Selasa, 16 November 2010

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa

Sumber : Taman Ulama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Bismillahi rahmanirahiim..
Insha Allah.. Mari sama-sama kita nasihat-menasihati!
Bangunlah wahai diri!
Hiduplah wahai HATI!
Astaghfirullahal'azim..





Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair:

إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب
فمن يعظ العاصين بعد محمد

“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammadsallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.

8 ulasan:

lebahmanis berkata...

"Jika semua org tunggu nk sempurna barulah nk jalankn dakwah, maka takkan ada org yg akan berdakwah, krana tdk ada org yg sempurna"
kata2 ulama'.

Hawa Mahabbah berkata...

terima kasih lebahmanis atas tambahan nota..
Jazakllahu khairan kathira..
^_^

akuameer berkata...

camne nk letak FB share?? minta tnjuk ajar..

Faradilla Rashid berkata...

Mohon dikongsi entri2 yang baik dari blog ini untuk rujukan diri sendiri dan rakan2...

Hawa Mahabbah berkata...

Akhi Ameer : Inshaallah, do visit here--> http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2010/09/letak-facebook-share-button-dalam-blog.html

^_^

Faradila: Alhamdulillah, wa jazakillahu khairan kathira.. so sure.. please share it..

^_^

Ustaz Azrai berkata...

Ada papatah mnyeebut> "jgn lihat org yg mberi nasihat tu, tp lihat nasihat apa yg diberi".. Hm, sya pnh dinasihati oleh jiran yg kaki dadah.. dia nsihat kpd sya agar jgn mhisap dadah..

Hawa Mahabbah berkata...

Alhamdulillah.. ye.. betul tu ustaz azrai..syukran! .. :)

jiran ustaz tu dah merasai betapa peritnye menagih dadah, dats y dia pesan jgn hisap dadah.. mungkin dia nak buang tabiatnye, tp terlalu la seksa utk meningglkan ketagihan itu.. Alhamdulillah.. nasihat yg bgus sekali dari pakar!

Tanpa Nama berkata...

Great blog, interesting tip. Sure you check here again and tell about it to friends Thanks! “Happiness makes up in height for what it lacks in length.” - Robert Frost

Related Posts with Thumbnails