Jumaat, 11 September 2009

Cari Perut Lain...



Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan. sebuah kisah lagi yang ingin saya kongsikan bersama anda.. email dari seorang sahabat. Insyaallah kita ikuti kisahnya.. Alhamdulillah.

Cari Perut Lain..

Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai tanggungjawab kamilah. Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya. Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami dibuatnya. Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih. Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa. Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung. "Dah sembahyang?" suami saya bertanya. "Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekupmukanya. "Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran. Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Takapalah..h..h. .. Adik boleh usaha lagi." "Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai." "Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut. "Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya. "Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulangajalah!" saya menyampuk. "Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!" "UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha." "Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!" "Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni.""Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan. "Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik. "Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan. "Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak. Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2. Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram."Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya. "Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar Kasih- Sayang ," kata saya. Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara. "Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya. "Kerana Kasih- Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih- Sayang . Adik tak besar dengan duit! "Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir.... . Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum. "Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau. Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.


Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu...- terharu sungguh..... ..!!Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadis Qudsi, Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad, kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini......."

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk"

wahai Tuhanku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu.. kami lah hamba yang mengharap belas darimu.. Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa... ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia "


Alhamdulillah.. begitulah kisahnya.. Insyaallah sama-sama amek iktibarnya. Selamat berkasih sayang!.. Alhamdulillah.

Waallahualam.. la haula wala quwwata ila billah.

2 ulasan:

Zaren berkata...

semoga Allah merahmati keluarga anti dunia dan akhirat.
semoga anak-anak anti membesar menjadi hamba yang menyejukkan hati ibu-bapanya.

umar berkata...

sekeh je budak tuuu :P

Related Posts with Thumbnails