Allahuakbar!.. hmm..agak lama saya meninggalkan dunia blog ni. lebih kurang 2weeks. itu bukan lah baik bg saya. kerana apa? kerana kuranglah catatan peringatan utk diri saya.. perhaps~. Alhamdulillah, baru sekarag berkesempatan. dalam tempoh itu hati saya ni..agak "tergedik-gedik" la nak update blog. tp asyik xberkesempatan kerana kekalutan duniawi..huhu. Allahuakbar!..iman saya ni macam mana ni?. takut rasa!.. takut dikuasai oleh sindiket2 yang menjahanamkan HATI. Astaghfirullahalazim.
Engkau lebih memerlukan maaf dan kesabaran Allah, ketika engkau berbuat taat, melebihi daripada keperluanmu ketika engkau berbuat maksiat dosa.
Kemuliaan seorang hamba hanya ketika bersandar diri kepada Tuhannya, dan jatuh seorang hamba bila ia melihat dan berbangga dengan dirinya sendiri. Sedang manusia ketika berbuat taat merasanya dirinya telah baik lalu berbangga dgn amal perbuatannya itu, kemudian menghina orang lain. Padahal amal perbuatannya itu jika diperhatikan dalam hal keikhlasannya tdk mungkin akan diterima, bahkan amal itu semua hanya amal perbuatan yg palsu dan tdk berharga disisi Allah. Allah telah menurunkan wahyu kepada seorang Nabi: Beritahukan kepda hamba-hambaKu yg siddiqin (yg sunguh2 beribadat kpdKu), janganlah kamu tertipu oleh kesombongan dengan amal perbuatanm itu, kerana apabila Aku menegakkan benar-benar keadilanKu pasti Aku menyiksa mereka dan tdk(bukan) satu kezaliman terhadap mereka. Dan katakan pada hamba-hambaKu yg telah berbuat dosa: Janganlah kamu berputus harapan dr rahmatKu, sebab tdk ada satu dosa pon yg tdk dpt aku ampunkan.
Abu Yazid Al-Bustamy berkata: Taubat kerana berbuat maksiat itu cukup hanya satu kali, sedang berbuat taat yg diliputi oleh ujub sombong itu berubah menjadi maksiat yg besar, dan orang tdk akan menyedarinya. Sebagaimana terjadi jatuhnya iblis dr singgasana kehormatannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan