Isnin, 19 Oktober 2009

Mari Bersugi!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"Kejayaan hanya dengan mentaati perintah Allah dan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w"

Insyaallah marilah kita beramal dengan sunnah Nabi yang satu ini.. iaitu bersiwak.
Saya tahu kamu suka klik dan baca.. kan? jadi kamu bole baca secara lebih lagi mendalam di sini dan di sini juga. Ada dua laman saya syorkan untuk kamu tatap dan baca tentang kayu sugi, bersugi dan seangkatan dengannya. Masyaallah best info-info dari link tersebut. Baca ye! Insyaallah! Alhamdulillah.

saya nak sarankan terutama pada muslimat ye.. muslimat kan lemah sikit.. dalam lemah-lemah tu pon ketegaq(degil) jugak ye..huhu (muslimat diseluruh dunia jangan la amek hati, tibai diri sendiri sebenaqnya ni.. huhu) Astaghfirullahalazim..

sejak akhir-akhir ni (dekat tempat sy la.. Allahualam) banyak pulak bunyi histeria la, disihir la, disantau la, di ganggu la.. dan macam-macam lagi yang melibatkan gangguan oleh makhluk Allah yang "itu".

jadi wahai kaum hawa yang kusayangi intan payung.. marilah kita ikut apa nabi cakap. kalau doktor bagi ubat bijik besaq-besaq (eee.., saya tak reti telan) yang tampak mengerikan.. kamu bole percaya... kenapa bila nabi bagitau kamu pertikaikan?kenapa? ha!, jawab jawab.. sila jawab.. Astaghfirullahalazim.. Patutnya, apa Nabi cakap tu la lagi kamu kena percaya!.. Astaghfirullahalazim..

mari mencegah dari merawat.. dah kena!.. hmm... Apa nak buat?.. Allahualam..

xpala.. yang dah kena tu lain cerita.. ujian kasih sayang Allah pada kamu.. banyak sungguh hikmah nya tu.. jangan sedih pulak.. kuatkan semangat dan ingat Allah banyak-banyak dan kena la ikhtiaq p berubat ye. Insyaallah. Allah la sebaik-sebaik pelindung kamu. Allah Maha kuasa. makhluk xdak kuasa. kena Yaqin tu ye.. Insyaallah..

So...,
In times of difficulties, Dont ever say, "O Allah, I have a big problem". but instead " Hey problem! I have a big God (Allah S.W.T)" and... see... Insyaallah everything will be alright.. Alhamdulillah.. masyaallah tabarakaallah...

Antara asbab untuk dinding diri dari gangguan syaitan ialah menjaga ADAB TIDUR dan BERSUGI. ditekan sekali lagi! menjaga ADAB TIDUR dan BERSUGI. Bersugi tu guna kayu sugi yang original tu la. bukan kayu sugi plastik ye (berus gigi). Allahualam.

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari).


Allah Sebaik-baik Pelindung!

Jadi selamat beramal!.. Allahumma faqqihna fiddeen. Ameen.

Astaghfirullahalazim.. La haula wala quwwata ila billah.

4 ulasan:

cikgu munie berkata...

Subhanallah, terlalu indah jalan yang Allah bukakan, tapi kita yang abaikan semuanya, semua ini agenda YAHUDI laknatullah supaya kita tinggalkan sunnah nabi, sebab mereka sebenarnya takut dengan kekuatan yang ada pada umat Islam satu ketika dulu, tapi sekarang mereka dan boleh ketawa besar sebab umat Islam hari ini dah ikut telunjuk Yahudi..

nauzubillah!

Hawa Mahabbah berkata...

masyaallah tabarakaallah.. mantap dan bertenaga sungguh ulasan dr cikgu munie.. hehe. Alhamdulillah. selamat beramal ye!.. =). info sikit lagi.. secara sunnah potong bulu kayu sugi yg dah kita guna tu dlm 3 hari sekali. Allahualam... la haula wala quwwata ila billah.

Bijan berkata...

Allah.. memang tidak boleh dinafikan! cantik lagi teratur.. ilmu dan amal ibarat pensil dan buku :P seingat saya banyak sangat kelebihan bersugi.. insyaAllah nanti saya kongsi serba sedikit dia punya fadhilat bersugi..

Hawa Mahabbah berkata...

Masyaallah tabarakaallah..
Alhamdulillah. sangt2 dialu-alukan apa2 perkongsian yang patut dikongsi!. Alhamdulillah. Insyaallah sama2 beramal.. syukron bijan. Alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails