Sabtu, 15 Mac 2008

Kecil Hati




salam emosi....
1. Kecil hati adalah salah satu dari 44 warna emosi yang dibekalkan kepada manusia untuk digunakan semasa berada di dunia. Emosi adalah sebahagian dari hati, jiwa yang juga perantara Roh dan Jasad. Tanpanya manusia tidak dapat mengnikamati kepelbagaian suasana perasaan dan seterusnya menjadikan hidup tidak berwarna. Bagaimanapun kehadiran jiwa dan emosi, juga boleh menjadikan manusia berkebolehan menjadi jatuh ke taraf yang sangat rendah, sebagaimana firman Allah di surah At Tin berhubungnya.

2. Allah juga mengesahkan di dalam ayat yang lain, berhubung keadaan fitrah manusia yang sentiasa berada di dalam keadaan resah gelisah melainkan yang mengambil ubatNya. Penggunaan emosi marah banyak disentuh sebagai memberi laluan kapada syaitan untuk menguasai jiwa manusia. Kecil hati, besar hati, iri hati, makan hati, sakit hati, dan bermacam lagi semuanya berhubungkait dengan emosi dan jiwa manusia. Walaupun kebiasaannya dikategorikan sebagai sikap negatif, tidak dinafikan bila kita menggunakannya dengan berhikmah kepada diri, sudah pasti ia boleh menjadi sesuatu yang positif.

3. Bagaimana manusia boleh sampai berkecil hati? Kepada siapa sebenarnya ditujukan kekecilan hatinya itu? Atau lebih halus lagi, bagaimana manusia boleh sampai tidak dapat mengawal pengecilan hatinya kepada sesuatu yang berlaku di sekitarnya? Walaupun selalunya proses kecil hati ini berlaku semasa berhubungan sesama manusia (hab lum minan nas), kita perlu melihat lebih dalam dari jasad manusia itu, untuk memahami kecil hati bagaiman yang boleh menukar polariti pengunaan emosi ini?

4. Seperti yang pernah disentuh dalam artikel lepas, kepekaan yang positif adalah apabila ditujukan lebih kepada kepekaan akal rational berbanding akal emotional (hati). Tidak menggunakan emosi bermakna kita memasukan diri kita di dalam kategori tidak bersyukur, seperti petikan Ustaz, “Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur”, tetapi tidak dapat mengawal pengunaannya juga akan menjadikan kita, juga tidak pandai bersyukur. Tidak bersyukur pertama kerana tidak menggunakan ciptaan Allah dan tidak syukur kedua kerana tidak dapat menghayati petunjuk dariNya berhubung cara pengunaa emosi tersebut dengan betul.

5. Isu buat salah, tak buat pun salah ini banyak terdapat di dalam perlaksanaan ibadah kita seharian. Ambil tiang agama, iaitu sebagai ibadah paling utama yang mengetuai ibadah yang lain, Allah memberikan amaran juga kepada mereka yang bersolat, sekeras amaran kepada mereka yang tidak bersolat. “Berdoa syrik dan tak berdoa kufur”, adalah satu contoh lagi. Berdoa ibarat aysik mengarahkan Allah melakukan sesuatu untuk mereka, sedangkan Allah Maha Tahu apa yang Dia perlu buat, bersesuaian dengan Qodo’ dan QadarNya. Tak berdoa pula melambangkan kesombongan seseorang tidak mengharapkan bantuan dariNya.

6. Memahami Allah sebagai CEO sebagaimana terpahat dipemikiran Ustaz Hasrizal, membantu dalam merungkai permasaalahan ‘itu salah, ini pun salah’. Walaupun sangat terbatas tugas sebagai CEO kepada Allah, ia memberikan sedikit sebanyak kefahaman kenapa pengunaan emosi tidak boleh diketepikan begitu sahaja dan tidak boleh juga dibiarkan mengawal diri kita. Sebagai manusia kita diberikan pilihan dan petunjuk dalam melaksana tugas seharian kita di bumi ini. Dari permulaan kejadian yang terbaik (ahsanal takwim), terpulang kepada kita untuk menjadikannya yang terburuk (asfala sa pilin). Semuanya bergantung kepada memahami kehendak (iradah) dan ketentuan (qadar) Allah melaksanakan kerja ‘buat salah tak buat pun salah’.

7. Kalau kita berpanjangan berkecil hati selepas mendapat sesuatu yang baru pada akal rational kita, seperti petunjuk atau nasihat baru, maka kita sebenarnya gagal mengwal penggunaan emosi kita, dan kita sebenarnya tidak berhikmah kepada diri. Jauh lebih buruk dari itu, apabila tindak tanduk kita selepas itu, berlandaskan kepada kekecilan hati tersebut, yang membuatkan akal rational menjadi bukan pemain utama. Maka berterusanlah pengunaan ciri-ciri emosi bersilih ganti dari kecil hati kepada sakit hati menjadi iri hati dan pepatah Melayu menyudahkannya dengan ‘ikut hati … mati’

8. Yang menyulitkan sedikit adalah apabila yang mengharapkan perhatian itu terbena dari yang pandai memberikan perhatian. Kerana kebiasaannya memberikan pujian kepada orang lain (dengan tujuan disedari atau tidak, baik atau buruk) dia mengharapkan balasan yang sama kepada dirinya dari orang lain. Apabila tidak mendapat balasan yang sama, maka kecillah jadi hatinya. Sekiranya lintasan kecil hati itu, dapat memperbetul tujuan dia memberikan pujian kepada orang lain, positiflah kecil hatinya, sekiranya tidak, sebaliknyalah yang berlaku.

9. Pucuk pangkal, segala kerja dilaksanakan manusia tidak lari dari, yang menjadi tiga serangkai dalam agama, iaitu rukun Iman, Islam dan Ikhsan. Rukun Ikhsan menyatakan, untuk kita melaksanakan sesuatu seakan-akan Allah sentiasa melihat apa yang sedang kita lakukan. Iaitu kerana Dia. Kalau kita gunakan emosi kecil hati atau emosi-emosi lain kerana Allah, sudah pasti batasan menggunakannya telah digariskan di dalam buku panduan, Al Quran.

10. ‘Berhati-hati dan teruskan memberi perhatian’ bukan sahaja nasihat untuk kita semasa memandu kenderaan di jalan raya, tetapi jauh lebih penting semasa memandu kenderaan jasad kita di dunia menuju ke hari akhirat. Jangan sampai kenderaan jasad kita mendapat kemalangan ketika memecut laju, mengejar bayang-bayang di dunia, dan berkecil hati apabila tidak dapat pujian selepas menjadi pemandu berhemah, berbanding mendapat saman sekiranya menjadi pemandu tidak berhemah.

Terima kasih.


terima kasih kpd penulis asal ini..yang saya sendri pon tidak pasti siapakah gerangannya..maaf.. penulisannya amat bermakna bg sy..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails