Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquwwatal Matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhamal Rahimin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Al-Hadid:20]
Kamu hebat!..
Yeke??..
Check balik.. check balik.. Astaghfirullahalazim..
Cikgu-cikgi yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Pemidato yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat
Pedebat yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Imam yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Hafiz hafizah yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Ahli politik yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat
Saintis yg hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Pendakwah yang hebat..
Belom tentu hamba Allah yang hebat..
Penulis yang hebat..
Belum tentu hamba Allah yang hebat..
Menteri yang hebat..
Belum tentu hamba Allah yang hebat..
Pemimpin yang hebat..
Belum tentu hamba Allah yang hebat..
Oleh itu,
Siapa pon anda disisi manusia..
Manusia yang hebat-hebat..
Belum tentu hebat disisi Allah..
Maka,
Kamu…Usahlah sombong..
dengan kehebatan dan keistimewaan masing-masing..
Kerana…
Segala-galanya
Adalah pertolongan dan milik Allah semata-mata!..
Nak uji kamu je tu..
Hebat dimata manusia pon ujian..
Tiada hebat dimata manusia pon ujian..
Kamu!.. Manusia-manusia..
Yang tiada tempat atau nama disisi manusia..
Usah sedih dan gelisah..
Itu semua tiada makna..
Usahlah bersedih hal-hal begitu..
Asalkan kamu seorang hamba Allah yang hebat..
Itu satu kecukupan yang hebat!..
Dari Dia Yang Maha Hebat..
Subhanaallah.. Maha Hebat Allah!..
ALLAHUMMA FAQQIHNA FIDDEEN. ALLAHUMMA AMEEN.
2 ulasan:
kebanyakkan manusia skrg apa bila diberi sedikit kelebihan oleh ALLAH SWT mudah lupa, riak , takabur dan menyakiti sesama manusia huhuuhu.............
masyaallah tabarakaallah.. syukron ara atas komen yg diberi. moga2 kita sentiasa dibimbing oleh Allah ke jalan yg diredhaiNya dan dijauhi dr kemurkaanNya. Allahumma ameen..
Catat Ulasan