[Ditulis sebagai respons kepada komen yang diberi dalam sebuah forum maya.]Assalamualaikum.
Jumaat, 20 Mac 2009
PPSMI - dasar yang maha GAGAL?
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Ya Awwalan Awwalin Ya Akhira Aakhirin Ya zalquatal matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhamal Rohimin. selawat ke atas Nabi..
Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim..
Saat ini saya sangat sedih, sebak, kecewa dan sangat tercabar..
Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. (Annajm:43)
Teringat ayat sahabat saya dalm entrinya yang berbunyi begini.: "Allah Maha Sweet. Allah yang membuatkan butir-butir air mata itu gugur. Allah yang membuatkan hati saya begitu tersentuh.................. Allah. Segalanya Allah."
Ya! Allah Maha Sweet!.. Allah yang membuatkan mutiara jernih air mata ini gugur.. Allah yang mmbuatkan hati saya sangat tersentuh saat saya membaca artikel berkaitan isu PPSMI dalam beberapa buah blog. Alhamdulillah.
Sebelum waktu Asar mengetuk pintu..
Saya berchatting dgn seorang sahabat baik saya yang sekarang sedang study di Indonesia dalam bidang perubatan. Alhamdulillah. Seperti biasa kami bertanya khabar masing-masing. saya bertanya khabar final examnya dan dia pula bertanya khabar microteaching mathematic saya. Alhamdulillah. kedua-duanya memberi respon yang baik. Alhamdulillah.
Bermualalah disini, kami berdiskusi sedikit mengenai PPSMI.
A: awk tau kan psal PPSMI... ape pndapat awk sbg pendidik?
SAYA:if sy fikir dr segi budak u (UNIVERSITI)... sy say.. ok ja... tp, if sy dlm tahap budak sekolah rendah... saya say no.. because... saya rasa kesian sangt... mereka mungkin ssh nak faham. tp.. saya xtau la nak komen apa. Sy lebih prefer dlm bm... memudahkan Kedua-dua pihak... iaitu guru dan pelajar. saya tgok adek saya.. kesian dia... (ayat saya time ni.. saya masih ragu-ragu dan masih lagi berbelah bagi.. tetapi setelah lama berdiskusi.. saya rasa sangt tercabar dan malu. Dimana tanggungjawab saya sebagai seorang bakal guru?!. Dimana sensitivity saya sebagai bakal pendidik anak bangsa?!.. Astghfirullahalazim..)
Suara dr pensyarah-pensyarah sy yang membantah PPSMI : " matlamat utama kita belajar dan mengajar sains dan matematik adalah berdasarkan 'content' dan 'concept' nya. Untuk memantapkan konsep kita perlu menyampaikannya dalam cara yang mudah difahami dan mudah disampaikan."
PPSMI - dasar yang maha GAGAL?
Ya! saya katakan ya... Astaghfirullahalazim.. kenapa saya berkata begitu?.. Allahualam. maaf. sy tdk pandai berhujah dan berdebat. Apa yang saya ingin bawakan ialah asbab sebuah artikel ini berjaya menyentuh Hati saya. Alhamdulillah. Dibawah ini sedikit muqadimah kepada artikel tersebut.
Kala jiwa rakyat marhaen memberontak memohon agar pengajaran dan pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dihapuskan DAN di kala jiwa pemerintah pula bermati-matian mempertahankan PPSMI...hati dan jiwa ini turut menjerit pilu!Aku rakyat marhaen dan perjuanganku selari dengan rakyat marhaen. Namun penentanganku terhadap PPSMI bukanlah semata-mata kerana aku rakyat marhaen.
Penentanganku adalah kerana aku seorang ibu dari sebuah negeri terpencil, Terengganu yang telah turut merasai peritnya perubahan mengajar dan melihat kemerosotan anak-anakku di dalam matapelajaran Sains dan Matematik setelah sistem itu diperkenalkan! Jiwa kecilku telah lama memberontak.. Hari ini hati kecilku kembali menangis dan merintih. Menangis dan merintih dengan sebuah kisah yang begitu menyayat hati dan menyedarkan diriku.
Rupanya bukan sekadar aku seorang ibu yang merasai jerih-payahnya 'sistem pemusnah bahasa ibunda' itu tetapi lebih-lebih lagilah guru-guru kampung yang selama ini berjuang mendidik anak-anak bangsa untuk mengenal huruf dan angka!
Kubawakan kisah ini yang telah diceritakan oleh seorang hamba Allah berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang guru sementara... [Baca selanjutnya.. klik di sini. Saya sangat-sangat menggalakkan anda membaca artikel ini sepenuhnya kerana ianya sangt menyentuh Hati dan asbab ini mungkin membuat anda berfikir sejenak. Allahualam.]
ok.. ada lagi satu artikel yang saya ingin bawakan untuk anda..
Matematik, Sains, dan Bahasa
[Ditulis sebagai respons kepada komen yang diberi dalam sebuah forum maya.]Assalamualaikum.
[Ditulis sebagai respons kepada komen yang diberi dalam sebuah forum maya.]Assalamualaikum.
Saya anak kampung, hanya berkenalan dengan sains dan matematik (dan hampir semua benda) dalam Bahasa Inggeris apabila memasuki kolej persediaan ke luar negara. Sekarang saya dalam tahun ketiga pengajian perubatan di Manchester dan saya tidak pernah berasa tersangkak kerana 17 tahun pertama dalam hidup saya, tidak menikmati sajian elit bernama PPSMI.
Sehubungan dengan itu, saya pasti beratus-ratus malah beribu-ribu(puluhan ribu?) graduan universiti dalam dan luar negara, sejak Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi pendidikan di Malaysia, mampu menyatakan perkara yang sama.
KAMI TAK PAYAH BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS PUN BOLEH BERJAYA DAN MUNGKIN LEBIH BERJAYA.
Saya tidak mahu meminta maaf apabila membuat pernyataan bahawa PELAJAR YANG BERMASALAH SEWAKTU TRANSISI ADALAH PELAJAR YANG BERMASALAH DALAM BAHASA INGGERIS. Bukan bermasalah kerana terperanjat tiba-tiba bahasa yang menjadi perantara bertukar. Jadi penyelesaiannya, seperti yang sudah dilaung-laungkan dan akhirnya dilongkangkan dahulu, bukanlah dengan menukar bahasa perantara, tetapi MEMPERKASAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS.
PPSMI sebenarnya bertujuan untuk mencapai apa? Mahu menghasilkan pelajar-pelajar yang pandai berbahasa Inggeris atau menghasilkan pelajar-pelajar yang pandai Matematik dan Sains?
[baca selanjutnya?. sila klik di sini. TQ!]
Hmm.. bagaimana?.. nak lagi?.. Cari sendiri... Semoga anda mendapat input yang berguna asbab blog saya ini. Insyaallah. Alhamdulillah. Astaghfirullahalazim.. Allahualam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan