Jumaat, 13 November 2009

pecah hati!..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquatal Matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhamal Rahimin.

Allah Maha Kuasa. Makhluk Takdak Kuasa.


Bertanyalah kepada mereka: Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa? [10:31]


Ibnu Qayyim Al-Jauziyah pernah menggambarkan sebuah pengibaratan tentang bentuk cinta kepada Allah. Beliau berkata bahwa cinta kepada Allah itu ibarat pohon dalam hati, akarnya adalah merendahkan diri di hadapan Dzat yang dicintainya, batangnya adalah mengenal nama dan sifat Allah, rantingnya adalah rasa takut kepada (siksa)Nya, daunnya adalah rasa malu terhadap-Nya, buah yang dihasilkan adalah taat kepadaNya Dan penyiramnya adalah dzikir kepadaNya. Bila pun jika amalan-amalan tersebut berkurang maka berkurang pulalah mahabbahnya kepada Allah”. (Raudlatul Muhibin, 409, Darush Shofa). Allahualam..






Wahai diri! Wahai hamba! Berusahalah engkau dan raihlah keredhaan Allah Taala terhadap dirimu. Apabila Dia sudah redha kepadamu, maka Dia akan mencintaimu. Dia akan melenyapkan kesusahan dari hatimu kerana rezeki. Rezeki itu datang kepadamu dari Allah S.W.T. tanpa engkau merasa letih dan lelah. Dia melenyapkan kesusahan dari hatimu dan menghimpunkannya menjadi satu cita-cita, iaitu ALLAH. Maka apabila engkau telah melakukannya, bermakna telah cukuplah cita-citamu. Adapun cita-cita itu ialah sesuatu yang engkau pentingkan.

Kalau cita-citamu tertumpu pada harta, maka engkau ada bersamanya. Jika cita-citamu itu dunia, maka engkau ada bersamanya. Demikian juga apabila cita-citamu adalah akhirat, maka engkau juga ada bersamanya. Selanjutnya, jika cita-citamu adalah Allah, maka engkau ada bersamaNya! didunia dan akhirat!. Masyaallah tabarakaallah...

Wahai orang-orang yang sibuk berzikir kepadaNya dan pecah hatinya keranaNya!. Apakah engkau tidak redha dengan pemberianNya bahawa sebahagian daripada pemberianNya itu ialah Dia menjadi teman dudukmu?! Subhanaallah. Alhamdulillah.. Allahuakbar!. Astaghfirullahalazim..

Allahualam. la haula wala quwwata ila billah.



Sumber: Wasiat dan Nasihat Kerohanian- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails