Rabu, 22 Oktober 2008

Dia Menangis Lagi..



Istighfar. Istighfar. Istghfar. Istighfar lagi. Dengan nama Allah dia mula berbicara.
“Menangis kerana seronok” dan “seronok kerana menangis”. Dua perkara yg berbeza. Sangat berbeza. Menangis kerana seronok itu perkara biasa. Bole jadi, seseorang menangis terharu kerana kejayaannya, atau menangis kerana seronok dapat sesuatu/hadiah. Lain pula bagi ini. Seronok kerana menangis pula bermakna dia seronok apabila dia mula sedar akan kehadiran tangisannya. Tangisannya yang bermakna, semestinya! Insyaallah, asbab tangisannya, hatinya seronok. Allah leraikan segala kekusutan dalam hatinya melalui tangisannya. Dia berasa lega. Tenang sekali. Hilang gelisah. Alhamdulillah.
Dia nampak bersedih, mengalirkan air mata tanpa henti-henti utuk beberapa jangka masa. Sebenarnya itulah kegembiraan bg dia. Apabila dia menangis mengingati Allah, satu kedamaian yg luar biasa yang dirasainya. Dia selalu dambakan itu. Menangis kerana Allah semata-mata. Kerana sifat Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya tentang hajat hambanya itu, diberiNya ujian demi ujian pada dia. Kerana apa?.. kerana Allah tahu, itu yang hambanya perlu. Dia pernah berdoa,jika dia lalai, dia mohon petunjuk dan sedarkan dia secepat mungkin. Dan dia berdoa lagi, jika dia bersedih dan menangis bagai nak rak!..itu pon kerana Allah semata-mata. tiada yang lain. Sangat lah rugi bg dia jika air matanya yang mengalir itu dibazirkan kerana selain-Nya. Keseronokan dia dalam kesedihan dia. Teringat dia akan kata-kata Rabiah Adawiyah;
Ketenanganku, wahai saudara-saudaraku adalah di dalam khalwatku.
Di tempat khalwatnya, Rabi’ah menghabiskan waktunya dalam berdoa, merendah diri serta menangis kerana takut dan rindu pada Allah. Tercabar dia!. Ramai xfaham dia. Hanya Allah yang faham dia. Dia menangis, menangis, dan menangis lagi. Hati dia menangis saat dia menyebut nama Allah, matanya mengalirkan butiran demi butiran mutiara jernih. Masyaallah, dia menangis lagi. Kerana apa?. Kerana air mata yang mengalir itu pon nikmat dan rahmat dr Allah. Tiada daya dia melakukan sesuatu dan mengelak sesuatu kalau bukan kerana izin dan kehendak Allah.
Dia teringt lagi kisah tentang Rabiatul Adawiyah. Masyaallah. Sangat hebat cintanya terhadap Allah. Tersentuh hati dia. Semakin tercabar dia. Segala amal yang dilakukan oleh Rabiah Adawiyah hanyalah semata-mata kerana Allah. Tiada tujuan dunia. Dan bukan juga kerana tujuan/ganjaran akhirat. Astagfirullahalazim. Cinta Allah. Nikmatnya cinta Allah. Terdetik dalam hati dia. Dia juga ingin merasai nikmatnya bercinta dengan Allah. Dia cemburu. Dia juga ingin mencintai Allah. Dia menangis lagi!.
Terbayang pulak dia ayat-ayat yang dikatakan Rabiah dalam pembacaan dia sebelum ini;
“Perbanyaklah zikir, kerana zikir itu akan membahagiakanmu di dalam kubur. Itulah amalan yang dapat mendekatkan dirimu kepada Allah”.
Tasbih di tangan dia semakin galak bergerak. Mulutnya semakin rancak menyebut nama Allah. Hatinya semakin kuat menghayati setiap perkataan yang dilafazkan dr mulut dia. Dia tahu dan yaqin! Itulah salah satu cara/asbab bg dia utuk mendekatkan diri dia kepada Allah. Hanya mengigati Allah hati dia menjadi tenang. Jiwanya tenteram. Nafsunya terkawal. Rohaninya kaya dan kenyang. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. Bisik hati dia berulang kali. Syukur kerana, Allah jua yang bawa dia untuk mengingati Allah. Syukur lagi dia, kerana Allah tdk membawa dia mencari ketenangan melalui selain dr-Nya. Alhamdulillah. Sebanyak-banyak pujian hanya pada Allah.
Sesekali rasa malu pada Allah menebal dalam hati dia. Sesekali? Tak sepatutnya sesekali. Perlu sentiasa. Malu pada Allah. Malu sangat dia pada Allah. Tp, apa kan daya. Walaupun malu dia tetap mahu. Mahu cinta Allah. Masyaallah. Dia tidak peduli samada dia layak atau tdk layak utk menerima cinta Allah. Dia tetap berusaha utk melayakkan diri dia. Kerana dia yaqin dgn kudrat Allah.
“Lailahaillallah”.. kalimah toyyibah yang menggetarkan seluruh pelusuk tubuh dia terutama hati dia. Masyallah. Berdiri bulu roma dia, berdebar-debar jantung dan hati dia. Seronok campur malu campur takut campur rindu campur terharu, semuanya digaul sebati. Sehingga dia merasakan akan siapa dia sebenarnya. Masyaallah. Semakin tebal rasa kehambaan dia. Hamba kepada Allah. Hamba Allah!. Semakin tawajjuh dia pada Allah. Hanyut dia dalam dakapan cinta Allah, cita-cita dia.
Langkah dia kerana Allah. Lihat dia kerana Allah. Dengar dia kerana Allah. Tutur dia kerana Allah. Sentuhan dia kerana Allah. Takut dia kerana Allah. Berani dia kerana Allah. Geram dia kerana Allah. Benci dia kerana Allah. Suka dia kerana Allah. Hibur dia kerana Allah. Senyum dia kerana Allah. Sedih dia kerana Allah. Cinta dia pada makhluk juga kerana Allah. Tiada lain dalam hati dia. Hanya Allah. Menangis lagi dia. Doalah dia seperti kebiasaan doa Rabi’ah;
Tuhanku aku berlindung kepadaMu daripada segala yang menyibukkan aku untuk tidak mengingati-Mu, atau daripada segala sesuatu yang menjauhkan aku dari-Mu. Wahai penawar hatiku, yang mengabulkan segala cita-citaku, perbaikilah hubunganku dengan-Mu, supaya jiwaku akan terubat.

Aduh, dia menangis lagi..kerana terlalu rindu dambakan cinta Allah. Allahu ’alam.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails