Isnin, 10 Mei 2010

Semua Hanya Menangis Untuk Dirinya Sendiri.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirahmanirahiim...




Pada suatu ketika di Basrah ada seorang abid yang sudah dilelahkan oleh ketakutan (akan Allah) dan kesedihan (akan keadaan dirinya dihadapan Allah). Dia sakit dan kurus kerana banyaknya menangis. Ketika akan mati, seluruh keluarganya menangis disekelilingnya.



Dia berkata kepada mereka: " Dudukanlah aku ." Mereka mendudukannya. Dia lalu menghadap kepada mereka dan berkata kepada ayahnya: " Wahai ayahku, apakah yang membuatmu menangis?". Ayahnya menjawab : "Wahai anakku , saya ingat bahawa saya akan kehilangan kamu serta aku bersendirian apabila kamu sudah tidak ada lagi."

Kemudian dia berkata kepada ibunya: "Wahai ibuku, apakah yang membuatmu menangis?". Ibunya menjawab: "Aku akan merasakan pahitnya kehilangan anak."

Kemudian dia berkata kepada isterinya. "Wahai isteriku, apakah yang membuatmu menangis?" Isterinya menjawab: "Aku tidak akan mendapatkan lagi kebaikan darimu sedangkan aku akan memerlukan orang lain."

Kemudian dia berkata kepada anak-anaknya: "Wahai anakku, mengapa kalian menangis?". Mereka menjawab: "Kami akan merasakan susah dan hinanya menjadi anak yatim setelah kehilanganmu."

Setelah menanyai mereka, lelaki itupun menangis. Seluruh keluarga bertanya kepadanya.: "Apakah yang membuatmu menangis?" Dia menjawab : "Aku menangis kerana kamu semua menangis untuk kepentingan dirinya sendiri., bukan demi aku.

Adakah diantara kamu yang menangis kerana aku akan menempuh perjalanan yang sangt panjang ? Adakah diantara kamu yang menangis kerana aku membawa bekal yang sangt sedikit untuk menempuh jalan yang panjang itu?

Adakah kalian menangis kerana aku akan tidur diatas tanah? Adakah diantara kalian yang menangis kerana aku akan menghadapi suatu perhisaban yang buruk? Adakah diantara kalian yang menangis kerana aku akan dihadapkan dihadapan Allah, Pemilik sekalian alam?

Kemudian dia jatuh ke depan dan ketika mereka menggerakkannya, dia sudah meninggal dunia.


Waallahualam..




Sumber: Mohd Najib, 1001 kisah benar

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails