Khamis, 15 April 2010
Solehahnya Isteri..
Bismillahirahmanirahiim...
Posted by abubasyer
Ada yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), mempunyai ilmu Islam yg tinggi atau pandai membaca al-Quran?
Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.
SUMBER: cemerlang (tq! utk koleksi simpanan dlm blog sy. Alhamdulillah)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam,
Saya tertarik nk beri komen cikit tentang isteri solehah..
Zaman sekarang ramai kaum Hawa yg mempunyai pendidikan yg lbh tinggi dr kaum Adam dan boleh dikatakan kebanyakan wanita juga mempunyai jawatan tinggi..
Oleh kerana desakan hidup atas dunia nie, manusia sering berlumba untuk mencari kesenangan yg akhirnya menjadikan wang ringgit sebagai Tuhan.. Ada org perempuan yg sudah selesa dengan pekerjaan serta kesenangan hidup sanggup bercerai demi masa depan (kononnya). Hidup bersuamikan yg berpendapatan rendah sudah tidak memberi apa2 erti lg buat mereka.
Wujudlah satu golongan wanita yg dikatakan berjawatan dan tidak mahu dikongkong lagi tetapi sanggup melakukan maksiat demi kehendak nafsu.. Jika kita lihat ada satu kes yg mana seorang janda berjawatan setiausaha bersedudukan dengan lelaki warga asing. Malah anak kepada janda ini terbunuh disebabkan penderaan yg dilakukan oleh kekasihnya sendiri..
Disini saya ingin menyeru kepada semua golongan wanita untuk melihat kedalam diri sendiri. Setinggi mana pangkat dan kedudukan kita dimuka bumi ini, akhirnya kemana kita?
Jangan disebabkan 'gula-gula' dunia (penipuan) yg hanya satu ujian ini mengheret kita menjadi bahan buangan di neraka nanti..
Wallahualam.....
waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah.. terima kasih bebanyak kerana sudi share somtg here. =)
kesimpulannya. jaga Hati. ingt Allah. dan jelas akan matlamat hidup~
Insyaallah... =)
Catat Ulasan