Sabtu, 28 Februari 2009

surat lagi..


SURAT CINTA BUAT SeorANG HAWA

Cemburu ku lihat sang pungguk memadu rindu dengan sang bulan
Cemburu ku lihat sang helang terbang berdua-duaan
Cemburu jua aku pada si belangkas yang hidup berkasih-sayang
Tapi aku terus kepiluan... Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu...

Kuterbang bebas dalam duniaku...
Ibarat sang helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur, berani...
Kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini
Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki
Kuterbang setinggi-tingginya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan, tanpa ada dinding yang menghalang...
Tatkala sesekali, bayu kencang menerjah, kuterbang rendah...

Hawa...
Bukan kutewas dengan bayu nan kencang
Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan
Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat...
Kutidak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku...
Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan Cuma.
Kau tahu Hawa, aku jadi derita...

Hawa...
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan
Ku bawamu bersama dalam kepayahan
Kau memarahiku dengan egoku
Kau leteri semahumu
Tanpa kau dengari kalamku
Andainya hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan
Kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan...

Namun tatkala egomu menjadi egoisme
Maka di situ aku perlukan teguran
Terbang di langit tanpa batasan, sering ku terbabas, hilang arah dan panduan
Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan, agar aku tetap terbang di awanan
Menjadi jaguh helang terbilang
Tapi tafakurku sejenak di pepohonan...

Hawa...
Kau diciptakan indah, bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja
Bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya
Tapi dari rusukku, dekat dengan dadaku untuk dilindungi, dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai...

Hawa...
Dulu, kuperlukan mu sebagai teman berbudi
Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi
Kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabah diri
Tapi kini, keindahanmu yang sering kupuja, kau salah erti...
Kau tampil menghiburkan duniadengan susuk tubuhmu yang menggiurkan...

Kaumku kekaburan
Matanya bertelanjang
Hatinya lemas ditelan keasyikan
Ah, memang kaumku suka mengambil kesempatan!
Tapi kenapa kau jual dirimu bak barang pameran?
Di mana hilang malumu yang menjadi hias pakaianmu?

Tidakkah kau tahu, tubuh montokmu menjadi hidangan enak buat mata, tetapi racun bagi jiwa
Aku bisa terhumban ke neraka kerananya
Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda
Air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melemahakan iman...

Oh, Hawa......
Aku rindukanHawa yang dulu
Malu, terjaga, terpelihara.....

Hawa...
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok
Perlu berhati-hati untukku luruskan
Lantaran itu, kudatang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki...
Bukan juga untuk mengugut dengan paruh berbisa...
Tapi supaya direnung bersama
Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri...

Dengarlah bisikan kasihku
Sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu...
Sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Khadijah, setabah Fatimah...

Hawa...
Namamu indah, biarpun di mana, di segenap jiwa
Kaulah ibu, terukir kasih di paparan dada
Kaulah kekasih, dirindui saban ketika
Kaulah puteri, pengubat duka, penyejuk mata
Kaulah adik, pemberi semangat paling berguna
Kaulah mukminah, terukir indah di setiap dada...

Ketahuilah Hawa...
Kau kupuja...
Kerana dari rahimmu melahirkan kaumku yang berhati waja
Kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dengan terjaga
Kerana kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara
Kerana kaulah ladang tanaman, taman nafsuku yang bergelora
Kerana kau adalah hiasan, paling indah dari dunia seisinya...

Maka, kudatang padamu Hawa...
Membawa ubat dengan penuh cinta
Ubatilah dirimu...
Agar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam
Dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap
Agar bukan sahaja ku dapat menongkah angin nan kencang
Bahakan sayap kukibar penuh bangga
Mencipta angin...
-Adam-

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails