Ahad, 19 April 2009

mati.. (ii)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Mengingati MATI adalah sebaik-baik nasihat..

Asbab Mengingati mati..
Nafasmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Pandanganmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Dengarmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Percakapanmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Langkahmu zikrullah.

Asbab Mengingati mati..
Tidurmu zikrullah..

Asbab mengingati mati..
Solatmu zikrullah..

Asbab mengingati mati..
Fikiran mu zikrullah..

Asbab mengingati mati..
Renunanganmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Perbuatanmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Gerak kerja mu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Majlismu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Kau tunduk pada yang Esa

Yang Mengingatkan kau mengingati mati adalah Dia Yang Maha Penyayang.

Yang Mengingatkan kau zikrullah hanya Dia Yang Maha Pengasih.

Limpahan anugerah dan rahmatNya..

Lihatlah!

Saksikanlah!

Fikirkanlah!

Renungkanlah!

Maha Hebat Kasih SayangNya pada kau bukan?!

Astaghfirullahalazim..

Apa balasan kau?

Kau hadiahkan noda-noda maksiat!

Kau himpunkan tahi-tahi dosa!

Itu saja yang kau tahu!

Astaghfirullahalazim..

Istighfar kamu!

Mohon ampun padaNya!

Astaghfirullahalazim..

Subhanaallah.. Alhamdulillah.. Allahuakabar!

La hau la wala quata ila billah..

Allahualam..

Sabtu, 18 April 2009

mati.. (i)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” [Al-Mulk:2]


Mengingati mati adalah sebaik-baik nasihat.
Mengingati mati..
Kau lupa akan kejahatan orang padamu..
Kau abaikan kesakitan yang kau terima dari mereka..
Apa yang kau fikir?
Mencari keredhaan Allah..
Takut akan kemurkaanNya..
Menyelongkar kejahatan diri..
Mencari kesalahan diri terhadap sesama makhluk Allah.
Kau lebih bermurah hati terhadap mereka..
Memberi maaf pada mereka..
mudah bagi mu.. Alhamdulillah..
Kerana apa?
Kerana kau senantiasa rasa bersalah pada mereka..
Kau khuatir jika kau pernah menyakiti mereka..
Biar..
Biarkan mereka menyakiti kau..
Tetapi, jangan sesekali kau sengaja menyakiti mereka..
Jangan sekali menyakiti..
Jangan sesekali..
Astaghfirullahalazim..
Tiada lain yang kau fikir..
Apa kau fikir?
Fikiran kau hanya satu..
Balasan terhadap perbuatan mu..
Balasan baik pada yang baik..
Balasan buruk pada yang buruk..
Itu janji PenciptaMu..
Pada hamba-hambaNya..
Astaghfirullahalazim..

Nawaitu kau…
Bagaimana?
Mengingati mati…
Nescaya..
Nawaitu kau hanya pada Yang Esa..
Kerana apa?
Sangatlah rugi..
Jika perbuatan yang baik..
Disertai oleh nawaitu yang..
Tersasar dari Yang Maha Esa..
Rugi..
Sangat rugi..
Astaghirullahalazim..
Kerana Kau tahu..
Kerana kau yaqin..
Hanya Dia yang Berkuasa..
Berkuasa terhadap dirimu..
Berkuasa atas segala-galaNya..
Yang hanya dengan limpahan RahmatNya..
Kau terselamat..
Terselamat dari azabnya..
Astaghfirullahalazim..
Rasailah..
Rasailah saratnya CintaNya..
saratNya kasih sayangNya..
padamu..
kenapa kau tidak memikirkannya?
Astaghfirullahalazim..

Lindungilah daku dari kejahatn yang menipuku dari kemanisan iman. Bawalah daku kearah Cinta SuciMu. Berikan daku keredhaan dan SyurgaMu. Astaghirullahalazim.. Ameen.

Khamis, 16 April 2009

Hubungan..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


"Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Ya awwalan Awwalin, Ya Akhiran Akhirin, Ya zalquatal matin, Ya rahimal masakin.. Ya Arhamal Rahimin.. Ya Rabb.. Perbaikilah hubunganku dengan Mu.. Astaghfirullahalazim.." Ameen



Disaat kau mencari jalan untuk memperbaiki hubungan mu dengan manusia..
Perbaiki lah dulu hubungan mu dengan Tuhanmu , Allah..

Disaat kau buntu idea memperbaiki kerapuhan hubungan suami isteri..
Perbaikilah dulu hubunganmu dengan Tuhanmu, Allah..
Disaat kau menghadapi konflik dengan orang atasanmu..
Perbaikilah hubunganmu dengan TuhanMu, Allah..
Disaat engkau mencari jalan memancing orang bawahan mu..
Pancinglah dulu hubungan mu dengan Allah..
Disaat kau menghadapi kesulitan hidup yang menyesakkan..
Lihatlah dan Perbaikilah hubunganMu dengan TuhanMu, Allah.
Disaat kau dikritik dan dipuji yang merimaskan..
Hisablah diri, Pujilah Allah dengan sebanyak-banyak Pujian.
Perbaikilah hubunganmu dengan TuhanMu, Allah.
Disaat kau tertekan dengan kerenah manusia yang melemaskan..
Perbaikilah ke’lemas’an hubungnmu dengan Allah..
Adakah masih bernyawa? Astaghfirullahalazim..
Atau hanyut dipukul ombak? Tepuk dada Tanya iman..
Disaat kau bertungkus lumus memperbaiki Pointer..
Perbaikilah jua pointer (pahala) mu di kampong ABADI(akhirat)..
Disaat apa jua yang kau lakukan..
Pandanglah semula..
Lihatlah semula..
Renunglah semula..
Bagaimana hubunganmu dengan TuhanMu Yang Maha Pengasih..
Subhanaallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar!
Astaghfirullahalazim..
Allahualam.
La hau la wa la quata ila billah..

Isnin, 13 April 2009

Tulus..



Assalamualaikum waRahmatullahi wabarakatuh


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Surah Al-Ikhlas, maksudnya;


[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.


[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.


[3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan


[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.



"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. campakkanlah dlm hati-hati kami keyaQinan yang tinggi lagi mantap akan kudratMu Ya Allah.. Hanya padaMu kami bersandar.. Redhailah kami di dunia dan akhirat. Lindungilah kami dari kemurkaanMu.. Astaghfirullahalazim. Ameen."



Ketika Kehidupan Kita Memberi Kita Seribu Alasan Untuk INGIN SESUATU,
Fahamilah bahwa ALLAH punya sejuta rasa tahu akan KEPERLUAN kita.


Awali hari ini dengan rasa Syukur dan keikhlasan.
Nikmatilah setiap detik waktu yang berdetIk dengan ISTIQOMAH. Astaghfirullahalazim.
Dan keikhlasan..



Akhiri kelelahan hari ini nanti dengan Senyuman dan keikhlasan.
Semoga ALLAH redha atas kerja keras yang telah kita lakukan.




ALlahu AKbar!. Allahualam. Astaghfirullahalazim.

Sabtu, 11 April 2009

cinta..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

kerana cinta..
tiada jemu-jemu berdakwah..

kerana cinta..
tiada jemu-jemu nasihat..

kerana cinta..
tiada jemu-jemu peringatan..

kerana cinta..
tiada jemu-jemu berkhidmat..

kerana cinta..
tiada kenal erti lelah..

kerana cinta..
tiada paksaan tercipta..

kerana cinta..
kerelaan yang agung menguasai jiwa..

kerana cinta..
prihatinnya senantiasa..

kerana cinta..
risau tentang saudaranya melebihi dirinya..

kerana cinta..
sakit menghantui tiada merasa..

kerana cinta..
dikritik tidak mengapa..

kerana cinta..
dipuji, Alhamdulillah (Segala Puji-Pujian Hanya Milik Allah Taala)..

kerana cinta..
tiada mahu kawan menjadi musuh kelak..

kerana cinta..
tiada rela yang tersayang hanyut..

kerana cinta..
melebihi rasa tanggungjawab..

kerana cinta..
tiada had dan masa..

kerana cinta..
tiada kecewa dan putus asa..

kerana cinta..
hanya terumpan dengan RedhaNya..

kerana cinta..
itu anugerah Allah..
pada Sang Pejuang..
yang benar-benar..
hanyut dalam cintaNya..


Wahai diri, berdakwah atas dasar tagggungjawab sahaja tidak cukup..
lahirkan sifat mahabbah dari hati.
Penyampaian atas dasar kasihan dan mahabbah itu sangat bermakna.
Tiada dukacita yang kau rasa.
Hanya pandaNgan rahmatNya yang kau nampak.
Cukup RedhaNya.
Tiada perlu yang lain.
Kerana kau yaqin dengan Dia.
Kerana kau yakin Dia Maha Mengetahui yang Terbaik buatmu.
Astaghfirullahalazim. Allahualam.

Rabu, 8 April 2009

Agen..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala pujian hanya milik Allah Taala.


Astaghfirullahalazim. sejak dua menjak ni.. Alhamdulillah saya aktif bebeno ngan niaga. Alhamdulillah. hmm.. ujian tu.. ujian... Astaghfirullahalazim.. takut jugak sebenaqnya. takut terlalai. hmm..


Agen Nasi lemak

Alhamdulillah.. dah 2 minggu saya jadi agen nasi lemak. Alhamdulillah. bisness berjalan lancar. hehe. Rezeki ditangan Allah. so, xperlu risau untung rugi bcoz.. itu la lumrah berniaga. kan?. Alhamdulillah. Apa yang penting?.. Redha Allah! Allahuakbar!


Agen HPA

Alhamdulillah. HPA satu landasan atau lampu hijau utuk sesiapa yang inginkan produk HALAL 100%. Insyaallah. Alhamdulillah. so, gunalah produk HPA semaximum yg mungkin dlm hari-hari anda. Tiada kesangsian lagi!. ha! pada kengkawan yang merungut banyak sangat benda yang nak boikot... ini la jalannya. maksudnya, kamu tiada alasan utk tdk memboikot!. Boikot Israel. Bantulah.. bantulah.. bantulah saudara seIslam kamu disana! Astaghfirullahalazim. Sedarlah.. Sedarlah wahai sahabat!. Allahuakbar!. Apa yang penting?.. Redha Allah..


Agen Allah

Alhamdulillah. sememangnya kita semua adalah termaktub as 'agen' Allah. jalankan kewajipan kita as agen Allah yang sebenar-benarnya. Insyaallah!. Ber"bisness" dgn Allah tiada ruginya. Itulah perniagaan yang sangat menguntungkan. Tiada istilah "rugi" bahkan untungnya berlipat ganda!. Masyaallah. Allahuakbar!. Ya Rahman.. Ya Rahim.. begitu sarat CintaMu pada hamba-hambaMu.. Astghfirullahalazim. Apa lagi.. Zikrullah Jom!.. Apa yang penting?.. Redha Allah!


Selasa, 7 April 2009

tutup..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



memerhati, berfikir, zikrullah


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Astaghfirullahalazim.. terlalu banyak yang ingin saya share bersama kamu. share apa?. Maksud saya.. share ilmu la. kerana terlalu banyak lah.. tetiba macam ter"stuck". hmm.. macamana tu?. Astaghfirullahalazim.. aduhai Atikah2.. mungkin bercampur2. campur?. hmm.. mungkin penulisan saya kali ini tidak membawa erti apa2 pada sesiapa pon. hanya sekadar "mencoretkan sesuatu" ditengah-tengah lautan ke"busy"an yg melampau. ha?! Melampau sangat ke?..huhu.. (aiceh!, nak habaq kat orang la konon kata busy.. hehe.. maaf ye.. banyak mengarut pulak saya ni.. ishk2..) ntahla. Allahualam.


Sejak kebelakangan ni, saya lebih suka memantau-mantau blog orang. santai sambil kutip mutiara. Insyaallah. Alhamdulillah.


Memerhati... Berfikir... Muhasabah.. Mengenang.. Menilai.. Melawan.. Membina.. dan macam2 lagi yg melibatkan "minda" , "otak", "jiwa", lagi apa? yang penting berkaitan "kerohanian".. hmm.. macam mana tu?. Astaghfirullahalazim..


Suka saya nak ingtkan diri saya dan pada sesiapa yang suka nasihat. Suka perkataan-perkataan yang membuatkannya cinta Allah.. sayang Allah.. rindu Allah.. takut pd Allah.. malu pada Allah.


Suka betol saya pada buku "Terjemahan Al-Hikam Pendekatan Pengabdian Pada Al-Khaliq - Syaikh Ibnu Atho'illah" .. hmm.. Subhanallah.. suka.. suka.. suka.. :)


Suka disini.. bukanlah bermaksud.. suka riang yang melampau tu... suka yang saya maksudkan, adalah suka.... ala, suka.... well... u know "suka" kan?... Astaghfirullahalazim. xpaham jugak?. abaikan.


Jadi disini, apa kata saya lampirkan sedikit dr kata-kata Ibnu Atho'illah. Nak tak?.. SO, moga-moga bila mebacanya.. hayatinya.. renungkan.. insyaallah menjadi asbab utuk mendapat kasih sayang Allah.. Masyaallah..


dengan syarat: "mata memerhati, akal berfikir, hati zikrullah"


Tutup Allah itu terbahagi dua iaitu:

[1] tertutup dari berbuat maksiat (dosa) dan

[2] tertutup dalam perbuatan maksiat (dosa).


Manusia pada umunya meminta kepada Allah supaya ditutupi dalam perbuatan maksiat, kerana khuatir jatuh kedudukannya dalam pandangan sesama manusia, tetapi orang-orang yang khusus meminta kepada Allah, supaya ditutupi daripada maksiat (dosa), jangan sampai berbuat dosa kerana takut jatuh dari pandangan Allah.


Allahualam. Astaghfirullahalazim..

Jumaat, 3 April 2009

mintalah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Ya Awwalan awwallin , Ya Akhiran akhirin, Ya zalquatal matin, Ya rahimal masakin, Ya arhamal rahimin.


Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila engkau meminta, mintalah kepada Allah, dan jika engkau meminta tolong, mintalah kepada Allah. Dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu melainkan sekadar yang telah dituliskan oleh Allah bagimu. Dan ketahuilah sekiranya berhimpun umat untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memudharatkanmu melainkan sekadar yang telah ditulis oleh Allah atasmu.”

(Hadis Riwayat Tarmizi)

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar!

Sabtu, 21 Mac 2009

tarik..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuhu.

Ya Awwalan Awwalin Ya Akhira Akhirin Ya Zalquatal matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhamal Rohimin. Selawat keats Nabi s.a.w . Astaghfirllahalazim.

“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.” (al-Hajj: 32)

Alhamdulillah. saya belajar sesuatu yang bermakna malam ini. sangat bermakna. Alhamdulillah. ramai yang bertanya pd saya. Rajin update blog?. xganggu study ke?. ok, saya jawab disni.. Saya tanya kamu kembali.. bagaimana pula org yang kesukaannya bermain 'game'?. Bagaimana pula orang yang kesukaannya mengupdate friendster dgn memsukkan gambar dan mcm-mcm lagi aksesori utk memperindahkan laman mereka?. bagaimana pula org yang kesukaannya adalah menonton wayang?. Adakah itu tdk menggangu study mereka?. tepuk dada tnya IMAN. segala-galanya bergantung pada individu itu sendiri. Astaghfirullahalazim. Saudara sadari yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah. Alhamdulillah. saya korbankan friendster sy. Alhamdulillah. kenapa saya korbankan fs saya?. hmm.. sebab Allah tahu kelemahan saya dan adalah perkara-perkara yang tdk perlu diperjelaskan disni. itu hal saya dengan Allah Taala. abaikan. Alhamdulillah, kesukaan dan keinginan yang mndalam untuk share ilmu yang sangt-sangat la tipis dan pengalaman dgn sahabat2 yang sudi mengutip mutiara yang ada. Itu pon kalu dia seorang pengutip mutiara yang cekap la.. Alhamdulillah. itu anugerah buat kamu wahai pengutip mutiara yang cekap. Tahniah sy ucpkan kerana degan izin Allah, kamu mampu berfikir dan mengingti kebesaran Allah walaupon hanya dengan melihat perkataan ' yang'. kamu faham maksud saya?. melalui perkataan 'yang' apa kamu dapat dan katakan?. xperlu bgatu saya. tp, cubalah berfikir sejenak. Kalau org yg mmpu berfikir dan sentiasa memikirkan kebesaran Allah. Dia akan nampak kebesaran Allah pada perkataan tersebut. sebagai contoh mungkin dia kan berkata begini; " Subhanallah.. maha bijaksana Allah memberi idea kepada mnusia untuk menggunakan perkataan 'yang'. kerana perkataan ' yang' inilah dapat menghubungkan ayat-ayat dan menyedapkan ayat sekaligus memberi makna pada ayat tersebut. kamu dapat mesej saya?. Itulah ilmu. Ilmu yang sebenar-benar ilmu adalah ilmu yang dapat mengingatkan seseorang pada Allah. Allahualam. betol? if salah bole komen. penulis yang lemah lagi dhaif ini sangat mengalu-alukan komen2 dr para ustaz dan ustzah yang Allah kurniakan pada mereka-mereka ini ilmu yang mntap. Alhamdulillah. Astaghfirullahalazim.

Jadi disini saya bawakan kata-kata dr Aa Gym. Cuba lah kalian renung dan fikirkan.


"Hati yang bersih akan peka terhadap ilmu, apapun yang dilihat, didengar, dirasakan jadi samudera ilmu yang membuatnya kian bijak, arif dan tepat dalam menyikapi hidup ini"


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah memang Maha Sweet! Didikan dan teguran Allah yang sangt Brhikmah dan halus lagi Maha Bijaksana pada hamba-hambaNya. Alhamdulillah. Allah remind saya sesuatu untuk saya ambil pengajaran. Alhamdulillah. Nak tau?. ha ni sy yg nak share.. "Dalam apa pon perbuatan atau pekerjaan yang kita lakukan.. fokus utama kita adalah menarik pandangan dan rahmat Allah..bukan menarik pandangan manusia/ makhluk yang serba lemah. Apabila pandangan dan rahmat Allah melimpah-limpah pada pekerjaan/perbuatan kita itu, nescaya HATI-HATI yang mencintai Allah juga akan terpaut dan segala pekerjaan susah menjadi senang. TRUST IN ALLAH TAALA!


Astaghfirullahalazim. Allahualam..


Jumaat, 20 Mac 2009

PPSMI - dasar yang maha GAGAL?


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.


Ya Awwalan Awwalin Ya Akhira Aakhirin Ya zalquatal matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhamal Rohimin. selawat ke atas Nabi..


Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim..


Saat ini saya sangat sedih, sebak, kecewa dan sangat tercabar..


Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. (Annajm:43)


Teringat ayat sahabat saya dalm entrinya yang berbunyi begini.: "Allah Maha Sweet. Allah yang membuatkan butir-butir air mata itu gugur. Allah yang membuatkan hati saya begitu tersentuh.................. Allah. Segalanya Allah."


Ya! Allah Maha Sweet!.. Allah yang membuatkan mutiara jernih air mata ini gugur.. Allah yang mmbuatkan hati saya sangat tersentuh saat saya membaca artikel berkaitan isu PPSMI dalam beberapa buah blog. Alhamdulillah.


Sebelum waktu Asar mengetuk pintu..

Saya berchatting dgn seorang sahabat baik saya yang sekarang sedang study di Indonesia dalam bidang perubatan. Alhamdulillah. Seperti biasa kami bertanya khabar masing-masing. saya bertanya khabar final examnya dan dia pula bertanya khabar microteaching mathematic saya. Alhamdulillah. kedua-duanya memberi respon yang baik. Alhamdulillah.


Bermualalah disini, kami berdiskusi sedikit mengenai PPSMI.

A: awk tau kan psal PPSMI... ape pndapat awk sbg pendidik?

SAYA:if sy fikir dr segi budak u (UNIVERSITI)... sy say.. ok ja... tp, if sy dlm tahap budak sekolah rendah... saya say no.. because... saya rasa kesian sangt... mereka mungkin ssh nak faham. tp.. saya xtau la nak komen apa. Sy lebih prefer dlm bm... memudahkan Kedua-dua pihak... iaitu guru dan pelajar. saya tgok adek saya.. kesian dia... (ayat saya time ni.. saya masih ragu-ragu dan masih lagi berbelah bagi.. tetapi setelah lama berdiskusi.. saya rasa sangt tercabar dan malu. Dimana tanggungjawab saya sebagai seorang bakal guru?!. Dimana sensitivity saya sebagai bakal pendidik anak bangsa?!.. Astghfirullahalazim..)


Suara dr pensyarah-pensyarah sy yang membantah PPSMI : " matlamat utama kita belajar dan mengajar sains dan matematik adalah berdasarkan 'content' dan 'concept' nya. Untuk memantapkan konsep kita perlu menyampaikannya dalam cara yang mudah difahami dan mudah disampaikan."


PPSMI - dasar yang maha GAGAL?

Ya! saya katakan ya... Astaghfirullahalazim.. kenapa saya berkata begitu?.. Allahualam. maaf. sy tdk pandai berhujah dan berdebat. Apa yang saya ingin bawakan ialah asbab sebuah artikel ini berjaya menyentuh Hati saya. Alhamdulillah. Dibawah ini sedikit muqadimah kepada artikel tersebut.


Kala jiwa rakyat marhaen memberontak memohon agar pengajaran dan pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dihapuskan DAN di kala jiwa pemerintah pula bermati-matian mempertahankan PPSMI...hati dan jiwa ini turut menjerit pilu!Aku rakyat marhaen dan perjuanganku selari dengan rakyat marhaen. Namun penentanganku terhadap PPSMI bukanlah semata-mata kerana aku rakyat marhaen.
Penentanganku adalah kerana aku seorang ibu dari sebuah negeri terpencil, Terengganu yang telah turut merasai peritnya perubahan mengajar dan melihat kemerosotan anak-anakku di dalam matapelajaran Sains dan Matematik setelah sistem itu diperkenalkan! Jiwa kecilku telah lama memberontak.. Hari ini hati kecilku kembali menangis dan merintih. Menangis dan merintih dengan sebuah kisah yang begitu menyayat hati dan menyedarkan diriku.
Rupanya bukan sekadar aku seorang ibu yang merasai jerih-payahnya 'sistem pemusnah bahasa ibunda' itu tetapi lebih-lebih lagilah guru-guru kampung yang selama ini berjuang mendidik anak-anak bangsa untuk mengenal huruf dan angka!
Kubawakan kisah ini yang telah diceritakan oleh seorang hamba Allah berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang guru sementara... [Baca selanjutnya.. klik di sini. Saya sangat-sangat menggalakkan anda membaca artikel ini sepenuhnya kerana ianya sangt menyentuh Hati dan asbab ini mungkin membuat anda berfikir sejenak. Allahualam.]


ok.. ada lagi satu artikel yang saya ingin bawakan untuk anda..


Matematik, Sains, dan Bahasa
[Ditulis sebagai respons kepada komen yang diberi dalam sebuah forum maya.]Assalamualaikum.

Saya anak kampung, hanya berkenalan dengan sains dan matematik (dan hampir semua benda) dalam Bahasa Inggeris apabila memasuki kolej persediaan ke luar negara. Sekarang saya dalam tahun ketiga pengajian perubatan di Manchester dan saya tidak pernah berasa tersangkak kerana 17 tahun pertama dalam hidup saya, tidak menikmati sajian elit bernama PPSMI.


Sehubungan dengan itu, saya pasti beratus-ratus malah beribu-ribu(puluhan ribu?) graduan universiti dalam dan luar negara, sejak Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi pendidikan di Malaysia, mampu menyatakan perkara yang sama.


KAMI TAK PAYAH BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS PUN BOLEH BERJAYA DAN MUNGKIN LEBIH BERJAYA.


Saya tidak mahu meminta maaf apabila membuat pernyataan bahawa PELAJAR YANG BERMASALAH SEWAKTU TRANSISI ADALAH PELAJAR YANG BERMASALAH DALAM BAHASA INGGERIS. Bukan bermasalah kerana terperanjat tiba-tiba bahasa yang menjadi perantara bertukar. Jadi penyelesaiannya, seperti yang sudah dilaung-laungkan dan akhirnya dilongkangkan dahulu, bukanlah dengan menukar bahasa perantara, tetapi MEMPERKASAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS.


PPSMI sebenarnya bertujuan untuk mencapai apa? Mahu menghasilkan pelajar-pelajar yang pandai berbahasa Inggeris atau menghasilkan pelajar-pelajar yang pandai Matematik dan Sains?

[baca selanjutnya?. sila klik di sini. TQ!]


Hmm.. bagaimana?.. nak lagi?.. Cari sendiri... Semoga anda mendapat input yang berguna asbab blog saya ini. Insyaallah. Alhamdulillah. Astaghfirullahalazim.. Allahualam..

Nabi Daud as dan Cinta..

Doa Nabi Daud as Memohon Cinta Allah
oleh Ihsan Tandjung
Nabi Daud ’alihis-salaam merupakan seorang hamba Allah yang sangat rajin beribadah kepada Allah. Hal ini disebutkan langsung oleh Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam. Nabi Daud ’alihis-salaam sangat rajin mendekatkan diri kepada Allah. Beliau sangat rajin memohon kepada Allah agar dirinya dicintai Allah. Beliau sangat mengutamakan cinta Allah lebih daripada mengutamakan dirinya sendiri, keluarganya sendiri dan air dingin yang bisa menghilangkan dahaga musafir dalam perjalanan terik di tengah padang pasir. Inilah penjelasan Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam mengenai doa Nabi Daud tersebut:
Terjemahannya; Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
Setidaknya terdapat empat hal penting di dalam doa ini.
Pertama, Nabi Daud ’alihis-salaam memohon cinta Allah.
Beliau sangat faham bahwa di dunia ini tidak ada cinta yang lebih patut diutamakan dan diharapkan manusia selain daripada cinta yang berasal dari Allah Ar-Rahman Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang). Apalah artinya seseorang hidup di dunia mendapat cinta manusia –bahkan seluruh manusia- bilamana Allah tidak mencintainya. Semua cinta yang datang dari segenap manusia itu menjadi sia-sia sebab tidak mendatangkan cinta Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebaliknya, apalah yang perlu dikhawatirkan seseorang bila Allah mencintainya sementara manusia –bahkan seluruh manusia- membencinya. Semua kebencian manusia tersebut tidak bermakna sedikitpun karena dirinya memperoleh cinta Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sebab itulah Nabi Daud ’alihis-salaam tidak menyebutkan dalam awal doanya harapan akan cinta manusia. Beliau mendahulukan cinta Allah di atas segala-galanya. Beliau sangat menyadari bahwa bila Allah telah mencntai dirinya, maka mudah saja bagi Allah untuk menanamkan cinta ke dalam hati manusia terhadap Nabi Daud ’alihis-salaam. Tetapi bila Allah sudah mebenci dirinya apalah gunanya cinta manusia terhadap dirinya. Sebab cinta manusia terhadap dirinya tidak bisa menjamin datangnya cinta Allah kepada Nabi Daud ’alihis-salaam.
Dari Nabi shollallahu ’alaih wa sallam beliau bersabda: “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhary 5580)
Kedua, Nabi Daud ’alihis-salaam memohon kepada Allah cinta orang-orang yang mencintai Allah.
Sesudah mengharapkan cinta Allah lalu Nabi Daud ’alihis-salaam memohon kepada Allah kasih-sayang dari orang-orang yang mencintai Allah, sebab orang-orang tersebut tentunya adalah orang-orang beriman sejati yang sangat pantas diharapkan cintanya.

Hal ini sangat berkaitan dengan Al-Wala’ dan Al-Bara’ (loyalitas dan berlepas diri). Yang dimaksud dengan Al-Wala’ ialah memelihara loyalitas kepada Allah, RasulNya dan orang-orang beriman. Sedangkan yang dimaksud dengan Al-Bara’ ialah berlepas diri dari kaum kuffar dan munafiqin. Karena loyalitas mu’min hendaknya kepada Allah, RasulNya dan orang-orang beriman, maka Nabi Daud ’alihis-salaam berdoa agar dirinya dipertemukan dan dipersatukan dengan kalangan sesama orang-orang beriman yang mencintai Allah. Dan ia sangat meyakini akan hal ini.
Sesungguhnya Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersada: “Ruh-ruh manusia diciptakan laksana prajurit berbaris, maka mana yang saling kenal di antara satu sama lain akan bersatu. Dan mana yang saling mengingkari di antara satu sama lain akan berpisah.” (HR muslim 4773)
Ketiga, Nabi Daud ’alihis-salaam memohon kepada Allah agar ditunjuki perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan cinta Allah.
Setelah memohon cinta Allah kemudian cinta para pecinta Allah, selanjutnya Nabi Daud ’alihis-salaam memohon kepada Allah agar ditunjuki perbuatan dan amal kebaikan yang mendatangkan cinta Allah. Ia sangat khawatir bila melakukan hal-hal yang bisa mendatangkan murka Allah. Beliau sangat khawatir bila berbuat dengan hanya mengandalkan perasaan bahwa Allah pasti mencintainya bila niat sudah baik padahal kualitas dan pelaksanaan ’amalnya bermasalah. Maka Nabi Daud ’alihis-salaam sangat memperhatikan apa saja perkara yang bisa mendatangkan cinta Allah pada dirnya. Di dalam Al-Qur’an disebutkan bahwa Allah mencintai Ash-Shobirin (orang-orang yang sabar). Siapakah yang dimaksud dengan Ash-Shobirin? Apa sifat dan perbuatan mereka sehingga menjadi dicintai Allah?
Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (QS Ali Imran ayat 146)
Keempat, Nabi Daud ’alihis-salaam memohon kepada Allah agar menjadikan cinta Allah sebagai hal yang lebih dia utamakan daripada dirinya sendiri, keluarganya dan air dingin.
Kemudian pada bagian akhir doa ini Nabi Daud ’alihis-salaam kembali menegaskan betapa beliau sangat peduli dan mengutamakan cinta Allah. Sehingga beliau sampai memohon kepada Allah agar cinta Allah yang ia dambakan itu jangan sampai kalah penting bagi dirinya daripada cinta dirinya terhadap dirinya sendiri, terhadap keluarganya sendiri dan terhadap air dingin.
Mengapa di dalam doanya Nabi Daud ’alihis-salaam perlu mengkontraskan cinta Allah dengan cinta dirinya sendiri, keluarganya dan air dingin? Sebab kebanyakan orang bilamana harus memilih antara mengorbankan diri dan keluarga dengan mengorbankan prinsip hidup pada umumnya lebih rela mengorbankan prinsip hidupnya. Yang penting jangan sampai diri dan keluarga terkorbankan. Kenapa air dingin? Karena air dingin merupakan representasi kenikmatan dunia yang indah dan menggoda. Pada umumnya orang rela mengorbankan prinsip hidupnya asal jangan mengorbankan kelezatan duniawi yang telah dimilikinya.

Jadi bagian terakhir doa Nabi Daud ’alihis-salaam mengandung pesan pengorbanan. Ia rela mengorbankan segalanya, termasuk dirinya sendiri, keluarganya sendiri maupun kesenangan duniawinya asal jangan sampai ia mengorbankan cinta Allah. Ia amat mendambakan cinta Allah. Nabi Daud ’alihis-salaam sangat faham maksud Allah di dalam Al-Qur’an:
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (QS At-Taubah ayat 24)
Astaghfirullahalazim.. Allahualam..

Khamis, 19 Mac 2009

microteaching..

Allah Taala berfirman; “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” el Baqarah (2:186)

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Micro teaching berjalan dgn lancar sekali.. Alhamdulillah. La haula wala quata illa billah.

Sesungguhnya Dia lah Maha Berkuasa atas segala-galanya.. Alhamdulillah..

Dia lah yang memberikan idea-idea bernas untuk diaplikasikan... Alhamdulillah..

Dialah yang mengawal kelas dengan sebaik-baik pengawalan.... Alhamdulillah..

Dia lah yang memahamkan setiap pelajar... Alhamdulillah..

Dia lah yang membuatkan pelajar tersenyum riang.. Alhamdulillah..

Dia lah yang melancarkan segala perancangan.. Alhamdulillah..

Dia lah sebaik-baik penjaga masa... Alhamdulillah...

Dia lah yang memberi markah dalam penialaian... Alhamdulillah..

Dia lah yang memegang hati-hati manusia... Alhamdulillah..

Dia lah yang membuatku tersenyum.. Alhamdulillah..

Dia jugalah yang membuatkan ku menangis.. Alhamdulillah..

Dia juga lah yang membuatku rasa malu padaNya.. Alhamdulillah..

Malu dgn kesaratan kasih sayangNya.. yang sangat berlawanan dengan perbuatanku padaNya..

kesibukkanku kekadang melalaikanku untuk mengingatiNya.. Astgahfirullahalazim..

Dia tidak pernah melalaikan atau mengabaikan rayuanku.. Astaghfirullahalazim..

Dia tidak pernah melalaikan dan mengabaikan permohonanku.. Astaghfirullahalazim..

Dia.. Allah.. Sesungguhnya.. Dia Maha Mengetahui.. Astaghfirullahalazim...

Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..Allahuakbar!..

Dia lah segala-segalanya.. Berharaplah hanya padaNya...

Yaqinlah dengan sebenar-benar yaqin dengan kudrat Allah Taala.. Lailahaillaallah..


"Ya Allah... Ya Rahman.. Ya Rahim.. Engkaulah pemilik segala kerajaan.. Engkau Maha Kuasa atas segala-segalanya.. Ampunilah segala dosa-dosa hambamu ini Ya Allah.. Ya Allah, jika aku beroleh kejayaan, jadikanlah sesuatu kejayaan itu yang terbaik untukku di dunia dan akhirat.. dan jika aku beroleh kegagalan, jadikanlah sesuatu kegagalan itu adalah yang terbaik untukku di dunia akhirat.. Astaghfirullahalazim.." Ameen...


Allahu'alam..



Rabu, 18 Mac 2009

sanah helwah..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Apa sanah helwah tu?

hehe.. tu dalam bahasa arab la.. maksudnya.. "semoga dikurniakan tahun yang baik".. (syukron sifu miza! aiceh.)


hmm.. bole tak nyanyi begini?..

sanah helwah to me..

sanah helwah to me..

sanah helwah to Atikah..

sanah helwah to me..


sebab apa nyanyi gtu?.. hmm.. paham2 je la.. sendiri pikir ye..


Alhamdulillah. Terima kasih bnyak2 kepada semua sahabat..yang masih mengingatiku.. samada secara terang ataupon tersembunyi. Moga Allah membalasmu dgn hadiah yang menjadi rebutan ramai(hamba-hambaNya yang soleh dan solehah), iaitu rahmat Cinta Allah. Ameen.


Sempena hari istimewa bg saya pada hari ini, saya dengan riangnya! cewaahh.. nak share lirik qasidah bersama kamu semua. Subhanallah.. sangt menarik untuk dihayati. jom..



أَلاَ يَا الله بِنَظْرَة مِنَ الْعَيْنِ الرَّحِيْمـَة
Ya Allah ! limpahkanlah kurnia rahmat-Mu

تُدَاوِي كُلَّ مَا بِي مِنْ أَمْرَاضٍ سَقِيْمَة
Yang dapat menyembuhkan semua penyakit-penyakit yang ada padaku

ألاَ ياَ صَاحِ يا صَاحِ لاَ تَجْزَعْ وتَضْجَرْ
Wahai kawanku! Wahai kawanku! Janganlah engkau gelisah dan jangan bosan

وسَلِّمْ لِلْمَقَادِيْـر كَيْ تُحْمَدْ وتُؤْجـَرْ
Serahkanlah pada takdir agar engkau dipuji dan di beri pahala

وَكُـنْ رَاضِي بِمَا قَدَّرَ المَوْلَى ودَبَّـر
Dan jadilah hamba yang redha atas apa yang telah di takdirkan Allah, dan diaturkanNya

وَلاَ تَسْخَطْ قَضَا اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ اْلأَكْبَر
Dan janganlah engkau ingkar akan takdir Allah Tuhan Arsy yang
Maha Besar

وَكُنْ صَابِرْ وَشَاكِرْ
Jadilah engkau orang yang bersabar dan bersyukur

تَكُنْ فَائِزْ وَظَافِـرْ
Maka engkau akan menjadi orang yang berjaya dan menang

وَمِنْ أَهْلِ السَّرَائـِر
Dan menjadi kelompok orang orang ahli sir (rahsia)

رِجَالِ اللهِ مِنْ كُلِّ ذِيْ قَلْبٍ مُنـَوَّرٍ
Yaitu hamba-hamba Allah yang memiliki hati yang bercahaya

مُصَفًّى مِنْ جَمِيْعِ الدَّنَسِ طَيِّبٍ مُطَهَّرٍ
Yang bersih dari segala noda (kotoran hati), baik dan suci

وَذِهْ دُنْيـَا دَنِيـَّة حَوَادِثُهَا كَثِـيْرَة
Dunia ini hina, dan banyak kejadian-kejadiannya

وَعِيْشَـتُهَا حَقِيْرَة وَمُدَّتُهَا قَصـِيْرَة
Dan kehidupan dunia itu hina, serta masa untuk hidup itu singkat

وَلاَ يَحْرِصْ عَلَيْهَا سِوَى أَعْمَى الْبَصِيْرَة
Dan tidak ada orang yang rakus akan dunia melainkan orang yang buta hatinya

عَدِيْمُ الْعَقْلِ لَوْ كَانَ يَعْقِلْ كَانَ أَفْكـَر
Yang tidak berakal, yang apabila ia benar-benar berakal ia akan berfikir

تَفَكِّرْ فِي فَنَاهـَا
Berfikirlah akan dunia yang tidak kekal

وَفِي كَثْرَةِ عَنَاهَا
Dan penderitaannya (dunia) yang banyak.

وَفِي قِلَّةِ غِنَاهـَا
Dan akan kekayaannya (dunia) yang sedikit.

فَطُوْبَى ثُمَّ طُوْبَى لِمَنْ مِنْـهَا تَحَـذَّرْ
Maka beruntunglah dan sungguh beruntung bagi siapa yang berhati-hati dari
pada dunia

وَطَلَّقَهَا وَفِي طَاعَةِ الرَّحْمنِ شَمَرْ
Dan menceraikannya (dunia), dan bersiap-siap menuju kepada ketaatan Allah.

أَلاَ يَا عَيْن جُوْدِيْ بِدَمْعٍ مِنْكِِ سَائِـلْ
Wahai mata! Curahkanlah dari padamu air mata yang mengalir

عَلَى ذَاكَ الْحَبِيْبِ الَّذِيْ قَدْ كَانَ نَازِلْ
Untuk seorang kekasih yang telah di utus (Nabi Muhammad s.a.w.)

مَعَنَا فِي الْمَرَابِعْ وَأَصْبَحَ سَفَر رَاحِلْ
Ia bersama kami dan sekarang telah pergi

وَأَمْسَى الْقَلْبُ وَالْبَالُ مِنْ بَعْدِهِ مُكَدَّر
Maka hati ini setelah kepergiannya menjadi menjadi sedih

وَلكـِنْ حَسْبِيَ الله
Akan tetapi cukup bagiku, Allah

وَكـُلُّ الأَمْرِ للـهِ
Dan segala urusan akan kembali pada Allah

وَلاَ يَبْقَى سِوَى الله
Dan tiada yang kekal kecuali Allah

عَلَى بَشَّارِ جَادَتْ سَحَائِبْ رَحْمَةِ الْبَرّ
Semoga Allah memberikan curahan rahmatnya atas penghuni Bassyar (tiga tempat pengkuburan para Auliya).

وَحَيَّاهُمْ بِرَوْحِ الرِّضـَا رَبِّي وَبَشَّـرْ
Dan semoga Dia (Allah) mencurahkan keredhaannya atas mereka serta memberi khabar gembira

بِهَـا سَادَاتُـنَا وَالشُّيُوْخُ الْعَارِفُوْنَـا
Disana terdapat tuan-tuan dan guru-guru kami yang ‘arif

وَأَهـْلُوْنَا وَأَحْبـَابِ قَلْبِيْ نَازِلُوْنَـا
keluarga kami dan orang-orang yang kami cintai

وَمَنْ هُمْ فِي سَرَائِرِ فُؤَادِيْ قَاِطِنُوْنَـا
Dan mereka orang-orang yang berada dalam lubuk hatiku

بِسَاحَةِ تُرْبِهَا مِنْ ذَكِيِّ الْمِسْكِ أَعْطَر
Mereka berada di tempat yang debunya tercium aroma bau kasturi

مَنَازِلُ خَيْرِ سَادَة
Tempat-tempat persinggahan bagi sebaik-baik manusia

لِكُلِّ النَّاسِ قَادَة
Mereka pemimpin bagi umat manusia

مَحَبَّتَهُمْ سَعَادَة
Dalam mencintai mereka terdapat kebahagiaan

أَلاَ يَا بَخْت مَنْ زَارَهُمْ بِالصِّدْقِ وانْدَر
Sungguh beruntung bagi siapa yang menziarahi mereka dengan tulus dan datang

إِلَيْـهِمْ مُعْتَنـِي كُلُّ مَطْلُوْبِهِ تَيَسـَّرْ
Kepada mereka dengan penuh perhatian maka semua permintaannya akan dipermudahkan


Isnin, 16 Mac 2009

sekerat hari ni..



Alhamdulillah.. tertekan sungguh saya hari ini.. xdela sungguh sangat.. aish.. xbaek xbaek.. merungut noo.. Astaghfirullahalazim. erm.. ntah la.. tetiba rasa nak luah kat sini.. layan je la ek… maaf..

Tertekan la konon.. nak habaq mai..Astaghfirullahalazim.
Awal pagi.. ada keroje yg membuatkan saya rasa di tekan tekan sampai rasa naik loya. Astaghfirullahalazim. Sampai termimpi-mimpi… merangka lesson plan dalam tido.. zahirnya Nampak lena.. padahal.. batinnya.. segala macam planning dok nak selesai tp tak selesai selesai. Itulah dunia. Makin dikejar. Makin lari. Status seorang sahabat saya berbunyi begini: “assgmnt never end”.huhu. parah bebeno bunyinye iya? Kesian.. Astghfirullahalazim. Tu la Atikah, ingat! Jangan tertipu dgn keroje yg banyak.. ada bnyk keja pon ujian. Kurang keje pon ujian. Xdak keje pon ujian. Pendek kata semua ujianlah.. nak tgok samada kamu tu.. tahap mn imannya?.. ngerti? Astghfirullahalazim.
Kelas pertama pada hari ini.. kelas kimia. Hmm.. ini satu hal.. apa terjadi xbole la cerita.. Cuma nak share kat sini untuk kita amek pengajarannya. So, pengajarannya.. timbulkanlah rasa tnggungjawab kepda ahli kumpulan demi kemajuan diri sendiri dan kumpulan tersebut. Apa yang penting?! Kerjasama…. Ha! Tau pon kan.. betul la ek.. nak seribu daya.. xnak seribu dalih. Jangan lah suka betol mmberi alasan. Kerana disitu terdapat penilaian tentang siapa kamu sebenarnya.. Astaghfirullahalazim. Sifat malu tu penting. Kalau xdak sifat malu.. buat salah pon rasa tak bersalah. Macam mana tu?.. Hmm.. memang parah tu. Astaghfirullahalazim.
Tengahari.. nak daftar kursus untuk sem depan.. ada satu lagi tersangkut. Agaknya kursus tu dah penuh. Penuh xpenuh kena ambil jugak kursus tu untuk sem depan.. kursus apa? Kursus kimia perindustrian.. hmm.. tertanya-tanya jugak.. kenapa kena ambil perindustrian walhal sy bidang pendidikan. Tp, xpe.. jgn bnyak dok pertikai atikah!. Terimalah seadanya syarat tersebut. Pasti ada hikmahnya. Allahuakbar!. Astgahfirullahalazim.
Tengahari lagi.. di tempat yang dok dftr kursus. Rasanya ada janji dengan kawan. Tp, kenapa dia xmuncul2. Ada kelas kot.. xjugak.. sebab semalam dah setuju sama setuju. Try telefon.. xdiangkat. Hmm.. rupa2nya..Alhamdulillah. abaikan. Astghfirullahalazim..
Tengahari lagi.. dan lagi.. erm, masuk bilik.. roommate kata, “tikah, sory, aku tak bole tolong hantarkan sebab kad merit ko belom dicop kolej.” – “Erm.. o.yeke?..hm.. its ok… “ so,. Buat apa lagi. bergerak la ke office kolej untuk copkan kad merit. Well.. well.. well.. kekeliruan dalam pentadbiran. Xfaham.. mmg xfaham. Org laen bole.. sy xbole.. kenapa?.. hmm.. ketidakadilan berlaku!.. hmm.. dah tunjuk bukti still xterima.. xpe.. xpe.. saya ada kabel atasan kepada atasan!. Insyaallah pasti dapat. Sapa? Sapa lagi Allah Ya Rahman Ya Rahim. If tak dapat.. mcmn?.. xpe..Alhamdulillah. Dia tahu Yang Terbaik buat kamu Atikah. Allahukabar!. Astaghfirullahalazim.
Lagi.. hmm.. lagi apanye?.. dah la.. dah azan.. jom solat zohor.. Astaghfirullahalazim..


p/s: sekerat =1/2 atau setengah atau half. Tau kan?.. hmm.. kalu xpaham jugak.. juz abaikan ye. Senang cerita!. Astaghfirullahalazim.

Sabtu, 14 Mac 2009

Ya Rasulullah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Rasulullah..

Sebuah syair berbunyi… terjemahannya:

“Sampaikanlah salam kepada Muhammad s.a.w daripada orang-orang yang soleh
Juga sampaikanlah salam daripada orang suci lagi terpilih
Sesungguhnya Ya Rasulullah, engkaulah orang yang beribadat ditengah malam
Dan orang yang menangis pada saat akhir daripada malam
Alangkah baiknya kalau dapatku tahu apakah aku dapat bersama kekasihku atau tidak?
Lantaran maut datang dalam keadaan berbeza-beza
Dan tidakku ketahui dalam keadaan apakah maut akan mendatangiku
Dan selepas mati adakah dapat aku bertemu dengan Rasulullah s.a.w ataupun tidak?"
Hazrat Umar terduduk sambil menangis saat mendengar syair ini.
Allahualam..

Astaghfirullahalazim..

Rabu, 4 Mac 2009

Kod E



PIG FAT

By Dr. M. Amjad Khan


I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES.


If any products has been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT. Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes (and beat those unscrupulous capitalist at their own game).!


E100, E110, E120, E140,

E141, E153, E210, E213,

E214, E216, E234, E252,

E270, E280, E325, E326,

E327, E334, E335, E336,

E337, E422, E430, E431,

E432, E433, E434, E435,

E436, E440, E470, E471,

E472, E473, E474, E475,

E476, E477, E478, E481,

E482, E483, E491, E492,

E493, E494, E495, E542,

E570, E572, E631, E635,

E904.


Dr.M.Amjad Khan

Medical Research Institute

United States


Sumber: PPIM

peka..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Berhati-hatilah membuat pilihan kerana kita adalah apa yang kita makan. Berikut adalah senarai hangat yang diperolehi daripada laman web JAKIM dan telah tersebar luas melalui emel-emel anda.

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald (ni kena BOIKOT! Walaupun ada lampu hijau Halal)
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIMkerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran

Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice shop
3) Kiwi Express

KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM. Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

Café : Untuk makluman Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

Gerai-Gerai makan Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM

Confectionery Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Restoran Burger King - Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

Sosej ayam - Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.


Kesimpulannya, Kita mesti bersatu, memboikot dan membeli hanya daripada pengusaha-pengusaha Islam sahaja. Kita jangan terbawa-bawa dengan slogan “Malaysia Negara Islam” atau “Malaysia is a Halal Hub”.

Sumber: PPIM

Isnin, 2 Mac 2009

Berbeza..

Berbeza..

Seorang sahabat berkata kepada saya “ atikah, sy pelik tgok awak ni..”
Berkerut dahi saya, “pelik?, kenapa pulak?”

“ erm, xdelah.. cara awak and communication awak dengan setiap individu tu berbeza-berbeza”.
“cara awak cakap dgn roomate awak lain, cara awak cakap dgn saya lain.. cara awk cakap dgn lina (hsmate) awak lain.. cara awak ckp dgn hsmate awk yg lain pon lain-lain, cara awak ckp dgn non-muslim pon lain.”

“hmm, yeke?..huhu. ketara sngt ke?”
“a ah, mmg ketara pon.. awak bole jadi individu yang berbeza pada masa yang sama”
“erm, ke awak nak kata sy tak tetap pendirian ni…..???” huhu
“erm,bole la jugak ..tp.. tak..tak..maafkan sy ..bukan itu maksud sebenar saya.. Cuma sya pelik. Semakin sy nak kenal awak semakin sy xfaham awak.. awak mmg pelik sikit dr sahabat saya yang lain.” Kata sahabat saya yang seorang ini. aduhai.....
“hmm..biasala tu.. setiap org berbeza-beza..” jawab saya ringkas. “lagipon.. sy rasa xdak orang pon akan faham saya melainkan Dia.. Hanya Dia..”. “jadi, xyah la awak nak pening-pening pikir pasal saya.” huhu.
Itu dialog antara saya dan sahabat baik saya..
Who am i?.. abaikan.. biarlah rahsia…huhu. (erti kata lain – sy malas nak explain)
Satu soalan buat sahabat yang mengenali saya.. adakah setiap perkataan yang keluar dr mulut sy membuatkan kamu semua sering tertanya-tnya dan akhirnya geram dgn mainan puzzle sy?”
Respon saya utk apa pon jawapan kamu semua bg soalan sy tu: “well.., its my nature.. sorry (xdisengajakan ye)”
Astaghfirullahalazim..
Allahualam..
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ampunilah segala dosa-dosaku..ampuni lah segala dosa sahabat-sahabtku.. baik sahabat yang berada dekat dgn ku, maupun sahabat yang berada jauh dari ku.. baik sahabat di alam reality maupun di alam maya.. Berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada kami. Limpahkanlah rahmatMu keatas kami. Jauhilah kami dr kemurkaanMu. Redhailah kami didunia dan akhirat. Amen.” Astgahfirullahalazim.

Sabtu, 28 Februari 2009

surat lagi..


SURAT CINTA BUAT SeorANG HAWA

Cemburu ku lihat sang pungguk memadu rindu dengan sang bulan
Cemburu ku lihat sang helang terbang berdua-duaan
Cemburu jua aku pada si belangkas yang hidup berkasih-sayang
Tapi aku terus kepiluan... Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu...

Kuterbang bebas dalam duniaku...
Ibarat sang helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur, berani...
Kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini
Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki
Kuterbang setinggi-tingginya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan, tanpa ada dinding yang menghalang...
Tatkala sesekali, bayu kencang menerjah, kuterbang rendah...

Hawa...
Bukan kutewas dengan bayu nan kencang
Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan
Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat...
Kutidak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku...
Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan Cuma.
Kau tahu Hawa, aku jadi derita...

Hawa...
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan
Ku bawamu bersama dalam kepayahan
Kau memarahiku dengan egoku
Kau leteri semahumu
Tanpa kau dengari kalamku
Andainya hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan
Kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan...

Namun tatkala egomu menjadi egoisme
Maka di situ aku perlukan teguran
Terbang di langit tanpa batasan, sering ku terbabas, hilang arah dan panduan
Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan, agar aku tetap terbang di awanan
Menjadi jaguh helang terbilang
Tapi tafakurku sejenak di pepohonan...

Hawa...
Kau diciptakan indah, bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja
Bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya
Tapi dari rusukku, dekat dengan dadaku untuk dilindungi, dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai...

Hawa...
Dulu, kuperlukan mu sebagai teman berbudi
Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi
Kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabah diri
Tapi kini, keindahanmu yang sering kupuja, kau salah erti...
Kau tampil menghiburkan duniadengan susuk tubuhmu yang menggiurkan...

Kaumku kekaburan
Matanya bertelanjang
Hatinya lemas ditelan keasyikan
Ah, memang kaumku suka mengambil kesempatan!
Tapi kenapa kau jual dirimu bak barang pameran?
Di mana hilang malumu yang menjadi hias pakaianmu?

Tidakkah kau tahu, tubuh montokmu menjadi hidangan enak buat mata, tetapi racun bagi jiwa
Aku bisa terhumban ke neraka kerananya
Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda
Air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melemahakan iman...

Oh, Hawa......
Aku rindukanHawa yang dulu
Malu, terjaga, terpelihara.....

Hawa...
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok
Perlu berhati-hati untukku luruskan
Lantaran itu, kudatang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki...
Bukan juga untuk mengugut dengan paruh berbisa...
Tapi supaya direnung bersama
Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri...

Dengarlah bisikan kasihku
Sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu...
Sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Khadijah, setabah Fatimah...

Hawa...
Namamu indah, biarpun di mana, di segenap jiwa
Kaulah ibu, terukir kasih di paparan dada
Kaulah kekasih, dirindui saban ketika
Kaulah puteri, pengubat duka, penyejuk mata
Kaulah adik, pemberi semangat paling berguna
Kaulah mukminah, terukir indah di setiap dada...

Ketahuilah Hawa...
Kau kupuja...
Kerana dari rahimmu melahirkan kaumku yang berhati waja
Kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dengan terjaga
Kerana kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara
Kerana kaulah ladang tanaman, taman nafsuku yang bergelora
Kerana kau adalah hiasan, paling indah dari dunia seisinya...

Maka, kudatang padamu Hawa...
Membawa ubat dengan penuh cinta
Ubatilah dirimu...
Agar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam
Dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap
Agar bukan sahaja ku dapat menongkah angin nan kencang
Bahakan sayap kukibar penuh bangga
Mencipta angin...
-Adam-

surat sayang dariNya..

Surat Sayang Dari ALLAH SWT
Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU,walaupun hanya sepatah kata memintapendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin ......
Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........
Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas menit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggeerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan kabar terbaru.
AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU
Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rizki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya ....... masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan.
Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........
Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatah pun namaKU, kau sebut.
Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, pikiran atau syukur dari hatimu.
Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu........ tak kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU.
Subuh ........ Dzuhur .......Ashyar ..........Magrib ......... Isya dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU.... tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU .........
Apa salahKU padamu ...... wahai HAMBAKU????? Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KUberikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakahhal itu tidak membuatmu ingatKepadaKU............!!!!!!!
Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKUtetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimusetiap saat ........
Note: apakah kita memiliki cukup waktu untukmengirimkan surat ini kepada orang2 yang kitasayangi??? uuntuk mengingatkan mereka bahwasegala apapun yang kita terima hingga saat ini,datangnya hanya dari ALLAH semata.............
p/s: kiriman seorang sahabat YM saya.. syukron ukhti. Alhamdulillah.

Jumaat, 27 Februari 2009

sarat..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Allahumma, aku terjaga olehMu dalam nikmat, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu, dan penjagaanMu itu atasku, di dunia dan akhirat. (zikir al-ma’thurat)


Subhanaallah..
Alhamdulillah..
Lailahailaallah..
Allahuakbar..
Astaghfirullahalazim..
Sarat..
Masyallah..
Sarat sungguh…
Sarat apa ni?
Allahuakbar!..
Saratnya Cinta Allah…
Saratnya kasih sayang Allah..
Saratnya nikmat Allah..
Allahuakbar!!..
Tak tersentuhkah kamu?
Tak malukah kamu..?
Wahai insan yg bernama…
Hamba Allah…
Hamba siapa?
Hamba Allah…
Ulanginya!..
Dan ulanginya!
Menyebut nama Allah…
Astaghfirullahalazim..
Celik-celik saja mata..
Semua nikmat untuk mu ..
Terbentang luas...
Masyallah…
Namun..
Sedikit sekali..
Kamu mensyukurinya..
Astaghfirullahalazim..
Tetapi..
Apa kamu buat?
Apa kamu buat setelah mendapat nikmat dariNya?
Apa yg kamu buat dengan tenaga yang kamu ada?
Tenaga Yang Maha Esa berikan..
Apa?!
Apa?!
Apa?!
Apa….. wahai hamba Allah..??
Jawab!..
Dengan tenaga yang dikurniakan tu..
Kamu derhakai Dia..
Kamu menafikan nikmatNya..
Kamu sombong untuk sujud menyembahNya..
Kamu abaikan seruanNya..
Kamu ringan-ringankan hukumNya!..
Siapa Dia tu?..
Siapa?..
Astaghfirullahalazim..
Dia..
Allah Taala..
Tuhan kamu..
Sembahan kamu..
Kamu sangat melampau!..
Sangat!
Terlalu terlalu melampau!
Astaghfirullahalazim..
Kamu lupa ye..?
Suatu hari nanti..
Kamu akan kembali kepadaNya..
Kembali dengan cara bagaimana?
Allahualam..
Tepuk dada..
Tanya IMAN mu..
Astaghfirullahalazim..
Allahualam..

Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 23, maksudnya: “Katakanlah: Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan HATI.” (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.

Rabu, 25 Februari 2009

IDT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Interactive Dakwah Training (IDT) / FCR
Fasa 1
tarikh: 7 & 8 Mac 2009
tempat: Ampang
Bayaran: Rm100
Pengisiannya memang Best!. Alhamdulillah Insyaallah. Nak tau? jom join.
Terbuka pada semua.
Sila bg nama pada no. ini: 0136377235
P/S: saya hanya tolong promote.. :)

Isnin, 16 Februari 2009

mayat hidup..


Assalamualaikum warahmatullahiwabrakatuh
Ya Awwalan awalin, Ya Akhiran akhirin, Ya zalquatal matin, Ya rahimal masakin, Ya arhamal rohimin.. selawat keatas Nabi s.a.w..


Tarik nafas. Hembus nafas. ALLAHUAKBAR. Tarik nafas. Hembus nafas. ALLAHUAKBAR. Tarik lagi nafas. Hembus nafas. ALLAHUAKBAR!. Masyaallah, kesibukkan duniawi melanda. Astaghfirullahalazim. Asigment bersusun. Tggu masa untuk disentuh dan disiapkan. Subhanallah. Kepenatan taraf 6 bintang keatas. Astaghfirullahalzim. Saya terasa bahang kepenatan yg amat sngt semalam. Seperti mayat hidup pulak saya rasa. Ye la, mana taknye.. rebah saja atas katil, satu badan mcm “stuck”. Mata, redup tak bermaya. Pandangan kosong. Yang masih bergerak aktif tau apa?. Otak la.. penat2.. ha!, ngada-ngada. Merungut-merungut!. Astaghfirullahalazim. Saya sangat penat buat lesson plan 1 hari tu, sampai mlamnya nak tdo pon xlarat nak lelap.hehe. “nak tdo! Nak rehat!” jerit hati saya. Astaghfirullahalazim. Lagi nak pejam mata, lagi ligat minda saya berputar-putar. Astaghfirullalahazim.. macam-macam. Alhamdulillah, walaupon dalam kekalutan tsunami assigmnet, Dia Yang Maha Esa tetap mengingatkan saya utk mengingati-Nya. Sebanyak2 syukur. Kamu juga begitu. Jujur saya katakan, walaupun penat ye..sy masih rasa seronok. Seronok kerana bebas dr angan-angan yang merapu yakni angan-angan yang tak meningkatkan Iman. Alhamdulillah. Bilamana kita disibukkan dengn perkara-perkara penting, semestinya kita akan mengutamakan yang penting kan?. Tiada masa kita nak buat kerja lagho-lagho, tiada masa kita kita nak lakukan perkara yang membuang masa. Insyaallah. Kesibukkan yang paling Agong adalah kesibukkan yang berada di jalan Allah. Kesibukkan menyebarkan kalimah Allah. Kesibukkan yang penuh nikmat Cinta Allah. Subhanallah. Cantek kan?!.

“ Ya Allah, tempatkan aku dalam golongan hamba-hambaMu yang sering mengingatiMu dan mengabdikan dirinya ikhlas kerana Mu..” Allahuakbar!.. Astaghfirullahalazim.

Jumaat, 6 Februari 2009

Pujuk..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pujuk hati..
hati yang sakit..
kenapa ye?..
Ala.. hal kecik je..
itu pon nak terasa..
hmm.. padan!..
Astaghfirullahalazim..

Pujuk hati..
Sabar ye..
Sabar wahai hati..
itu ujian utk kamu..
itu tarbiah utk kamu..
tarbiah dr Allah Taala..
khas utk kamu..
itu pengajaran buat kamu..
itu peringatan buat kamu..
khas buat kamu..
yang lalai tika senang..
yang sombong tika hatimu riang..
Astaghfirullahalazim..


Pasti!..
Ada hikmahnya tu..


Bila sedih..
Baru ingat Dia..
Dia tetap setia..
memujukmu..
Kerana apa?
Kerana..
CintaNya padamu..
Allahuakbar!..
Ya Allah, aku malu!..
malukah kamu?!
Walaupun kamu sakiti Dia..
Walaupun kamu derhakai Dia..
Dia tetap sabar..
Dia tetap segar melayan...
kerenahmu yang melampau!..
Astaghfirullahalazim..


Jadi..
mengapa kamu tidak begitu?
sabar..
ketika disakiti.. hmm?
Baru disakiti sikit...
dah merenget..
sakit itu..
sakit ini..

Itu la..
perbaiki hubunganmu...
perbaiki hubunganmu..
dengan sapa?
perbaiki hubunganmu dengan Allah!..
Allah Yang Maha Esa..
Tempat pergantungan semua makhluk.
Allahuakabar!.
Dia..
Yang Maha Penyayang..
Yang Maha Mendegar..
Dia..
Pemujuk Terbaik Hati kita..
Allahuakabar!..

Subhanallah..
Lega hati..
Tenang hati..
sihat hati..
kaya hati..
atas kehendak sapa tu?
tentulah..
Allah Taala..
sapa?..
Allah..

Tentulah...
Sesungguhnya,
Dia Pencipta kamu..
hmm.. tau pon kan?..
so,
kenapa berkerut dahi lagi?
tunggu apa lagi..
senyum la..
senyum...
senyum lah walau dirimu disakiti..
senyum..
asbab ubat sakit hati..
subhanallah..

Alhamdulillah..
Ingat Allah..
Ingat Allah..
Ingat Allah..
Hatimu pasti tenang..
Ingat janji Allah..
Hatimu pasti terubat..

Pasti!
Yaqin dengan kudrat Allah!..
Lailahaillallah..
:)

Ya Allah..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


" Wahai Tuhan, tolonglah aku supaya aku selalu ingat kepada-Mu, supaya aku boleh kenang budi nikmat-Mu dan berilah aku kekuatan supaya aku dapat mengabdikan diri kepada-Mu dengan cara yang baik"


Jumaat, 16 Januari 2009

Bau..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bau kesedihan...
Bau kesakitan...
Bau kesepian...
Bau kerinduan...
ya! bau itu masih ada... saya dapat bau lagi..
perkataan "bau" itu bukanlah penyedap ayat semata-mata..
tetapi ianya memang benar..
setiap kawasan.. setiap peristiwa.. setiap ketika..
ada bau nya yang tersendiri..
believe it or not?
just believe it..
saya yakin saya masih dalam zon itu..
kerana itulah saya dapat bau...
walaupun secara zahirnya seperti biasa...
Sudah lama saya tidak merasai zon ini...
Susah/jarang nak dpt zon itu..
tetapi...
sekali dapat... Allahu'alam..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

******************************************

"Ya Allah.. Selamatkanlah ibuku, ayahku, abangku, kakakku, adek2ku di Palestin..
Ya Rabb.. Hancurkan... Hapuskan kaum Yahudi itu!.. Astghfirullahalazim.."

Sabtu, 22 November 2008

Tips..

Assalamualaikum warahmatullahiwabrakatuh
Ya Awwalan awalin, Ya Akhiran akhirin, Ya zalquatal matin, Ya rahimal masakin, Ya arhamal rohimin.. selawat keatas Nabi s.a.w..

Saya ingin berkongsi dgn kamu sesuatu hari ini. walaupun dah lama berlaku. Alhamdulillah dgn hidayah+taufik +inayahNya, sy share dgn kamu hari ini. Alhamdulillah.

Erm.. apa itu tips sebenaqnya ha?.. tips tu mcm ikhitiaq (ikhtiar) jugak la kan?... mmm, apa maksud "tips" tu bukan point kita..mukadimah je tu..cuma ada sket unsur utk suruh berfikir.huhu.

Sebenaqnya, saya teringt perkongsian ilmu antara saya dan salah seorang jemaah time masturat tabligh (majlis-majlis zikir).. saya bertanya kepada jemaah tersebut (makcik tu mcm baya2 mak sy la), " erm..makcik, mcm mana kita nak khusyuk solat ye?.. makcik ada tips utk sy?".. susah la nak kuhuyuk solat ni.." cewaahh.. sy merenget mcm anak kecil kat sebelah dia.. Ha!, tau apa jawapannya?.. Dengan senyuman ketenangan dan wajah yg berseri2 dek zikrullah sentiasa di hati, dia menjawab, "Minta pada Allah..sayang..".. erm, saya masih kebigungan dan sememagnya bingung time tu..huhu. Astaghfirullahalazim... "mohon pada Allah supaya mendapat khusyuk dan khudu' dalam solat kamu".. dia sambung berkata-kata.. "itu je makcik?".. saya sambar bertanya. . "ye sayang.. itu la tips terbaik.".. erm.. sy berfikir dan berfikir... hmm..Alhamdulillah.. Allah fahamkan saya .Allahu'alam. apa yg ingin saya stress kan disini bahawasanya, kata-kata makcik td tu.. menunujkkan betapa tgginya persandaran kita as hamba kepda hanya Allah semata-mata. Yaqin dgn kudrat Allah! Allahuakbar!.

Ada lagi halnya pasal tips.. pada suatu hari.. Sang Kancil dan... oppsss!.. bukan citer Sang Kancil dah.. ni pasal sahabat saya. bukan dongeng tp realiti.huhu. sabahat saya ni bertanya kepada saya melalui ym. You know ym?.. i know u know rite?hehe. sory i'm little bit "poyoss".. "Salam, Atikah.. gano nak mencintai Allah? share2 sket ilmu tikah.." Gulp!, saya terbata. apa kes minah klate ni tanya saya mcm tu?.. pelik2.. ada ke patut saya ditanya mcm tu..? xlayak langsung sy nak mnjawab.. sbb.. ye la.. sy tau la sy ni mcm mn. dan yg pling kenal saya semestinya Allah!. Allahuakbar!.. malu dgn pertanyaan begitu. tp ntahla..mcm mn.. tgn sy ni menaip tanpa berfikir.. tup2.. sy dah tertaip perkatan "zikrullah" . Cewah, nak kata magic la konon.. xde la.. ntahla hanya itu satu2nya jawapan yg ada dlm pale otak sy.huhu.Alhamdulillah.

Kesimpualannya disini. sy nak ajak diri saya.. dan kalian semua.. yg ingin megejar cinta Allah.. untuk kita zikrullah bebanyak2.. banyak khasiatnya berzikir ni.. banyak paedahnya.. ganjaran palig Agung, apa lagi kalu bukan Cinta dan Redha Allah!..

Allahu'alam.. Astaghfirullahalazim..

Hipokrit..



Assalamualaikum warahmatullahiwabrakatuh


Ya Awwalan awalin, Ya Akhiran akhirin, Ya zalquatal matin, Ya rahimal masakin, Ya arhamal rohimin.. selawat keatas Nabi s.a.w..



Bg pandangan saya yg serba dhaif ini, hipokrit molek sgt diukur atau sangat sesuailah dinilai bilamana exam tiba. bila ye?. hmm.. time2 study week!. Astaghfirullahalazim... terserlah kehipokritan manusia2 yg bergelar student. yela, mana taknye. punya la takut fail.. punya la takut xleh jawab.. punya la takut itu ini.. risau itu ini.. takut maruah jatuh la.. mcm2 la lagi.. maka! mereka-mereka itu dgn tekad stay up sampai xtdo pon ada.. sbb apa? sbb nak stdy... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Allah bg mereka keupayaan dan semagt utk stdy sampai begitu skali.. Alhamdulillah.. tp,tu la.. manusia ni mmg suka menzalimi diri mereka sendiri kecuali org2 yg beriman dan berakal. study berjam-jam sampai lengah sana, lengah sini. tp time nak spend masa tuk Allah kejap je pon xbole. Astaghfirullahalazim. Apa nak jadi daa.. Astaghfirullahalazim. bole la pulak bg alasan xsempat la.. bnyak lagi la xstudy, xcukup masa la.. dan bla..bla..bla.. ada pulak yg pandai menyidindr.. "masa itu emas" bila kita ajak g solat jemaah. Astaghfirullahalazim.. sbb kita fikir masa itu emas la.. kita ajak mereka untuk sama2 mengigati Allah. Xramai yg berkata, "saya dah xde masa ni, bnyak dah masa sy lalai dr zikrullah". pengorbanan perlu ada.. ye betul.. korban utk apa yg dicita-citakan. Time tido dikorbankan.. utk apa? utk stdy.. Alhamdulillah.. time makan pon halaL balal je.. utk apa? utk lulus xm (gred mantap la!).. Alhamdulillah.. Time riadah pon dipendekkan.. Alhamdulillah.. mmg terserlah pengorbanan anda!huhu. tp, jagn la sampai time solat pon dikorbankan.. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Yang beri kamu kekuatan utk study sapa? ALLAH! Yang beri kamu rezeki utk memahami pelajaran tu sapa? ALLAH! Yang mengizinkan kamu utk bergerak ke dewan peperikasaan tu sapa? ALLAH!.. segala-galanya milik Allah. kamu tu milik Allah. kamu xkan terlepas drNya.. kot mana pon... kamu memerlukan ALLAH, Sememangnya bersandar pada ALLAH semata-mata.. Astaghfirullahalazim.. kamu..kamu..istighfar kamu!.


point: bangun! SOLAT TAHJUD!!... buang karat2 tu cepat! Astaghfirullahalazim.. usaha2!

Isnin, 17 November 2008

Alhamdulillah..


Ya Awallan Awwalin

Ya Akhiran Akhirin

Ya zalquatal matin

Ya rahimal masakin

Ya Arhaman Rohimin.

selawat ke atas Nabi s.a.w.


Assalamualaikum warahamtullahiwabarakuh..


Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah..

Sebanyak2 pujian hanya bg Allah Taala.


Alhamdulillah.. nikmat Allah yg tak terhingga...

Alhamdulillah..rahmat Allah kerana CintaNya pada hamba2Nya..

Alhamdulillah..ujian Allah kerana Kasih sayangNya pada hamba2Nya..

Alhamdulillah.. kerana Dia meletakkan kita dalam Islam.. agama yg benar lagi lurus..

Alhamdulillah.. nikmat apa lagi yg kita ingin dustakan?..

Astaghfirullahalazim... ampuni kami Ya Allah.....atas kelalaian kami yang melampau.

Astaghfirullahalazim... istighfar.... teruskan istighfar...


Alhamdulillah ...

Alhamdulillah ...

Alhamdulillah ...


tak terungkap dengan kata2..

tak terluah dgn pena..

tak ter.................. apa-apa je lah..


betapa.. nikmat dan rahmat Allah mencurah2 kepada kita setiap detik. Masyallah..

Alhamdulillah...



p/s: ucapan tahniah pada semua sahabat-sahabat saya yg nak bertunang, yang nak berkahwen, yang nak menimang anak (ada ke?), yg nak g menuntut ilmu (pondok), yang nak keluar dakwah 3hari, ..40hari.. Moga Redha Allah senantiasa bersama kalian..


****tq Lina (my housemate) kredit for u coz helping me!huhu.****
Related Posts with Thumbnails