Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Selawat ke atas Rasulullah s.a.w.
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” [Al-Mulk:2]
Mengingati mati adalah sebaik-baik nasihat.
Mengingati mati..
Kau lupa akan kejahatan orang padamu..
Kau abaikan kesakitan yang kau terima dari mereka..
Apa yang kau fikir?
Mencari keredhaan Allah..
Takut akan kemurkaanNya..
Menyelongkar kejahatan diri..
Mencari kesalahan diri terhadap sesama makhluk Allah.
Kau lebih bermurah hati terhadap mereka..
Memberi maaf pada mereka..
mudah bagi mu.. Alhamdulillah..
Kerana apa?
Kerana kau senantiasa rasa bersalah pada mereka..
Kau khuatir jika kau pernah menyakiti mereka..
Biar..
Biarkan mereka menyakiti kau..
Tetapi, jangan sesekali kau sengaja menyakiti mereka..
Jangan sekali menyakiti..
Jangan sesekali..
Astaghfirullahalazim..
Tiada lain yang kau fikir..
Apa kau fikir?
Fikiran kau hanya satu..
Balasan terhadap perbuatan mu..
Balasan baik pada yang baik..
Balasan buruk pada yang buruk..
Itu janji PenciptaMu..
Pada hamba-hambaNya..
Astaghfirullahalazim..
Nawaitu kau…
Bagaimana?
Mengingati mati…
Nescaya..
Nawaitu kau hanya pada Yang Esa..
Kerana apa?
Sangatlah rugi..
Jika perbuatan yang baik..
Disertai oleh nawaitu yang..
Tersasar dari Yang Maha Esa..
Rugi..
Sangat rugi..
Astaghirullahalazim..
Kerana Kau tahu..
Kerana kau yaqin..
Hanya Dia yang Berkuasa..
Berkuasa terhadap dirimu..
Berkuasa atas segala-galaNya..
Yang hanya dengan limpahan RahmatNya..
Kau terselamat..
Terselamat dari azabnya..
Astaghfirullahalazim..
Rasailah..
Rasailah saratnya CintaNya..
saratNya kasih sayangNya..
padamu..
kenapa kau tidak memikirkannya?
Astaghfirullahalazim..
Lindungilah daku dari kejahatn yang menipuku dari kemanisan iman. Bawalah daku kearah Cinta SuciMu. Berikan daku keredhaan dan SyurgaMu. Astaghirullahalazim.. Ameen.