Isnin, 8 September 2008

Destinasi Cinta


Assalamualaikum wbt..

DESTINASI CINTA (Mestica)
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Huraian yang Terukir Dari Insan Faqir-Dengan izin Allah Al-Aziz Al-Qodir:
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Al-Faqir yang serba jahil ini mengulas sedikit dengan izin Allah:
Seseorang hamba yang terperangkap dalam belengu hijab duniawi, pasti terkadang-kala merasa letih dek terlalu mengejar keduniaan. Biarpun dari sudut mata pandangan, dunia kelihatan indah mempesona, tetapi jauh di sudut hati, terasa letih dalam misi mengejar duniawi.
Selalunya, ramai manusia yang lemas dalam lautan kebendaan duniawi, pasti alpa dalam menyahut seruan Ilahi s.w.t., untuk berbakti sebagai hambaNya di muka bumi ini. Serakah dek mengejar kelazatan dalam memenuhi kerakusan syahwat yang singkat, ramai yang mengabaikan tugas utama dia diciptakan di dunia ini, iaitu sebagai hamba Ilahi, lantaran meninggalkan segala suruhan dan melakukan sekian larangan, demi syahwat nafsu, dan hawa yang menipu.
Sesekali, dalam menempuh kerakusan kebendaan ini, setiap manusia pasti dilintasi oleh panggilan Ilahi s.w.t., yang menyerunya agar kembali ke pangkuan Rabbul Izzati s.w.t..
Samada dengan ditimpa musibah dan ujian, ataupun diberi seribu satu kesenangan, manusia pasti pernah terfikir, walaupun sekali Cuma, untuk kembali kepada Ilahi s.w.t., Tuhan yang menciptakannya dari tiada. Kadang-kala, dengan musibah yang menimpa, seseorang hamba terdetik di hatinya, bertanya-tanya, akan siapakah lagi yang mampu membantunya dalam menempuh hari-hari mendatang yang menjanjikan seribu satu ujian. Akhirnya, terlihat satu cahaya, berserta suara nurani menjawab:
“Dialah ALLAH! Hanya Dialah yang Maha Membantu, dan hanya Dialah yang mampu membantu setiap para hambaNya, kerana ujian daripadaNya dan hanya Dia yang mampu menolong para hambaNya yang diuji.”
Sejenak, seorang insan yang mempunyai fitrah yang jernih, biarpun dikelabui syahwat yang semakin membuak-buak, pasti terdetik untuk kembali kepada DIA, yang hanya DIA, tiada DIA melainkan DIA. Ini kerana, dia hanya memerlukan DIA dalam kehidupan ini, dan dalam kehidupan setelah mati nanti. Keletihan duniawi terkadang mampu menewaskan egois syaitani dalam diri manusia, sehingga akhirnya terhadapkan wajahnya kepada DIA yang MAHA BERKUASA.
Lalu, dilema melanda. Antara nafsu dan YANG MAHA SATU. Setelah diri menghitung dosa dan noda sewaktu lemas dalam arus duniawi, setelah diri mengingkari janji sebagai hamba Ilahi, adakah masih ada lagi ruang untuk kembali menagih belas ihsan dari DIA YANG MAHA AGUNG? Layakkah untuk kembali dalam kebersamaan denganNya setelah mengkhianatiNya buat sekian lama, takkala leka dengan kelazatan duniawi yang fana?
Lalu, nafsu katakan: “Tidak! Jangan! Engkau sudah banyak dosa. Engkau tidak layak untuk menagih belas Allah s.w.t. lagi! Teruskanlah mengejar cinta duniawi yang selama ini Engkau cari. Itulah kebahagiaan hakiki!”
Hati yang rimas dalam lemas mula melontarkan suara halus bernada suci: “ Dialah yang Maha Penyayang. Dia Maha Penerima Taubat. Dia menyayangimu sebelum kamu diciptakan. Takkanlah setelah kamu diciptakan, Dia akan mensia-siakanmu? Dialah yang bersifat dengan sifat Maha Pengampun sebelum kewujudan sifat lemahmu, takkanlah Dia tidak bersifat dengan Maha Pengampun setelah kewujudan sifat lemahmu? Mustahil sama sekali. Kembalilah kepadaNya”.
Si hamba mula menoleh ke arah RUBUBIYYAH (KeTuhanan) Allah s.w.t. yang Maha Pengampun. Hati yang selama ini diselaputi titik hitam noda dan dosa, mula disirami cahaya, dek rasa kekesalan dan taubat dalam jiwa. Terdetik di hatinya, dengan izinNya, untuk kembali kepadaNya, dan menyesali segala salah dan silapnya dalam pengkhianatannya selaku hamba.
Sedikit demi sedikit, tirai hati mula tersingkap, dengan rasa penyesalan dan taubat. Tercari-cari ia akan KEAMPUNAN TUHANnya yang MAHA PENYAYANG. Ya, tiada lagi tempat untuk mengemis keampunan, melainkan di HALAMAN SUBUR RAHMATMU TUHAN.
Suburnya halaman (hadrah Qudsiyyah) rahmatMu kerana Engkaulah Yang Maha Memberi Rahmat. Subur halaman rahmatMu dengan sifat Maha Pemurahmu. Jika atas dasar keadilan, nescaya tidak layak seorang hamba yang sudahpun mengkhianati tuannya, mampu kembali ke halaman tuannya memikul segunung pengkhianatan terhadap tuannya. Tetapi, ALLAH, bukan calang-calang tuan, bahkan DIALAH TUAN segala tuan. Hanya dengan rahmatNyalah, seseorang mampu bersimpuh di halaman rahmatNya, kerana tanpa rahmat dan belas kasihNya, siapalah sang hamba yang hina dengan lautan pengkhianatan ini, mampu mengadapNya yang Maha Agung.
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Setelah memikul dosa pengkhianatan yang menggunung, si hamba tersebut berusaha untuk menagih simpati dariNya yang Maha Mulia, agar diberi sekali lagi kesempatan untuk membuktikan kehambaannya kepadaNya, dengan bantuanNya.
Janji dilafazkan, untuk menghilangkan setiap debu kejahilan yang menjadi punca pengkhianatan, dengan madu keimanan. Biarlah kemanisan iman itu menjadi kekuatan baru untuk bertapak dengan jejak yang baru, jauh dari debu kejahilan, sekaligus ditemani oleh siraman hujan madu keimanan dari Tuhannya, dengan izinNya.
Kejahilan menjadi punca sebenar seseorang itu melakukan maksiat kepada Tuhannya. Ini kerana, dia jahil tentang hakikat dirinya dan dia jahil tentang hakikat Tuhannya. Kalaulah dia kenal, siapa ALLAH yang dikhianatinya, nescaya tiada lagi penyesalan lebih besar dalam dirinya, selain daripada menyesal bahawa dia pernah hidup di dunia. Namun, Allah s.w.t. Maha Pemurah, dengan menganugerahkan taubat kepada para hambaNya untuk menjadi pintu utama buat para hambaNya yang ingin kembali kepadaNya setelah sekian lama mengkhianatiNya.
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka.
Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala malu bercampur gembira, ketika diberi peluang mengadapNya semula. Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala takut bercampur harap, ketika diberi anugerah untuk bertaubat kepadaNya. Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala menyaksikan, akan PENYAYANGnya ALLAH yang Maha Penyayang.
Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala mensyukuri, anugerah linangan air mata tersebut yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Inilah hakikat. Dia menangis bukan atas kekuatan dirinya. Ini kerana, kalau manusia mampu menangisi dosa mereka di hadapan Tuhannya, nescaya semua manusia boleh menangis kerana dosa. Berapa ramai manusia yang ingin menangis dalam taubatnya namun tidak mampu. Jelaslah bahawa, tangisan itu anugerah. Hanya yang terpilih sahaja, akan menangis dalam taubatnya. Siapa yang memilih kalau bukan Allah yang Maha Memilih?
Jadi, dia faham, tangisan itu juga suatu anugerah. Jadi, bertambahlah tangisannya dalam tangisan, kerana mensyukuri nikmat menangis kerana dosa tersebut, yang merupakan anugerah dari Allah s.w.t. kepadanya.
Bahkan, bertambahlah tangisan dalam tangisan dalam tangisan, kerana memahami bahawa, tangisan kerana dosa tersebut merupakan satu anugerah baginya untuk melepaskan dirinya daripada neraka Allah s.w.t., dengan izinNya. Teringat Dia akan janji Tuhannya bahawa, dua mata yang tidak akan disiksa dalam api neraka, antaranya ialah: “mata yang menangis kerana bertaubat dari dosanya…”
“Ahh…Ya Allah, sudahlah aku mampu menangis bertaubat dari dosa keranaMu, lalu Engkau pula menjanjikannya sebagai pelepasan dari api neraka. Maha Pemurah lah Engkau takkala memberi peluang untuk aku melepaskan diriku dari siksa neraka”, rintih hati, malu di hadapan yang Maha Mencintai. Bertambah malu dengan layanan mulia dari Allah s.w.t. setelah mengenang pengkhianatannya terhadapNya yang menggunung.
Lalu, dari rasa malu terhadap Tuhannya, kerana layanan dariNya yang mulia, kepada dirinya yang serba hina, dari rasa takut kepada keagunganNya, maka, si hamba itu berjanjilah untuk menunaikan segala perintah Tuhannya untuk membuktikan kehambaannya kepadaNya dengan bantuan dan izinNya. Berjanji, untuk menagih simpati…
Lalu, pintu pertama yang harus ditempuh untuk membuktikan kehambaannya kepadaNya ialah, dengan merealisasikan taubat nasuha itu sendiri. Namun, apa bukti taubat nasuha
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Tanda kejujuran taubat seseorang hamba dan tanda taubat nasuha seseorang hamba ialah, tidak lagi ada keinginan di hatinya untuk kembali berpaling kepada palsu duniawi.
Setelah dia tahu, dunia itu palsu dan Allah itu hakiki, setelah dia tahu, dunia ini fana, dan hanya Allah s.w.t. itu Maha Kekal, setelah dia tahu hanya Allahlah yang dia perlukan, bahkan dunia sering menyusahkan, maka, setelah sesalan yang disulami kejujuran, daripada kealpaan dan pengkhianatan, sudah pasti tersemat erat di dalam hatinya, janji untuk terus bertawajjuh mengadap Tuhannya semata-mata, dan tidak mahu lagi berpaling kepada musuh yang berjaya menawannya suatu ketika dahulu.
Seseorang hamba yang jujur dalam taubatnya, pasti tidak lagi teringin untuk kembali kepada hasutan palsu duniawi yang memukau. Dia akan sentiasa meminta bantuan daripada Allah s.w.t., untuk membantunya melawan tipu daya duniawi.
Jika sesekali, dia terjerumus dek arus deras palsu duniawi, lantas dia bersegera dalam mengulangi taubatnya dan berazam dengan sebenar-benar azam, untuk tidak kembali lagi kepada kealpaan. Itulah tanda kejujuran dalam taubatnya.
Taubatnya Saidina Umar Al-Khattab r.a., daripada seorang yang tiada belas kasihan, kepada seorang yang penyayang, bahkan menyayangi Rasulullah s.a.w. melebihi dirinya sendiri. Taubatnya Malik bin Dinar, melakar sejarah baru dalam dunia kesufian, takkala si dia yang mabuk dengan kepalsuan “wanita”wi dan “khamar”wi, berubah menjadi seorang yang mabuk dalam lautan cinta Ilahi. Taubatnya Rabiatul Adawiyah, merubah hidupnya dari seorang hamba kepada seorang hamba, kepada seorang yang merdeka di persada kehambaan sejati.
Taubat bisa mengubah seseorang daripada yang dahulunya, seluruh alam malu menyaksikannya, kepada seorang yang mana, seluruh alam berbangga dan bergembira dengan kewujudannya. Yang penting ialah kejujuran dalam taubat itu sendiri, takkala seseorang tidak berpaling semula kepada apa yang ditinggalkannya daripada maksiat yang telah dilakukannya, hatta tidak pula mengingati maksiat yang telah dilakukannya tanpa sebarang tujuan.
Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani pernah berkata: “Mengingati maksiat itu maksiat”.
Maknanya, seseorang yang mengingati maksiat tanpa tujuan, setelah mana dia bertaubat nasuha, maka ia suatu perkara yang tercela kerana bisa menjadi sebab yang menariknya semula kepada melakukan maksiat tersebut kembali.
Suatu ketika, Sheikh Sirri As-Saqoti bertanya kepada seorang pemuda: “Apakah yang dimaksudkan dengan taubat?”
Tanya pemuda itu pula: “Di sisi kamu, apa pula yang dimaksudkan dengan taubat itu?”
Sheikh As-Sirri As-Saqoti berkata: “Bertaubat ialah, seseorang mengenang dn mengingati dosa-dosanya yang lalu.”
Pemuda itu lantas berkata: “Bertaubat menurut saya ialah, melupakan dosa yang pernah dilakukan dan terus beradab di hadrah Kebersamaan dengan Allah yang suci. Tidak boleh membawa kotoran (mengingati dosa) dalam hadrah yang suci (dalam kebersamaan dengan Allah s.w.t.).”
Sheikh Sirri As-Saqoti kagum dengan pemuda tersebut, lalu menceritakannya perihal tersebut kepada anak muridnya, Sheikh Junaid Al-Baghdadi. Sheikh Junaid lalu berkata: “Benar pemuda itu. Dia telah mengajar kita hakikat taubat”.
Jadi, seseorang yang telahpun bertaubat, jika taubatnya jujur, pasti hatinya cuba melarikan diri daripada kepalsuan duniawi sedaya mungkin. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tiga perkara, yang mana, jika seseorang tersebut ada perkara-perkara tersebut dalam dirinya, maka dia akan merasai kelazatan iman…Antaranya…Seseorang itu benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan semula ke neraka”.
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Setelah bermujahadah melawan nafsu yang sentiasa mengajak untuk mencintai kepalsuan duniawi, dengan bantuan Allah s.w.t., Allah s.w.t. akan menyingkap kepadanya sedikit demi sedikit, akan hijab hatinya daripada hakikat dirinya.
Makin dia melawan hawa nafsu untuk meraih keredhaan Allah s.w.t., dengan izin Allah s.w.t., makin Allah s.w.t. menyingkapkan kepadanya tentang hakikat dirinya. Semakin dia mengenal dirinya, semakin dia mengenal Allah s.w.t., kerana jalan untuk mengenal Allah s.w.t. ialah melalui kenal diri terlebih dahulu.
Selama ini, dek terkaburnya pandangan mata hati, terhadap hakikat yang dicari, dengan kabur-kabur noda duniawi dan syahwat nafsi, pandangan terus menujukan cinta kepada yang fana. Cinta yang mulia, dicurahkan kepada sampah yang tiada berharga. Yang dikejar selama ini, dari kenikmatan duniawi, dek kejahilan dan terhijabnya hati, dari Keagungan Ilahi, membuatkan seseorang itu menjadikan dunia dan segala isi kelazatannya sebagai destinasi cintanya yang dicari.
Setelah sekian lama mabuk dalam hiruk pikuk kepenatan duniawi, dan setelah menemui hakikat diri dan hakikat Ilahi, barulah terbit hikmah di hati, dari lintasan nurani Ilahi, bahawa: “DESTINASI CINTA YANG KU CARI, SEBENARNYA TERLALU HAMPIR”.
Sebenarnya, selama ini, yang perlu dicintai bukanlah suatu yang menyakitkan seperti duniawi. Selama ini, yang perlu dicintai, bukanlah suatu yang tidak menjanjikan sebarang kepastian bahkan menjanjikan perpisahan abadi. Selama ini, yang perlu dicintai bukanlah suatu yang bisa mengecewakan dan tidak pernah menghargai.
Kini, baru ku tahu, siapa yang ku cari untuk dicintai. Kini, baru ku mengerti, tiada destinasi cinta abadi selain daripada Dia Rabbul Izzati. Dialah yang mencintai tanpa meminta ganti. Dialah yang mencintai tanpa mengenal erti kehinaan diri hamba ini. Dialah yang mencintai, tanpa merungut takkala sering dikhianati. Dialah yang mencintai…ah…sebelum dicintai. Dialah CINTA HAKIKI. Dialah DESTINASI CINTA ABADI. Tiada cinta melainkan daripadaNya kepadaNya, untukNya dan keranaNya, denganNya.
Baru ku mengerti kini, kata hamba abdi tadi, bahawa DIALAH yang ku cari selama ini untuk dicintai, kerana DIALAH yang selama ini mencintaiku tanpa disedari. Ketika aku di dalam kandungan ibu, DIALAH yang membelaku. Ketika aku lahir ke dunia, DIALAH yang tidak pernah sudah dalam memberi kasih sayang sejati, walaupun selama ini aku tidak pernah mengendahkannya dek tertipu dengan duniawi, kata si hamba sambil menghitung diri.
HUWA…DIALAH segalanya. Jika DIALAH destinasi cinta, bererti destinasi cintaku selama ini terlalu hampir bahkan semakin menghampiri, bisik hati.
FirmanNya yang Maha Suci: “DIALAH yang sentiasa bersama kamu walau di mana kamu berada”.
FirmanNya dalam Hadis Qudsi: “Jika seseorang hamba menghampiriKu dengan satu jengkal, maka Aku akan menghampirinya satu hasta. Jika seseorang hamba menghampiriKu dengan berjalan, maka Aku akan menghampirinya secara berlari”.
Ya Arhamar Rohimin…
Betapa mulianya hadrah Jamaliyah (sifat-sifat kecantikan)Mu. Aku malu denganMu yang tidak segan silu untuk menceritakan akan keghairahanMu dalam menghampiriku takkala ku ghairah menghampiriMu. Demikianlah luahan rasa hati hambaNya takkala disapa dengan kalam Qudsi tersebut.
Selama ini, rupanya, yang dicari oleh seorang hamba, ialah yang telahpun dijumpai olehnya, kerana Dia terlalu hampir dengannya. Cuma, sedekat-dekat manapun sesuatu itu, kalau cari di tempat yang salah, atau tidak tahu apa yang dicari, maka selagi itulah akan kehilangan. Kehilangan dalam kebersamaan. Yang kehilangan bukanlah kerana kejauhan, tetapi kerana tidak tahu akan kebersamaan itu sendiri.
Persoalannya, apakah yang mampu melenyapkan makna kebersamaan dengan Allah s.w.t. selama hidup seseorang hamba, yang sanggup berlaku dusta dan khianat kepada Tuhannya.
Ya, jawapannya ada pada ungkapan:
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Dosalah yang semakin menutupi hati dari melihat kebersamaan Allah s.w.t. dalam dirinya. Dosa kerana kejahilan terhadap hakikat diri dan hakikat Ilahilah, yang menyebabkan dia terus dibuai angan kepalsuan sehingga terlupa bahawa, mimpi tetap mimpi, walaup seindah mana ia dapat dinikmati, dan hakiki tetap hakiki, biar sejauh mana ia menghilangkan diri.
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Benarlah, selama ini yang tertipu bukanlah tipah, melainkan diriku sendiri, bisik hati hamba dalam muhasabah diri. Selama ini, daerah cinta palsu iaitu duniawi, telahpun diredahi untuk mencari cinta abadi, namun ianya hanya kerana kealpaan diri terhadap hakikat kewujudan ini.
Benarlah, kerana wadah yang alpa dalam diri, menyebabkan seseorang itu keliru, dalam pencariannya di daerah cinta itu sendiri. Ini kerana, di dalam daerah cinta, bukan daerah itu yang perlu dicintai, tetapi DIALAH, yang menciptakan daerah itulah yang perlu dicintai, kerana kita memerlukan cintaNya, bukan cinta daerahNya yang tiada erti.
Benarlah, kekeliruan itu berpunca dari wadah yang alpa dalam diri, yang menyebabkan seseorang itu mencari apa yang bakal pergi, dan melupai Dia yang bakal kepadaNya, dia kembali.
Setelah sekian lama bernafas dalam selut duniawi, tercungap-cungap diri memanggil nama: “DIA…DIA”, bantulah dia. Siapa DIA? ADAKAH DIA yang dimaksudkan ialah destinasi cinta yang dicari? Kalau DIA ialah desitnasi cinta yang dicari, siapakah yang dimaksudkan dengan DESTINASI CINTA dalam dirinya?
Perempuan, teman dan taulan, harta kekayaan, lelaki-lelaki tampan, dunia dan kebendaaan dan segala isi keduniaan? Adakah itu destinasi cintamu wahai insan? Kalau itulah destinasi cintamu, pohonlah bantuan dari mereka takkala dihimpit seribu keresahan dari mereka jua. Merekalah yang menjadi DESTINASI CINTAMU, mereka jugalah yang memenatkanmu. Jadi, siapa lagi yang dikau cari wahai insani?
AKU? Firman Allah s.w.t. dalam kebersamaan qudsi. “YA. AKU DESTINASI CINTA segala makhluk. Namun, kenapa engkau mencari dan mencurahkan cinta kepada makhluk, bukan kepada DESTINASI CINTA?”
Kala itu, hati berubah malu. Terkenangkan siri-siri keinsafan yang lalu. Benarlah, akhirnya ku temui, dunia yang selama ini tempat aku mencurah kasih dan cinta setulus hati, sebenarnya tidak pernah membahagiakan diri ini, sebaliknya bisa menghancurkan hala tuju hidupku sendiri.
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Benarlah kata si bijak bistari: Kalau cintakan bunga, bunga kan layu. Kalau cintakan wanita, wanita kan mati. Kalau cintakan dunia, kita yang akan pergi…Ya, cinta duniawi itu mengundang kecewa. Kecewa yang perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Cinta.
Sememangnya, dunia tiada menjanjikan ketenangan yang dicari. Cinta kebendaan tidak pernah menjanjikan kebahagiaan, kerana di sebaliknya ada perpisahan yang bakal menundang kekecewaan. Dunia dan isinya tidak pernah mencintai kita, walaupun selautan kasih telah kita curahkan kepadanya. Itulah kecewa hakiki. Bahkan lebih kecewa lagi, apabila kita sibuk mencintai yang tidak mencintai kita, di samping melupai dan mengabaikan DIA yang mencintai kita selamanya sejak sebelum kita wujud lagi.
Takut dirasakan oleh sang hamba, takkala teringat akan pengkhianatannya terhadap cinta Tuhannya kepadanya. Maka, bermohonlah oleh hamba itu akan setinggi-tinggi keampunan dari Tuhan, agar dia dapat bersimpuh dalam kebersamaan denganNya, dan menyaksikan kebersamaan tersebut dengan Musyahadah hati yang tidak pernah palsu.
Lantas, berdoalah si hamba itu kepada Tuhan yang Maha Satu:
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Gelintar dalam jiwa, takkala ketakutan bersulam rindu untuk bertemu Dia yang lama merindu. Bergetak sudut hati, mendambarkan makrifat diri, untuk terus mengenali, DIA yang lama mencintai.
Hamba terus pasrah, dalam memelihara adab UBUDIYYAH (kehambaan), dalam melaksanakan apa yang diperintah, serta meninggalkan apa yang membawa kepada marah. Wara’ di hadrahNya terus dipelihara, dalam menempuh hari-hari dengan ketaatan kepadaNya, dalam meneruskan kehidupan selaku hamba, demi meraih redhaNya.
Dalam mujahadah, muroqobah, sair ila Allah (perjalanan menuju Allah) dan Sair Fil Lah (perjalanan pada kebersamaan dengan Allah s.w.t.), si hamba mendambakan sebutir hakikat, dalam memelihara adab Allah yang Maha Kuat, untuk memastikan kehambaannya terus tersemat erat.
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Hakikat itu didambakan untuk menjadi benih, bagi menanam akan pohon makrifat. Hakikat ialah, takkala seseorang mula mengenal dirinya dan kewujudan makhluk sekelilingnya. Benih hakikat yang sempurna ialah, apabila ia membawa seseorang itu kepada fana’ dari kewujudan diri dan alam ini, dengan fana’ dalam kebersamaan dengan Allah s.w.t..
Fana’ ialah benih yang subur dari hakikat itu. Darinya, dapat disemai ke dalam bumi tawajjuh (mengadap Allah s.w.t.), agar bisa menumbuhkan sepohon makrifatuLlah (mengenal Allah s.w.t.), dengan siraman inayah (bantuan) Allah s.w.t. dan madadNya.
Yang mana, supaya dari pohon makrifat tersebut, dapatlah seseorang hamba berteduh di rendang kasih Ilahi s.w.t.. Seseorang yang mengenal Allah s.w.t., pasti akan mengenal bahawa Allah s.w.t. telah lama mengasihinya. Jadi, rendangnya sesebuah pohon makrifat itu, apabila seseorang hamba telahpun mengenal Allah s.w.t. dengan musyahadah, dan melihat dengan mata hati, akan kasihNya kepadanya. Inilah keredupan abadi yang membahagiakan seseorang insan, dari kepanasan palsu duniawi yang menipu sakan.
Jadi, hamba tersebut berdoa agar Allah s.w.t. memberi peluang kepadanya untuk berteduh di bawah kasihNya, dengan memberi mudah jalan untuk menyampaikannya kepada teduhan tersebut, dengan bantuan dan izinNya. Dia tahu, tiada daya dan upaya melainkan milik Allah s.w.t. dan dariNya. Seseorang tidak akan sampai kepadaNya melainkan dengan kehendak, izin dan bantuanNya.
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
Sememangnya, ranjau duniawi tidak pernah sudah dalam menggoda hati manusia, bahkan lebih kuat tarikannya bagi mereka yang sudahpun berazam untuk kembali kepada Allah s.w.t.. Syaitanlah yang berperanan untuk terus menyerang dan menghasut hati, agar mengikut hasutan dan godaan duniawi, di samping nafsu tidak pernah jemu dalam menipu hati agar mencintai kelazatan duniawi.
Selagi denyut nadi belum berhenti, selagi nafas masih di rongga ini, selagi itu syaitan, nafsu, duniawi dan makhluk menjadi musuh sejati, dalam menjauhkan sang hamba dari Tuhannya yang mencintainya setulusnya.
Hati yang menjadi raja diri, menjadi sasaran utama musuh-musuh yang ingin menodai kehambaan sejati. Syaitan menyerang dengan bisikan dan janji palsu. Nafsu menyerang dengan bayangan kelazatan syahwat yang indah. Makhluk menyerang dengan memberi tawaran ta’alluq (ketergantungan hati kepada selain dari Allah s.w.t.) dalam diri. Dunia pula menyerang hati dengan pelbagai perhiasan kecantikan yang palsu lagi beracun.
Ke mana mahu lari?
Larilah kepada Allah s.w.t.! Tiada daya melainkan dayaNya. Tiada kekuatan melainkan kekuatanNya. Mintalah bantuan daripadaNya dalam usaha untuk kembali kepadaNya dan meraih makrifatuLlah.
Berdoalah:
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Hati berada dalam kekuasaan Ar-Rahman, yang membolak-balikkannya mengikut kehendakNya. Berdoalah, agar Dia mampu meneguhkan hati kita dalam keimanan dan ketaqwaan kepadaNya, bukan kerana kelayakan kita untuk keimanan, tetapi kerana keperluan kita untuk memiliki iman, bahkan juga kerana, DIALAH yang MAHA MENEGUHKAN IMAN.
Hanya, dengan bantuanNyalah, hati seseorang akan dapat terlepas dari pautan nafsu ammarah bis suk (nafsu yang sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan). Pohonlah pada Allah s.w.t., agar Allah s.w.t. memberi kenikmatan Iman kepada kita dan membersihkan nafsu kita agar bisa menjadi nafsu mut’aminnah (jiwa yang tenang dalam kebersamaan denganNya, dengan musyahadah kepadaNya).
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Sememangnya, jika melihat hakikat diri, memanglah sukar untuk melamar redha Allah s.w.t. yang Maha Agung nilainya. Tidak layak rasanya diri yang selama ini mengkhianati cintaNya, untuk melamar redha dan cintaNya. Siapalah diri untuk melamar redha dan cinta suci, sedangkan diri masih penuh dengan keladak kotoran dusta dan pengkhianatan cinta sebelum ini?
Namun, bila melihat hakikat diri dari sudut yang lain, tiada yang paling diperlukan oleh diri melainkan ALLAH. Hanya Allah s.w.t.lah yang menjadi tempat kembali. Kalau tidak menagih redha dan cintaMu ya Allah, luah hamba tersebut, maka kepada siapa lagi aku ingin menagih cinta, padahal selain dariMu, semuanya palsu?
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu, kerana rasa diri tidak layak untuk itu, tetapi, disebabkan aku masih memerlukan cinta dan redhaMu, kalau tidak layak menerima cintaMu sekalipun, sekurang-kurangnya tidak mengapakan, untuk aku mengharap ampunan-Mu?
Kalaupun aku yang telah mengkhianati cintaMu selama ini tidak layak untuk menerima keampunanMu, rasanya tidak salah untuk aku meminta keampunan dariMu, kerana Engkau selalu menyuruhku meminta keampunan daripadaMu. Ya, aku memerlukan keampunanMu ya Allah, dalam ketidaklayakan ku untuk itu, tetapi sekurang-kurangnya, janganlah Engkau marah kepadaku, takkala aku meminta ampun dariMu, sekurang-kurangnya kerana Engkau menyuruhku meminta ampun kepadaMu.
Inilah satu adab kehambaan yang tinggi, yang mana setelah itu, terdengarlah akan khitab qudsi:
Nabi s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang bertaubat merupakan kekasih Allah” (Hadis riyawat Al-Munawi dalam Faidh AL-Qadir 3/276).
Begitu juga dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Allah s.w.t. terlebih bergembira dengan taubat seorang hamba, takkala dia bertaubat kepadaNya…” hadis riwayat Imam Muslim 4/2103, Al-Bazzar dan Al-Munziri)
Ya Allah, walaupun setelah sekian lama si hamba ini mengkhianati cintaMu, namun masih Kau bergembira dengan taubat hambaMu yang Maha tidak layak ini? Siapa lagi nak ku ganti, agar menjadi destinasi cintaku yang hakiki, setelah mengenaliMU YA ILIAHI, rintih hati suci si hamba tadi. Katanya
"Barulah kini ku kenali, Siapa itu DESTINASI CINTA yang hakiki….
waallahualam..

Sabtu, 6 September 2008

Tipuan Syaitan Terhadap Mereka Yang Beribadat

Tipuan Syaitan Terhadap Mereka Yang Beribadat
Adapun tipuan serta ajakan syaitan terhadap manusia agar meninggalkan beribadah kepada Allah Taala ada 7 macam jalan;
1. Syaitan melarang manusia, agar jangan taat kepada Allah. Orang-orang yang dipelihara Allah, akan menolak ajakan itu dan akan berkata:
Aku sangat memerlukan sekali kepada pahala dari Allah, kerana aku harus mempunyai bekal dari dunia untuk akhirat yang kekal abadi.
2. Bila pujukan pertama tidak berhasil, maka syaitan mengajak manusia untuk mengakhiri taat; nanti saja atau kalau sudah tua, dan sebagainya. Orang-orang yang terpelihara akan menolak ajakan itu dan akan berkata:
Ajalku bukan pada tanganku; jika aku menunda-nunda amal hari ini untuk esok, maka amal hari esok bila akan aku kerjakan, padahal tiap-tiap hari dan waktu mempunyai amal tersendiri dan hak hukum waktunya.
3. Kadang-kadang syaitan akan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan amal baik dengan amat segera dan katanya: Ayuh' cepat-cepat beramal supaya engkau dapat memburu lagi amal lainnya. Orang-orang yang selamat tentu menolak dan berkata:
Amal yang sedikit tapi sempurna lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna. Dalam hal Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda dengan maksud:"Tergopoh-gopoh itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima perkara;
1. Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2. Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3. Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4. Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5. Bertaubat setelah mengerjakan dosa.
4. Syaitan itu lalu menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab kalau tidak sempurna nanti dicela oleh orang lain. Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata;
Untuk saya cukup dinilai oleh Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal kerana manusia. Ini adalah isyarat supaya manusia Riya' dalam amalnya.
5. Setelah itu syaitan menancapkan perasaan dalam hati orang yang beramal dengan mengatakan; Betapa tingginya darjatmu dapat beramal sholeh dan betapa pula cerdikmu dan kesempurnaanmu. Orang-orang yang baik akan menjawab bahawa semua keagungan dan kesempurnaann itu kepunyaan Allah, bukan kekuatan atau kekuasaan aku. Allahlah yang memberi taufiq kepadaku untuk mengerjakan amal yang Ia redhoi, dan memberikan ganjaran yang besar dengan anugerah kurniaNya. Jika sekiranya tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat Allah kepadaku, di samping dosaku yang banyak pula.
Tidak dapat berkata-kata dan mengamalkan begini melainkan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Ilmu Tasauf atau Ilmu Makrifat.
6. Setelah jalan kelima gagal, maka syaitan mengajukan jalan yang keenam. Jalan ini lebih hebat dari yang disebut tadi, dan tidak akan bisa selamat terhadapnya kecuali orang yang cerdik dan hidup fikirannya. Syaitan itu berkata, membisikkan di hati manusia: "Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan Sir, jangan diketahui oleh manusia sebab Allah jualah yang akan menzhohirkan amalmu nanti terhadap manusia dan akan mengatakan bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas". Syaitan itu mencampur-baurkan terhadap setiapa orang yang beramal dengan amal tipuannya yang lemah sekali. Dengan ucapannya itu, syaitan bermaksud untuk memasukkan sebahagian daripada penyakit Riya'. Orang yang terpelihara oleh Allah akan menolak ajakan syaitan itu dengan mengatakan;
Hai Malaun (yang dilaknat) tiada henti-henti engkau menggodakaku untuk merosakkan amal dan ibadatku dengan berbagai-bagai jalan dan sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu untuk merosakkannya. Aku ini hamba Allah dan Allahlah jua yang menjadikan aku. Kalau Allah SWT. berkehendak menzhohirkan amalku atau menyembunyikannya; dan kalau berkehendak menjadikan aku mulia atau hina, ini adalah urusan Allah. Aku tidak gelisah apakah amalku itu diperlihatkan oleh Allah kepada manusia atau tidak kerana itu bukan urusan aku sebagai seorang hamba Allah.
7. Setelah gagal syaitan itu menggoda dengan jalan keenam, maka ia menggoda lagi dengan jalan ketujuh dengan mengatakan; "Hai manusia..tidak perlu engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah, kerana jika engkau telah ditetapkan oleh Allah pada masa azali dan dijadikan makhluk yang bahagia, maka tidak menjadi mudorat apa-apa bagi engkau untuk meninggalkan amal, engkau akan tetap menjadi seorang yang bahagia. Sebaliknya jika engkau dikehendaki Allah menjadi orang yang celaka, maka tidak ada gunanya lagi engkau beramal dan tetaplah engkau celaka".Orang-orang yang terpelihara oleh Allah tentu akan menolak godaan ini dengan mengatakan:
Aku ini seorang hamba, berkewajipan menurut perintah Tuhanku. Tuhan Maha Mengetahui , menetapkan sekehendakNya dan berbuat apa saja yang dikehendakiNya. Amalku tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku dijadikan seorang yang seorang yang berbahgia, aku tetap perlu beribadah untuk menambah pahala, dan jika aku dijadikan seorang yang celaka, aku tetap harus beramal ibadah, supaya tidak menjadi penyesalan bagi diriku meninggalkan amal itu. Jika sekiranya aku dimasukkan neraka, padahal aku taat, aku lebih senang daripada jika dimasukkan neraka kerana aku maksiat. Tetapi tidak akan demikian keadaannya kerana janji Allah pasti terjadi dan sabdaNya pasti benar. Allah telah menjanjikan kepada siapa yang beramal taat kepadaNya akan diberi ganjaran. Siapa-siapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, tidak akan dimasukkan ke dalam neraka dan pasti akan dimasukkan ke Syorga. Jadi masuknya, seseorang ke Syurga bukanlah kerana kekuatan amalnya, tetapi kerana janji Allah semata yang pasti dan suci.
Oleh kerana itu, sedarlah wahai hamba Allah, semoga Allah memberi rahmat kepadamu, sesungguhnya urusan taat kepada Allah seperti yang engkau lihat dan dengar bahawa banyak sekali godaan dan tipuan syaitan untuk menggagalkannya. Qiyaslah segala urusan dan tingkah laku kepada keadaan tersebut, dan bermohonlah pertolongan kepada Allah agar engkau dilindungi dan dipelihara dari kejahatan syaitan ini, kerana sega sesuatu benda di bawah kekuasaan Allah dan kepada Allah kita mohon Taufiq untuk mendapatkan keridhoaanNya.
TIDAK ADA DAYA UNTUK MENINGGALKAN MAKSIAT DAN TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK MENGERJAKAN TAAT, KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA LUHUR DAN MAHA AGUNG
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. [Saba : 21]
Hikayat dari Ahli Tasauf Wahab bin Munabih RA.

Rabu, 3 September 2008

Iman dan Yaqin

Assalaamualaikum wbt.. suka sekali saya untuk mengingatkan diri dan sahabat2 diluar sana tentang keyakinan yang tggi lagi mntap terhadap kudrat Allah s.w.t. kita percaya, tp kita kekadang kita kurng yakin. (antara sedar atau tdk) astaghfirullahalazim.. kenapa begtu?.. kerana iman kita sngt lemah. percaya dan yakin itu sngt berbeza. percaya tdk semestinya yakin. maka marilah kta sesama berdoa kpd yg Maha Agung utk memperolehi keyakinan yg jitu hanya padaNya!.Insyaallah.. jadi disini saya sertakan dibawah ini sedikit coretan dr blog hamba hasil kunjungan saya ke sana.Insyaallah. sama-sama kita amek iktibar dan muhasabah diri.

IMAN menurut Wikipedia,
Iman bahasa Arab (الإيمان) secara etimologis berarti ‘percaya’. Perkataan iman (إيمان) diambil dari kata kerja ‘aamana’ (أمن) — yukminu’ (يؤمن) yang berarti ‘percaya’ atau ‘membenarkan’. Perkataan iman yang berarti ‘membenarkan’ itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam surah al-Taubah ayat 62 yang bermaksud: “Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman.”
Para sahabat dan ulama telah mendefinisikan istilah iman ini, antara lain, seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. : “Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota.” Aisyah r.a. berkata: “Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.” Imam al-Ghazali menguraikan makna iman: “Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).”
Kesimpulannya, bahwa iman itu keyakinan yang dibenarkan oleh hati, diikrarkan dengan lisan dan dibuktikan dengan perbuatan.
——————-

Pendidikan IMAN kepada Nabi Musa a.s
Suatu ketika Nabi Musa a.s mengalami sakit pada perut nya, kemudian beliau mengadukan penyakit nya ini kepada ALLAH Subhaanahuuwataala.
Maka ALLAH Subhaanahuuwataala wahyukan kepada Nabi Musa a.s agar memakan pucuk pucuk kayu, maka asbab dari makan pucuk kayu tersebut sembuhlah Nabi Musa a.s. dari sakit perut nya.
Kemudian pada lain ketika Nabi Musa a.s mengalami lagi sakit perut, tetapi kali ini beliau tidak mengadukan nya kepada ALLAH Subhaanahuuwataala, beliau langsung saja mencari pucuk pucuk kayu dan memakannya.
Namun yang terjadi kali ini bukan sakit perutnya menjadi sembuh, malah sakit perut nya semakin bertambah jadi.
Kemudian Nabi Musa a.s mengadukan perkara ini kepada ALLAH Subhaanahuuwataala.
“Ya ALLAH mengapa setelah makan pucuk kayu ini sakit perut ku makin bertambah jadi, bukankah dulu dengan memakan pucuk kayu ini sakit perut ku menjadi sembuh, tapi sekarang setelah memakan nya sakit perutku malah makin bertambah parah?” demikian tanya Nabi Musa a.s
“Wahai Musa” jawab ALLAH dalam Firman NYA
“Sesungguhnya Yang Menyembuhkan sakit perut mu bukanlah pucuk-pucuk kayu itu, Yang Menyembuhkan nya adalah AKU” demikian Firman ALLAH Subhaanahuuwataala kepada Nabi Musa a.s
Pelajaran yang dapat kita petik adalah :
Dulu ketika pertama kali Nabi Musa a.s mengalami sakit perut, beliau teringat kepada ALLAH Subhaanahuuwataala, dan beliau mengadukan penyakitnya kepada ALLAH Subhaanahuuwataala, ketika itu IMAN beliau dalam keadaan benar.
Tetapi pada kali berikutnya ketika Nabi Musa a.s mengalami sakit perut lagi, yang ada dalam pikiran beliau adalah pucuk pucuk kayu, beliau tidak teringat lagi kepada ALLAH Subhaanahuuwataala, tidak mengadukannya lagi sakitnya kepada Subhaanahuuwataala.
Saat itu lah sesungguhnya IMAN beliau sedang rusak, karena ada keyakin kepada selain ALLAH Subhaanahuuwataala, yakin kepada pucuk pucuk kayu.
sumber asal: blog "hamba"

Jumaat, 29 Ogos 2008

Ramadhan ni..


Assalamualaikum wbt..

al-kisah 2 orang sahabat yang tengah discus tentang.......didalam sebuah bilik yang cantik lagi harmoni.haha.yeke?..dalam2 dok tgah study analytical chemistry..sempat lagi tu..hehe

+ "yam (roomate saya), apa azam or plan ko bulan ramadhan nak mai nie?"

+"erm..maksud ko tikah?"

+"yela, maksud aku.. ko target apa tuk bulan ramadahn ni. contohnya macam nak p semayang tarawikh full ke.. berbelanja xlebih berapa ringgit ke..sometg like that la..wateva lah..huhu"

+"owh, hehe. aku br terpikir bila ko tnya gtu.hehe".."asal?, ko lak..pa plan n azam ko?

+"hehe.. aku ni bab2 azam n planning ni mmg tggi2 sket.. malas la ckap kat ko.. nanti ko gelak plak.huhu. biarlah antara aku dan ALLAH ja tau..hihi"

+"eleh!, ko tu memang!..suka cakap tak abes.."

+"yam, apa kata ko tulis azam ko dalam satu kertas, aku plak tulis azam aku dalam satu kertas. then kita tampal kat dinding. if aku curang dgn azam aku tu, ko tegur tau..and aku pon akan wat bende yg sama kat ko..kira sama2 la..ok?"

+"ok!..we will see..hehe"

+"insyaallah!.."


"ya Allah moga perjalanan dalam bulan ramadahan kami yang bakal menjelma ni sentiasa dalam keredhaanMu" Ameen. la haula wala quata illa billah.. Astaghfirullahalazim..


oklah.. sebenaqnya yang kat bawah ni yang saya cuba nak sampaikan..untuk peringatan bersama..kan..kan..kan?hehe. JOM!

Ibadah Bulan Ramadhan

Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan nasihat berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:

-solat sunat tarawikh
-solat-solat sunat yang lain
-Bantu-membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya
-memberikan hidangan berbuka puasa
-banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya)
-banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kpd Allah SWT.
-banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
-banyakkan bersabar, kerana bulan ramadhan adalah bulan kesabaran
-tinggalkan dan jauihi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi (bergaduh), boros, fitnah menfitnah, berbohong, dan sebagainya.

Seorang penyair bermadah:

Takabur, sombong,jahil, lalai, dengki, dendam dan sangka buruk;
Dusta, mungkir janji, riak, marah dan mengumpat;
Apakah lagi penyakit yang tdk mengenaiku Ya Tuhan!
Sembuhkanlah daku dr segala penyakit dan dan tunaikanlah segala hajatku;
Sesungguhnya aku mempunyai HATI yang sakit!
Dan Engkaulah penyembuh bagi segala penyakit.

p/s: nak tmbah sikit lagi maksiat yang kekadang yang kita sengaja buat tak perasan - chatting laki perempuan, sms laki perempuan (tanpa tujuan/urusan yg penting).huhu. jaga HATI. jaga HATI. Peringatan kita bersama. Insyaallah.

Sumber:
-Kelebihan Amalan Ramadhan, Haji Johari Haji Alias
-Fadhilat Amal, Maulana Muhammad Zakaria


Khamis, 28 Ogos 2008

Berkemampuan Tetapi Tidak Berkemahuan


Assalamualaikum wbt..

Dunia terus berpusing mengikut putaran paksinya. Lalu kini melintasi satu zaman yang telah tertulis sejak zaman Ar-Risalah lagi sebagai akhir zaman. Penduduk dunia mula berubah mengikut acuan hidup semasa sehingga umat Islam sendiri lupa akan agamanya dan mengikut cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani. Cabaran untuk menyebarkan dakwah Islamiah mula ditentang dan umat Islam terpaksa mengharungi kesusahan dan penderitaan yang sangat hebat.

Ini dibuktikan dalam hadis Rasullullah:
Ertinya: Daripada Anas R.A. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
baca selanjutnya...klik sini

sumber asal: Thaqafah Daeiah

Rabu, 27 Ogos 2008

Wahai Ali..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat

Akibat tidak mengeluarkan zakat harta..

Terkena Api Di Kuburan
Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi’in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.
“Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta’ziah atas kematian saudaranya.” kata Abu Sinan kepada tetamunya.
Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis kerana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berjaya.
“Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?” tanya para tetamu.
“Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu.” jawabnya.
“Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?”
“Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur “Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung seksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat”. Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku terbakar.”
Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: “Aku terus menimbus kubur itu semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?”
“Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?” tanya teman-teman Abu Sinan.
“Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya.” jawabnya.
Dengan jawapan ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang ertinya: “Janganlah mereka yang bakhil itu menyangka terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”
(Ali Imran, 180)
waallahualam..

Ahli kubur yang paling mulia..

Assalamualaikum wbt..
Nikmat Ahli Kubur..

Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar ke kuburan, kemudian mengerjakan solat dua rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang. Selepas solat, tiba-tiba dia mengantuk dan melihat penghuni kubur keluar bercakap dengannya. “Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan olehku. Padahal dua rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan seisinya ini.” kata salah seorang ahli kubur.

“Kuburan siapa saja yang ada di sini?” tanya Mutraf.
“Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim.” jawab ahli kubur.
“Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di sini?” tanya Mutraf.
“Kuburan itu.” jawab ahli kubur sambil menunjuk pada sebuah kuburan yang ada di situ.
Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.
Harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah. Tiba-tiba ahli kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam keadaan gembira.
“Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?” tanya Mutraf.
“Mereka mengatakan bahawa diriku demikian.” jawabnya.
“Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang paling mulia?”
Ahli kubur yang masih muda belia itu menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi telah banyak mengerjakan ibadah haji dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap kali aku ditimpa musibah, aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah yang menyebabkan aku memperolehi kumuliaan tersebut.”
p/s: Segala-galanya dengan rahmat Allah.. waallahualam..

Syaitan pon Takut..



Assalamualaikum wbt..

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana permulaannya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan shalat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh sangat menjadi sahabatku..!
Begitu juga ketika waktu dzuhur orang ini tidak mengerjakan shalat, setan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!" Ketika waktu ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam... ...
Kemudian ketika datang waktunya magrib,temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka setan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sobat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !" Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut !", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !",kata setan sambil pergi.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)
waallahualam..

Rabu, 20 Ogos 2008

Wanita itu Aurat


Wanita itu Aurat

“La hau la wala quata illa billah”

Assalamualaikum wbt.. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Respons (-ve)

+ “ eee… apa tu mak???”, kata seorang kanak-kanak lelaki di pasar malam
+ “ eh, hantu ke??”, kata seorang lagi kanak-kanak di stesen bas
+ “ee... hantu.. hahaha.. nmpak bijik mata je..”+ “eh, apa tu hitam-hitam tu....???”
+ “eh, tikah pakai purdah?..tikah kan nak keje cikgu nanti?..bole ke?”
+ “hmm.. ika, kat universiti tu bole pakai ke purdah tu?.. tak bole kan?.. dahtu awat ika pakai sekarang.. nanti kena bukak jugak.. sama ja..?” ( Ans: hmm.. kalau xbole buat semua, jangan tinggal semua)
+ ” xpayahla.. nanti susah.. keja nnt mcm mn?.. ( terfikir sejenak: keje nanti macam mana??.. sejak bila manusia bole tau bila dia mati nie?.. kenapa tetiba sibuk hal masa depan sedangkan sekarang pon kucar-kacir?. Kenapa kita tak pikir.. nyawa dan hati kita dalam genggaman Allah.. dan bila-bila masa ja Dia bole panggil kita pulang kepadaNya. Dan when talking bout rezeki.. pakai purdah susah dapat keje. O. Yeke?.. lupakah kamu?.. siapa yang memberi kamu rezeki ketika kamu dalam perut ibu kamu lagi? kalau bukan Sang Pencipta Yang Maha Pemurah iaitu ALLAH TAALA. Hakikatnya rezeki adalah ketentuan Allah. Sekarang kamu fikirkan dan renungkan..)
+ ”xpayah la ika.. jangan fanatik sangat.” ( jawapan direct dalam hati: rule yg ditetapkan Allah pada kaum hawa kerana Kasih Sayang dan Cinta Allah pada kita.. fanatik ke tu?.. sedarkah kamu?!!)
+ ” hm.. atikah, why are u wearing that gloves?”
+ “ atikah.. nape ko pakai sarung tangan tu?”
+ ” mak oii!!!.. dia pakai sarung tngan la.. eh, sakit ke kak?.. ke akak main kompang tuk kolej?..

Diatas adalah antara reaksi hamba-hamba Allah tatkala melihat saya memakai purdah dan sarung tangan. Untuk lebih jelas, saya, apabila berada dikampus saya tdk memakai purdah dan saya juga belom istiqamah lagi memakai purdah bila diluar kampus. Segala-galanya tutup (insyaallah) kecuali wajah saya (itu yg saya kesal). Dan kerana kelihatan pelik agaknya melihat saya memakai ’gloves’.. hamba-hamba Allah bertubi-tubi bertanyakan soalan.. saya memberi jawapan berbeza-berbeza pada orang yg berbeza-berbeza.

+ ” avoid sun burn..huhu”, kata saya ringkas.
+ ” i’m trying to be a good servant of Allah”..
+ ” if ada ayaq semayang (air wuduk), senang sket..xgadoh risau if terberetuh (tersentuh) time berebut bas”..

tetapi hakikatnya.. saya masih xpuas hati dgn jawapan saya.. am I rite to say like that?.. kadang-kadang tu, saya hanya diamkan diri jer.. “smiling J ”.. tak tahu nak cakap apa.. saya risau juga, nanti ada yang tersinggung dengan kata-kata saya, walaupon saya xberniat begitu. Dan yang paling saya takut!, kata-kata saya yang tak kena gaya..membuatkan Allah Taala marah.. nauzubillah.. Astaghfirullahalazim.. better saya diam kan?.. ntahla..

Pernah sekali tue, saya tak tahu la kenapa saya begitu tersentak dengan soalan yang diajukan oleh kawan sekuliah saya (non-muslim).. “ atikah, why are you wearing that? (sambil mulutnya mucung menunjukkan kearah sarung tngan hitam yg saya pakai)”
Erk.. saya jadi kaku degan soalan dia. Adakah sebab dia non-muslim?.. atau apa? Bukannya saya xpernah diajukan soalan-soalan serupa macam tu.. tp, ntahla.. kenapa la saya jadi mcm blur skali hari tu sampaikan kuliah Dr.Uzi (math) langsong saya xbole beri perhatian. Mmg xfokus langsong!.. nampak ja jasad kat Dewan Kuliah. Tp, minda saya dah ke lain.. mencari-cari jawapan terbaik untuk soalan yang br saya terima tadi.. sambil xabes2 saya memarahi diri saya sendiri kerana soalan se’simple’ itu pon saya xbole jawab sehingga saya rasakan saya begitu hina dan jahil!..saya jadi malu sendiri.. malu dgn Allah.. astaghfirullahalazim. At last, Allah fahamkan saya. Alhamdulillah, Allah xizinkan saya berkata-kata agaknya kerana Dia tahu yang terbaik untuk hmba-hambaNya. Saya YaQin itu! Allah Knows Best!.

Hati ke hati

Ok, disini saya ingin coretkan sedikit kata dari hati ke hati.. ramai orang berkata berbunyi begini mengenai aurat:

+ “ ala, seganla pakai tudung labuh-labuh nie.. macam bajet (konon) alim plak”.
+ “erm, ntahla.. saya ni ilmu pun xcukup, xkan nak pakai macm tu (purdah/tudung labuh)
kot”

Ok..kalau kita nak tggu kita banyak ilmu baru mula nak pakai ikut sunnah atau baru mula nak pakai tudung labuh atau baru nak mula pakai purdah.. sampai bila ye sahabat-sahabat?

Kita ni manusia, yang tak pernah lepas dari kesilapan dan kita xkan pernah perfect dan penuh ilmu di dada becoz we’re hamba Allah. Yang Maha Kaya dengan Ilmu-Ilmu Alam ini hanyalah Allah Taala!

We are life long learner! Kita belajar dari saat kita dalam perut ibu kita sehinggalah kita berada dalam liang lahat.

Bagi saya.. apa pon alasan yang “saya” atau anda nak beri untuk elak semua aurat-aurat yang perlu ditutup.. Ingatlah!.. menutup aurat secara betul adalah hadiah dari Allah Taala kepada kaum hawa. Pernahkah anda terfikir itu? Dan menutup aurat dengan sempurna itu adalh tanggungjawab kita sebagai menghargai hadiah dr Allah sepertimana anda menghargai hadiah pemberian orang yang anda Cintai.

Ya! Tdk dinafikan..ada terlintas dihati kita untuk memakai pakaian hadiah Allah pada kaum hawa.. maka, apalagi?.. berdoa lah.. berdoalah.. berdoalah… hnya padaNya.. minta hanya padaNya supaya dikuatkan hati untuk ke jalan yang diredhai Allah.

One more thing!..

Pada zaman moden (maut deen) ini, kita dapat saksikan wanita-wanita dan lelaki dalam sebuah majlis secara bebas mempeljari al-Quran dan mereka membacakan undang-undang Ilahi ini, akan tetapi firman-firman Allah sama sekali tdak terkesan dalam hati mereka. Tingkah laku mereka seolah-olah mengejek hukum-hukum Allah dgn duduk bersama-sama dalam satu majlis tanpa hijab atau tirai. Bagi orang-orang begini, Rasulullah saw bersabda, ’ Banyak orang yang membaca al-Quran, tetapi al-Quran melaknat mereka sendiri”.

Astaghfirullahalazim..

Tabbarruj

Allah S.W.T berfirman; “....dan janganlah kamu bertabbarujj (berhias), seperti tabbarrujj nya orang-orang jahiliyah terdahulu”.

Imam al-Laits berkata bahawa tabbaruj ialah jika wanita tdk menyembunyikan kecantikan wajahnya dan bentuk tubuhnya serta ia beranggapan hal itu baik untuk dipamerkan.

Abu Ubaidah r.a berkata bahawa tabbaruj ialah apabila seorang wanita mempamerkan kecantikan dan bentuk tubuhnya dengan maksud untuk menimbulkan ghairah seksual kepada kaum lelaki.

Wanita-wanita dalam masyarakat Islam hari ini – kecuali hanya sedikit – sudah menyimpang terlalu jauh dari landasan yang benar. Oleh kerana keadaan yang demikian, Nabi s.a.w. bersabda;

“ wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabbaruj bebas tanpa hijab. Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk syurga, kecuali sejumlah burung gagak yang berbulu putih. (sangat sedikit)” (sunan baihaqi)

Justeru jelas bahawa seorang wanita yang mempunyai keperluan untuk meninggalkan rumahnya, maka ia harus menyembunyikan kecantikannya dengan memakai purdah atau jilbab yang menutupi seluruh tubuhnya.

“Allah redha kpd mereka dan mereka pun redha kepadaNya” (al-Bayyinah;8)

“Allah menjanjikan kepada mereka balasan yang lebih baik.” (al-Hadid;10)

Jilbab atau Purdah

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang beriman, Hendaklah mereka menutupkan jilbab mereka ketika keluar rumah. Yang demikian itu lebih memudahkan untuk mengenal mereka dan mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-ahzab;59)

Ayat ini merupakan dalil yang sangat penting diantara ayat-ayat yang berkenaan dengan hijab kerana dalam ayat tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa menutup wajah adalah termasuk dalam perintah berhijab.

Ayat ini tdk hanya ditujukan kpd isteri-isteri Nabi saw, maka tdk ada sesiapa yang berhak untuk menafikan bahawa ayat ini tdk sesuai apatah lagi tdk releven untuk dilaksanakan oleh semua wanita.

Apakah makna jilbab?

Ringkasnya, jilbab adalh sejenis baju yang longgar yang dapat menutup kepala, wajah, dan dada, bahkan dapat menutup seluruh tubuh.

Ada bnyak tafsir sebenarnya dalam menerangkan erti jibab. Dalam kajian mengenai perkataan ini, Allamah Ibnu Manzhur menyimpulkan;

“Jilbab yang sebenarnya adalah pakaian luar atau selendang panjang yang dipakai wanita sebagai pembungkusan atas pakaiannya yang dapat menutup dirinya dari atas kepala hingga ke hujung jari-jarinya. Pakaian ini menyembunyikan tubuhnya secara sempurna.” (Lisanul Arab jilid I ayat 273)

At-Tabari menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.a:
“Allah memerintahkan wanita-wanita beriman agar menutup wajah mereka dari atas kepala mereka dengan jilbab, dan menampakkan hanya sebelah mata”

Bagaimana Cara Memakai Jilbab?

Ulama-ulama yg pakar dlam al-Quran tdk hanya memberikan kpd kita mengenai perintah berhijab dan menutup wajah bg kaum wanita, tetapi juga mereka menjelaskan cara yang tepat memakai jilbab.

Ibnu Abbas r.a menyebutkan dua cara memakai jilbab:
sehelai kain ditarik dr atas utk menutupi badan kecuali satu mata;
kedua-dua biji mata dibiarkan tdk tertutup;
sebagaimana yang dilaporkan oleh Allamah al Alusi sebagai berikut; “Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzhir menggambarkan cara memakai jilbab menurut Ibnu Abbas r.a dan Qatadah r.a. Sehelai kain dibungkus dari atas menutupi dahi, kemudian satu helai ditarik ditarik menutupi wajah dabawah kedua-dua mata sehingga seluruh wajah dan badan bahagian atas tertutup. Bahagian yang dibiarkan terbuka ialah kedua biji mata.” (Ruhul Ma’ani jilid XXII m/s 89).

Perlu dicatat disini bahawa purdah dewasa ini (yang dipakai oleh sebahagian wanita muslimah) juga berfungsi sebagai jilbab. Hijab sebagai kebiasaan wanita-wanita muslimah sejak zaman permulaan Islam, yang sekarang sedang dihilangkan oleh orang-org yang terpengaruh dengan pemikiran barat. Untuk mencapai maksud mereka ini, mereka menterjemahkan al-Quran dan hadis menurut hawa nafsu mereka sendiri. Dengan demikian mereka menyesatkan diri mereka sendiri dan membawa orang lain kepada kesesatan. Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk kepada kita dan melindungi kita dari kesesatan itu.

Malu dan Kehormatan Diri

Actually, banyak hadis menyebut tentang pentingnya memakai hijab, menutup wajah (bg wanita), dan menutup seluruh tubuh. Memadailah dengan keterangan dr Al-Quran bg mereka yang berniat menegakkan dan melaksanakan hukum hijab. Tetapi bagi mereka yang tdk mempunyai keinginan untuk menegakkan hukum Ilahi, walaupun beribu-ribu ayat Al-Quran dan al-hadis dikumpulkan, tidak akan memotivasi mereka sama sekali.

Syariat Islam yang diturunkan kepada manusia tdk hanya memberi perintah tentang hijab, tetapi juga menjelaskan segala yang berhubungan langsung dengan perintah ini. Oleh kerana itu, orang yang meremehkan larangan-larangan ini berisiko menyebabkan perilaku yang akhirnya menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Dengan kata lain, kita diperintahkan juga untuk menghindari perbuatan2 yang akhirnya menjerumuskan diri kita sendiri ke dalam suasana yang tdk sopan dan penzinaan.

“Dan janganlah kamu mendekati zina”

Sedangkan perbuatan-perbuatan yg mendorong kearah terjadinya sahaja amatlah dilarang, maka bagaimana pula perbuatan zina itu sendiri?

Malu dan memelihara kehormatan seseorang adalah hal yang sangat penting terutama dalam memelihara sifat akhlak satu masyarakat. Inilah sebabnya mengapa malu disebut perhiasan bagi seorang wanita, yang melindunginya dari lembah-lembah dosa dan mencegah lelaki yang berniat jahat dan berfikiran buruk terhadapnya. Sikap malu dijadikan sebagai sebahagian dari fitrahnya yang bertujuan untuk melindunginya dr perbuatan khianat lelaki yang mempunyai niat yang jahat terhadap mereka.

Dari Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda; ” sesungguhnya, malu dan iman adalah dua bersaudara. Jika salah satunya hilang, maka yang lainnya dengan sendirinya akan hilang.” (hadis riwayat Baihaqi. Syu’abul Iman)

Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda bahawa malu adalah bahagian dari iman. (hadis diriwayatkan muslim, jilid I m/s.47)

Dalam hadis lain ,Rasulullah saw bersabda ,’’Malu itu menghasilkan seluruh kebaikan.’’

Rasulullah saw bersabda ,’’Ketika maksiat dijadikan bahagian dari sesuatu ,maka ia menjadi cacat ;dan ketika malu menjadi bahagian sesuatu ,maka ia menjadi cantik .’’(Hadis diriwayatkan Tarmizi Jilid II m/s .122)

Dalam sebuah hadis ,Nabi saw bersabda ,’’Malu dan amanah adalah yang pertama kali akan keluar dari dunia ini .Oleh kerana itu, sentiasalah bermohon kepada Allah .’’(Hadis riwayat baihaqi ,Musnad Firdaus ad Dalami )

Malu merupakan sifat atau karakter istimewa yang dimiliki oleh seorang mukmin .Orang –orang yang jahil terhadap ajaran Rasulullah saw tidak akan mempunyai kerisauan terhadap diri tentang sifat malu dan rasa kehormatan diri .Malu dan keimanan saling bergantung .Maka itu ,keduanya akan kekal atau keduanya akan binasa .Dengan demikian ,Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis :’’Apabila tidak ada perasaan malu ,maka berbuatlah sesuka hatimu.”

TETAPI! Bukan MALU yang tak bertempat!.. masalah kita sekarang ialah malu yang tak bertempat. Misalannya, malu untuk menegakkan hukum Allah. Malu untuk menutup aurat. Malu untuk mengatakan sesuatu kerana Allah Taala. Astaghfirullahalazim..

Waallahualam..

Rujukan: Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah, Dr. Muhammad Ismail

Ahad, 10 Ogos 2008

Segala Puji hanya bagi Allah Taala


Dengn nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Assalamua'laikum wbt..


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

syukur alhamdulillah...


purdah

Ya Allah.. saya rindu nak pakai purdah.. sangat2 rindu.. Saya gembira sebenarnya.. kerana apa?. sebab.. sahabat2 saya.. i means.. housemate saya sangat berminat dengan purdah.. mereka asyik belek2 and try2. mereka nmpak sangt tertarik dengan purdah dan mintak izin pd saya tuk try pakai purdah saya tue.hehe.. subhanaAllah.. saya xsangka jugak.. tp apa2 pon.. saya.. syukur sngt. ALHAMDULILLAH. Allah telh timbulkan keinginan dalam hati sahabat2 saya untuk berpurdah. insyallah. dan saya berdoa agar Allah beri hidayah+ taufik+ inayahNya untuk kita semua dalam mencri redhaNya.


Tetiba terngiang2 pulak kata-kata yang menusuk Qalbu nie :


+ pakaian membentuk peribadi


+ Tiada HIDAYAH tanpa da'wah.... Tiada DA'WAH tanpa perjuangan... Tiada PERJUANGAN tanpa pengorbanan... Klu perjuangan itu satu PENGORBANAN, Pengorbanan itu satu KEMULIAAN......


+ hidayah datangnya dari ALLAH...dan hanya ALLAH lah yang maha berkehendak...akan kepada siapa hidayah tersebut diberikan...dakwah adalah salah satu cara ALLAH memberikan hidayah NYA....perjuangan adalah di jalan ALLAH...pengorbanan adalah bagian dari perjuangan dan kemuliaan adalah milik ALLAH.....ALLAHU AKBAR....


+ "kita merancang dgn cita-cita. Allah merancang dengan CintaNya"


+ jadikanlah dirimu seperti orang yang melewati jalan yang berduri niscaya ia akan ber hati2 tentang apa yang ia lihat janganlah menganggap remeh terhadap dosa kecil karna sesungguhnya gunung itu ter cipta dari butir2ran batu kecil.


+ "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12
Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


+ Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "


waallahu'alam..

Sabtu, 9 Ogos 2008

Bingung..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang


Assalamualakikum wbt..

Alhamdulillah.. akhirnya, saya terluang juga untuk 'drop' something dalam blog saya nie. setelah sekian lama saya rasakan menyepi. hehe. lama rasanya saya xupdate blog ni. nthalah mana silapnya. mybe saya yg xpandai manage time + connection wireless susah sket nak dapat 2 week kebelakangan ni. salah siapa ye? haha. salah diri sendiri da~~..


orang rajin banyak jalan
orang malas banyak alasan..


huhu.. sentap2..hehe..



Bingung-bingung..sungguh ku bingung..bukan bengOng ye..adeh!.


semalam.. brapa haribulan ye?... ha!.. 08/08/08 (cantek angka ni kan? Alhamdulillah).. pakChaQ saya call.. adeh!.. segan nye nak angkat phone if dia call. bukan apa.. malu.. malu coz i think i'm not ready to talk wif him. and feel my self is too bad... yaarr.. i'm feel like i'm too hipokrit!.. am i?.. astaghfirullahalazim. Ya Allah ampunilah hamba mu ini yang berhiaskan tahi2 dosa.. astaghfirullahalazim..


pakchaQ: Assalamualaikum.. hello.. ika.. ika..

saya: waalaikumusalam wbt.. helo... ha.. ika nie pakchaq.. awat xclear ka pakchaQ?


pakChaQ: haha.. clear2.. hang wat pa?.. lama xdengaq habaq.. dok wat apa tu?


saya: hehe.. xdak la.. belek2 buku sket. malam nie ada test kimia..hehe.


pakChaq: owh.., so apa cerita? "iman" macm mana?.. ada meningkat ka?hehe


saya: erk.. story apa ek?..hm.. no story la pakchaq.. awat pakchaq da nak citer apa2 ka pasai anwar ibrahim n politics yang len?haha. ha?!!.. iman?..gulp!, don no la pakchaq.. ish pakchaq nie.. kita mn bole tau iman kita mcm mn kan?.. hmm..


pakchaq: ha la.. mmg la.. hanya Allah ja tau.. tp pakchaq rasa hang nie kan.. iman hang nie.. dah menurun la.. drastik gler penurunan nya.. apa hang wat balik U?.. bnyak sembang ngn laki ka? quran baca x? zikir2?.. solat jaga x? ka dah ujung2 punya solat?hmm..


saya: aikk!..pakchaq nie.. sentapnya.. eh, by d way.. mn bole maen rasa2 pkchaq.. mcmna pakchaq bole rasa mcm tue?.. ish2..musykil2..(huhu.. dalam hati.. hmm.. mcmn dia bole tau.. terok sangt ke aku nie..sampai org jauh pon bole tau nie?.. actully saya mmg dalam keaadaan stress jugak sbb saya rasa saya lalai sangt..eee!!!..bnyak nya dosa saya!!!! Astaghfirullahalazim)


pakchaq: hmm.. pakchaq tau la.. lagipon hg tu anak menakan (saudara) pkchaq.. pkchaq kenai sangt la hang tu..cara hang cakap pon tau.. cam sangt... beza.. time hang pakai purdah aritu ngn skrang.. pakchaq dapat rasakan.. tp, xtau la.. hati manusia hanya Alah ja tau.. apa2 pon hang tanya lah diri hang balik.. hang lbih tau kan..hang nilai sendri la... muhasabah diri..


saya: gulp!, ha?..yeke? ..erk... ada beza ka?.. ika rasa sama ja.. cara cakap ika time ika pakai purdah n xberpurdah nie..?..hmm... what's the diffrent actully ha?..puzzle2.. astaghfirullahalazim..


pakChaq: hmm.. xpala ika.. apa2 pon.. ingt.. pesan pakchaq yg lepas2 tu.. zikir jgn tggal.. oklah. pkchaq da hal kat office nie..hmm..kkk ...Assalamualaikum wbt.. jaga diri.. jaga hati..


saya:.. erkkkk... o..ok.....waalaikumusalam wbt.. hmmm...



kemurungan la saya memikirkan diri yang hina ni.. Astaghfirullahalazim..
i have to do somthg to get His Love back!!!!... Actually, i'm trying to strive for His True Love..
O, Allah, please.. forgive me.. i'm nothing witout You, Allah.. i need YOU.. I really2 need YOU.. Help me Allah... help me Allah... Astaghfirullahalazim...


Rabu, 30 Julai 2008

Kuasa vs Pengaruh

Assalamualaikum wbt...
hmm.. saya xbole tdo la mlm nie.. cadang nak tido lepas habis buat assgmnt II statistic.. yela, mana xnye.. time buat assgnmnt tue.. ngantok la teramat.. tahan jer..sabar2..pujuk diri.. dah2 siap keje.. segar bugar pulak dah.. masyaAllah... hmm.. agaknya, dah diluar waktu tdo biasa.. so terus xterasa nak tdo..huhu..so, apalagi.. tangan nie pon gatal2 la bukak laptop.. niat asal nak cr information bout experiment kimia for my lab report.. tup2.. tersasar..hehe..biasala.. terview blog mcm2.. dan saya sangt tertarik dengn artikel kat bawah nie!.. jom baca dan fikir2+renung2kan..wateva la..huhu..

Pak Din (http://sharudin.wordpress.com/)
on 22 Jul 2008 at 12:21 pm

“mahu menjadi ayah yang berkuasa, atau ayah yang berpengaruh.”

Berkuasa menghasilkan Muslim di Kaherah, sementara berpengaruh menghasilkan Islam di Paris.

Berkuasa menghasilkan pemakaian tudung di Tanahair (Riyad) tetapi tidak bila di London. Sebaliknya bila terpengaruh dengan ajarah yang sebenar. ke angkasa lepaspun masih menutup aurat.

Berkuasa menghasilkan bilangan sementara berpengaruh menghasilkan mutu.
Yang berpengaruh dan berkuasa ibarat khalifah yang Allah kehendaki, memakmurkan Bumi untuk mendapat keredoaan di Akhirat, tetapi yang berkuasa dan berpengaruh, menghasilkan kahlifah yang manusia kehendaki.

Akhirnya yang berkuasa memperkenalkan Allah yang Berkuasa sementara yang berpengaruh memperkenalkan Allah yang Maha Sempurna.

Astaghfirullahalazim...
Waallahualam..
lagi untuk cerita dalam konteks yang sama.. sila klik sini.. best baca nie!..bukak tau..huhu.

Sabtu, 26 Julai 2008

Sabar dengan Isteri..


Assalamualaikum wbt....

hehe..entry kali nie saya nak bawak n share sket cerita yang pada pandangan saya menarik dan banyak pengajarannya...itupon yang nak amek pengajaran la.. jom kita baca!..huhu.



Cubalah bersikap sabar dengan perangai isteri

Diceritakan bahawa ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul-Khattab utk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila org itu tiba di pintu rumah khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri khalifah sedang mengangkat suara mengata nista khalifah sedangkan Khalifah hnya berdiam diri saja, tdk menjawab sepatah pun.

Maka org itu pun tdk jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah, maka dengan tak semena-mena dia dipanggil oleh Khalifah seraya bertanya kpdnya: “ apa hajatmu dtg kemari?”
Jawabnya: “ tdk ada apa-apa wahai Amirul Mukminin”
Tanya Khalifah : “ mengapa dating kalau tdk ada apa-apa?”
Kata org itu lagi: “ sebenarnya sy datag ini utk mengadukan kelakuan buruk isteri sy, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba sy mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yg sama spt sy.

Berkata Khalifah Umar:
“ Wahai saudaraku! Aku terpaksa menaggung semua itu kerana aku terhutang budi kpdnya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku membasuh pakainku, dan menyusukan anakkau, padahal itu semua tdk wajib atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, dimana hatiku merasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung drpd melakukan yg haram. Bagaimana dpt aku menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja.”
Kata org itu pula: “ saya juga menanggung nasib yg sama spt tuan hamba juga, wahai Amirul Mukminin.”

Maka berkata Amirul Mukminin lagi:
“ Wahai saudaraku! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu.”



p/s: wahh..sangt terharu la if seorang suami bole pikir gtu..huhu..insyaallah..hehe..

Rabu, 16 Julai 2008

i miss u!..

Assalamualaikum wbt...

lalala.. cinta tu apa? rindu tu apa pula?.. 2 persoalan kat sini.. sapa nak jawab?.. cepat angkat tangan!hehe..

mukaddimmah sket..

Cinta kpd Pencipta adalah cinta yang perlu/wajib la dilebih-lebihkan. tapi tu la, seringkali manusia menjadi korban cinta agung ini semata-mata kerana terlalu ghairah memburu cinta-cinta murahan.. astaghfirullahalazim.. Manusia menjadi korban cinta Ilahi krn tenggelam dalam cinta harta, cinta pada pangkat, cinta pada glamour, cinta pada pandangan org, cinta pada hidup senang-lenang, cinta pada makanan, cinta pada hiburan ntah apa2 tu.., cinta pada laptop.. maksudnya asyik ngadap laptop la..(terutama time dapat connection internet..hihi..kena batang idung sendiri sebenarnya neh!).. astaghfirullahalazim..istighfar banyak2 daa~~atikah oii!!!..huhu.. sambung lagi.. cinta pada girls and boys la..dan macam2 lagi lah!. pendek kata cinta dunia!..hmm.. sedih2.. sedih dengan diri yang xsedar2 diri ni.. Astaghfirullahalazim..

"Ya Rabb, bimbinglah aku ke jalan yg Engkau Redhai, dan jauhkan lah aku dari jalan yang Engkau murkai..".. astaghfirullahalazim..

Cinta Ilahi sering disalah tafsirkan, samada melalui kata-kata mahupun sikap kita. seolah-olah cinta pada Allah itu menafikan semua cinta yang lain hingga cinta Ilahi dipndang terlalu asing. Mengejar cintaNya diaanggap tdk berpijak dibumi yang nyata.. Astaghfirullahalazim..

rindu kat mak

warkkkk!!!!... rindunya....rindu sangat2 kat mak!!.. rindu3... bknla bermaksud xrindukan abah.. rindu..tp, xserindu cm rindu kat mak.. pendek kata rindu la kat mak abah!.. rindu2.. sob.. sob.. sob.. dah! kang ada pulak yang nangis depan laptop nie..hihi..

rindu kat pondok

hmm..saya rindu lagi.. saya rindu nak g pondok lagi.. pondok pasir tumboh,klate!.. alhamdulillah3.. saya seronok sgt pergi belajar kat sana, walaupn sekejap je..bout 2 week.. huh! i feel like i'm very2 jahil sejahil jahil nya!.. Ya Allah, malu tu jgn sebut la.. of cos la ada!astagfirullahalazim.. apa2 pon saya rindu nak g blajar kat situ lagi! insyaallah..

rindu kat sek.keb.tmn selasih

hehe.. ni saya rindu kat sekolah yang saya wat rancangn orentasi sekolah 1.. best tau.. alhamdulillah.. best la.. dpt pengalamn masuk klas..ngajar2 budak sket.. ganti klas bg guru yng xdpt hadir ke sekolah..wat laporan pasal sekolah tue.. and then, tukar2 pendapat n discuss2 sket degn guru2 yg bnyk pengalamn..hehe..yeke?.. ada la sket.. alhamdulillah.. tetiba teringat dialog nie time first2 melangkahkan kaki di bumi sek.keb.tmn selasih:

murid: Assalamualaikum ustazah..

saya: (hak3..gelak dalam hati sambil tersenyum)..ustazah?.. waalaikumusalam wbt..

murid: ustazah, cikgu baru ek?..ustazah ajaq agama kelas mana ustazah?..

saya: (adoi!, lagi nak gelak degn soalan dak2 ni).. ehem2.. cikgu bukan ustazah la sayang oii.. cikgu.. cikgu la.. or u can call me teacher..hehe..(cewaahhh, brlagak gler brckap..tp lm hati ni rasa malu sangt..sbbnya..bknnya layak lagi nak digelar tue semua..)

murid:....bla..bla..bla..

saya:...bla....bla...bla.......bla..
rindu la nak masuk klas lagi!!!...seronok layan kerenah murid2 darjah 1.. asyik nak gelak ja masuk kelas depa..huhu..

rindu kat adik2 LDK (A20)

Baru2 nie, kolej saya ada wat Minggu Suai Kenal (MSK KUO) untuk students yg baru masuk nak kenal2 kolej ni. So, saya pon join la MSK tu as fasilitator.. hmm.., best gak.. bnyk la jugak aktiviti ngn dak2 nie.. hmm..rindu la pulak kat depa tue...


p/s: mayb entri kali nie, mcm nothg kan?..tp, ntahla..depends la.. i juz wanna tell n share what i feel rite now.. my luahan rasa rindu jerk..hihi..

Selasa, 15 Julai 2008

Akal alat & Pemimpin Orang Mukmin

Assalamualaikum wbt..
Akal alat dan pemimpin orang mukmin

Diriwayatkan oleh Ka’ab dan Abu Hurairah bahawa mereka berkata dan bertanya kpd Rasulullah s.a.w.
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yg paling pintar?”
Rasulullah s.a.w. menjawab : “orang yg berakal.”
Mereka bertanya lagi. “ sipakah orang yg paling berbakti?”
Rasulullah s.a.w. menjawab, “orang yg berakal”
Mereka bertanya lagi, “ siapakah org yg paling utama?”
Rasulullah s.a.w.menjawab, “ org yg berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat org mukmin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukin ialah akal.

Setiap kamu mempunyai tujuan dan yg utama bg hamba Allah s.w.t. ialah akal (khayatul qulub).
Saidatina Aisyah berkata: “Akal itu mempunyai 10 bahagian, 5 bahagian nmpak, dan 5 bahagian lagi tersembunyi.”

Adapun yg nmpak adalah:

Pertama : Diam. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
“barangsiapa diam, maka selamatlah dia, barangsiapa banyak bicaranya,
maka banyak pula kesalahannya.”
Kedua : Sabar.
Ketiga : Rendah hati. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa berendah hati, Allah akan mengangkat darjatnya dan barangsiapa
yg sombong, Allah akan merendahkan darjatnya.”
Keempat : Takut kpd Allah s.w.t.
Kelima : Mengawal hawa nafsu.

Jumaat, 11 Julai 2008

ALLAH

Assalamualaikum wbt..
entri kali nie..saya ingin menyebut sikit tentang pencipta kita..iaitu Allah S.W.T. Ya! saya! nak ingatkan diri saya sebenarnya!..yang sangat2..berdosa..lalai..lupa akan kewujudan Allah..Astaghfirullahalazim..saya akui saya mmg tdk layak berbicara tentang Allah Yang Maha Kuasa..saya yang jahil lagi hina ini yang bergelumang dengan tahi2 dosa sememangnya tidak layak langsong! untuk berbicara tentang bab2 gni. tp, ntahla.. saya hambaNya, yang sangt bergantung harap padaNya..hanya Dia!.. saya masih mengharapkan dan merindukan secebis ampunanNya, redhaNya, kasihNya, cintaNya..

saya sedih sekali dengn diri saya..
saya katakan saya rindu padaNya..tp saya.... bla..bla...bla...
saya katakan saya cinta padaNya..tp saya .... bla..bla..bla..
saya katakan saya hambaNya.. tp saya ...bla..bla..bla....

ASTAGHFIRULLAHALAZIM...

ALLAH

“Allah”, nama bagi Tuhan Yang Maha Esa. Perkataan Allah ini mempunyai erti seluruh. Pengertian yang terkandung dalam seluruh Nama-Nama Allah (Asmaul-Husna), iaitu Tuhan yang tunggal yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan kepimpinan yang Maha Besar lagi Maha Tinggi serta Maha Kuasa.

Tidak ada yang patut disembah, dipuji, ditaati selain dari Dia. Tidak ada yang benar-benar berkuasa selain dari Dia. Tidak ada yang benar-benar pengasih, penyayang dan pemurah selain Dia. Seluruh umat manusia wajib melakukan ibadat kepadaNya pada setiap tempat dan masa sebagaimana yang telah dilakukan oleh para Nabi, orang-orang salih dan syuhada sejak dahulu kala.

Nama Allah ini bukanlah manusia yang menamakannya, bahkan zatNya yang Maha Esalah yang memberikan nama itu bagi diriNya. Kalimat Allah tidak dapat diterjemahkan baik ke bahasa mana pun juga kerana tak ada satu kalimat pun atau kata-kata yang lengkap yang dapat mengumpulkan pengertian kalimat jalalah ini.

Allah, Tuhan Yang mempunyai segala sifat-sifat kebesaran, Maha Esa dan Maha Kuasa. Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya, yang menjadikan alam semesta ini.

Lafaz Allah ini disebut juga disebut lafaz jalalah. Ia juga disebut ’Ismudz Zat’ yakni zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dialah Tuhan sekalian alam. Dialah yang mengeluarkan segala sesuatu dari tiada kepada ada.

Allah hanya satu (tunggal), dan tiada boleh dinamakan Dia sesuatu yang lain daripada Tuhan yang sebenarnya walau dengan bergurau senda sekalipun!.

Diantara nama-nama Allah yang berjumlah 99 atau lebih itu, ’Allah’ inilah yang paling banyak didalam kitab Suci Al-Quran, iaitu 2696 kali.

Sekali lagi detegaskan untuk memperingatkan pendalaman pemahaman kita semua, kalimat ’Allah’ itu mempunyai erti dan maksud yang meliputi seluruh pengertian yang terkandung dalam seluruh nama-nama Allah (Asmaul-Husma) yang termasyur itu.

’Allah’ adalah nama yang lebih besar daripada semua 99 nama sebagaimana yang tersebut pada riwayat Attarmizi kerana Ia suatu zat yang memrangkumi semua sifat-sifat ketuhanan sedangkan nama yang lain tidaklah bersendirian melainkan menghubungi ’Allah’ seperti aliim, kuasa (kudrat) atau pembuat sedangkan ’Allah’ atau lainnya suatu nama tertentu, tidak dipakaikan kepada seseorang selain daripada zatNya Allah s.w.t. baik pada hakikat (pengertian asal) mahupun pada segi kiasan.

Bagi kebanyakkan nama-nama Allah yang lain bolehlah dinamakan kepada yang selainNya seperti berkuasa, berilmu, penyayang, pemurah, pelindung, pengawas, dan sebagainya.

Allah, iaitu Tuhan yang tidak ada Tuhan selain Dia. Jika ada Tuhan selain dari Allah adalah palsu dan telah lama alam ini akan binasa atau , musnah.

Firman Allah, ”kalau ada Tuhan selain Allah, dilangit dan dibumi, maka langit dan bumi itu pasti binasa.” [al-anbia; 22]

Ketahuilah, dan ingatilah tidak ada yang patut disembah, dipuji dan ditaati selain hanya Dia. Tidak ada yang benar-benar berkuasa selain hanya Dia, tidak ada yang benar-benar pengasih selain hanya Dia, tidak ada yang benar-benar tinggi selain hanya Dia, tidak ada yang benar-benar penyayang, pemurah, mulia, suci, kuat, agung, besar selain hanya Dia!, dan seterusnya.

Berkata Drs. Sidi Gazalba, ”keyakinan akan Allah, keyakinan akan Tuhan Yang Maha Esa, menjadi pangkal dari sistem keyakinan dan kepercayaan, selanjutnya asas dari seluruh ajaran Islam. Kerana itu kalau tauhid lemah, sistem dan asas itu pun tidak kukuh. Kalau ia goyah, semuanya akan goyah juga. Sebab itu kalau orang ingin memahami Islam, ia harus mulai dengan memahami Tauhid. Kalau orang yang mahu meyakini Islam, ia harus mulai meyakini Allah.”

Begitu juga untuk meyakini dan memahami Allah terutama dari segi sifat, perbuatan, dan zatNya kita harus mengetahui nama-nama Allah yang berjumlah 99 atau lebih dari itu (mengikut para ulama, nama-nama Allah itu ada sejumlah 3000 nama, dimana 1000 darinya diketahui oleh para malaikat, 1000 darinya diketahui oleh para nabi, 300 terdapat dalam Taurat, 300 terdapat dalam Zabur, 300 dalam Injil, dan 99 pula didalam kita Al-Quran. Beerti, hanya satu lagi nama yang dirahsiakan Allah dans ebagai gantinya nama yang terahsia itu dikatakan sebagai Asmaul-A’zham al-Husna, yang bermaksud nama Allah yang terAgung.) untuk mendapat pemahaman yang luas dan mendalam tentang keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Itulah satu-satunya cara dari berbagai-bagai cara untuk meyakini dan mengimami kebesaran dan kekuasaan Allah secara lebih berkesan.

Di segi amalannya, manusia terutama umat Islam perlu sekali mencontohi nama ini ’Allah’ bagi meluaskan pemikiran, meninggikan cita-cita terhadap Allah dan mendapatkan keredhaanNya. Mereka tidak perlu memandang dan tidak berpaling kepada selain dari-Nya. Mereka juga tidak wajar sama sekali untuk berharap dan bergantung harapan kepada selain dariNya dalam memanjatkan sesuatu hajat dan doa. Manusia hanya perlu takut, taat, dan patuh kepadaNya semata-mata!.

Amalan wirid:
+ Baca ’Ya Allah’ sebanyak 5000 kali pada setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan tawadhuk kepada Allah, Insyaallah apa yang kita inginkan dan hajatkan akan terkabul dan berhasil.
+ Berzikir ’Ya Allah’ tiap-tiap hari 5000 kali, Insyaallah datang kepadanya rezeki daripada tiap-tiap pihak.
+ Baca ’Ya Allah’ tiap-tiap lepas sembahyang fardhu 66 kali sampai 66 hari, Insyaallah jadi baginya sebutan yang besar dan kebaikan yang banyak pada ilmu duniawi dan ukhrawi. Adalah lebih baik pula diamalkan terus pada setiap hari.
+ Berzikir dengan lafaz ’ Ya Allah Ya Haiyu’ pada setiap hari 1000 kali, Insyaallah diberi ia kesempurnaan yakin.
+ Berzikir dengan sebutan lafaz ’Ya Allah Ya Haiyu’ pada setiap hari jumaat sebelum sembahyang Jumaat dengan suci daripada hadas dan najis dan hadir hati (khusyuk) 100 kali, Insyaallah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkannya.

Sumber rujukan: 99 NAMA ALLAH YANG TERMASYUR Talib Samat (1983)

Khamis, 10 Julai 2008

Kenapa Anda Harus Tangguh Tidur

~sekadar hiasan~
Assalamualaikum wbt..
Kenapa anda harus tangguh tidur

Seorang hakim berkata, ‘ seorang tdk boleh tidur sehingga menyelesaikan 4 perkara.’
+ Jangan tidur selama dia percaya atas bumi ada musuh. Sehingga minta halalnya, sebab kemungkinan dia mati sehingga dituntut oleh Allah s.w.t.
+ Jangan tidur jika masih rasa berdosa dan belum taubat drpnya, sebab kemungkinan dia mati dan dianggap terus dalm berdosa.
+ Jangan tidur sehingga menulis wasiat yg tepat, sebab kemungkinan dia mati sebelum meninggalkan wasiat.
+ Jangan tidur jika belum menyelesaikan kewajipan kpd Allah s.w.t.

Seorang lg hakim berkata; ‘ seorang di waktu pagi harus niat 4 perkara’,
+ Menunaikan kewajipan terhadap Allah s.w.t.
+ Meninggalkan larangan Allah s.w.t.
+ Menyelesaikan dgn org yg dia ada hubungan dagang dan sebgainya
+ Memperbaiki hubungan dgn lawannya.
+ Maka jika dia pagi-pagi ada niat yg demikian ada harapan termasuk org soleh yg untung.

Manusia pada waktu pagi ada 3 macam;
+ Sebahagian mencari harta, maka dia tak akan makan lebih drpada rezekinya meskipun hartanya sngt banyak .
+ Sebahagian mencai dosa, maka pasti mendpat kehinaan.
+ Sebahagian mencari jalan yg diredhai Allah s.w.t., maka Allah akan memberinya rezeki dan jalan.

Mutiara Renungan Ummah


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
Assalamualakaikum wbt..

Mutiara renungan ummah

ü Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
ü Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat org baca
ü Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah
ü Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah
ü Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu.
ü Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta.
ü Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas.
ü Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tdk beerti
ü Umat Islam mesti merenung bukan termenung.
ü Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta hati
ü Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti.
ü Umai Islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki
ü Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik
ü Umat Islam mesti menang bukan kalah dlm perjuangan
ü Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat
ü Umat Islam hanya berpandukan Al-Quran, Hadis, Qias, Ijtima’ dan Ijtihad, kelak kita
terselamat dunia akhirat.

Selasa, 8 Julai 2008

OppS!.. Auratku..


Assalamualaikum wbt...
hmm..sure ramai yang dah tahu & dah pernah tgokla gambar kat atas ni kan?..
so, entri kali nie untuk reminder jer..peringatan bersama kot2 la terlupa..huhu. ye la..skarang nie kan bnyak sangt fesyen2 br keluar yang mengancam & meletup gtu..hihi
if sahabat2 nak tgok apa yang ditulis dalam pic tue, klik je k..nnt dia akan z00m!..hihi.
penting jaga aurat nie tauu...jagalah aurat ye..seronok main tutup2 nie.. buat apala nak bukak2 n dedah2 nie?..malu tau..huhu.. "Atikah! ingat sama tau!" ;p
waallahualam..

Wajibkan solat bagi Semua Pemimpin..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Assalamualaikum wbt...
hmm,..bg entri kali ni saya cut n paste from malaysiakini..huhu..bukan apa, news/atikel yg saya paparkan dibawah ni..saya sokong 100%..bagus3..so, saya nak share la ngn sahabat2 diluar sana yang xterbaca or xterbukak lagi laman malaysia kini.. Bagi yang dah baca n dah bukak tue..alhamdulillah la..k, baca la..
Menteri besar Kelantan bercadang membawa usul untuk mewajibkan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib pengambilan bekerja bagi pemimpin semua peringkat, termasuk ketua jabatan dan kakitangan awam kerajaan negeri. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata syarat menunaikan solat itu akan dicadangkan sebagai satu kemestian dalam memegang jawatan seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan, lapor Bernama. "Saya akan mencadangkan di dalam dewan (undangan negeri Kelantan) sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat. "Syarat ini bagi memastikan mereka yang dipilih adalah mereka yang menjaga akhlak mereka supaya menjauhi daripada elemen rasuah dan tidak bermoral," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita semasa sidang dewan itu berhenti rehat, di Kota Bharu hari ini. Beliau mengulas soalan lisan wakil rakyat Demit, Muhamad Mustafa mengenai langkah kerajaan negeri bagi mengatasi gejalameninggalkan solat khususnya solat Jumaat dan sejauh mana penguatkuasaan undang-undang terhadap isu itu. Nik Aziz berkata mereka yang tidak menunaikan rukun itu mempunyai masalah di dalam hati, iaitu kelemahan di dalam nilai akhlak dan moral."Mereka yang tidak menunaikan sembahyang itu menunjukkan bahawa mereka sudah tidak takut kepada Tuhan, Tuhan yang maha berkuasa, apatah lagi kepada manusia, yang sememangnya kurang berkuasa. "Mesti mereka ini tidak takut dan berani berbuat apa saja," katanya. Sementara itu menjawab wakil rakyat yang sama, exco kerajaan negeri Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan sedang menyiapkan enakmen bagi membolehkan mereka yang tidak menunaikan solat lima kali sehari dikenakan tindakan. Pengerusi jawatankuasa pembangunan Islam, pendidikan dan dakwah dilaporkan berkata, kajian akhir bagi menyiapkan enakmen tersebut sedang dilakukan. Enakmen ini akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang apabila siap sepenuhnya, katanya seperti lapor Harakahdaily.net. Tambahnya, hukuman bagi orang Islam yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut sudah ada - denda tidak lebih RM1,000 atau penjara kurang satu tahun. Mohd Amar berkata, peraturan itu terkandung dalam enakmen di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
Related Posts with Thumbnails