Rabu, 17 September 2008

Pakaian Taqwa.

Assalamualaikum wbt..

Entri bawah ni copy n paste from ukti_fr's blog:..Jom



Apabila ditanya kepada seorang aktivis wanita Islam ala Barat: “Kenapakah anda tidak memakai tudung?” Jawapan yang diberikan adalah: “Pakaian yang dituntut dalam Islam adalah taqwa!”, merujuk kepada ayat 26 surah al-A’raaf:
“Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”
Memandangkan sifat taqwa letaknya pada rohani seseorang, maka apa yang dipakai pada jasmaninya tidak perlu dipersoalkan.
Kefahaman seperti ini memang merupakan asas kepada aliran Islam Liberal dalam bab berpakaian. Kita menjawab, benar bahawa sifat taqwa letaknya pada rohani seseorang. Akan tetapi bagi manusia, apa yang terletak pada rohaninya akan terpancar pada jasmaninya. Orang yang memiliki rohani yang bertaqwa akan terpancar pada jasmaninya sifat-sifat yang membuktikan ketaqwaan tersebut. Sebagai contoh, orang yang bertaqwa akan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang tepat lagi benar, selari dengan ketaqwaannya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat lagi benar.” [al-Ahzab 33:70]
Demikian juga kaitannya antara rohani yang bertaqwa dan pakaian jasmani seorang muslimah. Ketaqwaan seorang muslimah akan menyebabkan jasmaninya terpancar dengan pakaian yang ciri-cirinya menepati perintah larangan Allah dan Rasul-Nya. Adapun pakaian yang belum menepati ciri-ciri tersebut, maka mungkin ia disebabkan oleh tahap ketaqwaan yang rendah. Mungkin juga, ia disebabkan kejahilan atau salah faham dalam mengetahui apakah ciri-ciri tersebut. Risalah ini insya-Allah akan memberi tumpuan kepada kemungkinan kedua. Kita mulakan dengan ciri-ciri yang pertama:
Ciri Pertama: Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.
Ciri pertama pakaian muslimah yang bertaqwa adalah pada tujuannya, iaitu ia tidak dipakai demi meraih kemasyhuran. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran maka Allah akan memakaikannya pada hari Kiamat yang semisal, kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api neraka.” [Diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4029]
Tidak bertujuan meraih kemasyhuran bukanlah bermakna seorang muslimah tidak boleh memakai pakaian yang baru, kemas, berwarna dan indah. Ini kerana ukuran dalam ciri pertama ini ialah tujuan pemakaian dan bukan apa yang dipakai. Adakalanya seseorang itu turut mencari kemasyhuran dengan memakai pakaian yang buruk, robek dan kelihatan selekeh. Kemasyhuran yang dicarinya adalah mengharapkan pujian daripada orang ramai bahawa kononnya dia memiliki sifat zuhud. Ini juga adalah tujuan pemakaian yang dilarang. Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa dilarang meraih dua bentuk kemasyhuran dalam berpakaian, yang pertama adalah memakai pakaian yang baik demi menarik perhatian orang atau keduniaan, yang kedua adalah memakai pakaian yang buruk demi menarik perhatian kepadanya. [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra – hadis no: 6102 dengan sanad yang lemah, dikemukakan sebagai penjelas dalam bab ini]
Ciri Kedua: Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.
Kita umat Islam dilarang daripada menyerupai kaum bukan Islam dan ini termasuklah dalam ciri-ciri berpakaian. Abdullah bin Amr bin al-‘Ash radhiallahu 'anh berkata:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat saya memakai dua buah kain yang berwarna “Ushfur”, maka baginda bersabda: “Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka janganlah memakainya.” [Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis 2077].

Terdapat beberapa sebab mengapa Islam melarang umatnya daripada menyerupai kaum bukan Islam dalam apa jua bentuk penampilan jasmani:
1. Penampilan jasmani mencerminkan identiti seseorang, sekali gus mencerminkan apa yang dibanggakannya. Justeru itu kita jarang-jarang melihat orang bukan Islam ingin berpakaian seperti orang Islam, disebabkan kebanggaan mereka dalam memelihara identiti tersendiri dan pandangan mereka yang hina kepada Islam. Sebaliknya kita melihat orang Islam suka berpakaian seperti orang bukan Islam, malah berbangga-bangga dengan pakaian tersebut. Ini amat menggembirakan orang bukan Islam kerana ia menandakan betapa umat Islam memandang hina terhadap diri sendiri dan mencari kemuliaan di sisi mereka.
2. Penampilan jasmani adalah salah satu faktor yang menjalin perhubungan di antara dua orang yang saling tidak berkenalan. Contohnya dua orang polis daripada lokasi yang berlainan, apabila berjumpa di satu tempat akan saling menegur. Faktor yang menggerakkan perhubungan antara mereka adalah pakaian seragam yang hampir mirip. Demikian juga, apabila dua orang muslimah yang tidak saling mengenali berjumpa, faktor yang akan menghubungkan mereka adalah pakaian bercirikan Islam yang mereka kenakan.
3. Penampilan jasmani mencerminkan kecenderungan hati kepada apa yang diminati dan dikasihinya. Orang yang minat kepada pasukan bolasepak pilihannya akan gemar untuk memakai baju jersi pasukan tersebut. Orang yang kasih kepada penyanyi tertentu akan berusaha untuk berfesyen sebagaimana penyanyi tersebut. Demikian juga, seorang muslimah yang cenderung kepada orang bukan Islam akan cenderung untuk berpakaian seperti mereka. Kecenderungan seperti ini adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman:
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.” [al-Mujadilah 58:22]
4. Penampilan jasmani adalah salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan perbuatan. Contohnya, orang yang mengenakan pakaian para ahli ilmu akan memiliki kecenderungan untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang ilmuan. Orang yang mengenakan pakaian ketenteraan akan memiliki kecenderungan untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang tentera. Demikian juga, seorang muslimah yang mengenakan pakaian orang bukan Islam akan memiliki kecenderungan untuk berakhlak dan bertindak seperti orang bukan Islam. Ini akhirnya akan menjerumuskan dirinya ke dalam akhlak dan perbuatan yang lazim dilakukan oleh orang bukan Islam yang sebenarnya haram di sisi Islam.

Oleh itu hendaklah seorang muslimah berusaha menjauhkan diri daripada berpenampilan seperti orang bukan Islam. Dalam suasana globalisasi sekarang ini, perintah ini adakalanya sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya. Maka laksanakanlah sekadar mampu, lakukanlah perbezaan sekalipun dengan kadar yang minima.

Ciri Ketiga: Tidak menyerupai kaum lelaki.
Selain daripada pakaian yang tidak menyerupai orang bukan Islam, seorang muslimah juga dituntut untuk berpakaian yang tidak menyerupai kaum lelaki. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh berkata:
“Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 5885]

Hikmah larangan adalah kerana pakaian merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan perbuatan seseorang. Apabila seorang muslimah berpakaian seperti lelaki, dia akan cenderung untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang lelaki. Ini akan menyebabkan berlakunya kesongsangan dalam peranan dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita. Lebih dari itu, sebahagian daripada peranan kaum lelaki adalah tidak sesuai dengan fizikal kaum wanita sehingga akhirnya menimbulkan mudarat kepadanya.
Ciri Keempat: Tidak jarang kainnya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang.” [Diriwayatkan al-Thabarani dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Jilbab al-Mar’ah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah (Dar al-Salam, 2002), ms. 125]

Maksud Rasulullah dalam hadisnya di atas adalah wanita yang mengenakan pakaian yang jarang kainnya sehingga menampakkan tubuh badan mereka di sebaliknya. Justeru sekalipun mereka berpakaian, mereka sebenarnya tetap telanjang. Oleh itu dalam memilih sesuatu pakaian, hendaklah diperhatikan agar kainnya tidak jarang atau nipis.
Ciri Kelima: Tidak menampakkan bentuk badan.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah memberikan sehelai pakaian Quthbiyah yang tebal kepada sahabatnya, Usamah bin Zaid radhiallahu 'anh. Usamah kemudiannya memakaikannya kepada isterinya. Melihat yang sedemikian, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan kepada beliau:
“Suruhlah beliau memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya.” [Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi, sanadnya dinilai hasan oleh al-Albani di dalam al-Tsamar al-Mustathab fi Fiqh al-Sunnah wa al-Kitab (Muassasah Ghiras, Kuwait, 1422H), jld. 1, ms. 318]
Perhatikan bahawa sekalipun pakaian Qubthiyah adalah tebal, Rasulullah tetap menyuruh agar dipakai baju dalam di sebaliknya. Hal ini mungkin disebabkan oleh saiz badan isteri Usamah yang besar atau sifat pakaian Quthbiyah yang mudah melentur mengikuti bentuk badan orang yang memakainya. Berdasarkan hadis ini, hendaklah seorang muslimah mengenakan pakaian yang dapat menghindari daripada menampakkan bentuk badannya semampu mungkin, seperti memakai baju dalam, baju tambahan di luar, pakaian yang longgar atau pakaian yang diperbuat daripada kain yang tidak mudah mengikut bentuk badan.

Ciri Keenam: Tidak mengenakan wangian pada pakaian.
Dilarang bagi seorang muslimah untuk sengaja memakai wangi-wangian agar dapat dihidu oleh kaum lelaki. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” [Diriwayatkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 5141]
Larangan ini tidak membezakan sama ada wangian tersebut dikenakan di atas badan atau pakaian. Dikatakan “penzina” adalah kerana wangi-wangian yang dikenakan oleh wanita adalah salah satu faktor yang menaikkan berahi kaum lelaki sehingga akhirnya menyebabkan perzinaan, sama ada secara rela atau paksa. Walaubagaimanapun hadis ini tidaklah melarang seorang muslimah daripada menjaga dirinya daripada berbau busuk. Oleh itu dibolehkan, malah dianjurkan, untuk menjaga keharuman diri dengan sabun mandian atau semburan badan yang bersifat menahan peluh (anti perspirant) atau bau busuk (deodorant).
Ciri Ketujuh: Menutupi tubuh badan kecuali apa yang zahir.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” [al-Nur 24:31]

Terdapat beberapa penjelasan yang penting daripada ayat di atas:
Pertama:
Firman Allah: “…katakanlah…” bukanlah bererti ia adalah satu suruhan yang sunat atau ringan hukumnya, tetapi suruhan yang membawa kepada perintah wajib. Ini sebagaimana firman Allah: “Katakanlah: (Tuhanku) ialah Allah Yang Satu.” [al-Ikhlas 112:1]. Ayat ini tidaklah bererti mengesakan Allah sebagai Tuhan yang Satu adalah sunat kerana mengesakan Allah sebagai Tuhan yang Satu adalah kewajipan agama yang paling asas.

Kedua:
Firman Allah: “…kepada wanita-wanita yang beriman…” menunjukkan bahawa perintah ini ditujukan kepada semua wanita beriman tanpa membezakan tempat dan zaman. Ini membatalkan dakwaan Islam Liberal yang menganggap pakaian yang menutupi badan hanya untuk wanita yang hidup 1400 tahun yang lalu di padang pasir.
Ketiga:
Firman Allah: “…janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka…” adalah satu larangan yang bersifat umum, bererti seorang muslimah dilarang daripada memperlihatkan tubuh badan mereka. Ini kerana tubuh badan wanita adalah satu “perhiasan” yang istimewa dan apa jua perhiasan yang memiliki nilai yang tinggi maka lazimnya ia tertutup demi memelihara keistimewaannya. Perhatikan bagaimana emas dan berlian tertutup di bawah tanah, mutiara tertutup dalam cengkerangnya di dalam lautan dan minyak tertutup di dalam lapisan bumi. Perhatikan juga bahawa di antara deria-deria manusia seperti mata, telinga dan hidung, hanya mata yang memiliki kelopak yang menutupinya manakala deria lain dibiarkan terdedah. Ini tidak lain menunjukkan bahawa mata adalah deria yang paling istimewa sehingga perlu ditutupi.
Selain itu seorang muslimah yang “menutup perhiasan” badannya akan mudah dikenali sebagai wanita yang baik dan lebih terpelihara daripada gangguan orang lain. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Ahzab 33:59]

Keempat:
Keumuman larangan di atas telah diberikan pengecualian, iaitu dengan firman Allah: “…kecuali yang zahir daripadanya.” Terdapat dua kefahaman di kalangan para ilmuan Islam tentang apa yang dimaksudkan dengan pengecualian di atas:
1. Yang dimaksudkan dengan “zahir” adalah bentuk badan seorang wanita dimana sekalipun dengan pakaian yang menutupi keseluruhan badan dan muka, seorang wanita tetap dapat dikenali disebabkan oleh susuk badan mereka. Maka ini dikecualikan kerana ia adalah sesuatu yang memang sukar untuk dielakkan. Berdasarkan kefahaman ini, ayat 31 surah al-Nisaa’ dijadikan dalil bahawa seorang muslimah wajib menutupi seluruh badannya termasuk muka.
2. Yang dimaksudkan dengan “zahir” adalah apa yang kelihatan daripada beberapa anggota yang lazimnya terdedah bagi membolehkan seorang muslimah melaksanakan tugasnya yang ditetapkan oleh syari‘at Islam. Anggota tersebut ialah muka dan tangan di bawah pergelangannya. Sebahagian lain menambah bahagian di bawah buku lali kakinya. Berdasarkan kefahaman ini, ayat 31 surah al-Nur juga dijadikan dalil bahawa seorang muslimah wajib menutupi seluruh badannya kecuali apa yang perlu untuk tugasnya yang ditetapkan oleh syari‘at.
Sekalipun terdapat dua kefahaman, wilayah perbezaan di antara kedua-duanya adalah amat kecil. Kedua-dua pihak memiliki hujah dan di sini penulis mengambil sikap berlapang dengan berkata bahawa kedua-duanya adalah benar. Seorang muslimah boleh memilih salah satu daripada pendapat tersebut. Pada waktu yang sama hendaklah dia menghormati muslimah lain yang memilih pendapat yang berbeza daripadanya.

Kelima:
Sebelum turunnya ayat 31 surah al-Nur, sebahagian wanita pada zaman tersebut ada yang memakai tudung kepala. Akan tetapi tudung tersebut dilepaskan ke belakang badan mereka. Maka Allah membetulkan cara pakaian tersebut dengan firman-Nya: “…hendaklah mereka menutup dada dengan tudung kepala mereka”, yakni hendaklah ia dilepaskan ke hadapan badan mereka. Tidak sekadar itu, ia juga hendaklah dilabuhkan sehingga menutupi ke bawah dada mereka.
Demikian tujuh ciri-ciri pakaian bagi seorang muslimah yang bertaqwa. Sekali lagi ditegaskan bahawa taqwa adalah kedudukan rohani yang dibuktikan melalui perbuatan jasmani dan ciri-ciri berpakaian tidak terlepas daripada pembuktian ini. Pembuktian tersebut hendaklah secara bersungguh-sungguh sebagaimana pesan Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.” [Ali Imran 3:102]
Walaubagaimana jika seorang muslimah mengalami kesukaran atau terhimpit dalam satu suasana yang menyukarkan, hendaklah dia berusaha sekadar termampu kerana Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun juga telah berfirman:
“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu.” [al-Taghabun 64:16]
Terpenting, membaca ayat: “Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya” sebagai alasan untuk tidak bertudung bukanlah ciri-ciri seorang muslimah yang bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya, mahupun bertaqwa kepada Allah dengan sedaya upaya. Ia hanyalah ciri-ciri seorang wanita yang bertaqwa kepada hawa nafsunya.

RabuN..


Rabun..

Rabunya hati dia…
Samalah macam…
Rabunnya mata dia…
Rabun...
Sungguh rabun..
Dah pakai spec..
Still rabun?..
Masyaallah..
Perlu tambah power..
Siang yang terang benderang..
Masih rabun jalan dihadapan..
Jalan yang satu…
Rabun...
Sungguh rabun..
Mendung..
Hadirnya mengikut rentak nafsu..
Nafsu yang xpernah kalah..
Ada saja alasannya...
Tak fikirkah dia?
Tak nilaikah dia?
Rabun...
Memang rabun...
Kegelapan malam datang..
Dikala kelalaian..
Astaghfirullahalazim..
Silau..
Spec dibuka..
Jalan yang satu...
Berganda dan bercabang..
Bertambah teruk rabun..
Sudahla rabun...
Peningnya menjadi-jadi..
Terkeliru...
Astaghfirullahalazim..
Biasanya terkandas...
Dek butanya dia...
Buta Hatinya....
Buta?.........
Butakah dia?....
Astaghfirullahalazim...
Tercabutnya iman...
Buta lah hati...
Tentera-tentera maksiat...
Menguasai induk nya...
Mana la tak lari si Iman...
Rabun...
Memang rabun...
Rabun?...
Itu buta terus namanya...
Teraba-raba dia....
Masih lagi teraba-raba....
Mencari jalan itu!...
Allahuakbar!!!...
Jerit dia...
Harapan dari Dia Yang Satu!..
Tongkat petunjuk....
Spec berpower baru...
Turun...
Dari Rahmat Maha Rahim...
Masyallah....
Alhamdulillah...
Malu tak terkata...
Pencariannya disambut....
Malu....malu...
Sambutan yang sangt kontra....
Dari perilakunya...
Astaghfirullahalazim...
Betapa Maha Penyayangnya Dia!...
Dia...
Tuhan Yang Satu....
ALLAH....
ALLAH...
ALLAH...






sakit kepala..

~oh, i have headache too~


Adoii... sakitnya kepala...
kenapa? runsing? pikir apa?...
ntahla...
Astaghfirullahlazim..
terdetiknya dalam hati dia..
biarlah sakit kepala...
biarlah satu badan sakit..
biarlah sakit apa-apa pon..
tapi!, tolong jangan sakit HATI..
Tolong Ya Allah.. Jangan sakitkan hati dia..
Yang sememangnya berpenyakit tahap kronik..
Astaghfirullalazim..
Parahnya penyakit HATI dia..
xdapat dibandingkan dengan apa2 penyakit didunia ini..
Parahnya penyakit HATI dia..
melalaikan, melupakan dia dr Sang Pencipta Penyayang..
Astaghfirullahalazim..
Parahnya penyakit Hati dia...
Jauhi dia, Ya Allah...
Lindungi dia Ya Allah..
Dari belenggu penyakit Hati..
Parahnya penyakit Hati dia..
walau dibedah, dibius, dibuat apa saja..
tanpa suntikan nur Ilahi..
is nothing... tiada sembuh Hatinya..
Parahnya penyakit Hati dia..
Hanya Pakar kepada yang Pakar dapat ubati..
Allah!..
Sebaik-baik Doktor dan Penyembuh segala penyakit..
AllahuakbaR!!!...

Ahad, 14 September 2008

Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysiatoday

Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysiatoday
(versi bahasa malaysia)
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

(Artikel asal saya tulis di dalam bahasa inggeris, sila rujuk rujuk ruangan english, ini adlah versi terjemahan yang diusahakan oleh Pak Usu, namun begitu saya telah mengubah suai dan menambah beberapa perkara lagi agar lebih mudah difahami)

Tulisan ini adalah hujah balas kepada Raja Petra Kamaruddin dan rakan seangkatan dengannya (anti hadis dan Islam Liberal) berkenaan aurat wanita Muslim di dalam blog popularnya (Malaysia Today). Sumber

RAKAN RAJA PETRA MENULIS:

Di dalam artikel tersebut ada ayat yg mengatakan: "Nampaknya, tudung hanyalah di "kurniakan" kepada isteri-isteri Nabi dan bukan ke atas semua wanita..." Jadi saya telah melihat ke dalam Al-Quran dan menjumpai beberapa benda.
1) "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)
Komen: Pertamanya, lihat maksud ayat "supaya mereka boleh dikenali dan tidak diganggu". Ini bermakna sekurang-kurangnya, bahagian muka mesti boleh dilihat. Adalah menjadi kesalahan utk mengatakan kaum perempuan lain di masa itu (bukan Arab, Yahudi, Kristian) tidak memakai tudung. Sebenarnya, kaum perempuan Yahudi dan Kristian memakai tudung yg lebih konservatif drpd wanita-wanita Muslim.
Menutup badan juga adalah kemestian bagi kaum lelaki dan wanita yg tinggal di padang pasir. Ia tidak ada kaitan dgn mana-mana agama. Jadi apabila ayat tersebut menyatakan "supaya mereka boleh dikenali" ia sebenarnya bermaksud kaum wanita tidak perlu menutup muka atau kepala mereka sehingga tidak boleh dibezakan mereka dgn kaum perempuan Kristian dan Yahudi yg juga memakai tudung. Ini bermakna, tidak ada langsung perkara memakai tudung untuk menutup kepala dan muka.
Terjemahan Surah Al-Ahzab ayat ke 59 secara umum:
Ya ayyuhan nabi : Wahai Nabi
qul li-azwajika wabanaatika : beritahulah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
wa nisaa i mu'mineena : dan wanita-wanita yang beriman
yudneena : untuk memanjangkan
Alayhinna : ke atasnya
min jalabeebihinna : daripada pakaian/tudung.
KOMEN UZAR

Malangnya, anda telah tersalah-tafsir ayat di atas dan memahaminya di luar konteks sebenar, saya kira ia adalah kerana anda tidak meneliti seluruh struktur ayat tersebut.
Realitinya, sebagai hamba Allah SWT dan pengikut Rasulullah SAW, kita diajar untuk selalu kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith untuk mendapatkan kepastian terhadap hukum sesuatu perkara. Berkenaan topik ini, Allah SWT Berfirman:-

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)
Ulama telah bersepakat bahaya setiap ayat yang diturunkan kepada Nabi kita Muhammad S.A.W juga adalah ditujukan kepada setiap Muslim melainkan jika berlainan disampaikan oleh Baginda S.A.W melalui Hadith atau ayat-ayat Quran yang lain. Contohnya: Nabi mempunyai lebih dari 4 orang isteri dalam satu-satu masa, ianya dipanggil "Khususiyat Anbiya" yang tidak dibenarkan untuk diikut oleh umat Muhammad kerana atas ketentuan khusus oleh Allah SWT untuk Nabi beserta dengan sebab-sebab yang lain.
BACA SELANJUTNYA DI SINI
P/S: Astaghfirullahalazim.....

Jumaat, 12 September 2008

Usaha Agama (I)

Assalamualaikum wbt..
Bayyan Asar..
+ sekali kita pikir pasal kerisauan spt Nabi risau (usaha dakwah) ini, maka pahlanya lebih daripada org yang buat kenduri 1000x or lebih dari itu.
+ Allah hantar kita didunia hanyalah sementara. Didunia hanyalah untuk persiapan dalam kehidupan yang kekal abadi (akhirat).
+semua manusia akan mati dan merasai mati. Semua yang ada dalam dunia ini tiada jaminan dalam bab kematian. Setiap sesuatu ada tarikh luputnya. Hanya Allah yang kekal selamanya. Allah Maha Hidup. Bersama Hayat ada maut. Bersama Senang ada susah.
+orang yang berakal akan membuat persiapan untuk masa depan mereka (akhirat).
+untuk mendapat kejayaan didunia dan di akhirat, Allah Taala dah beri kita Agama. agama apa?. pastinya agama Islam!. hargainya!.
+semua umat manusia didunia ini telah diberi tanggungjawab dalam usaha agama.
+Rasulullah s.a.w: " wahai khatijah, lipatlah tempat tidurku, tiada rehat bg saya selepas ini". (fikir risau agama)
+Saidatina Khatijah adalh contoh terbaik bg kaum hawa. Khatijah telah habiskan segala hartanya ke jalan Allah untuk usaha agama. Khatijah meninggal dunia dalam keadaan yang tiada apa-apa pon dan khatijah still lg nak sumbangkan tulang rangkanya setelah kematiannya nanti.
Masyallah. betapa tinggi pengorbanan siti khatijah.
+para sahabat, bila terima sahaja Islam, mereka sama-sama buat usaha agama/dakwah spt mana Rasulullah s.a.w.
+dalam Islam, wanita ada pengorbanan dan status yang tggi dalam agama. Islamnya Khalifah Umar asbab usaha adiknya(wanita). Islamnya Khalifah Usman asbab usaha mak saudaranya (wanita kan?). galakkan from wanita. waallahualam.
Apa yang perlu kita buat dalam usaha agama?
+Betulkan YAQIN kita!. yaqin pada siapa?. tentulah yaqin hanya pada Allah S.W.T.
+tiap2 hari kita cakap:" Allah lah segala-galanya. Allah yang bg kita rezeki. Allah yang beri kita kejayaan. Allah yang sembuhkan penyakit kita. Allah yang tenangkan hati kita. Allah yang menggerakkan kita untuk beramal taat padaNya. (jdi mengapa harus berbangga dgn amal kita?-pesanan penaja:jauhi riak. astaghfirullahalazim.). if Allah biarkan kita, sudah tentu terumbang-ambinglah kita and buat maksiat. Allah is everything!. Astaghfirullalahazim.
+syaitan akan kata " yela, Allah buat segala-galanya, tp bila kita makan nasi kita rasa kenyang. bila kita kena api kita rasa sakit dan panas. ha, tu mcmn pulak?"
+Begini, makanan - mengenyangkan, api - membakar, air - menghilangkan haus. semua itu adalah adat semata-mata dan sifatnya sahaja. kalau kata makanan itu bila kita mkn ianya mengeyangkan, habis kenapa org yg mkn bnyk xkenyang2, asyik mengunyah tiap masa? dan kenapa pulak ada orang yg makan sikit tp knyang dan bole tahan berhari-hari?. Itulah! yang memberi sifat pada setiap perkara tersebut ialah Allah. Hanya Allah. Allah Maha Berkuasa melakukan apa sahaja mengikut kemahuanNya. MasyaALLAH. kalau kita tgok org yg cantik, pandai dan sebagainya.. siapa yg bg semua tu?... dia cantik sbb Allah yg bg dia cantik...
waallahualam..
will be continue...

Khamis, 11 September 2008

Doakan...

Assalamualaikum wbt..

12.55 tghari. saya mulakan bicara dengan bismillahirahmanirahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Agak terketar2 saya nak meneruskan typing saya ni..tak tahu la kenapa. Astaghfirullahalazim.

NOrhayati bt Abdul Rahman. seorang hamba Allah yang terlibat dalam kemalangan xsalah saya 2bulan lepas dan sekarang beliau dalam keadaan yg agak genting. kisahnya agak menyayat hati saya. rasanya tak usahlah saya bercerita panjag disini .maka, saya disini ingin mengajak budi baik saudara-saudari sekalian untuk mendoakn kesembuhan, kesejahteraan dan yang terbaik untuk beliau. sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. marilah kita sumbangkan apa yng termampu untuk saudara2 Islam kita. Doakan..

sesungguhnya Allah sangat sayangkan hamba2nya melebihi kita sayangkan diri kita sendiri. jadi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. ujian demi ujian itu adalh bukti cinta Allah pada kita. kita pula bagaimana?. apakah bukti cinta kita pada Allah?.

Wallahualam..

Selasa, 9 September 2008

Beberapa point..

Beberapa point penting yg diberitahu masyaikh dalam bayan ijtima' :

1. Kemenangan umat islam bergantung hanya kepada Allah..

2. Kejayaan umat islam tidak bergantung kepada banyak atau sedikitnya umat islam

3. Sehebat apapun makar para musuh2 Allah tidak ada artinya dengan makarnya ALLAH

4. Berda'wah harus merujuk sebagaimana muazin mengumandangkan azan, hal yang pertama disampaikan muazin adalah "ALLAHU AKBAR".kemudian LAILAHAILLALLAH. jadi hal yang pertama dilakukan oleh penda'wah adalah mengagungkan ALLAH agar masuh kebesaran ALLAH dalam hati-hati manusia. Mengesakan ALLAH tanpa ada bercampur keraguan didalamnya.

5. Hal yang pertama kali terjadi setelah buat da'wah adalah munculnya ujian-ujian dalam da'wah. dan dari ujian tersebut hendaknya da'i benar-benar mengembalikan urusannya kepada ALLAH, meyakini bahwa segala urusan hanya berada dalam genggaman ALLAH, makhluk tidak dapat memberi manfaat dan mudhorat kecuali atas izin ALLAH. tawakkal yang sempurna akan menyebabkan pertolongan ALLAH dekat.

6. Sempurnakan amalan maqomi ditempatan. hidupkan lima amalan masjid secara sempurna.

my email from: == icun bin abdullah ==

Isnin, 8 September 2008

Destinasi Cinta


Assalamualaikum wbt..

DESTINASI CINTA (Mestica)
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Huraian yang Terukir Dari Insan Faqir-Dengan izin Allah Al-Aziz Al-Qodir:
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Al-Faqir yang serba jahil ini mengulas sedikit dengan izin Allah:
Seseorang hamba yang terperangkap dalam belengu hijab duniawi, pasti terkadang-kala merasa letih dek terlalu mengejar keduniaan. Biarpun dari sudut mata pandangan, dunia kelihatan indah mempesona, tetapi jauh di sudut hati, terasa letih dalam misi mengejar duniawi.
Selalunya, ramai manusia yang lemas dalam lautan kebendaan duniawi, pasti alpa dalam menyahut seruan Ilahi s.w.t., untuk berbakti sebagai hambaNya di muka bumi ini. Serakah dek mengejar kelazatan dalam memenuhi kerakusan syahwat yang singkat, ramai yang mengabaikan tugas utama dia diciptakan di dunia ini, iaitu sebagai hamba Ilahi, lantaran meninggalkan segala suruhan dan melakukan sekian larangan, demi syahwat nafsu, dan hawa yang menipu.
Sesekali, dalam menempuh kerakusan kebendaan ini, setiap manusia pasti dilintasi oleh panggilan Ilahi s.w.t., yang menyerunya agar kembali ke pangkuan Rabbul Izzati s.w.t..
Samada dengan ditimpa musibah dan ujian, ataupun diberi seribu satu kesenangan, manusia pasti pernah terfikir, walaupun sekali Cuma, untuk kembali kepada Ilahi s.w.t., Tuhan yang menciptakannya dari tiada. Kadang-kala, dengan musibah yang menimpa, seseorang hamba terdetik di hatinya, bertanya-tanya, akan siapakah lagi yang mampu membantunya dalam menempuh hari-hari mendatang yang menjanjikan seribu satu ujian. Akhirnya, terlihat satu cahaya, berserta suara nurani menjawab:
“Dialah ALLAH! Hanya Dialah yang Maha Membantu, dan hanya Dialah yang mampu membantu setiap para hambaNya, kerana ujian daripadaNya dan hanya Dia yang mampu menolong para hambaNya yang diuji.”
Sejenak, seorang insan yang mempunyai fitrah yang jernih, biarpun dikelabui syahwat yang semakin membuak-buak, pasti terdetik untuk kembali kepada DIA, yang hanya DIA, tiada DIA melainkan DIA. Ini kerana, dia hanya memerlukan DIA dalam kehidupan ini, dan dalam kehidupan setelah mati nanti. Keletihan duniawi terkadang mampu menewaskan egois syaitani dalam diri manusia, sehingga akhirnya terhadapkan wajahnya kepada DIA yang MAHA BERKUASA.
Lalu, dilema melanda. Antara nafsu dan YANG MAHA SATU. Setelah diri menghitung dosa dan noda sewaktu lemas dalam arus duniawi, setelah diri mengingkari janji sebagai hamba Ilahi, adakah masih ada lagi ruang untuk kembali menagih belas ihsan dari DIA YANG MAHA AGUNG? Layakkah untuk kembali dalam kebersamaan denganNya setelah mengkhianatiNya buat sekian lama, takkala leka dengan kelazatan duniawi yang fana?
Lalu, nafsu katakan: “Tidak! Jangan! Engkau sudah banyak dosa. Engkau tidak layak untuk menagih belas Allah s.w.t. lagi! Teruskanlah mengejar cinta duniawi yang selama ini Engkau cari. Itulah kebahagiaan hakiki!”
Hati yang rimas dalam lemas mula melontarkan suara halus bernada suci: “ Dialah yang Maha Penyayang. Dia Maha Penerima Taubat. Dia menyayangimu sebelum kamu diciptakan. Takkanlah setelah kamu diciptakan, Dia akan mensia-siakanmu? Dialah yang bersifat dengan sifat Maha Pengampun sebelum kewujudan sifat lemahmu, takkanlah Dia tidak bersifat dengan Maha Pengampun setelah kewujudan sifat lemahmu? Mustahil sama sekali. Kembalilah kepadaNya”.
Si hamba mula menoleh ke arah RUBUBIYYAH (KeTuhanan) Allah s.w.t. yang Maha Pengampun. Hati yang selama ini diselaputi titik hitam noda dan dosa, mula disirami cahaya, dek rasa kekesalan dan taubat dalam jiwa. Terdetik di hatinya, dengan izinNya, untuk kembali kepadaNya, dan menyesali segala salah dan silapnya dalam pengkhianatannya selaku hamba.
Sedikit demi sedikit, tirai hati mula tersingkap, dengan rasa penyesalan dan taubat. Tercari-cari ia akan KEAMPUNAN TUHANnya yang MAHA PENYAYANG. Ya, tiada lagi tempat untuk mengemis keampunan, melainkan di HALAMAN SUBUR RAHMATMU TUHAN.
Suburnya halaman (hadrah Qudsiyyah) rahmatMu kerana Engkaulah Yang Maha Memberi Rahmat. Subur halaman rahmatMu dengan sifat Maha Pemurahmu. Jika atas dasar keadilan, nescaya tidak layak seorang hamba yang sudahpun mengkhianati tuannya, mampu kembali ke halaman tuannya memikul segunung pengkhianatan terhadap tuannya. Tetapi, ALLAH, bukan calang-calang tuan, bahkan DIALAH TUAN segala tuan. Hanya dengan rahmatNyalah, seseorang mampu bersimpuh di halaman rahmatNya, kerana tanpa rahmat dan belas kasihNya, siapalah sang hamba yang hina dengan lautan pengkhianatan ini, mampu mengadapNya yang Maha Agung.
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Setelah memikul dosa pengkhianatan yang menggunung, si hamba tersebut berusaha untuk menagih simpati dariNya yang Maha Mulia, agar diberi sekali lagi kesempatan untuk membuktikan kehambaannya kepadaNya, dengan bantuanNya.
Janji dilafazkan, untuk menghilangkan setiap debu kejahilan yang menjadi punca pengkhianatan, dengan madu keimanan. Biarlah kemanisan iman itu menjadi kekuatan baru untuk bertapak dengan jejak yang baru, jauh dari debu kejahilan, sekaligus ditemani oleh siraman hujan madu keimanan dari Tuhannya, dengan izinNya.
Kejahilan menjadi punca sebenar seseorang itu melakukan maksiat kepada Tuhannya. Ini kerana, dia jahil tentang hakikat dirinya dan dia jahil tentang hakikat Tuhannya. Kalaulah dia kenal, siapa ALLAH yang dikhianatinya, nescaya tiada lagi penyesalan lebih besar dalam dirinya, selain daripada menyesal bahawa dia pernah hidup di dunia. Namun, Allah s.w.t. Maha Pemurah, dengan menganugerahkan taubat kepada para hambaNya untuk menjadi pintu utama buat para hambaNya yang ingin kembali kepadaNya setelah sekian lama mengkhianatiNya.
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka.
Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala malu bercampur gembira, ketika diberi peluang mengadapNya semula. Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala takut bercampur harap, ketika diberi anugerah untuk bertaubat kepadaNya. Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala menyaksikan, akan PENYAYANGnya ALLAH yang Maha Penyayang.
Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala mensyukuri, anugerah linangan air mata tersebut yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Inilah hakikat. Dia menangis bukan atas kekuatan dirinya. Ini kerana, kalau manusia mampu menangisi dosa mereka di hadapan Tuhannya, nescaya semua manusia boleh menangis kerana dosa. Berapa ramai manusia yang ingin menangis dalam taubatnya namun tidak mampu. Jelaslah bahawa, tangisan itu anugerah. Hanya yang terpilih sahaja, akan menangis dalam taubatnya. Siapa yang memilih kalau bukan Allah yang Maha Memilih?
Jadi, dia faham, tangisan itu juga suatu anugerah. Jadi, bertambahlah tangisannya dalam tangisan, kerana mensyukuri nikmat menangis kerana dosa tersebut, yang merupakan anugerah dari Allah s.w.t. kepadanya.
Bahkan, bertambahlah tangisan dalam tangisan dalam tangisan, kerana memahami bahawa, tangisan kerana dosa tersebut merupakan satu anugerah baginya untuk melepaskan dirinya daripada neraka Allah s.w.t., dengan izinNya. Teringat Dia akan janji Tuhannya bahawa, dua mata yang tidak akan disiksa dalam api neraka, antaranya ialah: “mata yang menangis kerana bertaubat dari dosanya…”
“Ahh…Ya Allah, sudahlah aku mampu menangis bertaubat dari dosa keranaMu, lalu Engkau pula menjanjikannya sebagai pelepasan dari api neraka. Maha Pemurah lah Engkau takkala memberi peluang untuk aku melepaskan diriku dari siksa neraka”, rintih hati, malu di hadapan yang Maha Mencintai. Bertambah malu dengan layanan mulia dari Allah s.w.t. setelah mengenang pengkhianatannya terhadapNya yang menggunung.
Lalu, dari rasa malu terhadap Tuhannya, kerana layanan dariNya yang mulia, kepada dirinya yang serba hina, dari rasa takut kepada keagunganNya, maka, si hamba itu berjanjilah untuk menunaikan segala perintah Tuhannya untuk membuktikan kehambaannya kepadaNya dengan bantuan dan izinNya. Berjanji, untuk menagih simpati…
Lalu, pintu pertama yang harus ditempuh untuk membuktikan kehambaannya kepadaNya ialah, dengan merealisasikan taubat nasuha itu sendiri. Namun, apa bukti taubat nasuha
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Tanda kejujuran taubat seseorang hamba dan tanda taubat nasuha seseorang hamba ialah, tidak lagi ada keinginan di hatinya untuk kembali berpaling kepada palsu duniawi.
Setelah dia tahu, dunia itu palsu dan Allah itu hakiki, setelah dia tahu, dunia ini fana, dan hanya Allah s.w.t. itu Maha Kekal, setelah dia tahu hanya Allahlah yang dia perlukan, bahkan dunia sering menyusahkan, maka, setelah sesalan yang disulami kejujuran, daripada kealpaan dan pengkhianatan, sudah pasti tersemat erat di dalam hatinya, janji untuk terus bertawajjuh mengadap Tuhannya semata-mata, dan tidak mahu lagi berpaling kepada musuh yang berjaya menawannya suatu ketika dahulu.
Seseorang hamba yang jujur dalam taubatnya, pasti tidak lagi teringin untuk kembali kepada hasutan palsu duniawi yang memukau. Dia akan sentiasa meminta bantuan daripada Allah s.w.t., untuk membantunya melawan tipu daya duniawi.
Jika sesekali, dia terjerumus dek arus deras palsu duniawi, lantas dia bersegera dalam mengulangi taubatnya dan berazam dengan sebenar-benar azam, untuk tidak kembali lagi kepada kealpaan. Itulah tanda kejujuran dalam taubatnya.
Taubatnya Saidina Umar Al-Khattab r.a., daripada seorang yang tiada belas kasihan, kepada seorang yang penyayang, bahkan menyayangi Rasulullah s.a.w. melebihi dirinya sendiri. Taubatnya Malik bin Dinar, melakar sejarah baru dalam dunia kesufian, takkala si dia yang mabuk dengan kepalsuan “wanita”wi dan “khamar”wi, berubah menjadi seorang yang mabuk dalam lautan cinta Ilahi. Taubatnya Rabiatul Adawiyah, merubah hidupnya dari seorang hamba kepada seorang hamba, kepada seorang yang merdeka di persada kehambaan sejati.
Taubat bisa mengubah seseorang daripada yang dahulunya, seluruh alam malu menyaksikannya, kepada seorang yang mana, seluruh alam berbangga dan bergembira dengan kewujudannya. Yang penting ialah kejujuran dalam taubat itu sendiri, takkala seseorang tidak berpaling semula kepada apa yang ditinggalkannya daripada maksiat yang telah dilakukannya, hatta tidak pula mengingati maksiat yang telah dilakukannya tanpa sebarang tujuan.
Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani pernah berkata: “Mengingati maksiat itu maksiat”.
Maknanya, seseorang yang mengingati maksiat tanpa tujuan, setelah mana dia bertaubat nasuha, maka ia suatu perkara yang tercela kerana bisa menjadi sebab yang menariknya semula kepada melakukan maksiat tersebut kembali.
Suatu ketika, Sheikh Sirri As-Saqoti bertanya kepada seorang pemuda: “Apakah yang dimaksudkan dengan taubat?”
Tanya pemuda itu pula: “Di sisi kamu, apa pula yang dimaksudkan dengan taubat itu?”
Sheikh As-Sirri As-Saqoti berkata: “Bertaubat ialah, seseorang mengenang dn mengingati dosa-dosanya yang lalu.”
Pemuda itu lantas berkata: “Bertaubat menurut saya ialah, melupakan dosa yang pernah dilakukan dan terus beradab di hadrah Kebersamaan dengan Allah yang suci. Tidak boleh membawa kotoran (mengingati dosa) dalam hadrah yang suci (dalam kebersamaan dengan Allah s.w.t.).”
Sheikh Sirri As-Saqoti kagum dengan pemuda tersebut, lalu menceritakannya perihal tersebut kepada anak muridnya, Sheikh Junaid Al-Baghdadi. Sheikh Junaid lalu berkata: “Benar pemuda itu. Dia telah mengajar kita hakikat taubat”.
Jadi, seseorang yang telahpun bertaubat, jika taubatnya jujur, pasti hatinya cuba melarikan diri daripada kepalsuan duniawi sedaya mungkin. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tiga perkara, yang mana, jika seseorang tersebut ada perkara-perkara tersebut dalam dirinya, maka dia akan merasai kelazatan iman…Antaranya…Seseorang itu benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan semula ke neraka”.
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Setelah bermujahadah melawan nafsu yang sentiasa mengajak untuk mencintai kepalsuan duniawi, dengan bantuan Allah s.w.t., Allah s.w.t. akan menyingkap kepadanya sedikit demi sedikit, akan hijab hatinya daripada hakikat dirinya.
Makin dia melawan hawa nafsu untuk meraih keredhaan Allah s.w.t., dengan izin Allah s.w.t., makin Allah s.w.t. menyingkapkan kepadanya tentang hakikat dirinya. Semakin dia mengenal dirinya, semakin dia mengenal Allah s.w.t., kerana jalan untuk mengenal Allah s.w.t. ialah melalui kenal diri terlebih dahulu.
Selama ini, dek terkaburnya pandangan mata hati, terhadap hakikat yang dicari, dengan kabur-kabur noda duniawi dan syahwat nafsi, pandangan terus menujukan cinta kepada yang fana. Cinta yang mulia, dicurahkan kepada sampah yang tiada berharga. Yang dikejar selama ini, dari kenikmatan duniawi, dek kejahilan dan terhijabnya hati, dari Keagungan Ilahi, membuatkan seseorang itu menjadikan dunia dan segala isi kelazatannya sebagai destinasi cintanya yang dicari.
Setelah sekian lama mabuk dalam hiruk pikuk kepenatan duniawi, dan setelah menemui hakikat diri dan hakikat Ilahi, barulah terbit hikmah di hati, dari lintasan nurani Ilahi, bahawa: “DESTINASI CINTA YANG KU CARI, SEBENARNYA TERLALU HAMPIR”.
Sebenarnya, selama ini, yang perlu dicintai bukanlah suatu yang menyakitkan seperti duniawi. Selama ini, yang perlu dicintai, bukanlah suatu yang tidak menjanjikan sebarang kepastian bahkan menjanjikan perpisahan abadi. Selama ini, yang perlu dicintai bukanlah suatu yang bisa mengecewakan dan tidak pernah menghargai.
Kini, baru ku tahu, siapa yang ku cari untuk dicintai. Kini, baru ku mengerti, tiada destinasi cinta abadi selain daripada Dia Rabbul Izzati. Dialah yang mencintai tanpa meminta ganti. Dialah yang mencintai tanpa mengenal erti kehinaan diri hamba ini. Dialah yang mencintai, tanpa merungut takkala sering dikhianati. Dialah yang mencintai…ah…sebelum dicintai. Dialah CINTA HAKIKI. Dialah DESTINASI CINTA ABADI. Tiada cinta melainkan daripadaNya kepadaNya, untukNya dan keranaNya, denganNya.
Baru ku mengerti kini, kata hamba abdi tadi, bahawa DIALAH yang ku cari selama ini untuk dicintai, kerana DIALAH yang selama ini mencintaiku tanpa disedari. Ketika aku di dalam kandungan ibu, DIALAH yang membelaku. Ketika aku lahir ke dunia, DIALAH yang tidak pernah sudah dalam memberi kasih sayang sejati, walaupun selama ini aku tidak pernah mengendahkannya dek tertipu dengan duniawi, kata si hamba sambil menghitung diri.
HUWA…DIALAH segalanya. Jika DIALAH destinasi cinta, bererti destinasi cintaku selama ini terlalu hampir bahkan semakin menghampiri, bisik hati.
FirmanNya yang Maha Suci: “DIALAH yang sentiasa bersama kamu walau di mana kamu berada”.
FirmanNya dalam Hadis Qudsi: “Jika seseorang hamba menghampiriKu dengan satu jengkal, maka Aku akan menghampirinya satu hasta. Jika seseorang hamba menghampiriKu dengan berjalan, maka Aku akan menghampirinya secara berlari”.
Ya Arhamar Rohimin…
Betapa mulianya hadrah Jamaliyah (sifat-sifat kecantikan)Mu. Aku malu denganMu yang tidak segan silu untuk menceritakan akan keghairahanMu dalam menghampiriku takkala ku ghairah menghampiriMu. Demikianlah luahan rasa hati hambaNya takkala disapa dengan kalam Qudsi tersebut.
Selama ini, rupanya, yang dicari oleh seorang hamba, ialah yang telahpun dijumpai olehnya, kerana Dia terlalu hampir dengannya. Cuma, sedekat-dekat manapun sesuatu itu, kalau cari di tempat yang salah, atau tidak tahu apa yang dicari, maka selagi itulah akan kehilangan. Kehilangan dalam kebersamaan. Yang kehilangan bukanlah kerana kejauhan, tetapi kerana tidak tahu akan kebersamaan itu sendiri.
Persoalannya, apakah yang mampu melenyapkan makna kebersamaan dengan Allah s.w.t. selama hidup seseorang hamba, yang sanggup berlaku dusta dan khianat kepada Tuhannya.
Ya, jawapannya ada pada ungkapan:
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Dosalah yang semakin menutupi hati dari melihat kebersamaan Allah s.w.t. dalam dirinya. Dosa kerana kejahilan terhadap hakikat diri dan hakikat Ilahilah, yang menyebabkan dia terus dibuai angan kepalsuan sehingga terlupa bahawa, mimpi tetap mimpi, walaup seindah mana ia dapat dinikmati, dan hakiki tetap hakiki, biar sejauh mana ia menghilangkan diri.
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Benarlah, selama ini yang tertipu bukanlah tipah, melainkan diriku sendiri, bisik hati hamba dalam muhasabah diri. Selama ini, daerah cinta palsu iaitu duniawi, telahpun diredahi untuk mencari cinta abadi, namun ianya hanya kerana kealpaan diri terhadap hakikat kewujudan ini.
Benarlah, kerana wadah yang alpa dalam diri, menyebabkan seseorang itu keliru, dalam pencariannya di daerah cinta itu sendiri. Ini kerana, di dalam daerah cinta, bukan daerah itu yang perlu dicintai, tetapi DIALAH, yang menciptakan daerah itulah yang perlu dicintai, kerana kita memerlukan cintaNya, bukan cinta daerahNya yang tiada erti.
Benarlah, kekeliruan itu berpunca dari wadah yang alpa dalam diri, yang menyebabkan seseorang itu mencari apa yang bakal pergi, dan melupai Dia yang bakal kepadaNya, dia kembali.
Setelah sekian lama bernafas dalam selut duniawi, tercungap-cungap diri memanggil nama: “DIA…DIA”, bantulah dia. Siapa DIA? ADAKAH DIA yang dimaksudkan ialah destinasi cinta yang dicari? Kalau DIA ialah desitnasi cinta yang dicari, siapakah yang dimaksudkan dengan DESTINASI CINTA dalam dirinya?
Perempuan, teman dan taulan, harta kekayaan, lelaki-lelaki tampan, dunia dan kebendaaan dan segala isi keduniaan? Adakah itu destinasi cintamu wahai insan? Kalau itulah destinasi cintamu, pohonlah bantuan dari mereka takkala dihimpit seribu keresahan dari mereka jua. Merekalah yang menjadi DESTINASI CINTAMU, mereka jugalah yang memenatkanmu. Jadi, siapa lagi yang dikau cari wahai insani?
AKU? Firman Allah s.w.t. dalam kebersamaan qudsi. “YA. AKU DESTINASI CINTA segala makhluk. Namun, kenapa engkau mencari dan mencurahkan cinta kepada makhluk, bukan kepada DESTINASI CINTA?”
Kala itu, hati berubah malu. Terkenangkan siri-siri keinsafan yang lalu. Benarlah, akhirnya ku temui, dunia yang selama ini tempat aku mencurah kasih dan cinta setulus hati, sebenarnya tidak pernah membahagiakan diri ini, sebaliknya bisa menghancurkan hala tuju hidupku sendiri.
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Benarlah kata si bijak bistari: Kalau cintakan bunga, bunga kan layu. Kalau cintakan wanita, wanita kan mati. Kalau cintakan dunia, kita yang akan pergi…Ya, cinta duniawi itu mengundang kecewa. Kecewa yang perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Cinta.
Sememangnya, dunia tiada menjanjikan ketenangan yang dicari. Cinta kebendaan tidak pernah menjanjikan kebahagiaan, kerana di sebaliknya ada perpisahan yang bakal menundang kekecewaan. Dunia dan isinya tidak pernah mencintai kita, walaupun selautan kasih telah kita curahkan kepadanya. Itulah kecewa hakiki. Bahkan lebih kecewa lagi, apabila kita sibuk mencintai yang tidak mencintai kita, di samping melupai dan mengabaikan DIA yang mencintai kita selamanya sejak sebelum kita wujud lagi.
Takut dirasakan oleh sang hamba, takkala teringat akan pengkhianatannya terhadap cinta Tuhannya kepadanya. Maka, bermohonlah oleh hamba itu akan setinggi-tinggi keampunan dari Tuhan, agar dia dapat bersimpuh dalam kebersamaan denganNya, dan menyaksikan kebersamaan tersebut dengan Musyahadah hati yang tidak pernah palsu.
Lantas, berdoalah si hamba itu kepada Tuhan yang Maha Satu:
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Gelintar dalam jiwa, takkala ketakutan bersulam rindu untuk bertemu Dia yang lama merindu. Bergetak sudut hati, mendambarkan makrifat diri, untuk terus mengenali, DIA yang lama mencintai.
Hamba terus pasrah, dalam memelihara adab UBUDIYYAH (kehambaan), dalam melaksanakan apa yang diperintah, serta meninggalkan apa yang membawa kepada marah. Wara’ di hadrahNya terus dipelihara, dalam menempuh hari-hari dengan ketaatan kepadaNya, dalam meneruskan kehidupan selaku hamba, demi meraih redhaNya.
Dalam mujahadah, muroqobah, sair ila Allah (perjalanan menuju Allah) dan Sair Fil Lah (perjalanan pada kebersamaan dengan Allah s.w.t.), si hamba mendambakan sebutir hakikat, dalam memelihara adab Allah yang Maha Kuat, untuk memastikan kehambaannya terus tersemat erat.
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Hakikat itu didambakan untuk menjadi benih, bagi menanam akan pohon makrifat. Hakikat ialah, takkala seseorang mula mengenal dirinya dan kewujudan makhluk sekelilingnya. Benih hakikat yang sempurna ialah, apabila ia membawa seseorang itu kepada fana’ dari kewujudan diri dan alam ini, dengan fana’ dalam kebersamaan dengan Allah s.w.t..
Fana’ ialah benih yang subur dari hakikat itu. Darinya, dapat disemai ke dalam bumi tawajjuh (mengadap Allah s.w.t.), agar bisa menumbuhkan sepohon makrifatuLlah (mengenal Allah s.w.t.), dengan siraman inayah (bantuan) Allah s.w.t. dan madadNya.
Yang mana, supaya dari pohon makrifat tersebut, dapatlah seseorang hamba berteduh di rendang kasih Ilahi s.w.t.. Seseorang yang mengenal Allah s.w.t., pasti akan mengenal bahawa Allah s.w.t. telah lama mengasihinya. Jadi, rendangnya sesebuah pohon makrifat itu, apabila seseorang hamba telahpun mengenal Allah s.w.t. dengan musyahadah, dan melihat dengan mata hati, akan kasihNya kepadanya. Inilah keredupan abadi yang membahagiakan seseorang insan, dari kepanasan palsu duniawi yang menipu sakan.
Jadi, hamba tersebut berdoa agar Allah s.w.t. memberi peluang kepadanya untuk berteduh di bawah kasihNya, dengan memberi mudah jalan untuk menyampaikannya kepada teduhan tersebut, dengan bantuan dan izinNya. Dia tahu, tiada daya dan upaya melainkan milik Allah s.w.t. dan dariNya. Seseorang tidak akan sampai kepadaNya melainkan dengan kehendak, izin dan bantuanNya.
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
Sememangnya, ranjau duniawi tidak pernah sudah dalam menggoda hati manusia, bahkan lebih kuat tarikannya bagi mereka yang sudahpun berazam untuk kembali kepada Allah s.w.t.. Syaitanlah yang berperanan untuk terus menyerang dan menghasut hati, agar mengikut hasutan dan godaan duniawi, di samping nafsu tidak pernah jemu dalam menipu hati agar mencintai kelazatan duniawi.
Selagi denyut nadi belum berhenti, selagi nafas masih di rongga ini, selagi itu syaitan, nafsu, duniawi dan makhluk menjadi musuh sejati, dalam menjauhkan sang hamba dari Tuhannya yang mencintainya setulusnya.
Hati yang menjadi raja diri, menjadi sasaran utama musuh-musuh yang ingin menodai kehambaan sejati. Syaitan menyerang dengan bisikan dan janji palsu. Nafsu menyerang dengan bayangan kelazatan syahwat yang indah. Makhluk menyerang dengan memberi tawaran ta’alluq (ketergantungan hati kepada selain dari Allah s.w.t.) dalam diri. Dunia pula menyerang hati dengan pelbagai perhiasan kecantikan yang palsu lagi beracun.
Ke mana mahu lari?
Larilah kepada Allah s.w.t.! Tiada daya melainkan dayaNya. Tiada kekuatan melainkan kekuatanNya. Mintalah bantuan daripadaNya dalam usaha untuk kembali kepadaNya dan meraih makrifatuLlah.
Berdoalah:
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Hati berada dalam kekuasaan Ar-Rahman, yang membolak-balikkannya mengikut kehendakNya. Berdoalah, agar Dia mampu meneguhkan hati kita dalam keimanan dan ketaqwaan kepadaNya, bukan kerana kelayakan kita untuk keimanan, tetapi kerana keperluan kita untuk memiliki iman, bahkan juga kerana, DIALAH yang MAHA MENEGUHKAN IMAN.
Hanya, dengan bantuanNyalah, hati seseorang akan dapat terlepas dari pautan nafsu ammarah bis suk (nafsu yang sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan). Pohonlah pada Allah s.w.t., agar Allah s.w.t. memberi kenikmatan Iman kepada kita dan membersihkan nafsu kita agar bisa menjadi nafsu mut’aminnah (jiwa yang tenang dalam kebersamaan denganNya, dengan musyahadah kepadaNya).
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Sememangnya, jika melihat hakikat diri, memanglah sukar untuk melamar redha Allah s.w.t. yang Maha Agung nilainya. Tidak layak rasanya diri yang selama ini mengkhianati cintaNya, untuk melamar redha dan cintaNya. Siapalah diri untuk melamar redha dan cinta suci, sedangkan diri masih penuh dengan keladak kotoran dusta dan pengkhianatan cinta sebelum ini?
Namun, bila melihat hakikat diri dari sudut yang lain, tiada yang paling diperlukan oleh diri melainkan ALLAH. Hanya Allah s.w.t.lah yang menjadi tempat kembali. Kalau tidak menagih redha dan cintaMu ya Allah, luah hamba tersebut, maka kepada siapa lagi aku ingin menagih cinta, padahal selain dariMu, semuanya palsu?
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu, kerana rasa diri tidak layak untuk itu, tetapi, disebabkan aku masih memerlukan cinta dan redhaMu, kalau tidak layak menerima cintaMu sekalipun, sekurang-kurangnya tidak mengapakan, untuk aku mengharap ampunan-Mu?
Kalaupun aku yang telah mengkhianati cintaMu selama ini tidak layak untuk menerima keampunanMu, rasanya tidak salah untuk aku meminta keampunan dariMu, kerana Engkau selalu menyuruhku meminta keampunan daripadaMu. Ya, aku memerlukan keampunanMu ya Allah, dalam ketidaklayakan ku untuk itu, tetapi sekurang-kurangnya, janganlah Engkau marah kepadaku, takkala aku meminta ampun dariMu, sekurang-kurangnya kerana Engkau menyuruhku meminta ampun kepadaMu.
Inilah satu adab kehambaan yang tinggi, yang mana setelah itu, terdengarlah akan khitab qudsi:
Nabi s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang bertaubat merupakan kekasih Allah” (Hadis riyawat Al-Munawi dalam Faidh AL-Qadir 3/276).
Begitu juga dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Allah s.w.t. terlebih bergembira dengan taubat seorang hamba, takkala dia bertaubat kepadaNya…” hadis riwayat Imam Muslim 4/2103, Al-Bazzar dan Al-Munziri)
Ya Allah, walaupun setelah sekian lama si hamba ini mengkhianati cintaMu, namun masih Kau bergembira dengan taubat hambaMu yang Maha tidak layak ini? Siapa lagi nak ku ganti, agar menjadi destinasi cintaku yang hakiki, setelah mengenaliMU YA ILIAHI, rintih hati suci si hamba tadi. Katanya
"Barulah kini ku kenali, Siapa itu DESTINASI CINTA yang hakiki….
waallahualam..

Sabtu, 6 September 2008

Tipuan Syaitan Terhadap Mereka Yang Beribadat

Tipuan Syaitan Terhadap Mereka Yang Beribadat
Adapun tipuan serta ajakan syaitan terhadap manusia agar meninggalkan beribadah kepada Allah Taala ada 7 macam jalan;
1. Syaitan melarang manusia, agar jangan taat kepada Allah. Orang-orang yang dipelihara Allah, akan menolak ajakan itu dan akan berkata:
Aku sangat memerlukan sekali kepada pahala dari Allah, kerana aku harus mempunyai bekal dari dunia untuk akhirat yang kekal abadi.
2. Bila pujukan pertama tidak berhasil, maka syaitan mengajak manusia untuk mengakhiri taat; nanti saja atau kalau sudah tua, dan sebagainya. Orang-orang yang terpelihara akan menolak ajakan itu dan akan berkata:
Ajalku bukan pada tanganku; jika aku menunda-nunda amal hari ini untuk esok, maka amal hari esok bila akan aku kerjakan, padahal tiap-tiap hari dan waktu mempunyai amal tersendiri dan hak hukum waktunya.
3. Kadang-kadang syaitan akan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan amal baik dengan amat segera dan katanya: Ayuh' cepat-cepat beramal supaya engkau dapat memburu lagi amal lainnya. Orang-orang yang selamat tentu menolak dan berkata:
Amal yang sedikit tapi sempurna lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna. Dalam hal Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda dengan maksud:"Tergopoh-gopoh itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima perkara;
1. Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2. Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3. Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4. Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5. Bertaubat setelah mengerjakan dosa.
4. Syaitan itu lalu menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab kalau tidak sempurna nanti dicela oleh orang lain. Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata;
Untuk saya cukup dinilai oleh Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal kerana manusia. Ini adalah isyarat supaya manusia Riya' dalam amalnya.
5. Setelah itu syaitan menancapkan perasaan dalam hati orang yang beramal dengan mengatakan; Betapa tingginya darjatmu dapat beramal sholeh dan betapa pula cerdikmu dan kesempurnaanmu. Orang-orang yang baik akan menjawab bahawa semua keagungan dan kesempurnaann itu kepunyaan Allah, bukan kekuatan atau kekuasaan aku. Allahlah yang memberi taufiq kepadaku untuk mengerjakan amal yang Ia redhoi, dan memberikan ganjaran yang besar dengan anugerah kurniaNya. Jika sekiranya tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat Allah kepadaku, di samping dosaku yang banyak pula.
Tidak dapat berkata-kata dan mengamalkan begini melainkan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Ilmu Tasauf atau Ilmu Makrifat.
6. Setelah jalan kelima gagal, maka syaitan mengajukan jalan yang keenam. Jalan ini lebih hebat dari yang disebut tadi, dan tidak akan bisa selamat terhadapnya kecuali orang yang cerdik dan hidup fikirannya. Syaitan itu berkata, membisikkan di hati manusia: "Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan Sir, jangan diketahui oleh manusia sebab Allah jualah yang akan menzhohirkan amalmu nanti terhadap manusia dan akan mengatakan bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas". Syaitan itu mencampur-baurkan terhadap setiapa orang yang beramal dengan amal tipuannya yang lemah sekali. Dengan ucapannya itu, syaitan bermaksud untuk memasukkan sebahagian daripada penyakit Riya'. Orang yang terpelihara oleh Allah akan menolak ajakan syaitan itu dengan mengatakan;
Hai Malaun (yang dilaknat) tiada henti-henti engkau menggodakaku untuk merosakkan amal dan ibadatku dengan berbagai-bagai jalan dan sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu untuk merosakkannya. Aku ini hamba Allah dan Allahlah jua yang menjadikan aku. Kalau Allah SWT. berkehendak menzhohirkan amalku atau menyembunyikannya; dan kalau berkehendak menjadikan aku mulia atau hina, ini adalah urusan Allah. Aku tidak gelisah apakah amalku itu diperlihatkan oleh Allah kepada manusia atau tidak kerana itu bukan urusan aku sebagai seorang hamba Allah.
7. Setelah gagal syaitan itu menggoda dengan jalan keenam, maka ia menggoda lagi dengan jalan ketujuh dengan mengatakan; "Hai manusia..tidak perlu engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah, kerana jika engkau telah ditetapkan oleh Allah pada masa azali dan dijadikan makhluk yang bahagia, maka tidak menjadi mudorat apa-apa bagi engkau untuk meninggalkan amal, engkau akan tetap menjadi seorang yang bahagia. Sebaliknya jika engkau dikehendaki Allah menjadi orang yang celaka, maka tidak ada gunanya lagi engkau beramal dan tetaplah engkau celaka".Orang-orang yang terpelihara oleh Allah tentu akan menolak godaan ini dengan mengatakan:
Aku ini seorang hamba, berkewajipan menurut perintah Tuhanku. Tuhan Maha Mengetahui , menetapkan sekehendakNya dan berbuat apa saja yang dikehendakiNya. Amalku tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku dijadikan seorang yang seorang yang berbahgia, aku tetap perlu beribadah untuk menambah pahala, dan jika aku dijadikan seorang yang celaka, aku tetap harus beramal ibadah, supaya tidak menjadi penyesalan bagi diriku meninggalkan amal itu. Jika sekiranya aku dimasukkan neraka, padahal aku taat, aku lebih senang daripada jika dimasukkan neraka kerana aku maksiat. Tetapi tidak akan demikian keadaannya kerana janji Allah pasti terjadi dan sabdaNya pasti benar. Allah telah menjanjikan kepada siapa yang beramal taat kepadaNya akan diberi ganjaran. Siapa-siapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, tidak akan dimasukkan ke dalam neraka dan pasti akan dimasukkan ke Syorga. Jadi masuknya, seseorang ke Syurga bukanlah kerana kekuatan amalnya, tetapi kerana janji Allah semata yang pasti dan suci.
Oleh kerana itu, sedarlah wahai hamba Allah, semoga Allah memberi rahmat kepadamu, sesungguhnya urusan taat kepada Allah seperti yang engkau lihat dan dengar bahawa banyak sekali godaan dan tipuan syaitan untuk menggagalkannya. Qiyaslah segala urusan dan tingkah laku kepada keadaan tersebut, dan bermohonlah pertolongan kepada Allah agar engkau dilindungi dan dipelihara dari kejahatan syaitan ini, kerana sega sesuatu benda di bawah kekuasaan Allah dan kepada Allah kita mohon Taufiq untuk mendapatkan keridhoaanNya.
TIDAK ADA DAYA UNTUK MENINGGALKAN MAKSIAT DAN TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK MENGERJAKAN TAAT, KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA LUHUR DAN MAHA AGUNG
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. [Saba : 21]
Hikayat dari Ahli Tasauf Wahab bin Munabih RA.

Rabu, 3 September 2008

Iman dan Yaqin

Assalaamualaikum wbt.. suka sekali saya untuk mengingatkan diri dan sahabat2 diluar sana tentang keyakinan yang tggi lagi mntap terhadap kudrat Allah s.w.t. kita percaya, tp kita kekadang kita kurng yakin. (antara sedar atau tdk) astaghfirullahalazim.. kenapa begtu?.. kerana iman kita sngt lemah. percaya dan yakin itu sngt berbeza. percaya tdk semestinya yakin. maka marilah kta sesama berdoa kpd yg Maha Agung utk memperolehi keyakinan yg jitu hanya padaNya!.Insyaallah.. jadi disini saya sertakan dibawah ini sedikit coretan dr blog hamba hasil kunjungan saya ke sana.Insyaallah. sama-sama kita amek iktibar dan muhasabah diri.

IMAN menurut Wikipedia,
Iman bahasa Arab (الإيمان) secara etimologis berarti ‘percaya’. Perkataan iman (إيمان) diambil dari kata kerja ‘aamana’ (أمن) — yukminu’ (يؤمن) yang berarti ‘percaya’ atau ‘membenarkan’. Perkataan iman yang berarti ‘membenarkan’ itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam surah al-Taubah ayat 62 yang bermaksud: “Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman.”
Para sahabat dan ulama telah mendefinisikan istilah iman ini, antara lain, seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. : “Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota.” Aisyah r.a. berkata: “Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.” Imam al-Ghazali menguraikan makna iman: “Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).”
Kesimpulannya, bahwa iman itu keyakinan yang dibenarkan oleh hati, diikrarkan dengan lisan dan dibuktikan dengan perbuatan.
——————-

Pendidikan IMAN kepada Nabi Musa a.s
Suatu ketika Nabi Musa a.s mengalami sakit pada perut nya, kemudian beliau mengadukan penyakit nya ini kepada ALLAH Subhaanahuuwataala.
Maka ALLAH Subhaanahuuwataala wahyukan kepada Nabi Musa a.s agar memakan pucuk pucuk kayu, maka asbab dari makan pucuk kayu tersebut sembuhlah Nabi Musa a.s. dari sakit perut nya.
Kemudian pada lain ketika Nabi Musa a.s mengalami lagi sakit perut, tetapi kali ini beliau tidak mengadukan nya kepada ALLAH Subhaanahuuwataala, beliau langsung saja mencari pucuk pucuk kayu dan memakannya.
Namun yang terjadi kali ini bukan sakit perutnya menjadi sembuh, malah sakit perut nya semakin bertambah jadi.
Kemudian Nabi Musa a.s mengadukan perkara ini kepada ALLAH Subhaanahuuwataala.
“Ya ALLAH mengapa setelah makan pucuk kayu ini sakit perut ku makin bertambah jadi, bukankah dulu dengan memakan pucuk kayu ini sakit perut ku menjadi sembuh, tapi sekarang setelah memakan nya sakit perutku malah makin bertambah parah?” demikian tanya Nabi Musa a.s
“Wahai Musa” jawab ALLAH dalam Firman NYA
“Sesungguhnya Yang Menyembuhkan sakit perut mu bukanlah pucuk-pucuk kayu itu, Yang Menyembuhkan nya adalah AKU” demikian Firman ALLAH Subhaanahuuwataala kepada Nabi Musa a.s
Pelajaran yang dapat kita petik adalah :
Dulu ketika pertama kali Nabi Musa a.s mengalami sakit perut, beliau teringat kepada ALLAH Subhaanahuuwataala, dan beliau mengadukan penyakitnya kepada ALLAH Subhaanahuuwataala, ketika itu IMAN beliau dalam keadaan benar.
Tetapi pada kali berikutnya ketika Nabi Musa a.s mengalami sakit perut lagi, yang ada dalam pikiran beliau adalah pucuk pucuk kayu, beliau tidak teringat lagi kepada ALLAH Subhaanahuuwataala, tidak mengadukannya lagi sakitnya kepada Subhaanahuuwataala.
Saat itu lah sesungguhnya IMAN beliau sedang rusak, karena ada keyakin kepada selain ALLAH Subhaanahuuwataala, yakin kepada pucuk pucuk kayu.
sumber asal: blog "hamba"
Related Posts with Thumbnails