Khamis, 20 Mac 2008
Kepimpinan Coz Of Allah YME
Salam..
saya sangt tertarik dgn artikel dibawah ini yang saya petik dari MSH yang saya kira..kita!!..patut contohinya..bukan berpihak pada mana2 parti..tetapi..peganglah pada aqidah..tepuklah apa2 pon..tnya IMAN..adakah betul pilihan pemimpin kita sekarag ini???..pikir2kan.... saya sendiri walaupun bukan rakyat kelantan..saya sngt mengagumi Tok Guru degn siftnya yg warak dan zuhud..paling pentg!!!..pembawaaN agama ALLAH..dalam kehidupan sehari-harian..itu yg kita nak sebenaqnya.!!!..dan Alhamdulillah..sekarag..negeri saya..Kedah Darul Aman..benar2 aman dari kepimpinan yg lebih menjurus kearah kebatilan...Alhamdulillah..walaupon bnyak suara2 yang bole saya katakn sebagai "sumbang" kerana mempertikaikan kemajuan negeri setelah PAS memegang Kedah...apalah sangt harta didunia ini kalau dibanding dngn redha dan rahmat Allah..actully xdpt dibanding pon..itulah kuasa Allah..All are because of Allah S.W.T!!!...InsyaAllah..
"Sempena jam-jam terakhir berlangsungnya Pilihanraya Umum Malaysia Kali Ke-12, ingin saya dedikasikan sebuah sajak karangan Dinsman kepada pembaca blog khususnya rakyat Kelantan. Di sebalik magnitud gelombang kebangkitan rakyat menuntut hak yang semakin membahang, perlu kita sedar bahawa kebatilan itu berkadar langsung dengan hak. Jika yang hak kuat, maka kuat jugalah yang batil. Seakan Yin Yang dalam kepercayaan masyarakat Cina Kuno.
Jujur saya merasakan ada kemungkinan bahawa kerajaan PAS Kelantan akan tumbang pada PRU-12 kali ini. Jika diterjemahkan kegundahan hati itu ke dalam peratus; kira-kira dalam 75%. Kebenaran yang tidak bersistem pasti akan ditewaskan kebatilan yang bersistem. Itu sunnatullah. Biarpun dengan sistem yang kotor (pengundi hantu, batal duti setem, batal dakwat kekal dll), ia tetap akan mengalahkan kebenaran yang tiada sistem.Justeru, saya sepenuh hati dengan penuh kerendahan diri menyerahkan penentuan di tangan anda selaku rakyat Kelantan sama ada mengekalkan pemerintahan ulama' ataupun mahukan pembangunan materialistik dengan menukar kerajaan. Tapi sekiranya esok kita menyaksikan kerajaan PAS Kelantan berjaya ditumbangkan, terus-terang saya katakan CELAKALAH anda rakyat Kelantan 18 tahun dinaungi pemerintahan warisan para anbiya tetapi tidak tahu mensyukuri!100 fakta Kelantan, 100 bakal mengubah Malaysia17 tahun bukan waktu yang pendek17 tahun juga bukan waktu yang panjangTetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta.
Bukti kewibawaan Islam agama memerintahMentadbir dan membangun negara.. 17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan. Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang. Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun. Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini. Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni.Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia. Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita. Di Kelantan kadar jenayah paling rendah. Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam100 fakta Kelantan100 bakal mengubah Malaysia. Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula. Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula. Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga. Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah
100 fakta Kelantan100 bakal mengubah Malaysia.
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik 3000 wanita berniaga semuanya santun menutup auratDinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah. Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf.Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah TuhanTetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta. Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga. Bagi mereka akhirat adalah nyata.
100 fakta Kelantan100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru. Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah. Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat. 18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid. Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun. Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa. Dia seorang yang warak dan zuhud. Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan. Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil. Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil. Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekahItulah Menteri Besar Kelantan. Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya. Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia..Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja. Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri. Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun. Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar..Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah. Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan. Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat. Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lainDulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia. Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah dan harga nikah pun masih murah.
100 fakta Kelantan100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan