
“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.” (al-Hajj: 32)
Renungan bersama dalam memburu CinTa yang terAgung iaitu CinTA Allah YME. Firman Allah: Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Al ‘Ashr] "Allahumma faqqihhna fiddeen. Ameen."


Allah Taala berfirman; “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” el Baqarah (2:186)Micro teaching berjalan dgn lancar sekali.. Alhamdulillah. La haula wala quata illa billah.
Sesungguhnya Dia lah Maha Berkuasa atas segala-galanya.. Alhamdulillah..
Dia lah yang memberikan idea-idea bernas untuk diaplikasikan... Alhamdulillah..
"Ya Allah... Ya Rahman.. Ya Rahim.. Engkaulah pemilik segala kerajaan.. Engkau Maha Kuasa atas segala-segalanya.. Ampunilah segala dosa-dosa hambamu ini Ya Allah.. Ya Allah, jika aku beroleh kejayaan, jadikanlah sesuatu kejayaan itu yang terbaik untukku di dunia dan akhirat.. dan jika aku beroleh kegagalan, jadikanlah sesuatu kegagalan itu adalah yang terbaik untukku di dunia akhirat.. Astaghfirullahalazim.." Ameen...
Allahu'alam..




Apabila kamu selesai mengerjakan haji, ingatlah Allah sebagaimana kamu mengingati bapa-bapa kamu atau lebih lagi. Sebahagian manusia berkata (berdoa): “Wahai Tuhan kami ! kurniakanlah kebajikan di dunia kepada kami”. Maka tiada habuan baginya di akhirat. Sebahagian mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami ! kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kamia daripada azab neraka". Mereka orang yang akan mendapat habuan yang baik daripada apa-apa yang mereka usahakan. Allah amat segera pengiraannya. [al-Baqarah: 200-202]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! [Yunus:9-10]
Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (DzatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada ditempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu". Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajallaNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pingsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)". [al-Araf: 143]
Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan waktu pagi". [al-Imran: 41]