Khamis, 17 September 2009

busuk!..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquatal matin Ya rahimal masakin Ya Arhamal rahimin..

Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Ameen.



Astaghfirullahalazim..

Bagaimana kau ingin merasa hamba Allah..

jika kau masih didalam penjara nafsu...

Astaghfirullahalazim..


Bagaimana kau ingin merasa hamba...

jika kau masih mengejar kemulian dunia..


bagaimana kau ingin merasa hamba...

jika kau masih mengejar kemuliaan akhirat..


bagaimana kau ingin merasa hamba..

jika kau masih memandang pada dirimu...


bagaimana kau ingin merasa hamba..

jika kau masih berbangga dengan ibadahmu..


bagaimana kau ingin merasa hamba..

jika kau lalai melihat kelalaianmu..


bagaimana kau ingin merasa hamba...

jika dunia bersarang dihatimu...


Allahuakbar...

duhai hamba...

hamba yang lupa daratan dan lautan..

lupa dirimu hanya hamba..

kekadang sedar diri sebagai hamba...

tapi,

sikap itu tidak menunjukkan sifat hamba..

aduhai hamba...

Astaghfirullahalazim...


Sedarlah...

kamu tu..

ibarat tong!

tong apa?

tong kosong?

tong sampah?

tidak...

lebih mantap dari tong kosong dan tong sampah..

ala.. tong apa?!

kamu itu..

sebijik macam..

tong tahi..

sedar?!..

Astaghfirullahalazim..

hari-hari kerja buat tahi..

ishk.. apa ni?!..

tak sopan la...

Astaghfrirullahalazim..

tak sopan ye?

kalau tak sopan dengan Allah..

tak dak masalah pulak ye?

Astaghfirullahalazim..

ya... kamu tu memang..

memang tong tahi..

semua jenis tahi kamu kumpul..

tahi mata..

tahi hidung..

tahi gigi..

tahi mulut (air liur)..

tahi telinga...

tahi kulit (daki)..

pendek kata...

variety of tahi lah ada pada kamu!...

sedar tak lagi?

kamu tu sapa?

kalau dah sedar..

still lagi mau sombong?

nak sombong lagi?

kamu ni perasan saja lebih!

busuk la kamu ni...

busuk sungguh...

dapat beribadah pon sombong..

tak beribadah pon lagi sombong...
tak malu betoi..
tak malu.....

la hau lawala quwwata ila billah..

apa ni?...

nak lawan boss ke?

hamba apa macam ni?

hamba apa tu..

kalau nak rasa besar dari Tuhan...

la haula wala quwwata ila billah..

Astaghfirullahalazim...

fikirlah..

zikirlah..

Astaghfirullahalazim...



Di pertengahan jalan, Imam Syafie berhenti dan melihat ke langit. Beliau menbaca:


"Tanpa kemulianMu Yang Agung,

Aku hanya bisa berdiri dengan hina.

terhadap samudra rahsiaMu, aku tak punya ilmu.

aku menundukkan kepala menekuri dosa-dosaku..

aku membentangkan tangan mengharap

hujan dermaMu dan kasihMu.

di telaga nama-namaMu yang indah,

segala prosa dan puisi tenggelam.

sejak hari "Alastu", orang-orang dungu terhadap namaMu,

lalu Kau ajari mereka nama-nama itu.

kamu telah minum serbat cinta dan belas kasihMu,

hingga kami tidak lapar dan tidak haus."



Selamat hari raya! Hari yang kaya raya dengan zikrullah. Mari merayakan Zikrullah! Allahuakbar!..

Jumaat, 11 September 2009

kad raya..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
kad raya dan duit raya dalam dunia blog..
dari blog setiasahabat .. Alhamdulillah.. syukron..
Astaghfirullahalazim.. macam2..


tulus iklas dari setiasahabat


Kad raya, kad raya jugak.. kad 10 malam akhir RamAdhan jangan dilupa!..
1,2,3... pecut!!.. Allahuakbar!
Ya Allah, Berilah kekuatan kepada kami untuk menghidupkan malam dengan bermunajat padaMu.. Tundukkan kami dalam dakapan CintaMu.. Ingatkan kami untuk mengingati dan merinduiMu selalu.. Berilah rezeki kepada kami yakni HATI yang bertaqwa kepadaMu.. Lindungilah kami dari KemurkaanMu, dan redhailah kami didunia dan akhirat. Allahumma Ameen..

Cari Perut Lain...



Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan. sebuah kisah lagi yang ingin saya kongsikan bersama anda.. email dari seorang sahabat. Insyaallah kita ikuti kisahnya.. Alhamdulillah.

Cari Perut Lain..

Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai tanggungjawab kamilah. Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya. Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami dibuatnya. Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih. Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa. Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung. "Dah sembahyang?" suami saya bertanya. "Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekupmukanya. "Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran. Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Takapalah..h..h. .. Adik boleh usaha lagi." "Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai." "Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut. "Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya. "Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulangajalah!" saya menyampuk. "Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!" "UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha." "Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!" "Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni.""Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan. "Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik. "Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan. "Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak. Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2. Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram."Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya. "Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar Kasih- Sayang ," kata saya. Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara. "Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya. "Kerana Kasih- Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih- Sayang . Adik tak besar dengan duit! "Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir.... . Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum. "Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau. Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.


Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu...- terharu sungguh..... ..!!Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadis Qudsi, Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad, kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini......."

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk"

wahai Tuhanku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu.. kami lah hamba yang mengharap belas darimu.. Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa... ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia "


Alhamdulillah.. begitulah kisahnya.. Insyaallah sama-sama amek iktibarnya. Selamat berkasih sayang!.. Alhamdulillah.

Waallahualam.. la haula wala quwwata ila billah.

Dalamnya..



Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pandanglah dengan mata hatimu..

Bacalah sambil hati berhubung dengan Allah..

Renungkanlah..

Betapa dalamnya Kasih Sayang Allah..

Masyaallah.. Subhanaallah.. Alhamdulillah..

Insyaallah. Saya kongsikan kepada anda kisah ini;


Kisah seorang usahawanita berjaya -Pn Rozita Pengasas Sendayu Tinggi.

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.


Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.


Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah


Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.


“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.


Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.



Ahad, 6 September 2009

khosyah..

Alhamdulillah. la hau la wala quwwata ila billah.
Wahai diri yang jahil lagi lalai! Malu lah kamu!.. Astaghfirullahalazim..

Khosyah itu lebih khusus daripada al-Khauf. al-Khosyah= takut + pengagungan, khauf= takut .Bukanlah orang yang takut Allah itu orang yang menangis lalu mengesat air matanya, sebaliknya orang yang takut Allah ialah orang yang meninggalkan apa yang ditakuti akan dipersoalkan oleh Allah. Astaghfirullahalazim..



p/s: Syukron pada sahabat tersebut yang memberi mesej dan video ini pada saya via ym. jzkk. Alhamdulillah. pendek tapi sentap!. Alhamdulillah. Allahuakbar!..

Sabtu, 5 September 2009

liar..


Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [An-Nisa:111]

liarnya kamu..
bole tumpang tanya?
kamu puasa ke tidak?

Astaghfirullahalazim..
liarnya mata kamu..
tengok sana tengok sini..
halal haram semua masuk sekali..
kenapa bole jadi macam ni?
Astaghfirullahalazim..
tunduklah pandangan tu sikit..
jagala mata tu..
merayap je keje nye..
menangislah..
mata tu jangan dibiarkan sangat..
sekali sekala kena bagi menangis..
kenapa nak menangis pulak ni?
bagi menangis saat mengingati Allah..
takut pada Allah..
menangis mengenang dosa yang bertimbun..
setiap nafas keja kutip dosa ja..
apa nak jadi?
Astaghfirullahalazim..

liarnya mulut kamu..
cakap sana cakap sini..
mengumpat sana mengumpat sini..
aduh! hot story tak habis habis..
ayat kotor tak nak tinggal lagi..
apa nak jadi?
Astaghfirullahalazim..
istighfarlah..
istighfarlah kamu!..

liarnya telinga kamu..
pasang telinga sana pasang telinga sini..
cerita hal orang, laju je telinga pi tadah..
muzik melalaikan jadi pilihan..
rock kapak, cintan cintun manusia, apa lagi?
semua kamu nak bantai sekali..
kenapa ni?
Astaghfirullahalazim..
dengarlah bacaan ayat-ayat quran..
dengarlah apa-apa yang patut..
asbab untuk percambahan IMAN kamu..
Astaghfrullahalazim..
liarnya hati kamu..
ingat sana ingat sini..
ingat "abang encem" yg tak sah
ingat "adek manja" yang tak sah
sibuk mengingati macam-macam hal
yang melalaikan dari ingat Allah..
apa semua ni?
Astaghfirullahalazim..
ingatlah Allah..
ingatlah Allah..
ingatlah Allah..
Mohon ampun padaNya..
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun..
Dia Maha Penyantun..
Dia Maha Penyayang akan hamba-hambaNya..
Allahuakbar..
malulah kamu..
wahai insan yang berdosa..
Astaghfirullahalazim..


LA HAU LA WALA QUWWATA ILA BILLAH.
ALHAMDULILLAH.
WAALLAHUALAM.
Related Posts with Thumbnails