Isnin, 22 Mac 2010

stamina

jom jogging!.. tingkatkan stamina.. huhu.. Astaghfirullahalazim..


Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquatal Matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhaman rahimin

Bismillahirahmanirahiim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang merugi."
(Surah al-A'raf ayat 23)

Allahuakbar!..
hmm.. sangat letih..
sangat kurus ...
sangatlah kurang stamina IMAN kamu..
Astaghfirullahalazim..

Ada satu syair Arab akibat buruknya yang di datangkan oleh dorongan nafsu :

Apabila nafsu di taati pada setiap ketaatan,
Engkau digelar orang tak berakal dan tak dihormati!
Bila kau turuti nafsu pada setiap ajakannya,
Ia membawamu kepada keburukan yang haram!
Hawa nafsu itu musuh bagimu,
mengingkarinya adalah teman.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna, maka Allah mengilhamkan (menunjukkan) jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya."
(Surah As-Syams ayat 7-10)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik."
(Surah Al-Ankabut ayat 69)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan mencegah dirinya dari hawa nafsu, maka Syurgalah tempat kediamannya."
(Surah An-Nazi'at ayat 40-41)

Kamu..
Apakah ciri-ciri seseorang itu mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan ciri-ciri ia mendapat kemurkaan Allah?

Nabi Musa a.s. pernah bertanya kepada Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Ya Rabbi, bagaimanakah saya akan mengetahui samaada seseorang itu Kamu cintai dan redha ataupun kamu benci dan murka?".

Jawab Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Bila sahaja Aku cinta dan redha kepada seseorang maka Aku permudahkan baginya untuk berzikir kepada-Ku dan Aku pelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang haram, sebaliknya bila Aku benci dan murka kepada seseorang maka akan Ku lalaikan ia daripada memperingati-Ku dan Aku biarkan ia dikuasai oleh hawa nafsunya supaya terjerumus melakukan perkara-perkara yang haram sehinggalah ia layak menerima siksaan dan balasan-Ku".

Akhir kata marilah kita renungkan kata-kata nasihat Al-Fudail bin Iyadh ;
Ingatlah daripadaku lima perkara :
1.Apa sahaja yang mengenaimu, maka katakanlah itu Qada' dari Allah supaya engkau tidak menyalahkan makhluk.
2.Jagalah lidahmu supaya semua makhluk selamat dari lidahmu dan engkau selamat dari siksa Allah.
3.Percaya pada janji Allah mengenai soal rezeki supaya engkau menjadi seorang yang Mukmin.
4.Bersiap-siaplah untuk menghadapi mati supaya engkau tidak mati dalam keadaan leka.
5.Berzikirlah pada Allah sebanyak-banyaknya supaya engkau terpelihara daripada dosa."

Ayuh!.. tingkatkan stamina IMAN kamu!..


sumber: CemerlanG

Ahad, 21 Mac 2010

hati-hati

Ooopss!!. jgn terlangar itu lembu.. kesian.. kamu salah! sebab xhati-hati.
Hati-hati dijalan raya HATI .


Bismilahirahmanirahiim..


"Worry about ALLAH
and what HE Wants you to do
and HE will Take Care of your other worries."
- Syeikhuna Nuh Ha Mim Keller حفظه الله تعالى


Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..

Apa Khabar Iman Kamu?
Ahaakssss!..
Hopefully.. berada dalam ketenangan..
Tenang dalam keTaqwaan kepadaNya.
Insyaallah..

hmm..
kamu ni..
suka sangat buat apa yang kamu suka..
its ok if kamu buat apa yg kamu suka..
as long as.. apa yang kamu buat tu..
Allah pon turut suka..
ada kamu kesah ke?
Allah suka ke xsuka apa yang kamu lakukan tu?
ha!
kena la kesah ye..
sangat2 kena kesah!
kamu tu siapa nak buat xkesah dengan Allah..
cuba cakap sikit!..
Astaghfirullahalazim..

hmm..
kamu.. kamu...kamu...
bertaubatla...
insafla..
eee... geli saya dengan kamu ni..
tolongla malu...
malu hilang....
ishh... parahla lagutu....
Astghfirullahalazim..

Hati kata Sayang Allah
mulut kata Cinta Allah
perbuatan?
kelaku?
tindak tanduk?
nawaitu?
Aduh!
huduh la kamu ni..
huduh sungguh perangai!

Cinta Allah..
Rindu Allah..
Sayang Rasulullah..
macam2 lagi ayat bunga kamu ye..
cantek dah tu...
Alhamdulillah..
tp.....!!
amboi!..
buat jugak apa yg dilarang!
buat jugak perkara yang boleh mengeruhkan Hati!
Aduh!..
huduh la kamu ni...
huduh sungguh perangai kamu ni..

kamu? ok ke tu?..
Jangan termenung....
merenung ye... renung dalam-dalam..
tolong ye...
Allah tau ye apa dalam Hati kamu...
Allah Maha Tahu!
HATI-HATI dengan gerakan HATI kamu.
Setiap nafas kamu dalam KekuasaanNya.
Selamat berhati-hati..

Dah2..
pergi Cuci..
berkarat sangt dah tu..
eeee....

Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..

La haula wala quwwata ila billahi..

Khamis, 11 Mac 2010

telan!..

Jangan telan gunting ye.. telan marah xpa..bagus!


