.. dah! kang ada pulak yang nangis depan laptop nie..hihi..

rindu kat pondok

hmm..saya rindu lagi.. saya rindu nak g pondok lagi.. pondok pasir tumboh,klate!.. alhamdulillah3.. saya seronok sgt pergi belajar kat sana, walaupn sekejap je..bout 2 week.. huh! i feel like i'm very2 jahil sejahil jahil nya!.. Ya Allah, malu tu jgn sebut la.. of cos la ada!astagfirullahalazim.. apa2 pon saya rindu nak g blajar kat situ lagi! insyaallah..

rindu kat sek.keb.tmn selasih

hehe.. ni saya rindu kat sekolah yang saya wat rancangn orentasi sekolah 1.. best tau.. alhamdulillah.. best la.. dpt pengalamn masuk klas..ngajar2 budak sket.. ganti klas bg guru yng xdpt hadir ke sekolah..wat laporan pasal sekolah tue.. and then, tukar2 pendapat n discuss2 sket degn guru2 yg bnyk pengalamn..hehe..yeke?.. ada la sket.. alhamdulillah.. tetiba teringat dialog nie time first2 melangkahkan kaki di bumi sek.keb.tmn selasih:

murid: Assalamualaikum ustazah..

saya: (hak3..gelak dalam hati sambil tersenyum)..ustazah?.. waalaikumusalam wbt..

murid: ustazah, cikgu baru ek?..ustazah ajaq agama kelas mana ustazah?..

saya: (adoi!, lagi nak gelak degn soalan dak2 ni).. ehem2.. cikgu bukan ustazah la sayang oii.. cikgu.. cikgu la.. or u can call me teacher..hehe..(cewaahhh, brlagak gler brckap..tp lm hati ni rasa malu sangt..sbbnya..bknnya layak lagi nak digelar tue semua..)

murid:....bla..bla..bla..

saya:...bla....bla...bla.......bla..
rindu la nak masuk klas lagi!!!...seronok layan kerenah murid2 darjah 1.. asyik nak gelak ja masuk kelas depa..huhu..

rindu kat adik2 LDK (A20)

Baru2 nie, kolej saya ada wat Minggu Suai Kenal (MSK KUO) untuk students yg baru masuk nak kenal2 kolej ni. So, saya pon join la MSK tu as fasilitator.. hmm.., best gak.. bnyk la jugak aktiviti ngn dak2 nie.. hmm..rindu la pulak kat depa tue...


p/s: mayb entri kali nie, mcm nothg kan?..tp, ntahla..depends la.. i juz wanna tell n share what i feel rite now.. my luahan rasa rindu jerk..hihi..

Selasa, 15 Julai 2008

Akal alat & Pemimpin Orang Mukmin

Assalamualaikum wbt..
Akal alat dan pemimpin orang mukmin

Diriwayatkan oleh Ka’ab dan Abu Hurairah bahawa mereka berkata dan bertanya kpd Rasulullah s.a.w.
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yg paling pintar?”
Rasulullah s.a.w. menjawab : “orang yg berakal.”
Mereka bertanya lagi. “ sipakah orang yg paling berbakti?”
Rasulullah s.a.w. menjawab, “orang yg berakal”
Mereka bertanya lagi, “ siapakah org yg paling utama?”
Rasulullah s.a.w.menjawab, “ org yg berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat org mukmin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukin ialah akal.

Setiap kamu mempunyai tujuan dan yg utama bg hamba Allah s.w.t. ialah akal (khayatul qulub).
Saidatina Aisyah berkata: “Akal itu mempunyai 10 bahagian, 5 bahagian nmpak, dan 5 bahagian lagi tersembunyi.”

Adapun yg nmpak adalah:

Pertama : Diam. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
“barangsiapa diam, maka selamatlah dia, barangsiapa banyak bicaranya,
maka banyak pula kesalahannya.”
Kedua : Sabar.
Ketiga : Rendah hati. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa berendah hati, Allah akan mengangkat darjatnya dan barangsiapa
yg sombong, Allah akan merendahkan darjatnya.”
Keempat : Takut kpd Allah s.w.t.
Kelima : Mengawal hawa nafsu.

Jumaat, 11 Julai 2008

ALLAH

Assalamualaikum wbt..
entri kali nie..saya ingin menyebut sikit tentang pencipta kita..iaitu Allah S.W.T. Ya! saya! nak ingatkan diri saya sebenarnya!..yang sangat2..berdosa..lalai..lupa akan kewujudan Allah..Astaghfirullahalazim..saya akui saya mmg tdk layak berbicara tentang Allah Yang Maha Kuasa..saya yang jahil lagi hina ini yang bergelumang dengan tahi2 dosa sememangnya tidak layak langsong! untuk berbicara tentang bab2 gni. tp, ntahla.. saya hambaNya, yang sangt bergantung harap padaNya..hanya Dia!.. saya masih mengharapkan dan merindukan secebis ampunanNya, redhaNya, kasihNya, cintaNya..

saya sedih sekali dengn diri saya..
saya katakan saya rindu padaNya..tp saya.... bla..bla...bla...
saya katakan saya cinta padaNya..tp saya .... bla..bla..bla..
saya katakan saya hambaNya.. tp saya ...bla..bla..bla....

ASTAGHFIRULLAHALAZIM...

ALLAH

“Allah”, nama bagi Tuhan Yang Maha Esa. Perkataan Allah ini mempunyai erti seluruh. Pengertian yang terkandung dalam seluruh Nama-Nama Allah (Asmaul-Husna), iaitu Tuhan yang tunggal yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan kepimpinan yang Maha Besar lagi Maha Tinggi serta Maha Kuasa.

Tidak ada yang patut disembah, dipuji, ditaati selain dari Dia. Tidak ada yang benar-benar berkuasa selain dari Dia. Tidak ada yang benar-benar pengasih, penyayang dan pemurah selain Dia. Seluruh umat manusia wajib melakukan ibadat kepadaNya pada setiap tempat dan masa sebagaimana yang telah dilakukan oleh para Nabi, orang-orang salih dan syuhada sejak dahulu kala.

Nama Allah ini bukanlah manusia yang menamakannya, bahkan zatNya yang Maha Esalah yang memberikan nama itu bagi diriNya. Kalimat Allah tidak dapat diterjemahkan baik ke bahasa mana pun juga kerana tak ada satu kalimat pun atau kata-kata yang lengkap yang dapat mengumpulkan pengertian kalimat jalalah ini.

Allah, Tuhan Yang mempunyai segala sifat-sifat kebesaran, Maha Esa dan Maha Kuasa. Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya, yang menjadikan alam semesta ini.

Lafaz Allah ini disebut juga disebut lafaz jalalah. Ia juga disebut ’Ismudz Zat’ yakni zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dialah Tuhan sekalian alam. Dialah yang mengeluarkan segala sesuatu dari tiada kepada ada.

Allah hanya satu (tunggal), dan tiada boleh dinamakan Dia sesuatu yang lain daripada Tuhan yang sebenarnya walau dengan bergurau senda sekalipun!.

Diantara nama-nama Allah yang berjumlah 99 atau lebih itu, ’Allah’ inilah yang paling banyak didalam kitab Suci Al-Quran, iaitu 2696 kali.

Sekali lagi detegaskan untuk memperingatkan pendalaman pemahaman kita semua, kalimat ’Allah’ itu mempunyai erti dan maksud yang meliputi seluruh pengertian yang terkandung dalam seluruh nama-nama Allah (Asmaul-Husma) yang termasyur itu.

’Allah’ adalah nama yang lebih besar daripada semua 99 nama sebagaimana yang tersebut pada riwayat Attarmizi kerana Ia suatu zat yang memrangkumi semua sifat-sifat ketuhanan sedangkan nama yang lain tidaklah bersendirian melainkan menghubungi ’Allah’ seperti aliim, kuasa (kudrat) atau pembuat sedangkan ’Allah’ atau lainnya suatu nama tertentu, tidak dipakaikan kepada seseorang selain daripada zatNya Allah s.w.t. baik pada hakikat (pengertian asal) mahupun pada segi kiasan.

Bagi kebanyakkan nama-nama Allah yang lain bolehlah dinamakan kepada yang selainNya seperti berkuasa, berilmu, penyayang, pemurah, pelindung, pengawas, dan sebagainya.

Allah, iaitu Tuhan yang tidak ada Tuhan selain Dia. Jika ada Tuhan selain dari Allah adalah palsu dan telah lama alam ini akan binasa atau , musnah.

Firman Allah, ”kalau ada Tuhan selain Allah, dilangit dan dibumi, maka langit dan bumi itu pasti binasa.” [al-anbia; 22]

Ketahuilah, dan ingatilah tidak ada yang patut disembah, dipuji dan ditaati selain hanya Dia. Tidak ada yang benar-benar berkuasa selain hanya Dia, tidak ada yang benar-benar pengasih selain hanya Dia, tidak ada yang benar-benar tinggi selain hanya Dia, tidak ada yang benar-benar penyayang, pemurah, mulia, suci, kuat, agung, besar selain hanya Dia!, dan seterusnya.

Berkata Drs. Sidi Gazalba, ”keyakinan akan Allah, keyakinan akan Tuhan Yang Maha Esa, menjadi pangkal dari sistem keyakinan dan kepercayaan, selanjutnya asas dari seluruh ajaran Islam. Kerana itu kalau tauhid lemah, sistem dan asas itu pun tidak kukuh. Kalau ia goyah, semuanya akan goyah juga. Sebab itu kalau orang ingin memahami Islam, ia harus mulai dengan memahami Tauhid. Kalau orang yang mahu meyakini Islam, ia harus mulai meyakini Allah.”

Begitu juga untuk meyakini dan memahami Allah terutama dari segi sifat, perbuatan, dan zatNya kita harus mengetahui nama-nama Allah yang berjumlah 99 atau lebih dari itu (mengikut para ulama, nama-nama Allah itu ada sejumlah 3000 nama, dimana 1000 darinya diketahui oleh para malaikat, 1000 darinya diketahui oleh para nabi, 300 terdapat dalam Taurat, 300 terdapat dalam Zabur, 300 dalam Injil, dan 99 pula didalam kita Al-Quran. Beerti, hanya satu lagi nama yang dirahsiakan Allah dans ebagai gantinya nama yang terahsia itu dikatakan sebagai Asmaul-A’zham al-Husna, yang bermaksud nama Allah yang terAgung.) untuk mendapat pemahaman yang luas dan mendalam tentang keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Itulah satu-satunya cara dari berbagai-bagai cara untuk meyakini dan mengimami kebesaran dan kekuasaan Allah secara lebih berkesan.

Di segi amalannya, manusia terutama umat Islam perlu sekali mencontohi nama ini ’Allah’ bagi meluaskan pemikiran, meninggikan cita-cita terhadap Allah dan mendapatkan keredhaanNya. Mereka tidak perlu memandang dan tidak berpaling kepada selain dari-Nya. Mereka juga tidak wajar sama sekali untuk berharap dan bergantung harapan kepada selain dariNya dalam memanjatkan sesuatu hajat dan doa. Manusia hanya perlu takut, taat, dan patuh kepadaNya semata-mata!.

Amalan wirid:
+ Baca ’Ya Allah’ sebanyak 5000 kali pada setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan tawadhuk kepada Allah, Insyaallah apa yang kita inginkan dan hajatkan akan terkabul dan berhasil.
+ Berzikir ’Ya Allah’ tiap-tiap hari 5000 kali, Insyaallah datang kepadanya rezeki daripada tiap-tiap pihak.
+ Baca ’Ya Allah’ tiap-tiap lepas sembahyang fardhu 66 kali sampai 66 hari, Insyaallah jadi baginya sebutan yang besar dan kebaikan yang banyak pada ilmu duniawi dan ukhrawi. Adalah lebih baik pula diamalkan terus pada setiap hari.
+ Berzikir dengan lafaz ’ Ya Allah Ya Haiyu’ pada setiap hari 1000 kali, Insyaallah diberi ia kesempurnaan yakin.
+ Berzikir dengan sebutan lafaz ’Ya Allah Ya Haiyu’ pada setiap hari jumaat sebelum sembahyang Jumaat dengan suci daripada hadas dan najis dan hadir hati (khusyuk) 100 kali, Insyaallah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkannya.

Sumber rujukan: 99 NAMA ALLAH YANG TERMASYUR Talib Samat (1983)

Khamis, 10 Julai 2008

Kenapa Anda Harus Tangguh Tidur

~sekadar hiasan~
Assalamualaikum wbt..
Kenapa anda harus tangguh tidur

Seorang hakim berkata, ‘ seorang tdk boleh tidur sehingga menyelesaikan 4 perkara.’
+ Jangan tidur selama dia percaya atas bumi ada musuh. Sehingga minta halalnya, sebab kemungkinan dia mati sehingga dituntut oleh Allah s.w.t.
+ Jangan tidur jika masih rasa berdosa dan belum taubat drpnya, sebab kemungkinan dia mati dan dianggap terus dalm berdosa.
+ Jangan tidur sehingga menulis wasiat yg tepat, sebab kemungkinan dia mati sebelum meninggalkan wasiat.
+ Jangan tidur jika belum menyelesaikan kewajipan kpd Allah s.w.t.

Seorang lg hakim berkata; ‘ seorang di waktu pagi harus niat 4 perkara’,
+ Menunaikan kewajipan terhadap Allah s.w.t.
+ Meninggalkan larangan Allah s.w.t.
+ Menyelesaikan dgn org yg dia ada hubungan dagang dan sebgainya
+ Memperbaiki hubungan dgn lawannya.
+ Maka jika dia pagi-pagi ada niat yg demikian ada harapan termasuk org soleh yg untung.

Manusia pada waktu pagi ada 3 macam;
+ Sebahagian mencari harta, maka dia tak akan makan lebih drpada rezekinya meskipun hartanya sngt banyak .
+ Sebahagian mencai dosa, maka pasti mendpat kehinaan.
+ Sebahagian mencari jalan yg diredhai Allah s.w.t., maka Allah akan memberinya rezeki dan jalan.

Mutiara Renungan Ummah


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
Assalamualakaikum wbt..

Mutiara renungan ummah

ü Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
ü Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat org baca
ü Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah
ü Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah
ü Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu.
ü Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta.
ü Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas.
ü Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tdk beerti
ü Umat Islam mesti merenung bukan termenung.
ü Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta hati
ü Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti.
ü Umai Islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki
ü Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik
ü Umat Islam mesti menang bukan kalah dlm perjuangan
ü Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat
ü Umat Islam hanya berpandukan Al-Quran, Hadis, Qias, Ijtima’ dan Ijtihad, kelak kita
terselamat dunia akhirat.

Selasa, 8 Julai 2008

OppS!.. Auratku..


Assalamualaikum wbt...
hmm..sure ramai yang dah tahu & dah pernah tgokla gambar kat atas ni kan?..
so, entri kali nie untuk reminder jer..peringatan bersama kot2 la terlupa..huhu. ye la..skarang nie kan bnyak sangt fesyen2 br keluar yang mengancam & meletup gtu..hihi
if sahabat2 nak tgok apa yang ditulis dalam pic tue, klik je k..nnt dia akan z00m!..hihi.
penting jaga aurat nie tauu...jagalah aurat ye..seronok main tutup2 nie.. buat apala nak bukak2 n dedah2 nie?..malu tau..huhu.. "Atikah! ingat sama tau!" ;p
waallahualam..

Wajibkan solat bagi Semua Pemimpin..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Assalamualaikum wbt...
hmm,..bg entri kali ni saya cut n paste from malaysiakini..huhu..bukan apa, news/atikel yg saya paparkan dibawah ni..saya sokong 100%..bagus3..so, saya nak share la ngn sahabat2 diluar sana yang xterbaca or xterbukak lagi laman malaysia kini.. Bagi yang dah baca n dah bukak tue..alhamdulillah la..k, baca la..
Menteri besar Kelantan bercadang membawa usul untuk mewajibkan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib pengambilan bekerja bagi pemimpin semua peringkat, termasuk ketua jabatan dan kakitangan awam kerajaan negeri. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata syarat menunaikan solat itu akan dicadangkan sebagai satu kemestian dalam memegang jawatan seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan, lapor Bernama. "Saya akan mencadangkan di dalam dewan (undangan negeri Kelantan) sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat. "Syarat ini bagi memastikan mereka yang dipilih adalah mereka yang menjaga akhlak mereka supaya menjauhi daripada elemen rasuah dan tidak bermoral," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita semasa sidang dewan itu berhenti rehat, di Kota Bharu hari ini. Beliau mengulas soalan lisan wakil rakyat Demit, Muhamad Mustafa mengenai langkah kerajaan negeri bagi mengatasi gejalameninggalkan solat khususnya solat Jumaat dan sejauh mana penguatkuasaan undang-undang terhadap isu itu. Nik Aziz berkata mereka yang tidak menunaikan rukun itu mempunyai masalah di dalam hati, iaitu kelemahan di dalam nilai akhlak dan moral."Mereka yang tidak menunaikan sembahyang itu menunjukkan bahawa mereka sudah tidak takut kepada Tuhan, Tuhan yang maha berkuasa, apatah lagi kepada manusia, yang sememangnya kurang berkuasa. "Mesti mereka ini tidak takut dan berani berbuat apa saja," katanya. Sementara itu menjawab wakil rakyat yang sama, exco kerajaan negeri Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan sedang menyiapkan enakmen bagi membolehkan mereka yang tidak menunaikan solat lima kali sehari dikenakan tindakan. Pengerusi jawatankuasa pembangunan Islam, pendidikan dan dakwah dilaporkan berkata, kajian akhir bagi menyiapkan enakmen tersebut sedang dilakukan. Enakmen ini akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang apabila siap sepenuhnya, katanya seperti lapor Harakahdaily.net. Tambahnya, hukuman bagi orang Islam yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut sudah ada - denda tidak lebih RM1,000 atau penjara kurang satu tahun. Mohd Amar berkata, peraturan itu terkandung dalam enakmen di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Ahad, 4 Mei 2008

Hamba semata-mata!..


Assalamualaikum wbt..
while waiting someone which is my pakchaq la..hehe.. xmai2 lagi.. sy asyik baca blog orang and explore macm2 and moga terkutiplah serba sedikkit ilmu Allah dalam hati saya nie.. Insyaallah..
"hakikat pena adalah ilham dariNya"
ayat ini walaupon ringkas..tetapi penuh makna bg saya..ianya menyedarkan saya as bloggers to remember that i have nothing without Him! Allahuakbar..kutipan dr blog sahabat saya sendiri..
then,..kutipan dr blog abdulsomad (ada dlm link saya if u wanna c by urself)
hamba Allah..
Saya cuma seorang hamba. berasal dari setetes air yang hina, lahir kedunia, akan mati dan kembali ketanah.
Saya cuma seorang hamba. yg singgah sebentar di dunia. tuk menjalani ujian dari DZAT yg menggenggam jiwa jiwa manusia.
Saya cuma seorang hamba. dengan Taufiq NYA mencoba jalani hidup sesuai Fitrah ketetapan NYA.Saya cuma seorang hamba. lemah bodoh miskin dan hina. mencoba nafikan nikmat nikmat dunia.
Saya cuma seorang hamba. mencoba meyakini janji janji NYA.
Saya cuma seorang hamba. di hari kebangkitan nanti saya akan dibangkitkan untuk dihisab semua atas amal dan perbuatan selama di dunia.

waalallahualam...

Cuti Sem ni kan..


Assalamualaikum wbt..


saya nak menulis lagi..masa ada lagi nie before my pakchaq come to take me home ( jalan2 ke pahang~~)..hehe..suka rasanya meluahkan segala2nya (yg patut la not 100%) dalm blog nie.. bila kita menulis, lega rasanya dan sekali gus push kita untuk mengingati apa2 yg perlu diingati..kan..kan..kan?..saya mmg begini, if ada benda yg penting and if it's compulsory to remember, saya akan list kan..or catatkan.. thats why la ter"create"nye benda alah nie..i means blog ni la..hihi.. ye! saya teringat lagi ketika di matrik kolej mara kulim dulu (batch 05/06). masa tue time nak cuti sem kot.. if xsilap la.. saya pon xsure.. salah seorang sahabat saya merungut dalm bilik kuliah.. katanya "ishhh!!! serabutnya pale otak aku nie!!..bnyk bende tol aku nak wat and nak ingt.. sampai xtau nak wat apa and nak wat yg mn satu!..huhu..bikin pusing saja..dgn tutorial yg belambak2 and nak blik umah lagi..nak pack barang lagi!..adoi..pening2!!"..hehe..lebih kurang ayat nya begitu... so, saya yang berada ditempat kejadian pon menghampiri sahabat saya yg puzzle tu.. kesian tgok dia.. biasalah.. bila serabut nie..macam2 bole terjadi ..kan?.. so, dengan perlahan saya katakan padanya.." apa yg serabut ni A?.. rileks la..think easy make job easy.. cuba ko tarik nafas dalam2 sket..kasi cool sket..ok?..hm, apa kata hang list semua keja yg hg kena buat tue..list semo..jgn tggal satu pon.. even tu adalah bende remeh like hg nak hantaq buku kat libry ke..apa2 je lah..ok A? " Cewahh!, pandai jer nasihat org saya nie..diri sendiri pon xbetul lagi..hehe.. saya bukan apa..kesian tgok dia..so xsalah kan if saya cuba ringnkan beban dia walaupon sedikit jer.. "eh awat rasa sikit jer nie.."kata A sambil pandang dia punya list kat kertas.. dia macam xpercaya.. hmm, see.. keje nye xdela bnyak mn pon.. yang jadi bnyak tue sbb terlalu memikir.. tue yang wat complicated..huhu..


planning..


Rumah pakchaq~ Pahang

hmm, cuti semester nie saya plan p umah pakchaq kat lanchang pahang lagi.. hm, insyaallah bole join mana2 nusrah kat umah jemaah2..keluar dakwah 3 hari ker..ok jugak..best tau.. teringt time cuti sem lepas, pakchaq saya tuan umah utk para jemaah tabligh yg keluar dakwah 40 hari kot xsilap.. hm,bgus tol mereka tue..kuat semngt and nekad menyebarkan kalimah Allah dibumi ni.. ada dikalangan para jemaah yg hadir tue dah berpengalaman lama dah dalm usaha dakwah nie.. dah lepas sampai IPB (India, Pakistan, Bangladesh) dah pon..bnyak ilmu dakwah yang dikongsi bersama.. seronok sangat.. dok dengan mereka nie..kita jadi insaf,.. sentisa ingt Allah.. Subhanaallah..and disinila saya belajar untuk menghayati kalimah toyyibah yg sebenarnya.. Masyaallah.. selama ni saya like dalam zaman gelap.. megucap sekadar mengucap jer,. tp xfeel pon.. means, xde rohla..sekarang nie..alhamdulillah..saya jelas sket tentang kejahilan saya.. Astaghfirullahlazim.. Allah Maha Penyayang akan hamba2Nya.. Subhanaallah..



pondok~ kelantan..

insyaallah, dalam 18hb/19hb Mei nie..saya nak dan akan pergi ke pondok pasir tumbuh.. insyaallah.. "Ya Rabb, jika itu adalah yg terbaik untukku ketika itu, maka Engkau dngn ZatMu yg Maha Suci.. permudahkanlah segala urusanku.. Ameen" insyaallah stay there bout 2 weeks..

wat apa?..tggu...hihi..



ROS 1~Kedah..

15hb/16hb June.. bout two weeks juga..sem ni saya kena buat Rancangan Orientasi sekolah rendah (ROS1) kat sekolah yg berdekatan deNgan rumah saya di Kulim, Kedah.. yela, warm up untuk menjadi seorang pendidik..InsyaAllah..adeh!, tp yg malAsnya nak buat report ROS la.. hehe. Amboi! merungut yer atikah!, xbaik tau.. "bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah" think bout that ye atikah sayang..(monolg diri la ni..).. Asstaghfirullahalazim.. Remember, Allah is everything!..Allah is here for you!..

Ok! atikah.. semangat3!!.. Allahuakbar!..


okla..i think thats all.. maaf segala kesilapan dalam bicara ini.. mohon teguran membina keranaNya dr anda..sekian wassalam..


waallahualam..

"Di Saat Aku Istikharah.."


Assalamualaikum wbt..jom kita baca cerita yg penuh teladan nie ye.. baca sambil berfikir dan hati sentiasa berhubung dgn Allah.. Insyaallah..


"Di Saat Aku Istikharah.."


"Wahai rakan-rakan sekalian.. disaat aku menyangka tiada manfaatnya cinta sesama manusia... tiada gunanya menyemai cinta... menagih cinta lelaki..tatkala itulah hadirnya si dia... ketika itulah aku temui kemanisan yang ada pada cinta... orang yang mencintai Allah... mengajak aku untuk turut mencintaiNya..sepenuh jiwa... kini kutemui Cinta Agung hanya pada Allah swt... kerana diri si dia pembimbingku... Ikutilah kisah dibawah...kisah hidupku! Di Saat Aku Istikharah....Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah... Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu... yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...!Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....!Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan... menemani kesepian hatiku yang merayu minta dipiisi segera dengan kasih lelaki....!Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu, menggesa...maka kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu!Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu... aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku keluarkan di telinga kanan!!!Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan... sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku!Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku! Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak... sekadar menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja!"Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari... perbualan telefon antara aku dan si "A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal!Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang perlu hentikannya!Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...dimanakah suamiku!Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa sebelum ini... tapi dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya, janggutnya... cahaya di wajahnya... Ya Allah! Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...!Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!"Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...! Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya...kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam... Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap sehingga ke hari ini...Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini... Moga ia kekal selamanya...Adab tidur... makan ... dan segalanya masih kuamalkan...! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu... Tahun pertama, dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya dengan sehelai sejadah...Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku agama "Suami Idaman Isteri Solehah"...Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna... malah kupercaya, bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana!Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah....Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...!Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku... dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..! "Ya Allah...Andai dirinya tercipta untukku... menjadi milikku...Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat... Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!"Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah ini masih terbina kukuh... masih utuh...Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!!

SemBahyanG..


Assalamualaikum wbt..



entri kali ini artikelnya di copy n paste from dakwah.info.. artikel ini very meaningful and wat pengajaran untuk saya yang sangt2 rapuh imannya..Astaghfirulahalazim..jom sama2 hayati this artikel.. InsyaALLAH..




"Ya Rabb, hambaMu yang lemah ini memohon sangat2 limpahan rahmat dan CintaMu Ya Rabb..nyawaku dan hatiku dalam gengamanMu..maka,jadikanlah hatiku Ya Rabb, hati yg paling takut atas kekuasaanMu.. Hati yang senantiasa rindu padaMu melebihi yg lain, dan hati yg paling Cinta padaMu Ya Rabb.. sesungghnya, Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.."Ameen..






Artikel:




Dalam buku Wahyul Qalam, Ar-Rafi’ mengatakan, “Dengan melarikan diri dan memfokuskan niat ke arah solat, seorang muslim akan merasakan dirinya seakan melintasi batas – batas kebumian – baik masa mahupun ruang – untuk kemudiannya keluar menuju alam rohani di mana tiada yang difikirkan selain Allah azzawajalla. Inilah saat – saat istimewa setiap hari dalam kehidupan di mana dia lepas dari urusan – urusan dunia, tatkala dia menghimpun segala syahwat dan keinginan, lalu mengekangnya dari masa ke masa dengan gerakan – gerakan solat.Dia juga mengoyak kefanaan jiwa sebanyak lima kali sehari, sehingga dia dapat melihat hakikat keabadian. Jiwanya pun terasa tumbuh dan mengembang. Itulah solat yang lima, solat yang juga merupakan saat di mana hati terbebas dari isi – isi dunia. Tiada yang lebih indah dan lebih tepat dari sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud,
Pusat kebahagianku dijadikan terletak dalam solat.” (HR Muslim)
Beginilah pandangan dan kepekaan seorang muslim mengenai solat. Apakah anda juga memiliki kepekaan sedemikian?
Betapa peri pentingnya solat telah jelas bagi anda. Meskipun begitu, anda belum juga merasakan makna – makna yang mendalam ini, dan anda pun tetap menganggap solat sebagai sesuatu yang berat. Anda memang layak mengalami hal tersebut, dan alasan anda sememangnya boleh diterima. Allah berfiman (bermaksud),
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang – orang yang khusyu’.” (Al – Baqarah:45)
Ya, anda belum melaksanakan solat secara khusyu’, sehingga solat pun teasa berat, sulit dan menjadi beban.
Oleh itu, khusyu’ menjadi tema utama dalam permasalahan solat. Tanpa khusyu’, anda akan merasakan solat sebagai beban berat yang tidak berpengaruh, dan hanya merupakan gerakan – gerakan mekanik sahaja.
Marilah saudaraku yang tercinta! Siapkan hati dan jiwamu dengan sungguh – sungguh, sebab tema ini teramat penting!




Engkau Belum Mengenal Tuhanmu!

Nilai dan jiwa sesebuah solat terletak dalam kekhusyu’kan. Tetapi tahukah anda, apakah erti solat itu yang sebenarnya? Solat adalah mengadap Allah azzawajalla. Sebaik saja anda mengatakan “Allahu Akhbar”, Allah akan menyambut dan memperhatikan anda. Pernahkah anda memikirkan hal itu sebelum ini? Pernahkah anda melaksanakan solat dengan penuh perasaan dan kepekaan ini?

Saudaraku, nilai solat terletak pada peranannya sebagai cara utama untuk mengenal Allah azzawajalla. Solat diwajibkan agar kita mengenal Sang Pencipta. Tanpa solat, kita tidak akan mengenal Allah secara benar. Maka, jika anda ingin mengenal Allah, laksanakanlah solat, dan berusahalah untuk melaksanakannya sekhuyu’ mungkin, sebab inilah faktor utama dalam perkara ini.

Nilai solat terletak pada peranannya sebagai pintu masuk untuk mengenal tuhan. Kerananya, engkau belum mengenal tuhanmu, wahai orang yang meninggalkan solat!

Meninggalkan solat, tidak begitu saya risaukan, kerana saya yakin anda termasuk yang melaksanakan solat. Akan tetapi perlu diketahui, sekadar melaksanakan solat tidaklah cukup. Tanpa rasa khusyu’, anda tidak akan berhasil mengenal tuhan. Padahal tahukah anda, mengenal tuhan adalah matlamat dan tujuan kehidupan?!




Mengapa kita diciptakan?



Ramai orang yang tidak mampu menjawab pertanyaan ini. Padahal, bagi seorang muslim, jawapannya begitu mudah. Jawapannya ada bersama firman Allah azzawajalla (bermaksud);
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz- Dzariyat: 56)
Inilah kenyataan yang diketahui oleh setiap muslim yang betul – betul memahami hakikat keberadaannya di dunia. Allah azzawajalla tidak menciptakan kita hanya untuk makan, minum, menikah, dan meninggal semata- mata. Namun, Dia menciptakan kita agar kita mengenal dan beribadah kepada-Nya. Kehidupan dunia tidak bererti tanpa perlaksanaan tujuan utama ini. Sungguh kasihan orang yang menyangka kehidupan dunia adalah semata – mata mainan, kesenangan, dan hanya untuk kepuasan syahwat!
Gerbang pertama kita supaya boleh memasuki ruang kekhusyu’kan dalam solat adalah memahami dengan benar, ‘mengapa kita diciptakan’.




Hakikat Dunia



Nabi s.a.w. pernah bersabda;
(bermaksud)
Sesungguhnya perumpamaan dunia dan diriku adalah seperti seorang yang beristirehat sejenak dibawah sepohon pokok pada siang yang amat panas, kemudian ia pergi dan meninggalkannya.” (HR Ahmad)
Beliau juga bersabda;
(bermaksud)
Dunia itu terlaknat, dan terlaknat pula segala yang ada di dalamnya, kecuali dzikrullah (menyebut dan mengingati Allah) serta hal – hal yang mendukungnya, seorang alim (tahu dan berilmu), atau seorang yang belajar (menuntut ilmu).” (HR Ibnu Majah dan At – Tarmizi)
Juga bersadba,
(bermaksud)
“Apakah erti dunia bagiku? Apakah ertinya dunia dan hartaku?” (HR Ad –Darimi)
Beliau juga bersabda,
(bermaksud)
“Setiap manusia berangkat dipagi hari untukmenjual dirinya. Maka terserah ia hendak membebaskan ataukah menahannya.” (HR Muslim, At – Tarmizi, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad)
Bahkan beliau pun bersabda juga,
(bermaksud)
Kalaulah dunia di sisi Allah senilai dengan sayap nyamuk, pastilah Dia tidak akan pernah memberi minum seorang kafir walau setitis pun.” (HR Ibnu Majah)
Subhanllah! Beginikah hakikat dunia yang ada dalam hati kita? Ingat – ingatlah, saudaraku, kita di dunia ini semata menyembah Tuhan kita.
Dalam menggambarkan dunia, seorang ulama’ soleh mengatakan, “Dunia itu ibarat sepatu.” Orang ramai pun kehairanan, tapi sang ulama ini tetap berkeras dan mengatakan, “Ya, dunia layaknya sepasang sepatu. Meskipun kita tidak begitu memerlukan sepatu, kita tentu tidak boleh berjalan tanpa alas kaki. Begitu juga dunia, kita tidak begitu memerlukannya. Namun pernahkan anda mendengar rasa cinta yang terjalin antara seseorang dengan sepatunya?”


(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)


waallahualam..

Sabtu, 3 Mei 2008

Say "Alhamdulillah"


Assalamualaikum wbt..


Bila aku meminta KEKUATAN, Allah memberi aku RINTANGAN agar aku kuat. Bila aku meminta KEBIJAKSANAAN, Allah memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya. Bila aku meminta KEKAYAAN, Allah memberi aku AKAL agar aku bekerja. Bila aku meminta KEBERANIAN, Allah memberi aku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya. Bila aku meminta CINTA, Allah memberi aku KELUARGA untuk aku bantu. Bila aku meminta KURNIA, Allah memberi aku KESEMPATAN. Dalam semua hal itu... aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN, Tetapi AKU menerima apa yang AKU PERLUKAN. Ternyata doaku telah dikabulkan-NYA


"bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tak tahu, deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..."

Allah berfirman dalam surah al-Imran (3,185)“Setiap jiwa itu akan merasai mati” (Everyone shall taste death)

Allah juga berfirman dalam surah an-Nisa’ (4,85)“Di mana sahaja kamu berada, kematian itu pasti akan datang kepada kamu, walaupun kamu bersembunyi di tembok yang tinggi dan kukuh”(wheresoever you may be, death willovertake you even if you are in fortresses built up strong and high!)


Be thankful

Be thankful that you don't already have everything you desire,

If you did, what would there be to look forward to?


Be thankful when you don't know something

For it gives you the opportunity to learn.


Be thankful for the difficult times.

During those times you grow.


Be thankful for your limitations

Because they give you opportunities for improvement


Be thankful for each new challenge

Because it will build your strength and character.


Be thankful for your mistakes

They will teach you valuable lessons.


Be thankful when you're tired and weary

Because it means you've made a difference.


It is easy to be thankful for the good things.

A life of rich fulfillment comes to those who are also thankful for the setbacks


GRATITUDE can turn a negative into a positive.

Find a way to be thankful for your troubles and they can become your blessings.

Cermin diri sendiri dulu..


Assalamualaikum wbt..


Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut: "Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya". Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain. Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain. Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.


waallahualam..

Akhlaq Zahir Batin..



Assalamualaikum wbt..


Jongkang-jongkit antara amalan lahir dan amalan hati .


Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya.


"Manusia mempunyai roh. Roh itu dinamakan juga jiwa atau hati. Hati ialah untuk merasa . Maka dengan hati, manusia mengalami berbagai-bagai rasa dan manusia merasakan berbagai-bagai perkara. Di antara banyak rasa-rasa yang timbul di hati manusia termasuklah rasa sombong, angkuh, tinggi diri, rasa mulia, hebat, berkuasa, baik, pandai, rasa tidak bersalah, rasa kuat, rasa bangga dengan keturunan, kekayaan, pangkat dan nama, rasa tidak berdosa, rasa tidak apa-apa dengan Tuhan, rasa tidak apa-apa dengan mati, rasa tidak apa-apa dengan Neraka, rasa akan masuk Syurga dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa ketuanan . Ada pula rasa rendah diri, rasa lemah, rasa hina, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cemas, rasa takut dan rasa bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, rasa dhoif, rasa jahil, rasa tidak mampu, rasa bergantung harap dengan Tuhan dan sebagainya . Semua ini dinamakan rasa-rasa kehambaan .


Dalam pada itu, apa yang dapat kita lihat, orang yang merasakan dirinya mulia tidak semestinya mulia. Yang merasakan dirinya hebat, tidak semestinya hebat. Yang merasa dirinya baik, tidak semestinya baik, yang merasakan dirinya pandai, tidak semestinya pandai. Orang yang merasakan dirinya tidak berdosa pula, bergelumang dengan dosa, pagi, petang, siang dan malam. Sembahyang pun tidak. Kita lihat pula orang yang merasakan dirinya hina, tetapi dia sangat dihormati dan disayangi oleh manusia. Akhlaknya mulia dan disenangi orang. Yang merasakan dirinya lemah, telah banyak mencetuskan berbagai pembangunan dan kejayaan. Yang merasakan dirinya berdosa, sangat taat dengan Allah dan patuh dengan kehendak agama. Yang merasakan tidak berilmu telah banyak mengajar dan mendidik orang. Banyak pula buku-buku atau kitab-kitab yang ditulisnya.Jelas pada kita bahawa rasa-rasa yang timbul di hati manusia hanyalah semata-mata rasa-rasa sahaja yang tidak semestinya ada kaitan dengan realiti sebenar orang yang berkenaan.


Apa yang dirasakan tidak semestinya mencerminkan perbuatan, sifat, keadaan dan amalan lahir orang tersebut. Orang yang merasakan dirinya baik mungkin jahat dan orang yang merasakan dirinya jahat mungkin baik. Orang yang merasakan dirinya pemurah mungkin bakhil dan yang merasakan dirinya bakhil mungkin pemurah. Orang yang merasakan dirinya ikhlas mungkin berkepentingan dan yang merasakan dirinya berkepentingan mungkin ikhlas. Jadi yang perlu kita fahami ialah:


1. Sesiapa yang merasakan dirinya baik, hakikatnya dia jahat kerana telah menganggap dirinya mulia dan telah melakukan dosa batin atau dosa hati, walaupun dalam hidupnya dia memang baik. Lagi-lagilah kalau dalam hidupnya dia jahat .


2. Siapa yang merasakan dirinya tidak berdosa dia sudah melakukan dosa, kerana merasakan diri tidak berdosa itu ialah satu dosa, walaupun dia tidak membuat dosa dalam hidupnya. Lagi-lagilah kalau dia memang membuat dosa.


3. Siapa yang merasakan dirinya mulia hakikatnya hina dan telah melakukan dosa kerana merasakan diri mulia itu ialah juga satu dosa.


4. Siapa yang merasa dirinya ikhlas sebenarnya tidak ikhlas dan merasakan diri ikhlas itu satu sifat mazmumah. Begitulah seterusnya. Segala rasa-rasa ‘ketuanan’ yang bersarang di hati seperti rasa sombong, angkuh, tinggi diri, hebat, pandai, rasa tidak berdosa, tidak bersalah, tidak cemas, tidak takut atau tidak bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, itu semua boleh mendatangkan dosa. Dosa batin atau dosa hati namanya. Rasa-rasa ini menggelapkan hati, menyuburkan mazmumah dan menjauhkan kita dari Tuhan . Orang yang mengekalkan rasa-rasa ketuanan seperti ini sebenarnya telah melakukan syirik khafii (syirik kecil) kerana mahu berkongsi sifat dengan sifat-sifat kemuliaan Tuhan.


Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita. Justeru itu, buatlah segala kebaikan tetapi rasakanlah yang kita ini jahat. Elaklah dari membuat dosa tetapi rasakanlah di hati yang kita ini terlalu banyak dosa. Jangan berbuat jahat dan kesalahan, tetapi rasakanlah yang kita ini jahat dan bersalah. Rasakanlah diri kita ini hina walaupun kita dimuliakan manusia. Rasakanlah kita ini jahil walaupun kita ada ilmu.Walaupun kita digalakkan mengikut sesetengah sifat Tuhan seperti pemurah, pemaaf, penyantun, pengasih, penyayang dan lain-lain lagi tetapi kita ditegah merasakan yang diri kita pemurah, pemaaf, pengasih dan sebagainya. Apa yang kita amalkan secara lahir itu lain tetapi apa yang kita rasakan di hati itu lain pula.


Akhlak itu ada dua. Ada akhlak lahir dan ada akhlak batin atau hati. Pemurahlah dengan manusia tetapi di sisi Allah rasakan yang kita ini bakhil. Berbuat baiklah kepada manusia tetapi rasakan yang kita ini jahat. Carilah ilmu hingga jadi alim tetapi rasakan yang kita ini jahil. Biarkanlah manusia memuliakan kita tapi rasakanlah dalam hati kita yang kita ini hina di sisi Tuhan. Kekalkan rasa takut, cemas dan bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka walaupun kita telah bertungkus-lumus melakukan taat kepada Tuhan.


Siapa yang merasakan dirinya hina, adalah mulia di sisi Tuhan. Siapa yang merasakan dirinya berdosa, diampunkan dosanya oleh Tuhan. Siapa yang rasa bersalah, dimaafkan oleh Tuhan. Siapa yang rasa jahil sebenarnya berilmu kerana natijah orang yang alim itu, dia merasakan dirinya jahil di sisi Tuhan. Dan begitulah seterusnya jongkang-jongkit di antara amalan lahir dan amalan hati. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya.


waallahualam..



p/s: petikan dr somebody~

Kurma, Kismis, Madu..

Assalamualaikum wbt..

kurma

Abu Abdillah bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

kismis

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Imam Ali bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan(empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

madu

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq , beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq , beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat aitu meminum dan membaca Al-Quran".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Dari Imam Ali beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70Nabi".

urmm, sememangnye kita tahu kelebihan ketiga2 makan ni, cuma dun really know apa yg disampaikan oleh perawi tersebut sahih ke dhaif..

apa pon, itu semua adalah asbab nya.. dan yg menjadikan sesuatu perkara itu hanyalah Allah s.w.t. hnya Allah!.. semua itu atas izinNya yang Maha Pemurah dan Penyayang..
Wallahua'lam

Jumaat, 2 Mei 2008

SemanGat Kembali..


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Assalamua'laikum wbt..


hmm.,sepatutnya entri ni dah lama dah post..i means, time stdy week saya..but, internet connection limited pulak..nak kata luck pon bole nak kata bad pon..hmm, xbaik la pulak coz setiap perkara yg berlaku tue pasti dan pasti ada hikmahnya..Allah itu Maha Penyayang. Subhanaallah. itu hanyalah perancngan saya semata-mata. and absolutely Allah yg menetukan segala-galanya. And as a result, entri nie terpost la hari ini..hihi..Insyaallah..


Actually, entri ini adalah untuk memberi semagat dalaman or internal forcesssss or motivasi for me untuk meneruskan perjuangan saya as student disaat saya hampir2 jugakla untuk berputus asa...Astagfirullahalazim..teruknya saya nie.. ish2..so, frens out there..don't be like me yer!


semangat saya pulih when i remember the only one the AlMighty Motivater...Allah s.w.t..

Allahuakbar!..Allahuakbar!..Allahuakbar!..


sebaik2 pemberi peringatan ialah Allah

sebaik2 motivater ialah Allah

sebaik2 kepercayaan ialah Allah

sebaik2 kaunselor ialah Allah

sebaik2 pendengar ialah Allah

sebaik2 penyokong ialah Allah

sebaik2 pelindung ialah Allah

sebaik2 pemberi bantuan ialah Allah

sebaik2 pemberi nasihat ialah Allah

sebaik2 penyelesai masalah ialah Allah

sebaik2 penguat keyakinan ialah Allah

sebaik2 petenteram jiwa ialah Allah

sebaik2 pemujuk ialah Allah

sebaik2 penghibur ialah Allah

sebaik2 Doktor Qalbu ialah Allah

sebaik2 Guru Ketaqwaan ialah Allah


Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahuakbar.. ~selawat keatas nabi Muhammad..


Ya Rabb, Engkaulah segala2nya bagiku.. Engkau lah Pemilik alam semesta ini. dan Engkau lah Maha Mengetahui segalanya isi dan luar tentang alam ini. segala puji hanya milikMu Ya Rabb.. Nyawa dan Qalbuku dalam genggamanMu Ya Rabb..Astaghfirullahlazim..


Ya Rabb, tiada kekuatan untuk aku teruskan hidup ini jika bukan kerana Engkau Ya Rabb.

tiada kebaikan yang aku lakukan didunia ini jika bukan kerana Mu Ya Rabb.


Sungguh!, doa dan harapan hanya padaMu..

"Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu." [al-ikhlas:2]


Dear me (myself)..,

if berdoa, doalah sungguh2..

if ibadah, ibadahlah sunguh2..

if belajar, belajarlah sungguh2..

if kerja, kerjalah sungguh2..

if berharap, berharaplah sungguh2 hanya padaNya..

Doing everything just coz of Allah s.w.t..


Perintah Allah kepada Muhammad s.a.w agar terus berjuang dengan ikhlasdan tawakkal

surah 94: Alam Nasyrah (melapangkan)


[94:6] sesungguhnya sebuah kesulitan itu ada kemudahannya

[94:7] maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh2 (urusan) yang lain

[94:8] dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap


waallahualam..

MenGumpat..

Assalamualaikum wbt... peringatan untuk diriku serta dirimu.. Astagfirullahazim..

surah An Nisa:

[148] Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[149] Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.

[150] Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang) berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu.


surah Al Hujurat:

[12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

[13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA SAHAJA !!

> Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan > seseorang kepada orang lain. > Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud > "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu > perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) > Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk > apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama > pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. > Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti > memakan daging saudara seagama. > Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging > saudara sendiri. > Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan > diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. > Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi > orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan > menerima pembalasannya diakhirat. > Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana > mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan > zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. > Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya > sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya > dan Ibnu Hibbad) > Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi > sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. > Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya > diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas > perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah > S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman > dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu > mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban > saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan > mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat > Abu Daud) > Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada > rekod amalan mereka akan > dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. > Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah > seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum > itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api > memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. > Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar > apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya > didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah > datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah > melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang > yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". > Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan > kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan > kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. > Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha > mengelakkan diri daripada melakukannya. > Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada > mengumpat.

> *Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.Ilmu yang > bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang > mengajarkannya meskipun dia sudah mati.
> Sekian .........

> di susun oleh, Dr Ani merangkap Pensyarah Ahli Forum Perdana Seluruh Dunia
> dan University Al-Azhar

Astaghfirullahalazim...
Related Posts with Thumbnails