Jumaat, 30 April 2010

Benar Dia..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bismillahirahamanirahiim..

Astaghfirullahalazim..


Dia...

Dia memang hanya Dia..

Ku s’lalu memikirkanNya

Tak pernah ada habisnya


Benar Dia, benar hanya Dia

Ku s’lalu menginginkanNya

Belaian dari RahmatNya

Memang hanya Dia

Harta yang paling terindah

Di perjalanan hidupku

Sejak derap denyut nadiku

Memang hanya Dia

Indahnya sangat berbeda

Ku haus merindukanNya


Ku ingin kau tahu isi hatiku

Dialah yang terakhir dan terawal

Tak ada yang lain hanya Dia

Tak pernah ada

Takkan pernah ada

Benar Dia, benar hanya Dia

Ku s’lalu menginginkanNya

Belaian dari CintaNya

Memang hanya Dia

Indahnya sangat berbeda

Ku haus merindukanNya...


Lailahailaallah Muhammadrasulullah..

Astaghfirullahalazim...


# Kredit utk lirik asal lagu Takkan pernah ada dari Geisha

Khamis, 22 April 2010

Si Penghukum...




Bismillahirahmanirahiim..


"Lari 3 round ditapak perhimpunan sekarang!" ahaksss..
"erk.. saya malu la cikgu.."
"hurm.. tau malu.. so what?"
"erm. sy janji saya akan siapkan kerja saya"
"hurm.. no.. no.. no.."
"dah banyak kali dah saya beri peluang kat kamu.."
"erm.. betoi cikgu.. kali ni.. betoi punya"
" oh, no.. no.. no... stop it your hot drama ..dear~"
"erk... bukan drama cikgu.. ni rancangan realiti~"
"dont play play with me ya~.."
"ok.. let's go baby.. wanna see u build your 6 packs there!" ahakss..
" erk.. 6packs tu apa?"
"do it now!" (dgn pandangan mata yang sangt tajam)
"erk.. baeklah...aduh!"....


well... baru tau rasa malu rupanya~ huhu.. Astaghfirullahalazim...


menghukum..
tak bererti benci..
tak bererti dendam..
tak bererti meluat...
tak beerti geram..
tak bererti marah melampau..

menghukum..
mahu beri pengajaran..
mahu beri peringatan..
mahu beri kesedaran..
mahu "open your eyes"
mahu "open your hearts"
mahu koyak plastik kemalasan kamu..
mahu lastik kotak kejahilan kamu..

menghukum..
tanda sayang..
tanda kasih...
tanda kesian..
tanda keinginan..
melihat kamu berubah..

menghukum..
stage terakhir..
setelah buihan nasihat..
setelah gandaan warning..
setelah amaran demi amaran lembut..
masih tidak cair?
apa lagi?
hukum dia!
mata-mata lain melihat...
seakan zalim...
ya.. dilihat mmg zalim..
tp.. itu yg tersurat..
yang tersirat?
siapa tahu?
jika nmpak.. tiadalah prasangka...
Astaghfirullahalazim..
tentulah ada sebab dalam sesuatu hal..


bersyukulah kamu wahai orang-orang yang dihukum..
kerana masih ada yang sudi menghukum kamu...
itu tandanya..
pedulisme masih wujud..
kasih sayang masih ada...
kasih untuk bawa kamu sama-sama dalam era kejayaan..
kejayaan dunia dan akhirat..


Si Penghukum..
jangan kecewa diCop title apa pun..
usah gelisah dengan gelaran bombastik itu..
tidak perlu cepat melatah dengan tohmahan rakan sekerja yang lain..
yakinlah pada diri..
biar dihentam pelbagai pihak..
janji kamu tahu..
janji kamu yakin...
apa yang terbaik...
dan sesungguhnya..
hanya Dia Pemerhati Terbaik..
hanya Dia Penilai terbaik..
Dia tahu segalanya..
cukup hanya Dia...
that's it!


Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[Al-An'am:162]



Ahad, 18 April 2010

Sendirian..




Sendirian bersamaNya...
satu keinginan..
satu kenikmatan....
satu kepuasan...
satu kedamaian...
satu perpisahan duka lara...
satu pertemuan mengasyikan..
satu pertalian Cinta..

Sendirian bersamaNya..
bukan bermakna..
kamu lari dari mereka...
yang lari..
hanyalah hatimu..
lari menujuNya..
fokus tepat padaNya..
lebur kegersangan hatimu..

Sendirian bersamaNya..
bebas dimana jua...
ditengah-tengah mereka juga...
diizinkan sendiri bersamaNya..
kenapa tidak..?
Jasad bersama mereka..
hatimu bersama Dia...

Sendirian bersamaNya..
sendirianlah bersamaNya...
kau pasti.. menagihnya...
kerana Dia teman setia..
susah dan senangmu..
suka duka mu..
hanya Dia yang tahu..
dimana jua..

ALLAH
ALLAH
ALLAH
ALLAH
ALLAH
ALLAH
ALLAH

Sebutlah.. namaNya.. berulang-ulang mengikut denyut nadimu..
Ingatlah Dia.. nescaya Dia ingat akan mu.. PASTI!
Alhamdulillah. La haula wala quwwata ila billahi..
Astghfirullahalazim...

Sabtu, 17 April 2010

Ada??...





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Bismillahirahmanirahiim..


Adakah anda seorang yang mengingati ALLAH S.W.T setiap masa dan ketika?

Sekerap manakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W?

Sejauh manakah anda mendidik diri anda agar patuh dengan suruhan dan larangan ALLAH S.W.T?

Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?

Adakah anda merasa kesal di atas dosa –dosa yang telah anda lakukan?

Pernahkah anda merasa riak atau takbur di atas kebaikan-kebaikan yang anda lakukan?

Bagaimanakah anda manifestasikan kesyukuran anda terhadap segala nikmat yang dikurniakan
ALLAH S.W.T terhadap anda?

Sudahkah anda berpuashati dengan apa yang dimliki oleh ummat Islam sekarang?

Sejauh manakah usaha anda di dalam merealisasikan konsep amar ma’ruf nahi munkar dalam kehidupan seharian?

Sudahkah anda berdoa untuk kesejahteraan ibubapa, keluarga dan sahabat anda?
Adakah anda membantu orang lain kerana ALLAH S.W.T?

Adakah anda menjaga mata, telinga, mulut, dan anggota badan lain dari melakukan maksiat?
Adakah anda mngabaikan kewajipan menepati masa terutamanya dalam menunaikan solat fardhu?

Adakah anda berniat untuk melakukan solat tahajjud pada malam ini?
Adakah anda ingin memperbaiki diri anda dengan menjadi lebih baik untuk hari esok?
Adakah anda berwudhuk sebelum tidur?

Sudahkah anda membaca al-Qur’an pada hari ini?

Sudahkah anda bersedia menghadapi kematian?


ASTGHFIRULLAHALAZIM...

Khamis, 15 April 2010

Solehahnya Isteri..



Bismillahirahmanirahiim...

Posted by abubasyer

Ada yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), mempunyai ilmu Islam yg tinggi atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.


SUMBER: cemerlang (tq! utk koleksi simpanan dlm blog sy. Alhamdulillah)

Rabu, 14 April 2010

Yang jauh Yang dekat..


Bismillahirahmanirahim..
Astaghfirullahalazim..

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? [Al-An'am:132]

Zahirnya itu jauh...
Batinnya itu dekat..

Lahirnya itu dekat..
Batinnya itu jauh..

Yang jauh dirindui..
Yang dekat no feel..

Yang jauh lots of story..
Yang dekat no story..

Yang jauh banyak komunikasi...
Yang dekat kurang komunikasi..

Yang jauh dekat di hati..
Yang dekat jauh di hati..

Yang jauh terbayang-bayang..
Yang dekat no bayang..

Yang jauh rasa dekat..
Yang dekat rasa jauh..

Subhanaallah.. hebat itu feeling...
Siapa yang create itu feeling??
Masyaallah Tabarakaallah..
tentulah..
Allah Yang Maha Penyayang..

Pandang itu jalan lurus...
jalan terus..
no kona-kona..
kiri or kanan..
why?
if you ter"kona"..
you akan ralit (lalai)..
so..
lambat sampai destinasi..
destinasi yang diidamkan...
manusia bertaqwa!..
Subhanaallah..

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). [An-nisa': 174]



Astaghfirullahalazim.. Allahualam..

hint: Yang jauh = akhirat , Yang dekat = dunia

Jumaat, 9 April 2010

Blackout..




Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? [Al-Furqan:27]

Bila hati penuh maksiat..
segalanya gundah gulana..
melainkan sudah biasa..
Astaghfirullahalazim..

Bila hati penuh maksiat..
makrifatullah kabur..
jerebu di mata hati..
baik buruk seperti sama sahaja..
tiada beza..
Astaghfirullahalazim..

Bila hati penuh maksiat..
bicara sudah berubah..
Insaf kepada meloyakan..
Astaghfirullahalazim..

Bila hati penuh maksiat..
kegedikan melampau..
tiada malu tiada sipu..
gah melakukan apa saja..
tanpa melihat batas-batasnya..
sapu sahaja..
Astaghfirullahalazim..


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (Surah Ali Imran: 133-136)
Related Posts with Thumbnails