Astaghfirullahalazim.. Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Insyaallah..

kamu..
kenapa ni?
ada masalah ke?
owh...
kot ye pon..
jangan la sampai begitu sekali..
dah hilang seri muka..
hehe...

kamu.. kamu..
kamu ni...
macam budak-budak la..
cuba bawak banyak bersabar sikit..

erm..
kenapa ni?
cepat marah?
cepat melenting?
cepat geram?
kenapa cepat sangat tu?
tangkas betul kamu ye..
huhu..

hmm..
sabar..
sabar..
sabar..
istighfar banyak-banyak ye..
ingat Allah..
ingat Allah..
ingat Allah..
istighfar lagi...
berulang-ulang..
tanpa jemu..
lafazkan nya dihati dan dimulut..
lafazkannya..
jangan malu-malu..
istighfar..
istighfar..
istighfar ye kamu..


cuba cerita apa masalah kamu?
mereka tak paham situasi kamu?
xpe.. Allah kan ada..
Allah paham kamu..
mereka buat kamu marah?
xpe.. Allah kan ada..
Allah sejukkan hati kamu..
mereka sakitkan hati kamu?
xpe.. Allah kan ada..
Allah ubatkan hati kamu yang sakit tu..
Allah pemujuk terbaik.. Subhanaallah..
lagi apa?
apa masalah kamu tu?
kamu geram dengan kerenah mereka tu?
amboi...
macam la kerenah kamu tu bagus sangat dengan Penciptamu..


Rasulullah s.a.w. pernah menerangkan:
"Mahukah kalian mendengar saya terangkan perkara yang menambahkan kemuliaan dan meninggikan martabat." Sahabat baginda menjawab: " Mahu, wahai Rasulullah!" Baginda pun berkata: "(Yang menaikkan martabat ialah) anda bersifat hilm terhadap orang yang memperlakukan anda sebagai orang bodoh, anda memaafkan orang yang menzalimi anda, memberi kepada orang tidak sudi memberi apa-apa kepada anda, menyambung silaturahim dengan orang yang tidak sudi mempunyai perhubungan dengan anda."
(Riwayat Al- Tabrani)

masyaallah tabarakaallah...

hmm.. amacam?
sedarlah kamu..
usah buat perangai huduh..
untuk membalas perbuatan huduh terhadapmu..
eh.. jaangan la..
jangan la begitu ye..
jangan la sama-sama beraksi huduh..
sampai bila nak selesai kan?
ingat Allah kamu...
kamu...
dengaq sini baek-baek..
ingat Allah...
ingat Allah..
ingat Allah..
nak Kasih Sayang Allah kan?
ha!..
jangan buat perkara huduh ye!.
ok?! jelas?
ha.. Alhamdulillah...

Sapa tenangkan hati kamu tu?
kamu.....
sapa yang tenangkan kamu?
Alhamdulillah..
Pastinya Allah Yang Maha Penyayang..
menenangkan hati kamu..
Subhanaallah..

kamu...
pujila Allah..
Pujila Allah..
dengan sebanyak-sebanyak pujian..
La haula wala Quwwata ila billahi...
Astaghfirullahalazim..

kamu!
marah lagi?
jangan la marah yang xsepatutnya..
telan rasa marah tu!
telan saja!
walaupun pahit!
sebentar cuma rasa pahit tu..
betoi!!...
lepas tu..
kamu sabaq.. sure manis!
betoi!
telan la rasa marah kamu tu..
sebelum kamu ditelan oleh itu nates!
semoga berjaya menelan!


p/s: nates (setan)

Sabtu, 6 Mac 2010

Cantik!..

Subhanallah -taman tasik taiping-


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirahmanirahiim..

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(Surat al-An'am: 162)

Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..

Lailahailaallah Muhammadrasulullah.
Astaghfirullahalazim...

kamu!..
Apa khabar?
dah lama tak dengar berita ye..
Astaghfirullahalazim..
dah lupa ke?
Oppss!!.. Allahuakbar!
Astaghfirullahalazim..

lupa tujuan!
lupa misi utama!
lupa kerja itu!
lupa habes!
lupa semua?!
niat kemana..
amal kemana..
ha!..
kenapa?

kamu!..
what's your problem ha?
oh.. no.. no.. no..
tak bole biar macamtu...

Hati!..
hati diserang jerebu..
jerebu mnaksiat semakin hari..
semakin tebal..
kenapa?
Astaghfirullahalazim..

Oh.. well..
tolong check..
tolong check..
tolong check..
Astaghfirullahalazim..
tolongla...
tolong cuci..
tolong edit..
tolong cantas apa yg patut!..
tolong cuci balik itu hati!
banyak kotor maa...
eee..
Astaghfirullahalazim..
make up cantek-cantek..
make it berseri-seri..
cantikkan Hati..
untuk Maha Cantik!
La haula wala quwwata ila billahi..

cantikkan Hati..
cantikkanlah ia wahai kamu!..
boleh kamu?..
kamu pasti boleh!
katakan!
katakan tanpa jemu!..
katakan dengan bersungguh-sungguh dan nekad!..
"hati saya cantik dengan zikrullah"
"hati saya cantik dengan zikrullah"
"hati saya cantik dengan zikrullah"
"Tiada dalam hati saya melainkan Dia Yang Maha Cantik!"
Allahuakbar!

Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..

Tiada alasan untuk tidak bangun semula!
dah! bangun segera..
Dia Maha Penyayang..
Maha Hebat Limpahan RahmatNya..
Masayaallah tabarakaallah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Malulah kamu.. malulah padaNya..
Astaghfirullahalazim..

La haula wala quwwata ila billahi. Alhamdulillah.


Related Posts with Thumbnails