Hari ini..malam ini.. saya ingin berkongsi dgn sahabat2 sekalian dengan sebuah cerita dr sedikit pembacaan saya dalam buku Fadilat Amal dimana cerita ini amat2 menakutkan saya dan menginsafkan saya. Walaupun saya mempunyai bnyk lagi komitmen lain yg perlu sy tumpukan..tetapi apabila mengenangkan betapa pentingnya..saya ingatkan diri saya..dan anda semua wahai sahabat2ku..tentang solat kita!.. betapa pentingnya mengelak dr penyesalan yg teramat sangat di sana kelak. Persoalan demi persoalan yg tidak mungkin sekali kita elak dan memberi alasan kerana kita telah diperingatkan didalam kitab suci Allah! Allahuakbar! Jagalah solat kita wahai sahabat2ku. Jagalah solat kita wahai sahabat2ku!. Jagalah baik2 solatmu wahai Atikah! Astaghfirullahalazim..
Ibnu Hajar rah. menulis dalam kitabnya, Azzawajir, bahawa seaorang wanita telah meninggal dunia. Adik lelakinya telah menghadiri upacara pengebumiannya. Tanpa disedarinya uncangnya terjatuh ke dalam kubur ketika mengembumikan jenazah tersebut. Dia amat bersedih hati setelah menyedari kehilangan uncangnya. Dia telah mmbuat keputusan untuk menggali kubur itu secara senyap2 untuk mengambil semula uncangnya. Apabila dia menggali kubur itu, dia mendapati API memenuhi kubur itu. Dia pulang dalam keadaan menagis dan menceritakan keadaan yang dilihatnya kepada ibunya serta bertanya sebab berlaku demikian. Ibunya memberitahu bahawa kakaknya itu selalu MALAS mengerjakan solah dan sering mengQADAkan solahnya.
Semoga Allah melindungi kita daripadanya...InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan