Selasa, 11 Ogos 2009

O Allah..

Sebutlah Nama Tuhan mu Yang Maha Penyayang..

Sebutlah berulang-ulang kali..

Basahi lidahmu dengan menyebut NamaNya Yang Maha Agung..

Jinakkan hatimu mengingatiNya..

Subhanaallah..

Segala Puji hanya bagi-Mu..

yang memberi kemampuan kepadamu..

untuk mengingatiNya.

Segala pujian buatMu Ya Allah atas segala nikmat..

Astaghfirullahalazim..

O Allah..

All Praise due to Allah..

La hau la wa la quwwata ila billah..

Isnin, 10 Ogos 2009

ditertawa?..




Bodoh ke?..
Adakah orang yang diperbodohkan itu bodoh?..
Oh, Tidak..
sama sekali tidak!

Dia ditertawa..

Dia nampak saja seperti diperbodohkan..
Dia tidak diperbodohkan sebenarnya..
Sengaja dia biarkan situasi itu berlalu begitu..
Biar difikir orang dia bodoh..
Tapi jangan sekali dia menjadi hamba kebodohan..
Dengan membalas kata-kata bodoh itu..
Jangan sekali ye…
Jika kamu berkira dia bodoh kerana berdiam diri..
Itu salah sama sekali..
Salah!..
Oh, kamu silap sama sekali..
Dia diam.. bila ditertawakan..
Dia “hmm..” bila dikutuk..
Dia senyum.. bila disindir..
Apakah maksud reaksinya itu?
Kamu kira dia tidak ada perasaan?
Oh, ternyata..
Kamu silap lagi!..
Ternyata..
kamu yang mentertawakan itu..
Kamu yang mencaci maki itu…
Kamu yang mengata mengutuk itu..
Depan belakang.. kira kanan..bawah atas..
Kamu kira kamu menang dalam kata-kata kamu?
Kamu kira kamu hebat bila dia diam tidak membalas?
Oh.. kasihan kamu..
Dia sangat kasihan kamu..
Kamu tertipu dengan diamnya..
Kamu tahu kenapa dia abaikan kamu?
Kamu.. wahai pentertawa dan pengutuk dia..
Kamu tahu?
Jelas sekali..
Kamu tidak tahu..
Kalau kamu tahu..
Kamu akan terbata disitu..
Dia kira.. Kamu malu dengan tindakan kamu..
Itupon kalu kamu masih punya rasa malu..
Alhamdulillah.. jika malu masih berbaki..
Terima kasih kamu…
Terima kasih kamu dengan sikap kamu itu..
Asbab membuat dia makin sayang PenciptaNya..
Asbab membuat hatinya makin yaqin dengan janjiNya..
biarkan mereka berkata..

abaikan saja kata-kata mereka..

usah dilayan..

usah dimenungkan..

kata-kata yang mungkin mengugat iman..

Tiada yang lebih Berkuasa melainkan Allah!..

apa yang penting..

zikrullah..

zikrulmaut..

Subhanaallah..
Hebatnya Allah..
Dia tersenyum ..
Tenang sekali..
Mengingati Allah Yang Maha Penyayang..
Subhanaallah..
La hau lawa la quwwata ila billah..
Astaghfirullahalazim……

Rabu, 29 Julai 2009

promote: monyetnya cinta mu..


Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Program


klik sini untuk mendaftar. =)


p/s: Alhamdulillah. La haulawala quwwata ila billah. saja tolong promote. jemput2 la ye.. Insyaallah.

Ahad, 26 Julai 2009

tawadhuk..


Ya Awwalan Awwalin, Ya Akhiran Akhirin, Ya Zalquatal Matin, Ya Rahimal Masakin, Ya Arhamal Rahimin.


Siapa yang merasa diri bertawadhuk, maka beerti ia benar-benar sombong, sebab tidak mungkin ia merasa tawadhuk kecuali kalau ia merasa besar atau tinggi. kerana itu bila engkau menetapkan bahawa dirimu itu besar atau tinggi, maka benar-benar engkau telah sombong. maka apabila engkau menetapkan dirimu bertawadhuk (merendah diri) yakni padahal engkau itu seorang besar dan tinggi, maka itu beerti engkau benar-benar telah sombong (mutakabbir).


Seorang yang merasa tawadhuk itu disebabkan ia merasa besar tinggi, hanya ia merendah dan perasaan besar/tinggi diri itulah hakikat kesombongan. dan itu pula erti takabbur yang dikatakan oleh Nabi saw : Alkibru batharul haqqi wa ghamth unnas (Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain). Menghina orang lain disebabkan merasa diri besar dan tinggi, mulia.


Astaghfirullahalazim.....


Bukan orang yang tawadhuk itu, seorang yang bila bertawadhuk lalu merasa bahawa ia telah mengalah atau merendahkan dirinya, tetapi orang tawadhuk itu ialah yang bila berbuat sesuatu merasa diri belum layak mendapatkan kedudukan itu.


Asysyibly berkata: Siapa yang merasa diri berharga, maka ia tidak bertawadhuk (maka tidak ada bahagian dalam tawadhuk).


Abu Sulaiman Addarany berkata: Seorang hamba tidak dapat bertawadhuk kepada Allah, hingga mengetahui kedudukan dirinya (letak dirinya).


Abu Yazid berkata: Selama seorang itu merasa ada orang yang lebih jahat daripadanya, maka ia sombong. Dan ketika ditanya: Bilakan seorang itu bertawadhuk?. Jawabnya: Jika tidak merasa ada kedudukan atau kemuliaan dan tawadhuk seseorang itu menurut kadar makrifatnya terhadap Tuhan dan dirinya.


Muhammad bin Muqatil ketika dimintai doa oleh orang-orang, ia menangis sambil berkata: Semoga bukan sayalah yang menyebabkan kamu menderita bala bencana ini. Dan tanda bahawa ia benar-benar bertawadhuk, jika ia tidak marah ketika dihina atau dicela.


Astaghfirullahalazim.....


Hakikat tawadhuk (tawadhuk yang sesungguh-sunggunya) ialah yang timbul kerana melihat/ memperhatikan kebesaran Allah, dan terbuka baginya sifat-sifat Allah.


Tidak ada sesuatu yang dapat mengeluarkan (melepaskan) engkau dari sifat kesombonganmu, kecuali jika engkau melihat sifat-sifat Allah.


Yakni selama engkau tidak memperhatikan dan ingat selalu kepada sifat ketuhanan, kebesaran dan kekuasaan Allah maka selama itu engkau merasa besar, kuasa, dan bongkak. Selama engkau tidak melihat kesempurnaan Allah, maka selama itu juga engkau tidak mengakui kekurangan-kekurangan atau kehambaan dirimu terhadap Allah.


Astaghfirullahalazim..


Allahualam..


La haulawala quwwata ila billah..


Masyaallah tabarakaallah...




sumber: Syaikh Ibnu Atho'ilah- Terjemahan Al-Hikam

Jumaat, 24 Julai 2009

pusing..


Tanya jawab sendiri..

1. Macam mana ni.. Apa kita kena wat bila kita terasa hati dgn seseorang?
Buat xtau je or layan macam biasa dan bersangka baik. Mungkin dia de masalah lain tu yg terpaksa mengamuk-ngamuk… kesian dia .. nak wat cammna kan?.. emosi out of control. Patutnya cool la kan… xde la org laen jadi mangsa.. hm.. xpasal pasal terasa hati.. astaghfirullahalazim.. xpe.. Allah tau kamu bole face problem ni.. tu la diuji.. Rileks.. Allah kan ada.. ngadu kat Allah.. mintak petunjuk.. insyaallah. Sure berhasil la kalu mintak kat Allah. Anda yakin?. Ya. Saya sangat yaqin! Alhamdulillah.

2. Macam mana ni.. kena mintak maaf jugak ke walaupon kita rasa kita xsalah?
Macam mana kamu tau kamu xbersalah?.. hmm.. rasa je tu.. rasa je kan?. Mana la tau kan kamu wat salah tanpa disedari.. ye la.. bercakap tu kekadang ikut sedap sendiri je.. diri sendiri je la yang rasa sedapnye.. org len belom tentu rasa sedap. Mybe yg lain ada yg rasa masam.. pahit.. masin kelat.. mcm2 lagila rasanya. Kalau rasa sama xpela. Takut yg laen rasa. That’s why la pasal kena mintak maaf. Turunkan ego tu.. kata nak Cinta Allah.. dah gtu kena la wat apa yg Allah suka. Allah suka kalu kita berlapang dada dan saling maaf memaafi. So?. Apalagi.. turunkan ego mu sampai kat bawah tapak kaki. Pijak.. pijak.. tahan dulu.. sabaq.. ingat Allah.. kerana Allah.. dan dgn pertolongan Allah. Anda mampu mengubahnya.. huhu. Anda yakin? Ya! Kena yaqin! Alhamdulillah.

3. Macam mana ni… slalu ok ja.. nape hari ni laen?
Hmm.. biasala tu.. fitrah manusia.. suka duka.. bermusim.. huhu. Eley.. ,mcam la kamu xbiasa. Buat-buat xbiasa konon.. Allahuakbar.. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Hebat. Allah Maha bijaksana. Allah Maha Penyayang!. Ya! Allah memg Penyayang. Sebab kasih sayang Allah la kita diuji mcam2. Yela.. kalu dah tiap-tiap hari gumbira. Bila nak sedey?. So, anytime anywhere.. pendek kata kena ingat Allah. Dah tu?. Awat merungut?.. huhu. Lupe2.. astaghfirullahalazim.

La haula wala quwwata ila billah.

p/s: maaf la mungkin agak merapu entri kali ni. Tp, sy ske sbb nak muhasabah sket diri ni dlm bentuk "ini". Kalu kamu ske kamu baca lagi. Kalu kamu xske kamu diam wat xtau. Hehe. Astaghfirullahalazim.. aish.. HM.. HM..

Khamis, 23 Julai 2009

La tas'aluni..

hmm...


Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tetapi hanya Allah yang tahu dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, kerana hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.. Jika kamu rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kamu rasa sedih, pandanglah kelangit, kamu akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu~

Shbtku,tika hatimu gundah, antara kcintaan hatimu& redha Tuhanmu.. Aku ingin skali kau mngerti,ssgghnya apa yg dredhaiNYA,pstinya yg tbaik utk dirimu..


Duhai shbtku, jka kau mninggalkan ssuatu yg kau cintai krn Tuhanmu,psti Dia akan mgantikan utkmu ssuatu yg jauh lebih baik dr itu..Percayakah kau pada janjiNYA? Tunggulah sahabatku,janjiNYA pasti akan datang.. Hanya Dia yg maha mengetahui.. btapa krnNYA kau korbankan hidupmu~






p/s: Alhamdulillah. sykron pada yg mmberi mesej ni pada sy melalui ym. Alhamdulillah. Allahumma faqqihna fiddeen. Ameen.

Ahad, 12 Julai 2009

kamu, guru?



Telah berkata Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali dalam kitab beliau Bidayatul Hidayah:


"Jika engkau seorang guru, maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:




1. Ihtimal (banyak SABAR menanggung kesusahan)




2. Lambat marah- Marah orang beriman hanyalah apabila MARUAH AGAMA & HAQ-HAQ ALLAH DICALAR & DIROBEK-ROBEK




3. Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala




4. Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Ta'ala kecuali terhadap ORANG YANG ZALIM kerana menegahkan daripada kezalimannya




5. Memilih tawaddhu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai




6. Meninggalkan bergurau dan bermain-main




7. KASIH SAYANG dengan murid dan LEMAH LEMBUT dengan yang kurang pandai.- Jangan sesekali memaki hamun pelajar-pelajar anda lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.




8. Membimbing murid yang lemah




9. Tidak memarahi murid yang bodoh/ lembab.




10. Tidak malu daripada berkata "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya)- Tidak jatuh air muka kita, tidak tercalar darjat kita... jika kita berani mengatakan "aku tidak tahu"... bahkan atas kejujuran menyatakan "aku tidak tahu" tersebut, boleh jadi akan naik martabat kita pada pandangan manusia...




11. Memberi perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik




12. Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya




13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah




14. Melarang murid daripada 'ilmu yang boleh memudharatkan




15. Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari Allah dengan 'ilmunya




16. Melarang murid daripada menuntut 'ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut 'ilmu yang fardhu 'ain. Dan 'ilmu yang fardhu 'ain itu ialah yang berkenaan membaikkan zahir dan batin dengan taqwa.




17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi 'amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya ('ilmunya).






sumber perkongsian : Raudahtul Jannah

Sabtu, 11 Julai 2009

Salam..


Alhamdulillah. Sejak kebelakangn ni.. hot jugak isu bab-bab salam dikalangan saya dan sahabat2. Alhamdulillah. dipertemukan juga artikel ni. Dicopy dan dipaste dr blog ini (bole klik) iaitu Ustaz Mohammad Elias b Abdul Jalil, salah seorang tenaga pengajar Pondok Pasir Tumboh. Jemput baca..


Salam ialah mengucap السلام عليكم.
Dalil firman Allah تعالى :
ياأيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).


فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مباركة طيبة كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تعقلون
Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.

Hadis Nabi صلى الله عليه السلم
عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.

Rukun salam:
Orang yang memberi salam.
Orang yang diberi salam kepadanya
Lafaz yang digunakan bagi memberi salam dan menjawabnya.
Syarat orang yang memberi salam
Islam dan mumayyiz.
Ertinya apabila memberi salam oleh seorang islam sekalipun kanak-kanak yang mumayyiz wajib menjawab salam.
Syarat orang yang menerima salam:
Islam, mumayyiz dan baligh.
Ertinya harus memberi salam kepada kanak-kanak mumayyiz.
Dan wajib orang yang baligh menjawab salam kanak-kanak mumayyiz.
Syarat bagi ucapan salam
Mestilah berlafaz pada memberi salam dan menjawabnya.
Mengeluarkan suara serta memperdengarkan salam ketika memberi salam dan menjawabnya.
Hendaklah berhubung antara memberi salam dan menjawabnya.

Ucapan memberi salam
1. Ucapan memberi salam yang afdhal ialah السلام عيكم ورحمة الله وبركاته . dengan lafaz ramai (kamu) dalam bahasa arab (كم) sekalipun orang yang diberi salam seorang sahaja.
2. السلام عليكم (kesejahteraan itu di atas kamu)
3. السلام عليك (kesejahteraan itu di atas engkau)
4. سلام عليك (sejahtera di atas engkau)

Ucapan menjawab salam
Ucapan menjawab salam yang afdhal وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته dengan lafaz ramai, sekalipun orang yang memberi salam hanya seorang.
وعليكم السلام
وعليك السلام
عليكم السلام
السلام عليكم ini sama dengan lafaz memberi salam
سلام عليكم

Hukum memberi salam dan menjawabnya.
Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib.
Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.

Ucapan salam antara dua lelaki
memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.
memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.
memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.

Ucapan salam antara dua orang perempuan
Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.

Ucapan salam antara lelaki dan perempuan
Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.

Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa
Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya
Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.

Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak
Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafas dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.
Sekiranya orang yang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafas dan isyarat.

Ucapan salam antara orangyang boleh bertutur dengan orang yang bisu
Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.
Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.

Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.

Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.

Salam antara muslim dan kafir.
Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.

Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafasوسلام على من اتبع الهدى pada awal tulisan.

Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir

Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.
Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita

Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.

Wajb orangyang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.

Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:
sedang kadaq hajat (buang air besar atau kecil)
sedang jimak.
sedang istinja.
sedang minum.
sedang makan.
sedang tidur.
sedang mengantuk.
sedang sujud.
sedang sembahyang.
10. azan.
11. ikamat.
12. di dalam bilik air.
Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.

Adab memberi salam
Hendaklah yang memulakan memberi salam:
Kanak-kanak kepada orang dewasa.
Orang sedikit terhakap orang yang banyak.
Orang yang dating terhadap orang yang duduk
Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki. والله اعلم



~untuk koleksi peribadi dan santapan bersama kamu!~ Alhamdulillah.

Excuse me, girls..


Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan


1. Bulu kening-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).



sumber: e-pondok

Khamis, 9 Julai 2009

berbahagialah..


Alhamdulillah.. Masyaallah la quwwata ila billah..


Berbahagialah dikau...

dikala kau terjatuh dalam maksiat..

Allah hadiahkan kau istighfar..


Berbahagialah dikau..

Dikala kau melakukan ibadat..

Allah hadiahkan kau zikrullah..


Brbahagialah dikau..

Dikala kau berhajat..

Allah hadiahkan kau doa..


Berbahagialah dikau..

Dikala kau rindu serindu rindunya..

Allah hadiahkan kau sujud padaNya..


Berbahagialah dikau..

Dikala kau ditimpa musibah..

Allah hadiahkan kau kesabaran..


Berbahagialah dikau..

Dikala kau menerima rezeqiNya..

Allah hadiahkan kau puji-pujian padaNya, Alhamdulillah

Allah hadiakan kau rasa syukur..

Allah hadiakan kau sifat qanaah..


Berbahagialah dikau..

Dikala kau dihimpit nafsu yang buas..

Allah hadiakan kau cemeti kasih sayang..

untuk kembali kepangkuanNya..

Subhanaallah.. Allahuakbar!


La hau la wala quwwata ila billahi

Astaghfirullahalazim

Allahualam..


Dikala kau

Rabu, 8 Julai 2009

ketenangan..


Assalamualaikum waramatullahi wabrakatuh.

Orang yang sentiasa ingat kepada Allah akan sentiasa hidup berpindah daripada suatu kehidupan kepada kehidupan yang lain (berpindah dari kehidupan dunia kepada kehidupan akhirat).

Maka, akan sentiasalah hamba itu ingat dan ingat akan Allah dalam hatinya.

Jika ia mampu berbuat demikian, maka ia akan sentiasa memeliharanya meskipun mereka tidak mengingati-Nya dengan lidahnya.

Setiap kali hamba itu ingat kepada Allah, maka akan sentiasalah ia setuju dan tunduk serta redha atas semua perbuatan Allah.

Allahualam.. Astaghfirullahalazim.

Isnin, 4 Mei 2009

Cengkih..

Tok Guru Hj Hashim


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
5 Khasiat Bunga Cengkih
Antara amalan yang diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim, Mudir Pondok Pasir Tumboh daripada umur 17 tahun lagi hingga sekarang yang hampir mencecah umur 90 tahun ialah makan bunga cengkih.

Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :

1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang

2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan

3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia

4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama

5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan

Cara makan
Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari
Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya

Allahualam.. Astaghfirullahalazim..

sumber: e-pondok

BATAL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
HARAP MAAF
UNTUK MAKLUMAN PROGRAM LAWATAN GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ KE MALAYSIA TELAH DIBATALKAN KERANA BELIAU ADA URUSAN MUSTAHAK YANG MENYEBABKAN BELIAU PERLU SEGERA KEMBALI KE TARIM, HADRAMAUT.
MAKLUMAT LANJUT BOLE KLIK SINI
ALHAMDULILLAH. SYUKRON. =)

Ahad, 26 April 2009

Nak p..

Kunjungan Habib Umar Ke Malaysia 2009 sila klik ye poster di atas untuk sebaran.. Alhamdulillah.




JADUAL KUNJUNGAN AL-ALLAMAH AL-MUHADDIS AL-HABIB UMAR BEN HAFIZ HAFIZAHULLAH
KE MALAYSIA


1) ISNIN , 11 MEI , 6PTG - 10 MLM :
JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9 ,
SUBANG JAYA , SELANGOR
.
2) SELASA, 12 MEI, 6PTG-10 MLM:
JILSAH DI MASJID SELAT ,
PULAU MELAKA, BANDARAYA MELAKA
.3) RABU , 13 MEI, 6PTG - 10 MLM :JILSAH DI MASJID WILAYAH,
JALAN DUTA, KL
.
www.alFalahUSJ9.blogspot.com
.
ANDA ADALAH DIJEMPUT HADIR
& TOLONG SEBAR-SEBARKAN


Ahad, 19 April 2009

mati.. (ii)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Mengingati MATI adalah sebaik-baik nasihat..

Asbab Mengingati mati..
Nafasmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Pandanganmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Dengarmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Percakapanmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Langkahmu zikrullah.

Asbab Mengingati mati..
Tidurmu zikrullah..

Asbab mengingati mati..
Solatmu zikrullah..

Asbab mengingati mati..
Fikiran mu zikrullah..

Asbab mengingati mati..
Renunanganmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Perbuatanmu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Gerak kerja mu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Majlismu zikrullah..

Asbab Mengingati mati..
Kau tunduk pada yang Esa

Yang Mengingatkan kau mengingati mati adalah Dia Yang Maha Penyayang.

Yang Mengingatkan kau zikrullah hanya Dia Yang Maha Pengasih.

Limpahan anugerah dan rahmatNya..

Lihatlah!

Saksikanlah!

Fikirkanlah!

Renungkanlah!

Maha Hebat Kasih SayangNya pada kau bukan?!

Astaghfirullahalazim..

Apa balasan kau?

Kau hadiahkan noda-noda maksiat!

Kau himpunkan tahi-tahi dosa!

Itu saja yang kau tahu!

Astaghfirullahalazim..

Istighfar kamu!

Mohon ampun padaNya!

Astaghfirullahalazim..

Subhanaallah.. Alhamdulillah.. Allahuakabar!

La hau la wala quata ila billah..

Allahualam..

Sabtu, 18 April 2009

mati.. (i)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” [Al-Mulk:2]


Mengingati mati adalah sebaik-baik nasihat.
Mengingati mati..
Kau lupa akan kejahatan orang padamu..
Kau abaikan kesakitan yang kau terima dari mereka..
Apa yang kau fikir?
Mencari keredhaan Allah..
Takut akan kemurkaanNya..
Menyelongkar kejahatan diri..
Mencari kesalahan diri terhadap sesama makhluk Allah.
Kau lebih bermurah hati terhadap mereka..
Memberi maaf pada mereka..
mudah bagi mu.. Alhamdulillah..
Kerana apa?
Kerana kau senantiasa rasa bersalah pada mereka..
Kau khuatir jika kau pernah menyakiti mereka..
Biar..
Biarkan mereka menyakiti kau..
Tetapi, jangan sesekali kau sengaja menyakiti mereka..
Jangan sekali menyakiti..
Jangan sesekali..
Astaghfirullahalazim..
Tiada lain yang kau fikir..
Apa kau fikir?
Fikiran kau hanya satu..
Balasan terhadap perbuatan mu..
Balasan baik pada yang baik..
Balasan buruk pada yang buruk..
Itu janji PenciptaMu..
Pada hamba-hambaNya..
Astaghfirullahalazim..

Nawaitu kau…
Bagaimana?
Mengingati mati…
Nescaya..
Nawaitu kau hanya pada Yang Esa..
Kerana apa?
Sangatlah rugi..
Jika perbuatan yang baik..
Disertai oleh nawaitu yang..
Tersasar dari Yang Maha Esa..
Rugi..
Sangat rugi..
Astaghirullahalazim..
Kerana Kau tahu..
Kerana kau yaqin..
Hanya Dia yang Berkuasa..
Berkuasa terhadap dirimu..
Berkuasa atas segala-galaNya..
Yang hanya dengan limpahan RahmatNya..
Kau terselamat..
Terselamat dari azabnya..
Astaghfirullahalazim..
Rasailah..
Rasailah saratnya CintaNya..
saratNya kasih sayangNya..
padamu..
kenapa kau tidak memikirkannya?
Astaghfirullahalazim..

Lindungilah daku dari kejahatn yang menipuku dari kemanisan iman. Bawalah daku kearah Cinta SuciMu. Berikan daku keredhaan dan SyurgaMu. Astaghirullahalazim.. Ameen.

Khamis, 16 April 2009

Hubungan..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


"Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Ya awwalan Awwalin, Ya Akhiran Akhirin, Ya zalquatal matin, Ya rahimal masakin.. Ya Arhamal Rahimin.. Ya Rabb.. Perbaikilah hubunganku dengan Mu.. Astaghfirullahalazim.." Ameen



Disaat kau mencari jalan untuk memperbaiki hubungan mu dengan manusia..
Perbaiki lah dulu hubungan mu dengan Tuhanmu , Allah..

Disaat kau buntu idea memperbaiki kerapuhan hubungan suami isteri..
Perbaikilah dulu hubunganmu dengan Tuhanmu, Allah..
Disaat kau menghadapi konflik dengan orang atasanmu..
Perbaikilah hubunganmu dengan TuhanMu, Allah..
Disaat engkau mencari jalan memancing orang bawahan mu..
Pancinglah dulu hubungan mu dengan Allah..
Disaat kau menghadapi kesulitan hidup yang menyesakkan..
Lihatlah dan Perbaikilah hubunganMu dengan TuhanMu, Allah.
Disaat kau dikritik dan dipuji yang merimaskan..
Hisablah diri, Pujilah Allah dengan sebanyak-banyak Pujian.
Perbaikilah hubunganmu dengan TuhanMu, Allah.
Disaat kau tertekan dengan kerenah manusia yang melemaskan..
Perbaikilah ke’lemas’an hubungnmu dengan Allah..
Adakah masih bernyawa? Astaghfirullahalazim..
Atau hanyut dipukul ombak? Tepuk dada Tanya iman..
Disaat kau bertungkus lumus memperbaiki Pointer..
Perbaikilah jua pointer (pahala) mu di kampong ABADI(akhirat)..
Disaat apa jua yang kau lakukan..
Pandanglah semula..
Lihatlah semula..
Renunglah semula..
Bagaimana hubunganmu dengan TuhanMu Yang Maha Pengasih..
Subhanaallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar!
Astaghfirullahalazim..
Allahualam.
La hau la wa la quata ila billah..

Isnin, 13 April 2009

Tulus..



Assalamualaikum waRahmatullahi wabarakatuh


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Surah Al-Ikhlas, maksudnya;


[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.


[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.


[3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan


[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.



"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. campakkanlah dlm hati-hati kami keyaQinan yang tinggi lagi mantap akan kudratMu Ya Allah.. Hanya padaMu kami bersandar.. Redhailah kami di dunia dan akhirat. Lindungilah kami dari kemurkaanMu.. Astaghfirullahalazim. Ameen."



Ketika Kehidupan Kita Memberi Kita Seribu Alasan Untuk INGIN SESUATU,
Fahamilah bahwa ALLAH punya sejuta rasa tahu akan KEPERLUAN kita.


Awali hari ini dengan rasa Syukur dan keikhlasan.
Nikmatilah setiap detik waktu yang berdetIk dengan ISTIQOMAH. Astaghfirullahalazim.
Dan keikhlasan..



Akhiri kelelahan hari ini nanti dengan Senyuman dan keikhlasan.
Semoga ALLAH redha atas kerja keras yang telah kita lakukan.




ALlahu AKbar!. Allahualam. Astaghfirullahalazim.

Sabtu, 11 April 2009

cinta..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

kerana cinta..
tiada jemu-jemu berdakwah..

kerana cinta..
tiada jemu-jemu nasihat..

kerana cinta..
tiada jemu-jemu peringatan..

kerana cinta..
tiada jemu-jemu berkhidmat..

kerana cinta..
tiada kenal erti lelah..

kerana cinta..
tiada paksaan tercipta..

kerana cinta..
kerelaan yang agung menguasai jiwa..

kerana cinta..
prihatinnya senantiasa..

kerana cinta..
risau tentang saudaranya melebihi dirinya..

kerana cinta..
sakit menghantui tiada merasa..

kerana cinta..
dikritik tidak mengapa..

kerana cinta..
dipuji, Alhamdulillah (Segala Puji-Pujian Hanya Milik Allah Taala)..

kerana cinta..
tiada mahu kawan menjadi musuh kelak..

kerana cinta..
tiada rela yang tersayang hanyut..

kerana cinta..
melebihi rasa tanggungjawab..

kerana cinta..
tiada had dan masa..

kerana cinta..
tiada kecewa dan putus asa..

kerana cinta..
hanya terumpan dengan RedhaNya..

kerana cinta..
itu anugerah Allah..
pada Sang Pejuang..
yang benar-benar..
hanyut dalam cintaNya..


Wahai diri, berdakwah atas dasar tagggungjawab sahaja tidak cukup..
lahirkan sifat mahabbah dari hati.
Penyampaian atas dasar kasihan dan mahabbah itu sangat bermakna.
Tiada dukacita yang kau rasa.
Hanya pandaNgan rahmatNya yang kau nampak.
Cukup RedhaNya.
Tiada perlu yang lain.
Kerana kau yaqin dengan Dia.
Kerana kau yakin Dia Maha Mengetahui yang Terbaik buatmu.
Astaghfirullahalazim. Allahualam.
Related Posts with Thumbnails