Selasa, 27 Oktober 2009
Satu kedatangan..
Jumaat, 23 Oktober 2009
Only..
Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquwwatal Matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhamal Rahimin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Subhanaallah.. Astaghfirullahalazim..
They always forget that..
only Allah can make them happy..
Masyaallah tabarakaallah..
They always forget that..
only Allah treat them with respect..
Masyaallah tabarakaallah..
They always forget that..
only Allah offer them good sustenance and blessings..
Masyaallah tabarakaallah..
They always forget that..
only Allah create pleasing views for them..
Masyaallah tabarakaallah..
They always forget that..
only Allah grant them a new lease on life every morning,
Masyaallah tabarakaallah..
They always forget that..
only Allah protect them from all dangers,
Masyaallah tabarakaallah..
They always forget that..
only Allah cure them when they are ill,
Masyaallah tabarakaallah..
They always forget that..
only Allah ease their pain and suffering through medicine,
Masyaallah tabarakaallah..
And that..
He owns everything that exists.
Masyaallah tabarakaallah..
Say!..
La ilaha ilaallah..
There is no god but Allah..
As all of the blessings and goodness..
that they experience..
come only..
only from Allah..
masyaallah tabarakaallah..
So, now.. please..
While thanking others for their help..
we should never forget that..
Our Lord has inspired them
to show us mercy and help us..
Subhanaallah.. Alhamdulillah..
So, now.. please..
we should direct all of our..
love..,
respect..,
sense of obligation..,
loyalty..,
and thanks..
to Him...
only to Him..
Alhamdulillah..
All Praise due to Allah..
Allahualam.
La haula wala quwwata ila billah..
Khamis, 22 Oktober 2009
Hebat!..

Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquwwatal Matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhamal Rahimin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Al-Hadid:20]
Kamu hebat!..
Yeke??..
Check balik.. check balik.. Astaghfirullahalazim..
Cikgu-cikgi yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Pemidato yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat
Pedebat yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Imam yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Hafiz hafizah yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Ahli politik yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat
Saintis yg hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Pendakwah yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Penulis yang hebat..
Belum tentu hamba Allah yang hebat..
Menteri yang hebat..
Belum tentu hamba Allah yang hebat..
Pemimpin yang hebat..
Belum tentu hamba Allah yang hebat..
Oleh itu,
Siapa pon anda disisi manusia..
Manusia yang hebat-hebat..
Belum tentu hebat disisi Allah..
Maka,
Kamu…Usahlah sombong..
dengan kehebatan dan keistimewaan masing-masing..
Kerana…
Segala-galanya
Adalah pertolongan dan milik Allah semata-mata!..
Nak uji kamu je tu..
Hebat dimata manusia pon ujian..
Tiada hebat dimata manusia pon ujian..
Kamu!.. Manusia-manusia..
Yang tiada tempat atau nama disisi manusia..
Usah sedih dan gelisah..
Itu semua tiada makna..
Usahlah bersedih hal-hal begitu..
Asalkan kamu seorang hamba Allah yang hebat..
Itu satu kecukupan yang hebat!..
Dari Dia Yang Maha Hebat..
Subhanaallah.. Maha Hebat Allah!..
ALLAHUMMA FAQQIHNA FIDDEEN. ALLAHUMMA AMEEN.
Selasa, 20 Oktober 2009
Segar..
Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquwwatal Matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhamal Rahimin
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia mengujimu, siapa di antaramu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS Al Mulk, 67:2)
Kamu nampak tak berapa nak segarla..
Kenapa muram dan berkerut je ye?
Kesian kamu…
Kamu busy sungguh ye..
Busy la sangat..
Astaghfirullahalazim..
Kamu risau apa?
Atau….?
Apa-apa je la..
Nak ubat?
Hmm..
… (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah… (QS. ar-Ra’d, 13:28)
Kamu sakit hati?
Ambil wudhuk dan zikrullah..
Kamu rasa nak marah?
Ambil wudhuk dan zikrullah..
Kamu tension?
Ambil wudhuk dan zikrullah..
Kamu stress?
Ambil wudhuk dan zikrullah..
Kamu sakit kepala?
Ambil wudhuk dan zikrullah..
Kamu rasa cemas?
Ambil wudhuk dan zikrullah….
Kamu dihantui rasa bersalah?
Ambil wudhuk dan zikrullah…
Kamu serba salah?
Ambil wudhuk dan zikrullah..
Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikan-Nya) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya). (QS An Naml, 27:73)
Zikirlah..
Urat-urat saraf dan sel-sel dalam badan kamu..
Sangat dahagakan zikrullah..
Dah lama kamu biarkan hati kamu berpuasa..
Berpuasa dari zikrullah..
Astaghfirullahalazim..
Jangan begitu..
Tuhan (yang menguasai) langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepada-Nya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)? (QS Maryam, 19:65)
Zikirlah..
Itulah asbab penyegar kamu..
Segar dari segala kezaliman diri..
Allahualam..
Ingat, sebesar-besar mana pon masalah kamu..
Allah Maha Besar..
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu..
Dialah sebaik-baik Pengurus Segala urusan..
Allahualam..
Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang, laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. (QS An Nur, 24:36-37)
Ha?!
Amacam?..
Hilang stress kan?
Asbab renung ayat-ayat Cinta Allah..
Sapa hilangkan stress kamu?
Sapa segarkan jiwa kamu?
Allah Taala.. Allahuakbar!
Masyaallah Tabarakaallah…
Allahualam..
La haula wala quwwata ila billah..
Astaghfirullahalazim..
P/S: ada org buat jokes dia kata SPSS tu System Penambah StresseS. Sapa wat tesis yg guna bende ni dia paham la.. Allahualam..
Isnin, 19 Oktober 2009
Mari Bersugi!
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Jumaat, 16 Oktober 2009
Sunyi?

Masyaallah Tabarakaallah..
Kamu sunyi?
Kamu kata kamu kesepian?
Sunyi dari apa?
Allahualam..
Kamu sebenarnya..
Sunyi dari manusia.. kan?
Kamu kan dah biasa dikelilingi..
Oleh manusia-manusia itu..
Gelak ketawa bersama..
Sedih duka lara pon...
Maybe bersama...
Kesimpulannya..
Kamu sebelum ini tidak berapa sunyi la kan?
Sebab ada mereka..
Sekarang kenapa kamu rasa sunyi?
Walaupun ramai yang kat luar tu..
Tengah riuh rendah..
Sibuk itu sibuk ini...
Bising je...
Xde pon sunyi..
Kenapa ni?
Tu....
Kengkawan kat sebelah..
Kenapa nak sunyi lagi?
Tahniah!
Saya ucapkan pada kamu yang kesunyian..
Tahniah!
Saya ucapkan pada kamu yang kesepian..
Eh!
Apasal dia ni..
Main ucap tahniah pulak..
Ntah apa-apa kan?
Ishk... tak patut.. tak patut..
Kamu..
Bersyukurlah..
Kesunyian..
Kesepian..
Itu hadiah kasih Sayang Allah..
Masyaallah.. Hebat Allah!
Sunyi itu..
Sunyi dari makhluk Allah..
Bukannya..
Sunyi dari Allah..
Bukannya..
Sunyi dari mengingati Allah..
Jika kamu sunyi dari mengingati Allah..
Itu sangat bahaya!..
Istighfarlah!..
Kekadang kamu itu..
Perlu disunyikan dari makhluk Allah..
Kenapa?
Barulah kamu nak riuh dengan zikrullah..
Jika dibiarkan kamu riuh oleh mereka..
Kamu mungkin sunyi dari Allah..
Astaghfirullahalazim..
Kamu tu kan suka sangat lupa dan lalai..
Astaghfirullahalazim..
Kesimpulannya apa?
Kesimpulannya..
Kamu ucaplah Alhamdulillah..
Dikala saat apa pon kamu berada!..
Bahasa Cinta Allah..
Yang munkin kekadang kita xpaham..
Tapi, yakinlah!
Bahasa Cinta Allah..
Sangat indah!..
Ada faham?
Alhamdulillah..
Moga Allah fahamkan kamu..
Allahumma Ameen..
Rabu, 7 Oktober 2009
Ditolak..
Segala-galanya adalah milik Allah dan dalam kekuasaan Allah.
Bila permintaan kau ditolak..
Bila tawaran kau ditolak..
Bila jemputan kau ditolak..
Bila bodek kau ditolak..
Bila pujukan kau ditolak..
Bila keinginan kau ditolak..
Bila hajat kau ditolak..
Bila kedatangan kau ditolak..
Bila senyuman kau ditolak..
Bila kebaikan kau ditolak..
Bila nasihat kau ditolak..
Bila pinjaman kau ditolak..
Bila keperluan kau ditolak..
Bila kepentingan kau ditolak..
Bila hak kau ditolak..
Bila pertolongan kau ditolak..
Bila permohonan kau ditolak..
Bila usaha kau ditolak..
Bila kerja kau ditolak..
Bila kau ditolak…
Ditolak oleh siapa?
Mereka-mereka itu..
Maka! Ucaplah..
Alhamdulillah..
Ucap apa?
Alhamdulillah..
Lagi sekali..
Alhamdulillah..
Tolakan yang kau terima itu..
Adalah kerana kasih sayang Allah..
Sengaja Allah tidak mahu kau jinak..
Jinak dengan selain dari Allah..
Dia Maha Penyayang..
Kerana atas saratnya Kasih SayangNya lah..
Dia mahu kau hanya bersandar padaNya..
Semata-mata!..
Bersandar pada siapa?
Bersandar dan harap hanya pada Allah semata-mata!..
Allahuakbar..
Dalam HATI mau ada Dia!
Biar ditolak manusia..
Jangan ditolak Allah..
Astaghfirullahalazim..
Usah sedih!..
Dia tahu apa yang terbaik buat kau..
Senyumlah.. kerana Dia sayang kamu!
Masyaallah.. manis pon senyuman kamu!
Senyum itu sedekah!.. Alhamdulillah
Masyaallah Tabarakaallah..
Khamis, 17 September 2009
busuk!..
Jumaat, 11 September 2009
kad raya..
Cari Perut Lain...
Dalamnya..
Kisah seorang usahawanita berjaya -Pn Rozita Pengasas Sendayu Tinggi.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Ahad, 6 September 2009
khosyah..
Wahai diri yang jahil lagi lalai! Malu lah kamu!.. Astaghfirullahalazim..
Khosyah itu lebih khusus daripada al-Khauf. al-Khosyah= takut + pengagungan, khauf= takut .Bukanlah orang yang takut Allah itu orang yang menangis lalu mengesat air matanya, sebaliknya orang yang takut Allah ialah orang yang meninggalkan apa yang ditakuti akan dipersoalkan oleh Allah. Astaghfirullahalazim..
p/s: Syukron pada sahabat tersebut yang memberi mesej dan video ini pada saya via ym. jzkk. Alhamdulillah. pendek tapi sentap!. Alhamdulillah. Allahuakbar!..
Sabtu, 5 September 2009
liar..

halal haram semua masuk sekali..
tunduklah pandangan tu sikit..
menangis mengenang dosa yang bertimbun..
Sabtu, 29 Ogos 2009
kita..
Subhanaka faqina 'azabannar..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firmanNya): "Bukankah aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". [Al-Araf:172]
Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam). [Al-An'am:98]
Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya); [Yassin:78-79]
Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan) dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina) dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah. [Al-Fathir:11]
Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang? [Al-Mursalat:20]
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. [Al-Ala:2]
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. [Al-Hajj:5]
Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? [Nuh:14]
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. [Al-Mu'minun:14]
Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (Ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Al-Imran:6]
Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. [As-Sajadah:9]
Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (Empat) pasangan (jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? [Az-Zumar:6]
Astaghfirullahalazim.. La hau la wa la quwwata ila billah.

