Ahad, 12 Julai 2009

kamu, guru?



Telah berkata Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali dalam kitab beliau Bidayatul Hidayah:


"Jika engkau seorang guru, maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:




1. Ihtimal (banyak SABAR menanggung kesusahan)




2. Lambat marah- Marah orang beriman hanyalah apabila MARUAH AGAMA & HAQ-HAQ ALLAH DICALAR & DIROBEK-ROBEK




3. Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala




4. Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Ta'ala kecuali terhadap ORANG YANG ZALIM kerana menegahkan daripada kezalimannya




5. Memilih tawaddhu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai




6. Meninggalkan bergurau dan bermain-main




7. KASIH SAYANG dengan murid dan LEMAH LEMBUT dengan yang kurang pandai.- Jangan sesekali memaki hamun pelajar-pelajar anda lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.




8. Membimbing murid yang lemah




9. Tidak memarahi murid yang bodoh/ lembab.




10. Tidak malu daripada berkata "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya)- Tidak jatuh air muka kita, tidak tercalar darjat kita... jika kita berani mengatakan "aku tidak tahu"... bahkan atas kejujuran menyatakan "aku tidak tahu" tersebut, boleh jadi akan naik martabat kita pada pandangan manusia...




11. Memberi perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik




12. Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya




13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah




14. Melarang murid daripada 'ilmu yang boleh memudharatkan




15. Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari Allah dengan 'ilmunya




16. Melarang murid daripada menuntut 'ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut 'ilmu yang fardhu 'ain. Dan 'ilmu yang fardhu 'ain itu ialah yang berkenaan membaikkan zahir dan batin dengan taqwa.




17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi 'amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya ('ilmunya).






sumber perkongsian : Raudahtul Jannah

5 ulasan:

marha90 berkata...

"aku tidak tahu" sudah mnjd fatwa dan sudh cukup mmberi jwpn jika kita x tahu..jgn kita dok sombong sedangkan kita xtahu...=)
syukran!

Hawa Mahabbah berkata...

Masyaallah La quwwata ila billah. Alhamdulillah. Allahumma faqqihna fidden. ameen. =)

ABDUL LATIP berkata...

Memang benar seperti yang dikatakan Imam Al Ghazali itu. Sekiranya semua guru dapat mengamalkannya alangkah hebatnya guru itu.

hawa mahabbah berkata...

Insyaallah pak latip... :)

Zahrah Az Zahrawi berkata...

salamu'alaykum..
ukhty,
menarik mklumat ni..
mhn dicopy buat tatapan abah n ummi..
sbb ia mampu mndidik guru2 dn mreks yg mngajarkn ilmu..
=) ilmu dr Allah slayaknya hnya Allah yg mrasa sombong..
bkn mnusia yg trnyata lemah smata..
alfu syukran~
nice>3!

Related Posts with Thumbnails