Sabtu, 22 Ogos 2009

Semalam..


Hari ini berapa haribulan?
ya, 22 Ogos..
semalam?
21 Ogos..
Astaghfirullahalazim..
Ampuni aku Ya Allah.
Aku begitu jahil lagi lalai mengingatinya!..
Astaghfirullahalazim..
Saudaraku disana..
Maafkan aku...
Astaghfirullahalazim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

HADIS BAITUL MAQDIS
Sabda Rasulullah SAW.
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Illahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian. Para sahabat bertanya, “Di manakah mereka itu, ya Rasul Allah?” Baginda menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya.”’




Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Pihak bomba tidak hadir menghulur bantuan dan saluran paip air menuju ke Masjid Al-Aqsa juga ditutup. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Namun, kemusnahan Masjid Al-Aqsa melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi keluasan asal kawasan masjid.Orang-orang Yahudi kemudian berpura-pura membuat pengadilan terhadap Michael Rohan. Michael Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria. Pihak Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan ‘gila’ atau tidak waras. Namun, Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini kerana mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut. Atas sebab ketidak-warasannya, Michael Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Kini, setelah 40 tahun pembakaran Masjid Al-Aqsa, masih ada ribuan lagi anggota kelompok pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa yang diberkati itu. Isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah. Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.
21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis. Sambutan al-Quds bukan sambutan ‘hari agama’, atau sebahagian dari tuntutan syariat Islam. Ia hanyalah sebahagian dari usaha untuk mengingatkan kembali umat Islam tentang tanggungjawab mereka terhadap Masjid al-Aqsa dan membela tanah suci Islam yang telah dicemari oleh musuh-musuh zionis.

Mudah-mudahan dengan penghayatan hari al-Quds ini membangkitkan semangat jihad umat untuk terus berjuang membebaskan al-Aqsa dan Baitul Maqdis dari ancaman musuh zionis. Kita pelu mengenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid Al-Aqsa dalam aqidah umat Islam. Isu ini perlu ditekankan kepada masyarakat kita agar mereka sedar tanggungjawab kita dan realiti umat Islam masa kini. Lakukanlah apa sahaja yang kita mampu. Boikot, doa, pendidikan tentang isu ini atau apa sahaja yang kita mampu sebagai saudara seagama mereka.

21 Ogos setiap tahun adalah Hari Memperingati Al-Quds Sedunia.

Astaghfirullahalazim. Allahualam.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails