Sabtu, 5 Jun 2010

Juang, Jihad




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Bismillahirahmanirahiim.. Insyaallah.. ini ada sedikit perkongsian puisi dari seorang sahabat saya, Ummi Habibah Abdullah. Jom baca!


PUISI-- PERJUANGAN/JIHAD/MATI SYAHID



berjuang itu artinya rela berkorban.
korban harta.korban tenaga,korban cinta.korban masa muda.
yang dibilang korban harta adalah hidup sederhana.
tidak kaya tidak melata tapi berkongsi sama.
yang dibilang korban tenaga adalah kerja yang tak berkira.
bermodal hati ikhlas tulus sentiasa.

menekap jiwanya dengan matlamat "bekerja untuk yang Esa".
yang dibilang korban cinta adalah sanggup berpisah dengan keluarga sanak saudara.
demi keluar mengajak orang-orang memperjudikan pahala menyingkirkan dosa.
yang dibilang korban masa muda adalah menahan diri dari balingan suara-suara remaja.
yang inginnya bebas seperti burung terlepas.
yang hendaknya semua takmahu dikebas.
yang perasaan geloranya berulang alik terhempas.


ini yang disebut perjuangan setiap insan.
tiang perjuangan adalah kesanggupan dan kemahuan.
sanggup mengadai kepentingan diri dan mahu membantu sesiapa yang lari.
fahamkah kita?

perjuangan bukan hanya layak dimiliki oleh orang-orang berilmu.
padahal diri engkau itu sendiri adalah perjuangan.
jangan kita sempitkan akal fikiran.
menyangka perjuangan itu harus sesuatu yang besar,


wahai sahabatku sekalian..
tidak usah kau tunggu kerajaan tersergam menjulang indah.
sedang diri engkau itu adalah sebuah kerajaan besar.
yang mana akalmu itu penasihatnya.
yang mana hatimu itu menteri-menterinya.
yang mana pancaindera itu kakitangan bawahannya.
yang mana nafsu itu adalah pembangkang dan pembantahnya.
bila engkau biarkan nafsumu menang maka kerajaan engkau sedang dalam tawanannya.
apa kau sanggup menjadi khadam di singahsanamu sendiri?
melihat musuhmu berlenang sambil memijak kuasamu sampai mati?


sahabatku..
berjuang perlu ilmu..
tapi ilmu bukan syarat berjuang..
sebaliknya kemahuan..kesediaan..kesan
ggupan..dan ketahanan...
orang berilmu tidak mesti punya mahu, punya sedia,punya sanggup dan punya tahan..
tapi orang mahu,orang sedia,orang sanggup dan orang tahan..semestinya dia berilmu..
kerana mahunya mengatasi jahilnya..sanggupnya mengatasi bodohnya..sanggupnya mengatasi dhaifnya..

maknanya..jangan engkau merendahkan wajah,
hanya kerna merasa dirimu belum cukup sempurna.
seharusnya engkau bangga kerna engkau dilahirkan sebagai islam beragama.
ilmu bisa dicari pabila engkau sudah mahu dan sedia.
mahu,sedia bisa dipupuk asalkan engkau memanfaati ilmu.


habis, takkan tunggu berilmu baru nak tutup kepala?T___T
habis, takkan tunggu berilmu baru nak tonggang tonggek disejadah?T___T
habis, takkan tunggu berilmu baru nak pergi berjuangan memerangi musuh-musuh Allah?
apa kau buta sejarah?
sumaiyyah syahid tak membawa ilmu seluas lautan.


ilmu yang hebat adalah ilmu yang dapat digunakan pada orang lain.
ilmu yang merosakkan adalah ilmu yang terkurung didalam jantung.
sehingga mencambahkan riak berbukit-bukit.
ilmu itu senjata mukmin tapi bukan segala-galanya.
ilmu bukan mahar menuju syurga.
ilmu bukan hantaran meminang bidadari dunia.


berapa ramai orang-orang berilmu yang kecundang dizaman ini?
berapa ramai pelajar-pelajar ipta/ipts musnah dan ranap dizaman ini?
Allah janji angkat darjat orang berilmu bukan janji nak bagi syurga dekat mereka yang berilmu.
jadi, jangan besar kepala bila sudah dinobat sebagai orang berilmu dengan memperjelekkan orang bodoh.
bisa saja yang bodoh itu lebih bernilai disisi Allah lebih dari apa yang engkau ada.
namun alangkah hebatnya...seandainya engkau berupaya menyeimbangkan keduanya.
berilmu dan memberi ilmu..


simpulnya...TAK SEMESTINYA BERJUANG KENA TUNGGU ILMU PENUH DIDADA.
berjuanglah..bertebaranlah
...sambil menuntut ilmu.
kunci perjuangan adalah kemahuan,kesanggupan,kesed
iaan dan ketahanan.
dan berjuang bukan artinya kena pergi bawak senapang tembak kepala israel kah apa.
dan berjuang bukan artinya kena ikut mana-mana jemaah pastuh membentangkan fitnah sehari-hari.


berjuang itu sudah ada didalam dirimu..
berjuang mendidik hawa nafsu..engkau akan syahid.
berjuang mengajak kebaikan untuk rakan-rakanmu...engkau akan syahid.
nabi dulu berjuang juga bermula secara kecil-kecilan,senyap senyapan..
yah kan?
jadi jangan engkau cetekkan fikirmu berjuang ini perlu sesuatu yang langsungnya besar!

***************


baiklah.
adakah wanita bertudung labuh dan lelaki berserban ini sudah sempurna?
bahkan wanita bertudung labuh/berserban inilah selemah-lemah makhluk..
kerana mereka sedar mereka lemah maka itulah mereka menyarung diri.
bagi yang sedarrrr....
bagi yang tak sedarrrr...
memang nak kena lepuk!


sebab itu golongan istimewa ini jangan malas nak mengauli masyarakat.
jangan sombong nak pencilkan diri konon sebab nak menjaga hati sendiri.
jangan tamak haloba, jangan kedekut,jangan bakhil,
jangan kolot..jangan temberang, jangan muka ketat, jangan angkat muka..
jangan..jangan ..dan jangan...


sebab ini hanya akan menambah buruk sangka dan kekalutan orang-orang.
mereka tentunya akan fikir "oi berlagak nak mampus kejadah haram puih!"
walaupon hakikatnya adalah bertentangan..
dan kamu,kamu..tolong singkir anggapan bahawa golongan ini adalah golongan ahli syurga!
bukan..tak sempurna..nabi juga tak sempurna sebab yang sempurna itu hanya milik Allah.


jadi plis, jangan berani memuliakan manusia lebih daripada kita memuliakan Allah!
manusia bukan Tuhan yang tiada cacat celanya..
manusia bukan malaikat yang takpernah buat salah..
dan manusia juga bukan iblis yang terlebih durjana..
manusia adalah manusia..

manusia yang bila buat salah, Allah bukakkan pengampunan.
purdah/serban/tudung labuh/ustaz/ustazah tak layak sama sekali dilabelkan sebagai MANUSIA SEMPURNA KOMFEM MASUK SYURGA.
kikis banyak-banyak kepala kita yang suka memuja mereka ini SEMPURNA.
ini hanya akan menyumbang kepada ketakburan mereka.kelupaan mereka.
dan seksi/telanjang/pelacur/bo
hsia/mat rempit tak layak sama sekali dilabelkan sebagai manusia CELAKA KOMFEM MASUK NERAKA sebab mereka bukan iblis,jin afrit.
tapi manusia..dan manusia..yang awal penciptaanya dimuliakan Allah atas nama-NYA.


notatangan: *senyum* :) siapalah aku yang tidak pernah curang pada Tuhan?jangan pernah hakimi aku, kerna engkau sudah mencabul hak Tuhanmu! kasihi aku..seperti engkau mengasihi hatimu.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails