Selasa, 7 April 2009

tutup..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



memerhati, berfikir, zikrullah


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Astaghfirullahalazim.. terlalu banyak yang ingin saya share bersama kamu. share apa?. Maksud saya.. share ilmu la. kerana terlalu banyak lah.. tetiba macam ter"stuck". hmm.. macamana tu?. Astaghfirullahalazim.. aduhai Atikah2.. mungkin bercampur2. campur?. hmm.. mungkin penulisan saya kali ini tidak membawa erti apa2 pada sesiapa pon. hanya sekadar "mencoretkan sesuatu" ditengah-tengah lautan ke"busy"an yg melampau. ha?! Melampau sangat ke?..huhu.. (aiceh!, nak habaq kat orang la konon kata busy.. hehe.. maaf ye.. banyak mengarut pulak saya ni.. ishk2..) ntahla. Allahualam.


Sejak kebelakangan ni, saya lebih suka memantau-mantau blog orang. santai sambil kutip mutiara. Insyaallah. Alhamdulillah.


Memerhati... Berfikir... Muhasabah.. Mengenang.. Menilai.. Melawan.. Membina.. dan macam2 lagi yg melibatkan "minda" , "otak", "jiwa", lagi apa? yang penting berkaitan "kerohanian".. hmm.. macam mana tu?. Astaghfirullahalazim..


Suka saya nak ingtkan diri saya dan pada sesiapa yang suka nasihat. Suka perkataan-perkataan yang membuatkannya cinta Allah.. sayang Allah.. rindu Allah.. takut pd Allah.. malu pada Allah.


Suka betol saya pada buku "Terjemahan Al-Hikam Pendekatan Pengabdian Pada Al-Khaliq - Syaikh Ibnu Atho'illah" .. hmm.. Subhanallah.. suka.. suka.. suka.. :)


Suka disini.. bukanlah bermaksud.. suka riang yang melampau tu... suka yang saya maksudkan, adalah suka.... ala, suka.... well... u know "suka" kan?... Astaghfirullahalazim. xpaham jugak?. abaikan.


Jadi disini, apa kata saya lampirkan sedikit dr kata-kata Ibnu Atho'illah. Nak tak?.. SO, moga-moga bila mebacanya.. hayatinya.. renungkan.. insyaallah menjadi asbab utuk mendapat kasih sayang Allah.. Masyaallah..


dengan syarat: "mata memerhati, akal berfikir, hati zikrullah"


Tutup Allah itu terbahagi dua iaitu:

[1] tertutup dari berbuat maksiat (dosa) dan

[2] tertutup dalam perbuatan maksiat (dosa).


Manusia pada umunya meminta kepada Allah supaya ditutupi dalam perbuatan maksiat, kerana khuatir jatuh kedudukannya dalam pandangan sesama manusia, tetapi orang-orang yang khusus meminta kepada Allah, supaya ditutupi daripada maksiat (dosa), jangan sampai berbuat dosa kerana takut jatuh dari pandangan Allah.


Allahualam. Astaghfirullahalazim..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails