Ahad, 16 Mac 2008

Menangislah selalu


salam..
Ummul mukminin Siyidatina Aisyah pernah bertanya kpd Nabi S.A.W.: " Wahai Rasulullah, apa adakah nanti umatmu yang dapat masuk syurga tanpa hisab?"..Jawab Baginda, "Ada , iaitu Orang yang mengenang2 dosanya lalu menangis.."


Menangislah selalu
Nasib kita belum tahu
Walaupun dalam petunjuk
Belum tentu diterima

Kita patut selalu pilu
Mengenang nasib sendiri
Kematian belum tentu
Apakah dalam iman ataupun sebaliknya

Kita patut selalu pilu
Walaupun kita beramal
Belum tentu diterima

Walau dalam petunjuk
Apakah sampai ke hujung
Kita tiada masa ketawa
Walau kita bertaubat
Belum pasti diterima

Menangislah selalu
Penutup umur kita belum tahu
Mintalah kepada Tuhan
Agar petunjuk-Nya sampai kesudah


~Mawaddah~

Ratuku

Sedarkah Anda???????!!!!!


salam..


1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turut menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum air mutanajjis)


2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya dan sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah semasa kita hendak memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya sebahagian dari telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut memakan najis tersebut. (Roti canai telur, anyone?)


3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri.(Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan kaki kita).


4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci. Kita perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Ismail Kamus)


5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.


6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah di luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan minumaan menjadi acidic)


7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz' dalam chat adalah umpama menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti menghina Islam.

hmm..bila dah baca nie..jangan xsedar2 lagi ea?..hehehe.. reminder 4 me and u!!..huhu..
Sekian, ampun dan maaf kalau ada tersalah data dan info.

Harga Minyak tidak SeCemas Harga Diri

Salam..

Melihatkan saja tjuk artikel ini membuatkan saya teruja untuk membacanya..dan saya suka katakan bahawa saya sngt setuju dengan penulisan penulis ini..so.. saya petik beberapa rangkap/perenggan untuk santapan saya dan kamu!!..kalau nak baca lebih..bole la ke blog penulis asal sendiri..huhu..


“Kami nak harga minyak diturunkan”, desak ramai pihak.
“Kami mahu pendidikan percuma”, pinta sebahagian yang lain.
“Macam mana kerajaan baru Pulau Pinang nak pastikan Melayu tidak dipinggirkan, seperti Melayu Singapura?” soal ramai pihak dalam sehari dua ini.
Senarai permintaan orang ramai kepada kerajaan baru yang mula dibentuk di peringkat negeri, begitu panjang. Sepanjang manifesto pilihanraya sebagaimana yang dikempenkan.
Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, bertepuk sebelah tangan itu adalah angan-angan. Kita tidak mungkin dapat melihat perubahan jika hanya menyerahkan segalanya kepada kerajaan. Sebahagian daripada belanja besar yang menjadi liabiliti negara, datang daripada habit kita sendri.
Sikap kita yang masih jauh daripada bijaksana mengendalikan sampah sarap hasil rumah masing-masing, mendesak kerajaan dan alam sekitar untuk menanggung beban yang besar.
Sikap kita terhadap pemanduan di jalan raya yang tidak beretika, memandu mabuk atau secara emosional, menghasilkan masalah yang sangat membebankan perkhidmatan kesihatan negara kita.
Dan senarai itu berterusan.
Saya tidak khuatir dengan desakan rakyat kepada kerajaan untuk memperbaiki tahap ekonomi. Dengan integriti dan kemasukan bijak pandai baru ke dalam Parlimen dan DUN di negeri-negeri hari ini, proses itu boleh dijana dari semasa ke semasa.
Tetapi saya ada kebimbangan yang lebih besar.

MENURUNKAN KADAR JENAYAH
Bagi saya, kebimbangan terbesar adalah soal keupayaan kerajaan menurunkan kadar jenayah dan meningkatkan tahap keselamatan.
Inilah kehilangan terbesar di negara ini yang paling saya rasakan. Kejutan budaya yang saya alami sekembalinya ke tanah air selepas 11 tahun merantau, adalah pada kemerosotan tahap keamanan sosial.
Di kampung-kampung, warga emas tidak lena tidur kerana saban malam sentiasa sahaja ada keresahan tentang kejadian pecah rumah. Kecurian sudah sampai ke tahap orang malas mahu membuat laporan polis. Jika setiap hari ada kes bunuh, sejauh mana polis mahu melayan kes kehilangan basikal, besi pagar dipotong dan sebagainya.


DI MANAKAH SUDAHNYA?
Inilah yang menjadi kekhuatiran utama saya.
Apakah plan kerajaan yang baru untuk mengatasi masalah ini?
Bagaimanakah perasaan aman dan selamat boleh dipulihkan?
Apa formulanya?
Saya meyakini bahawa segala kebejatan ini adalah simptom. Ia adalah kesan daripada masalah yang lebih besar.


Allah mencipta manusia atas satu tujuan yang sangat spesifik. Apabila manusia hidup dengan tujuan yang lain, maka manusia menjadi rosak, malah mampu menjadi makhluk perosak. Dan apabila manusia rosak, mereka menjadi sampah. Dari situlah datangnya SAMPAH MASYARAKAT.

SAMPAH MASYARAKAT adalah terjemahan kepada kehidupan tanpa matlamat. Kehidupan yang hidup tanpa makna.
Saya yakin, formula untuk menyelesaikan segala kebejatan sosial hari ini, ialah pada membawa manusia kembali kepada kehidupan yang bermatlamat. Hidup yang ada makna.
Bekerja bukan sekadar cari makan, kerana makan telah membunuh banyak manusia.
Bekerja bukan sekadar untuk keluarga, kerana telah banyak keluarga yang binasa kerana pekerjaan ibu bapa.
Hidup bukan sekadar untuk makan, minum, kerja, rehat, kahwin… ia harus lebih dari itu semua.

MENGEMBALIKAN KEHIDUPAN BERAGAMA
Kepercayaan Kepada Tuhan…
Rukun pertama negara kita… hidup bertuhan.
Sudahkah Muslim mengambil Allah sebagai Tuhan dalam kehidupan mereka?
Bagaimanakah pula dengan yang bukan Muslim? Sejauh mana agama masih menjadi rujukan moral dan erti hidup mereka?
Atau manusia selesa hidup tanpa Tuhan? Atau bertuhankan sahaja kepada diri sendiri…
Saya meletakkan harapan yang tinggi untuk kerajaan baru ini mengangkat kembali soal agama.
Caranya, praktikalnya, strateginya… saya serahkan kepada kebijaksanaan pemegang kuasa.
Apa yang saya harapkan hanyalah kehidupan rakyat Malaysia yang tidak lagi pada menjadi hamba kepada diri sendiri. Manusia tanpa Tuhan, sama ada menjadi hamba kepada tuhan-tuhan kecil hidupnya, atau seorang demi seorang berlagak seperti tuhan!
Kembalilah kepada agama.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur


extra info:

4 syarat pelantikan pemimpin dalam Islam mestilah..

~seorang alim, taqwa dan zuhud

~seorang yg sempurna pancaindera, fizikal dan mental

~tidak meminta atau merayu untuk dilantik

~tidak meletakkan kepentingan dunia di hadapan..


waallahualam..

Sabtu, 15 Mac 2008

Tangisan Cik Hati..


Salam..


Tuhanku, ketika hati sedang menangis hanya Engkau saja yang tahu betapa merananya diriku tak mungkin yang lain tahu….
Tuhanku, ketika mereka meninggalkan aku sendiri terkapai-kapai ketika dunia tiada simpati. Kau tetap mendengar rintihanku..padaMu tempatku menagih kasih..ketenangan kurasa.. mendekatiMu syahdu malam tak terasa sunyi..
Tuhanku, ketika aku dalam kepayahankeseorangan dihimpit beban deritaKau beri aku kesabaran pengalaman mengajar erti kematanganlantas Kau membuka pintu hatiku untuk memberi kemaafan pada mereka yang pernah melukakanku..pada mereka yang terus melukakanku…dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…
Tuhanku,ketika aku buntu keliru dengan masa depanku kau berikan aku kekuatan.Kau tunjukkan aku jalan peluang kedua yang sungguh bermakna sebagai suluh hidupku menebus usia yang sia-sia mengganti semalam yang pergi memperbaiki kelemahan diri mempelajari pengajaran dari kesilapan menimbus kekecewaan dan dendam..
Hanya Kau saja yang mengerti hatiku terseksa sekian lama kini akhirnya bangkit semula melupakan episod terakhir dan menyambut lembaran baru…
Tuhanku Yang Maha Pengasih rahmatMu tak terkira syukurku melangit pun tak tercapai sungguh aku rasa berdosa kerana dulu sering terlalai semoga penyesalanku kau terima…

Ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah...ampuni aku Ya Allah... Ampunilah segala dosa-dosa kedua-dua ibubapaku dan ampunilah segala dosa-dosa guru-guruku, kaum kerabatku, saudara Islamku serta sahabat-sahabatku ya Allah.....limpahkanlah rahmatMu kepada kami Ya Allah...berikanlah petunjuk dan hidayahMu kpd kami Ya Allah...Ameen..

Ya Allah Yang Maha Penyayang


salam..
Dear Allah...,
Atas derita kami, nama-Mu sering kami salahkan.
Kami agungkan nama-Mu tanpa keikhlasan
Kami yang selalu berharap akan kebahagiaan
Tetapi ada-Mu sering kami abaikan.
Berharap selalu melakukan apa yang kami inginkan.
Berjuang untuk bebas mandiri
Tetapi dari-Mu kami menghilangkan diri
Kesana kemari, keperluan hidup kami kejar
Tapi untuk bertasbih menyebut nama-Mu,
Lisan ini tak pernah lancarKami selalu berpura-pura bahwa kami bebas
Melihat dunia tanpa rasa puas
Di suatu sudut pikiran kami
Kami menutup mata, bersembunyi
Berpura-pura bebas di lorong jiwa yang dalam.
Padahal tanpa-Mu kami meraba-raba dalam gelap kelam
Setelah kami dalam kegelapan tanpa diri-Mu
Kami merenungi diri dan menerima kenyataan
Bahwa hanya dengan berpegang teguh kepada-Mu
Kami mendapatkan kebebasan dan kebahagiaan yang kami inginkan.
Hendaklah kamu (me too!!) selalu ingatkan hati dan diri, apalah untungnya menurutkan hati dan nafsu yang merosakkan. Selalunya manusia memandang dan mengira nikmat yang tiada atau yang kurang. Jarang manusia merasai banyak pahala nikmat yang ada. Astgfirullahalazim..

Cita-Citamu??

salam..

semua manusia mempunyai banyak cita-cita,

namun tidak semuanya Allah kabulkan cita-cita itu

semua orang pasti berkata tentang cara meraih harta dan kekayaan..

padahal ketaqwaan kepada Allah merupakan sesuatu yang paling banyak faedahnya bagi diri..

i really love dis songz, lyrics by Raihan..

Carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa
Carilah cinta yang abadi
yang ada hanya padanya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu
Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi
Carilah cinta yang sejati
yang ada hanya padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa
Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu
Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi
Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada Tuhan-Mu
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta yang hakiki

Secebis pesanan buat Kaum Adam






salam..


wahai hmba Allah yg bernama lelaki..
kamu dibekalkan dgn 9 akal n 1 nafsu..
pandulah 9 akal mu itu utk mengawal 1 nafsu mu..
dan halangilah 9 akal mu itu dr menurut 1 nafsu mu semata2...
jauhi zina!!....
jauhilah kamu dr mewujudkan muqadimah zina..
sesungguhnya AZAB Allah itu pedih...
takutlah kamu kpd Allah...
nikmatNya dtg sebelom kemurkaanNya...
maka manfaatkan nikmatNya dgn sebaik2nya..
Allah itu Maha Penyayg..
sayangi dirimu....
jagnlah kamu menzalimi diri kamu sendiri semata2 hnya menurutkan kata hati yg berbisikan syaiton..
bertaubatlah wahai pewaris kaum Adam......
ingat ALLAH!!..ingt MAUT!!...
JAGALAH HATIMU....
Waallahualam...


"Ya Allah..aku berlindung padaMu dari seksa api neraka..aku berlindung padaMu dari azab kubur..aku berlindung padaMu dari fitnah al-masih dajjal..dan aku berlindung padaMu dari fitnah hidup dan Mati..Ya Allah..hanya padaMu aku bergantung harap Ya Allah"... Lailahailallah..

there's no God but Allah..

Usahlah bermegah dengan Kebaikan diri


Salam..

supaya fikir agama dan iman kembali..

Diriku zahir dan batin ini,..

Ya Allah ..Bukanlah hak milik kepunyaanku secara berhak atau secara mutlak.

Ianya milik mutlak Engkau dan kepunyaan Engkau yang mutlak.

Sebenarnya sedar atau tdak sedar, jaga atau tidur, mati atau hidup semuanya diatas kehendak Engkau..

itulah hakikat yang sebenarnya..

oleh itu, apa jua bentuk ketaatan yang aku lakukan zahir dan batin..

semuanya anugerah Engkau Ya Allah...ke atas diriku..

bukanlah ianya daripada diriku sendiri..

aku tidak mempunyai apa-apa...atau sesuatu yang untuk aku megahkan ..

atau untuk aku pamerkan ..

atau untuk aku persembahkan..

Jika bukan limpah kurnia RahmatMu..,

tiada daya upaya dalam apa jua halku walau sedetik atau sezarah..

orang yang bertawakkal untuk sampai kepada Allah dan terus memohon sesuatu dari Allah itulah...orang yang redho pada Allah..


reminder 4 me and u!!..huhu..InsyaAllah...

Kecil Hati




salam emosi....
1. Kecil hati adalah salah satu dari 44 warna emosi yang dibekalkan kepada manusia untuk digunakan semasa berada di dunia. Emosi adalah sebahagian dari hati, jiwa yang juga perantara Roh dan Jasad. Tanpanya manusia tidak dapat mengnikamati kepelbagaian suasana perasaan dan seterusnya menjadikan hidup tidak berwarna. Bagaimanapun kehadiran jiwa dan emosi, juga boleh menjadikan manusia berkebolehan menjadi jatuh ke taraf yang sangat rendah, sebagaimana firman Allah di surah At Tin berhubungnya.

2. Allah juga mengesahkan di dalam ayat yang lain, berhubung keadaan fitrah manusia yang sentiasa berada di dalam keadaan resah gelisah melainkan yang mengambil ubatNya. Penggunaan emosi marah banyak disentuh sebagai memberi laluan kapada syaitan untuk menguasai jiwa manusia. Kecil hati, besar hati, iri hati, makan hati, sakit hati, dan bermacam lagi semuanya berhubungkait dengan emosi dan jiwa manusia. Walaupun kebiasaannya dikategorikan sebagai sikap negatif, tidak dinafikan bila kita menggunakannya dengan berhikmah kepada diri, sudah pasti ia boleh menjadi sesuatu yang positif.

3. Bagaimana manusia boleh sampai berkecil hati? Kepada siapa sebenarnya ditujukan kekecilan hatinya itu? Atau lebih halus lagi, bagaimana manusia boleh sampai tidak dapat mengawal pengecilan hatinya kepada sesuatu yang berlaku di sekitarnya? Walaupun selalunya proses kecil hati ini berlaku semasa berhubungan sesama manusia (hab lum minan nas), kita perlu melihat lebih dalam dari jasad manusia itu, untuk memahami kecil hati bagaiman yang boleh menukar polariti pengunaan emosi ini?

4. Seperti yang pernah disentuh dalam artikel lepas, kepekaan yang positif adalah apabila ditujukan lebih kepada kepekaan akal rational berbanding akal emotional (hati). Tidak menggunakan emosi bermakna kita memasukan diri kita di dalam kategori tidak bersyukur, seperti petikan Ustaz, “Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur”, tetapi tidak dapat mengawal pengunaannya juga akan menjadikan kita, juga tidak pandai bersyukur. Tidak bersyukur pertama kerana tidak menggunakan ciptaan Allah dan tidak syukur kedua kerana tidak dapat menghayati petunjuk dariNya berhubung cara pengunaa emosi tersebut dengan betul.

5. Isu buat salah, tak buat pun salah ini banyak terdapat di dalam perlaksanaan ibadah kita seharian. Ambil tiang agama, iaitu sebagai ibadah paling utama yang mengetuai ibadah yang lain, Allah memberikan amaran juga kepada mereka yang bersolat, sekeras amaran kepada mereka yang tidak bersolat. “Berdoa syrik dan tak berdoa kufur”, adalah satu contoh lagi. Berdoa ibarat aysik mengarahkan Allah melakukan sesuatu untuk mereka, sedangkan Allah Maha Tahu apa yang Dia perlu buat, bersesuaian dengan Qodo’ dan QadarNya. Tak berdoa pula melambangkan kesombongan seseorang tidak mengharapkan bantuan dariNya.

6. Memahami Allah sebagai CEO sebagaimana terpahat dipemikiran Ustaz Hasrizal, membantu dalam merungkai permasaalahan ‘itu salah, ini pun salah’. Walaupun sangat terbatas tugas sebagai CEO kepada Allah, ia memberikan sedikit sebanyak kefahaman kenapa pengunaan emosi tidak boleh diketepikan begitu sahaja dan tidak boleh juga dibiarkan mengawal diri kita. Sebagai manusia kita diberikan pilihan dan petunjuk dalam melaksana tugas seharian kita di bumi ini. Dari permulaan kejadian yang terbaik (ahsanal takwim), terpulang kepada kita untuk menjadikannya yang terburuk (asfala sa pilin). Semuanya bergantung kepada memahami kehendak (iradah) dan ketentuan (qadar) Allah melaksanakan kerja ‘buat salah tak buat pun salah’.

7. Kalau kita berpanjangan berkecil hati selepas mendapat sesuatu yang baru pada akal rational kita, seperti petunjuk atau nasihat baru, maka kita sebenarnya gagal mengwal penggunaan emosi kita, dan kita sebenarnya tidak berhikmah kepada diri. Jauh lebih buruk dari itu, apabila tindak tanduk kita selepas itu, berlandaskan kepada kekecilan hati tersebut, yang membuatkan akal rational menjadi bukan pemain utama. Maka berterusanlah pengunaan ciri-ciri emosi bersilih ganti dari kecil hati kepada sakit hati menjadi iri hati dan pepatah Melayu menyudahkannya dengan ‘ikut hati … mati’

8. Yang menyulitkan sedikit adalah apabila yang mengharapkan perhatian itu terbena dari yang pandai memberikan perhatian. Kerana kebiasaannya memberikan pujian kepada orang lain (dengan tujuan disedari atau tidak, baik atau buruk) dia mengharapkan balasan yang sama kepada dirinya dari orang lain. Apabila tidak mendapat balasan yang sama, maka kecillah jadi hatinya. Sekiranya lintasan kecil hati itu, dapat memperbetul tujuan dia memberikan pujian kepada orang lain, positiflah kecil hatinya, sekiranya tidak, sebaliknyalah yang berlaku.

9. Pucuk pangkal, segala kerja dilaksanakan manusia tidak lari dari, yang menjadi tiga serangkai dalam agama, iaitu rukun Iman, Islam dan Ikhsan. Rukun Ikhsan menyatakan, untuk kita melaksanakan sesuatu seakan-akan Allah sentiasa melihat apa yang sedang kita lakukan. Iaitu kerana Dia. Kalau kita gunakan emosi kecil hati atau emosi-emosi lain kerana Allah, sudah pasti batasan menggunakannya telah digariskan di dalam buku panduan, Al Quran.

10. ‘Berhati-hati dan teruskan memberi perhatian’ bukan sahaja nasihat untuk kita semasa memandu kenderaan di jalan raya, tetapi jauh lebih penting semasa memandu kenderaan jasad kita di dunia menuju ke hari akhirat. Jangan sampai kenderaan jasad kita mendapat kemalangan ketika memecut laju, mengejar bayang-bayang di dunia, dan berkecil hati apabila tidak dapat pujian selepas menjadi pemandu berhemah, berbanding mendapat saman sekiranya menjadi pemandu tidak berhemah.

Terima kasih.


terima kasih kpd penulis asal ini..yang saya sendri pon tidak pasti siapakah gerangannya..maaf.. penulisannya amat bermakna bg sy..

Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi



“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.
“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.
Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.
Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?
Cinta Ilahi?
Tiada lagi cinta lelaki?
Wanita gila harta?
Hanya Allah sahaja yang ’setia’?
Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.
Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?
Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.
Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?
Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)
Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.
Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.
Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.
Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.
Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?
“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)
Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.
Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.
Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.
Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

ABU SAIF (penulis asal)

p/s: ya!!..saya sangat setuju dengan penulis asal (ABU SAIF) di atas.. InsyaAllah..perbetulkan niat.. perbaiki diri.. perbaharui iman setiap nafas...Suburkanlah cintamu pada Ilahi dengan zikrullah..InsyaAllah...

reminder 4 me and u!!huhu..

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah.Kemudian merekaberhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka :


Isteri : Mengapa abang menyukai saya?Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkansebabnya,namun begitu abangmemangmenyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?Bagaimana abang bolehkatakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnyatetapi abangboleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak!Saya hendakabang terangkan kepadasaya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya


Si suami menarik nafas panjang dan diaberkata'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk suratkepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan disebelah katilisterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :'


Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidakboleh mencintaimu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu....sekarangbolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.Kadangkala perkara tercantikdan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'

Warkah khas buat diriku dan dirimu..







Bismillahirrahmaanirrahiim...

Warkah ini kutujukan untuk diriku sendiri serta Saudara-Saudariku yang InsyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandang yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Warkah ini kutujukan untuk hatiku dan hati Saudara-Saudariku yang kerap kali terisi oleh cinta selainNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasan. Maka saat ini kurasakan kekecewaan dan kelelahan kerana yang kulakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Warkah ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa Saudara-Saudariku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa terbebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan, serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.Warkah ini kutujukan untuk ruhku dan ruh Saudara-Saudariku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabaikan sudah secara nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah rutin belaka, saat fizikal dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan, cuba lihat hatimu menangis dan merana?

Warkah ini kutujukan untuk diriku dan diri Saudara-Saudariku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih dihadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih hanyut terus dengan kefanaan.

Warkah ini kutujukan untuk hatiku dan hati Saudara-Saudariku yang mulai mati, saat tiada gentar ketika asma' Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan dilaluinya begitu sahaja, dan saat tiada rasa dosa ketika menzalimi diri dan saudaranya.

Akhirnya warkah ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya."

Adakah hari-hari yang mungkin aku boleh lari dari maut, hari yang ditentukan, dan yang tidak ditentukan. Hari yang tidak ditetapkan, akupun tak gentar dan hari yang ditentukanpun aku tak kuasa menghindarinya. Ku katakan padanya, ia telah terbang bertabur bintang. Dari para syuhada yang gugur yang tak kau pedulikan. Maka sesungguhnya engkau walau meminta penundaan meski sehari atas ajal yang ditetapkan padamu, tentu ia takkan mahu kerana itu bersabarlah saat menghadapi kematian kerana mengharapkan keabadian adalah sesuatu yang mustahil. "
(Disenandungkan oleh Ali bin Abi Thalib kala mengahadapi musuh-musuhnya).

Nota : Semoga boleh membangkitkan iman yang sedang mati atau 'jalan ditempat', berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. It works for me... and i hope same as you...Kembalikan semangat itu Saudara-Saudariku ..... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah". " Ya.. Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMu, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "
Wallahu'alam bisshawab

Renungan bersama..InsyaAllah


Jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika ia berniat menyakiti hati, dan dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan dari manusia yang mendapatkan penghargaan dengan jalan memperlihatkan kesalahan orang lain.Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburkannya. Akan tetapi apabila hati manusia kehilangan kedamaiannya, dimanakah dia akan menemukannya, bagaimanakah dia akan memperolehinya kembali?..."kejayaan manusia hanyalah dalam agama,taat perintah ALLAH & ikut cara Nabi Muhammad S.A.W"Sesungguhnya berdakwah adalah kewajiban bagi setiap Muslim. Sampaikanlah dariku walau satu ayat, kata Nabi Muhammad SAW. Manusia dalam kerugian kecuali orang yang saling nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran, begitu firman Allah dalam surat Al ‘Ashr.
Related Posts with Thumbnails