Rabu, 12 Ogos 2009

bertenang..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

bertenang..

Nak bertaubat kena ada ilmu. Cari la ilmu. Cari lah cara-cara yang sebenarnya untuk bertaubat. Supaya taubat itu ada nilainya disisi Allah Taala. Barula taubat itu ada saham yang mantap. Allahualam. Bertafakurlah. Bertafakurlah. Bertafakurlah. Berfikir tentang diri kamu sehari-hari. Astaghfirullahalazim. Jika kamu dapati diri kamu senang dengan ibadah dan amalan baik, maka perlulah bersyukur sebanyak-banyaknya. Memuji-muji Sang Pencipta Yang Maha Penyayang. Subhanaallah. Kamu perlu ingat, kebaikan yang kamu lakukan itu adalah limpahan rahmat dariNya semata-mata. Subhanaallah. La hau la wala quwwata ila billah. Ulangi sebutan “la hau la wala quwwata ila billah”. Sematkan dalam hati kamu. Supaya kamu jelas akan kekerdilan kamu. Dan kamu amat jelas keAgungan Tuhanmu. Subhanaallah. Alhamdulillah.

Jika Allah berkehendak seseorang hamba itu melakukan kebaikan; maka dicampakkan dalam hati-hati hambaNya itu berminat dalam hal-hal agama. Paham agama itu penting. Jika nak paham kena tahu dahulu. Setakat tahu tapi tak paham tak bole jalan. Tak bole. Mesti kena paham. Baru cantek pembawakan diri kamu sebagai muslim. Subhanaallah. Alhamdulillah. Allahumma faqqihna fiddeen. Ameen. Seterusnya Allah tawarkan hati-hati hambaNya itu dengan hal-hal dunia. Dan, Allah nampakkan kesalahan dan dosa-dosa diri hambaNya itu. Terang lagi bersuluh. Alhamdulillah. Nikmat rohani yang Maha Indah diberiNya. Kenang. Kenang. Dan kenang dosa yang bersalut pada diri. Lalu menangislah si hamba itu. Subhanaallah. Maha Penyayang Dia. Alhamdulillah.
Cantek aturanNya. Terserlah Maha Bijaksananya Allah Subhanaallahu wa Taala. Kita lahir dalam keadaan seorang diri. Maka kita kembali pon dalam seorang diri. Jelas? Jadi mengapa mesti bersandar pada makhluk lagi? Bersandarlah hanya padaNya. Astaghfirullahalazim. Jika kamu dapati hari itu kamu melakukan dosa. Maka perlulah kamu cela nafsu mu yang maha buas itu. Astaghfirullahalazim. Jika kamu taat, maka celalah diri kamu kerana tidak taat sebaiknya. Mengaku dirimu lemah dihadapanNya. Mohonlah padaNya dilindungi diri dari derhaka dalam ketaatan. Na’uzubillah.
Siapa yang mengenali dirinya, maka Insyaallah dia mengenal Tuhannya. Mengenali sifat Tuhannya Yang Maha Pengasih. Subhanaallah. Hinalah diri kamu yang berdosa itu. Jangan sampai dirimu senang dengan maksiat. Tidak ada perasaan langsung tatkala mendengar nasihat dan ayat-ayat Cinta Allah. Astaghfirullahalazim. Risaulah kamu dari kekerasan hati. Kebutaan hati. Matinya hati. Allahuakbar!. Lindungilah kami dari itu. Astaghfirullahalazim. Istighfarlah. Istighfarlah. Istighfarlah. Malulah kamu padaNya. Allahuakbar. Astaghfirullahalazim.
Usah memberi ruang pada kehinaan diri yang amat teruk dengan merasa diri baik. Astaghfirullahalazim. Memang la sangat tidak sesuai. Tidak bertempat lagi tersasar jauh. Astaghfirullahalazim. Puji-Pujian datangnya dari Allah, hanya untuk Allah, kepada Allah, dan kembali hanya pada Allah. Puji lah Allah dengan sebanyak-banyak pujian. Itu baru bertempat lagi tepat!. Allahuakbar. Sesungguhnya merasa diri baik telah menggembirakan makhluk Allah yang satu ini. Musuh nyata dari dulu. Sapa tu? Sapa lagi. Syaitan. Bersorak riang si syaitan kerana berjaya membawa kamu ke lorong ria’. Udah-udahla diskaun yang diberi pada syaitan dan nafsumu selama ni. Astaghfirullahalazim. Come on!. Ikhlas la. Ikhlas la. Ikhlas la. Amal lillahi. Dan Amal billahi. Allahuakbar!.


Dialah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [40:65]

Allahualam. Astaghfirullahalazim. La hau la wa la quwwata ila billah.

2 ulasan:

tlz berkata...

perkongsian yg sgt menarik. Hati manusia sentiasa di bolak balik, mana tahu kita beriman selagimana kita tidak diuji.

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD berkata...

Salam..em btul tu "tlz"..em hati manusia mudah lemah dek persekitaran yg berlaku..yg mana terkadg di atas dan terkadg d bawah..ibarat roda..=)..untuk memperbaiki org lain perlulah perbaiki diri sendiri dahulu..barulah hati tenang dlm menyampaikan dakwah dan mg dakwah tg d beri tercapai..=)..takbir!! Allahuakhbar!!

Related Posts with Thumbnails