v Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “ Sesiapa yang menunaikan satu perkara fardhu padanya iaitu pada bulan ramadhan, seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardhu pada bulan yang lain”.
2. Melakukan Amalan Sunat
v Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan melakukan kebaikan pada bulan Ramadhan, seolah-olah dia telah melakukan perkara fardhu pada bulan yang lain”.
3. Memberi Makan Untuk Orang Yang Berbuka Puasa
v Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud” Sesiapa yeng memberi makan kepada orang yang berpuasa ( sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan tengkuknya daripada api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun” Kami bertanya “ Wahai Rasulullah, tidak semua dari kalangan kami memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa”. Lalu Baginda menjawab “Allah akan memberi ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada rang yang berpuasa walau dengan seteguk susu, tamar atau air. Barangsiapa yang memberi makan sehingga kenyang orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum dengan air telagaku di mana orang yang meminumnya tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke syurga”.
4. Memperbanyakkan 4 Perkara Iaitu:
i. Lailahaillallah
ii. Istighfar
iii. Doa supaya dimasukkan ke dalam syurga
iv. Dilindungi dari api neraka
v Sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud.” Hendaklah kamu memperbanyakkan 4 perkara berikut: Dua daripadanya akan membuatkan Allah redha terhadap orang yang melakukannya
sementara dua perkara lagi adalah sesuatu perkara yang sangat perlu bagi kamu. Dua perkara yang menjadikan Allah redha terhadap pelakunya ialah syahadah lailahaillallah dan memohon keampunan keadaNya. Sementara dua perkara yang sangat diperlukan itu ialah memohon kepada Allah syurga dan berlindung kepadaNya daripada api neraka’.
5. Membaca Al- Quran
v Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud.” Barangsiapa yang membaca Al-Quran lalu dizahirkan dalam kehidupannya, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan dia dapat memberi syafaat kepada 10 orang daripada ahli keluarganya yang sepatutnya dimasukkan ke dalam api neraka”.
6. Bersedeqah
v Ibnu Abbas menyatakan “ Rasulullah s.a.w adalah seorang yang paling pemurah dan waktu yang paling pemurah sekali bagi Baginda s.a.w ialah pada bulan Ramadhan”.
7. Menghidupkan Malam-Malam Ramadhan Dengan
Solat Terawih
v Mengerjakan solat terawih adalah sunat muakkad kepada orang lelaki dan perempuan kerana ia telah menjadi amalan Baginda s.a.w dan khulafa’ Ar-Rasyidin.
8. Beriktikaf
v Daripada Aisyah r.a berkata “Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada 10 hari teraknir Ramadhan sehinggalah baginda wafat,kemudian isteri-isteri Rasulullah melakukan iktikaf selepas wafatnya Nabi s.a.w”.
9. Menghidupkan Malam Eidulfitri
v Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang menghidupkan malam Eidulfitri dengan mengharapkan keredhaan daripada Allah, hatinya tidak akan mati ketika orang lain mati”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan