Khamis, 19 November 2009

Malu tapi Mahu!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquatal Matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhamal Rahimin.


“Dari Abdullah bin Busr t dia berkata: Sesungguhnya seorang laki-laki berkata: “Wahai Rasulullah! sesungguhnya syari’at Islam telah banyak aku terima, oleh karena itu, beri tahulah aku sesuatu hal buat peganganku”. Beliau bersabda: “Tidak henti hentinya lidahmu basah karena dzikir kepada Allah (lidahmu selalu mengucapkan) [Shahih Tirmidzi: 3/139 dan shahih Ibnu Majah: 2/317.]

َ

Ibnu Atho’illah berkata: Tiada engkau menyintai sesuatu melainkan pasti engkau menjadi hamba dari apa yang engkau cinta itu dan Allah tidak suka engkau menjadi hamba selain daripada-Nya.


Zikrullah merupakan pintu Cinta akan Allah.


Kamu malu tapi kamu mahu..

Kamu malu, malu dan malu!

Tapi kamu mahu, mahu dan mahu!

Lailahailaallah..


Kamu ingin menyatakan cinta..

Oh, kamu malu tapi mahu..

Lailahailaallah..


Kamu ingin menyatakan rindu..

Oh, kamu malu tapi mahu..

Lailahailaallah..


Kamu ingin menyatakan sayang..

Oh, kamu malu tapi mahu..

Lailahailaallah..


Kamu ingin menyatakan kerisauan (takut)..

Oh, kamu malu tapi mahu..

Lailahailaallah..


Kamu ingin menyatakan debaranmu..

Oh, kamu malu tapi mahu..

Lailahailaallah..


Kamu ingin menyatakan malumu..

Oh, kamu malu lagi! tapi mahu..

Lailahailaallah..


Kamu malu tapi kamu mahu..

Kamu malu, malu dan malu!

Tapi kamu mahu, mahu dan mahu!

Lailahailaallah..


Kamu memang pemalu kan?

Pemalunya kamu! huhu..

Alhamdulillahi rabbil’alamin..


Kamu mahu menyatakan..

Kamu mahu meluahkan..

Sudahlah..

Dia sudah tahu..

Dia memang tahu..

Dia Maha Tahu!

Lailahailaallah..


Kamu malu kerna kamu tahu..

Kamu tahu ke? Allahualam..

Malu kamu kerana..

Bicaramu tidak seperti kamu malu..

Turutmu tidak seperti kamu sayang..

Ingatanmu tidak seperti kamu rindu..

Langkahmu tidak seperti kamu takut..

Sujudmu tidak seperti kamu Cinta..

Aduh! Kamu malu.. kamu mahu!

Astaghfirullahalazim..


Mahu, mahu dan tetap mahu!

Mahu Cinta-Nya!

Mahu Rindu-Nya!

Mahu Sayang-Nya!

Mahu Redha-Nya!

Mahulah kamu untuk malu pada-Nya!

Lailahailaallah Muhammadrasulullah..


Kamu..

Jangan pernah malu..

Untuk merasa malu..

Malu pada Allah!

Kerana malu mu itu..

Hadiah kepada hatimu..

Oleh Yang Maha Menguasai..

Yang Maha Sarat Limpahan RahmatNya..

Subhanakaallahumma..

La haula wala quwwata ila billahi.


Sekali lagi, Zikrullah merupakan pintu Cinta akan Allah.


(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya; Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat. [Al-Qalam:42-43]


Malulah kamu sebelum kamu dimalukan! Astaghfirullahalazim..


6 ulasan:

kahfi8 berkata...

~ Sungguh menyentap! ~

Hawa Mahabbah berkata...

Alhamdulillah. la haula wala quwwata ila billah. =)

Kamal Zharif bin Kamaludin berkata...

mengandungi makna tersirat dengan besertakan gmbar itu..
boleh tahu, mana dapat gmbr tu?

mylife-mysin-myfate berkata...

satu nasihat yang bagus untuk difikirkan n kembali ke pangkal jalan

Akh Ahmad Safuan ibn. Abdul Razak berkata...

salam.. wah,peening juga ana membacanya.. kena baca 5-6 kali baru paham..

Hawa Mahabbah berkata...

waalaikumusalam waahmatullahi wabarakatuh..
Astaghfirullahalazim... mohon maaf bebanyak..if pening membacanya..
Alhamdulillah akhirnya kamu paham.. Alhamdulillah.. Allah bg kamu paham.. :)

Related Posts with Thumbnails