surah An Nisa:
[148] Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[149] Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
[150] Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang) berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu.
surah Al Hujurat:
[12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
[13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA SAHAJA !!
> Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan > seseorang kepada orang lain. > Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud > "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu > perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) > Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk > apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama > pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. > Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti > memakan daging saudara seagama. > Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging > saudara sendiri. > Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan > diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. > Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi > orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan > menerima pembalasannya diakhirat. > Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana > mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan > zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. > Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya > sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya > dan Ibnu Hibbad) > Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi > sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. > Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya > diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas > perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah > S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman > dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu > mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban > saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan > mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat > Abu Daud) > Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada > rekod amalan mereka akan > dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. > Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah > seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum > itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api > memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. > Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar > apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya > didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah > datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah > melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang > yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". > Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan > kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan > kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. > Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha > mengelakkan diri daripada melakukannya. > Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada > mengumpat.
> *Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.Ilmu yang > bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang > mengajarkannya meskipun dia sudah mati.
> Sekian .........
> di susun oleh, Dr Ani merangkap Pensyarah Ahli Forum Perdana Seluruh Dunia
> dan University Al-Azhar
Astaghfirullahalazim...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan