Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquatal Matin Ya Rahimal Masakin Ya Arhamal Rahimin..
Selawat dan salam kepada junjungan alam sayyid al-Anbiya' wa al-Mursalin, Muhammad s.a.w, para ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para tabi'in dan tabi' al -tabi'in seluruhnya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Bismillahirahmanirahiim..
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). [28:56]
Al kisah...
Seorang raja kafir yang sangt zalim dan sangat taksub kepada kekufuran. Dalam suatu peperangan, raja tersebut telah ditangkap oleh orang-orang Islam. Oleh sebab raja tersebut telah mendatangkan banyak kesusahan kepada orang-orang Islam maka sangat berkobar-kobarlah semangat orang-orang islam untuk membalsa dendam terhadapnya. Lalu raja tersebut telah dimasukkan ke dalam kawah sebuah periuk yang sangt besar dan diletakkan di atas unggunan api. Pada permulaannya raja tersebut telah menyeru untuk memohon bantuan daripada berhala-berhala, setelah tidak memberi apa-apa faedah maka pada ketika itu juga dia telah memeluk Islam dan dia telah mewiridkan kalimah "Lailahailaallah" dengan berterusan. Jelas dalam keadaan sedemikian itu dia telah mewiridkan kalimah "Lailahailaallah" dengan penuh semangat dan keikhlasan. Maka dengan serta merta datang pertolongan Allah S.W.T. Hujan telah turun dengan lebat hinggaseluruh api terpadam dan periuk pun sejuk. Selepas itu, angin telah mulai bertiup dengan kencang yang telah menerbangkan periuk tersebut jauh ke suatu bandar. Penghuni bandar tersebut semuanya kafir. Raja itu berterusan membaca kalimah Toyyibah. Orang ramai telah berhimpun di sekelilingnya dan kehairanan melihat peristiwa yang aneh itu. Mereka telah bertanya tentang halnya dan dia menceritakan segala yang dia telah alami sehingga menyebabkan mereka semua telah memeluk Islam.
Waallahualam..
Insyaallah.
Marilah kita zikrullah..
Ringankan lidah..
Lembutkan hati..
Melaungkan kalimah Toyyibah..
LAILAHAILAALLAH...
Muhammadrasulullah...
Alhamdulillah. la haula wala quwwata illa billah. Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk beramal. Allahumma Ameen.
Insyaallah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan