Khamis, 30 Oktober 2008

Surat Dari Fatimah

Surat dari Fatimah



Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal didaerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikandan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun karena mereka tidak dapat menemukannya, pasukanAS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri. Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diselundupkan keluardari penjara Abu Gharib, surat ini menggambarkan penderitaan para tawananwanita akibat perbuatan terntara AS. Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad , mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq ! *Mafkarat al-Islam* berhasil mendapatkan salinan surat tersebut.



Bismillahirrahmanirrahiim.* **Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered,nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.* [*Qur*an*,Surat 112 *al-Ikhlas*]* *Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai arti yang mendalam bagisaya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.* *Saudaraku mujahidin di jalan Allah* Apa yang dapat kukatakan padamu?* *Sayakatakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yangdilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka telah menodai tubuhkami,meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkankeleher-leher kami. Allahu Akbar.* *Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidaktahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu, dan Allah akan memintatanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak.** **Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali merekamendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya.. Padahalkami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah padaAllah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Janganbiarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosakami,sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisiAllah. Takutlahpada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) tank dan pesawatmereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb.* *Saya saudaramu karena Allah. Mereka memperkosa saya lebih darisembilan kalidalam satu hari. Bisakah kau bayangkan? Bayangkansalah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belummenikah..* *Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua.* *Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, danmembiarkan kami telanjang.. Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kamitelah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentara memukulnyadi dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya. Gadis itu kemudianbunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, karena dia sudahtidak sanggup menerima ini. Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, sayamemaklumi perbuatannya** *Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya,sesungguhnya Dia Maha engampun.* *Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kamibersama para tentara itu, agar kami bisa beristirahat dalam damai.* *Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami** * Waa Mu*tasimah!.* *



*Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir.* *Hatta mataa haadza s-sukuut !!* *Ini yang sudah kesekian kalinya terjadi..* *Entah berapa lagi akan segeramenyusul* *Kemaren, hari ini dan besok* *Begitu seterusnya..* *Ya Rabbnasyku ilaika da'fa quwwatina*Wa qillata hiilatina *Allahumma n-shurna nashran adziima**Allahuma 'alaika bil haaula l-kuffar**Allahuma 'alaika biman adzaa l-muslimin..******Apakah perasaan kalian selepas membaca?******



Lelaki..

Dulu,

Bila di sebut lelaki,

Wanitanya mendongak megah,

Lelaki kami Asadullah, saifullah,

Tokoh kami ramai tak terkira,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya menunduk lemah,

Tokoh kami sedikit sekali,

Ramainya boneka Yahudi.



Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya tenang hati,

Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mahu cabut lari,

Lelaki khianat, perogol bersiri.



Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,

Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,

Ribuan wanita suci dipenjara,

Fatimah diperkosa minta dibela,

Lelaki tunduk tak bertenaga.



Dulu,

Bila wanita dibawah jagaannya,

Lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda.

Kini,

Bila wanita dibawah jagaannya,

Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanitanya dibiar bebas, binasa.



Dulu,

Lelaki menggadai harta dan nyawa,

Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama,

Demi nafsu, dunia dan seisinya,



Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah,

Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,

Lelaki hanya menyanjungi sejarah,

Diri bermalasan tenaga tak dikerah.



Dulu,

Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,

AL-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

Hingga sanggup membunuh.



Dulu,

Lelaki bersatu menghadapi musuh,

Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,Lelakinya berpuak dan berpecah,

Sesame sendiri saling bertelingkah.



Kembalilah lelakiku,

Pada kelakianmu,

Kami rindu lelaki dulu,

Acuan madrasah rasul.



(sajak oleh Fatimah Syarha diambil dari novel SMK)

Rabu, 22 Oktober 2008

Dia Menangis Lagi..



Istighfar. Istighfar. Istghfar. Istighfar lagi. Dengan nama Allah dia mula berbicara.
“Menangis kerana seronok” dan “seronok kerana menangis”. Dua perkara yg berbeza. Sangat berbeza. Menangis kerana seronok itu perkara biasa. Bole jadi, seseorang menangis terharu kerana kejayaannya, atau menangis kerana seronok dapat sesuatu/hadiah. Lain pula bagi ini. Seronok kerana menangis pula bermakna dia seronok apabila dia mula sedar akan kehadiran tangisannya. Tangisannya yang bermakna, semestinya! Insyaallah, asbab tangisannya, hatinya seronok. Allah leraikan segala kekusutan dalam hatinya melalui tangisannya. Dia berasa lega. Tenang sekali. Hilang gelisah. Alhamdulillah.
Dia nampak bersedih, mengalirkan air mata tanpa henti-henti utuk beberapa jangka masa. Sebenarnya itulah kegembiraan bg dia. Apabila dia menangis mengingati Allah, satu kedamaian yg luar biasa yang dirasainya. Dia selalu dambakan itu. Menangis kerana Allah semata-mata. Kerana sifat Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya tentang hajat hambanya itu, diberiNya ujian demi ujian pada dia. Kerana apa?.. kerana Allah tahu, itu yang hambanya perlu. Dia pernah berdoa,jika dia lalai, dia mohon petunjuk dan sedarkan dia secepat mungkin. Dan dia berdoa lagi, jika dia bersedih dan menangis bagai nak rak!..itu pon kerana Allah semata-mata. tiada yang lain. Sangat lah rugi bg dia jika air matanya yang mengalir itu dibazirkan kerana selain-Nya. Keseronokan dia dalam kesedihan dia. Teringat dia akan kata-kata Rabiah Adawiyah;
Ketenanganku, wahai saudara-saudaraku adalah di dalam khalwatku.
Di tempat khalwatnya, Rabi’ah menghabiskan waktunya dalam berdoa, merendah diri serta menangis kerana takut dan rindu pada Allah. Tercabar dia!. Ramai xfaham dia. Hanya Allah yang faham dia. Dia menangis, menangis, dan menangis lagi. Hati dia menangis saat dia menyebut nama Allah, matanya mengalirkan butiran demi butiran mutiara jernih. Masyaallah, dia menangis lagi. Kerana apa?. Kerana air mata yang mengalir itu pon nikmat dan rahmat dr Allah. Tiada daya dia melakukan sesuatu dan mengelak sesuatu kalau bukan kerana izin dan kehendak Allah.
Dia teringt lagi kisah tentang Rabiatul Adawiyah. Masyaallah. Sangat hebat cintanya terhadap Allah. Tersentuh hati dia. Semakin tercabar dia. Segala amal yang dilakukan oleh Rabiah Adawiyah hanyalah semata-mata kerana Allah. Tiada tujuan dunia. Dan bukan juga kerana tujuan/ganjaran akhirat. Astagfirullahalazim. Cinta Allah. Nikmatnya cinta Allah. Terdetik dalam hati dia. Dia juga ingin merasai nikmatnya bercinta dengan Allah. Dia cemburu. Dia juga ingin mencintai Allah. Dia menangis lagi!.
Terbayang pulak dia ayat-ayat yang dikatakan Rabiah dalam pembacaan dia sebelum ini;
“Perbanyaklah zikir, kerana zikir itu akan membahagiakanmu di dalam kubur. Itulah amalan yang dapat mendekatkan dirimu kepada Allah”.
Tasbih di tangan dia semakin galak bergerak. Mulutnya semakin rancak menyebut nama Allah. Hatinya semakin kuat menghayati setiap perkataan yang dilafazkan dr mulut dia. Dia tahu dan yaqin! Itulah salah satu cara/asbab bg dia utuk mendekatkan diri dia kepada Allah. Hanya mengigati Allah hati dia menjadi tenang. Jiwanya tenteram. Nafsunya terkawal. Rohaninya kaya dan kenyang. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. Bisik hati dia berulang kali. Syukur kerana, Allah jua yang bawa dia untuk mengingati Allah. Syukur lagi dia, kerana Allah tdk membawa dia mencari ketenangan melalui selain dr-Nya. Alhamdulillah. Sebanyak-banyak pujian hanya pada Allah.
Sesekali rasa malu pada Allah menebal dalam hati dia. Sesekali? Tak sepatutnya sesekali. Perlu sentiasa. Malu pada Allah. Malu sangat dia pada Allah. Tp, apa kan daya. Walaupun malu dia tetap mahu. Mahu cinta Allah. Masyaallah. Dia tidak peduli samada dia layak atau tdk layak utk menerima cinta Allah. Dia tetap berusaha utk melayakkan diri dia. Kerana dia yaqin dgn kudrat Allah.
“Lailahaillallah”.. kalimah toyyibah yang menggetarkan seluruh pelusuk tubuh dia terutama hati dia. Masyallah. Berdiri bulu roma dia, berdebar-debar jantung dan hati dia. Seronok campur malu campur takut campur rindu campur terharu, semuanya digaul sebati. Sehingga dia merasakan akan siapa dia sebenarnya. Masyaallah. Semakin tebal rasa kehambaan dia. Hamba kepada Allah. Hamba Allah!. Semakin tawajjuh dia pada Allah. Hanyut dia dalam dakapan cinta Allah, cita-cita dia.
Langkah dia kerana Allah. Lihat dia kerana Allah. Dengar dia kerana Allah. Tutur dia kerana Allah. Sentuhan dia kerana Allah. Takut dia kerana Allah. Berani dia kerana Allah. Geram dia kerana Allah. Benci dia kerana Allah. Suka dia kerana Allah. Hibur dia kerana Allah. Senyum dia kerana Allah. Sedih dia kerana Allah. Cinta dia pada makhluk juga kerana Allah. Tiada lain dalam hati dia. Hanya Allah. Menangis lagi dia. Doalah dia seperti kebiasaan doa Rabi’ah;
Tuhanku aku berlindung kepadaMu daripada segala yang menyibukkan aku untuk tidak mengingati-Mu, atau daripada segala sesuatu yang menjauhkan aku dari-Mu. Wahai penawar hatiku, yang mengabulkan segala cita-citaku, perbaikilah hubunganku dengan-Mu, supaya jiwaku akan terubat.

Aduh, dia menangis lagi..kerana terlalu rindu dambakan cinta Allah. Allahu ’alam.

Selasa, 21 Oktober 2008

Mengundi..


Assalamualaikum wbt.. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Dari semalam sampai sekarang dr mesej nset hgga ke ym.. xputus2 saya terima mesej berbau cadangan calon utk diundi.huhu. Hari ini adalah hari utk saya jalankan tanggungjawab saya as students di UPSI. Ya! saya nak pergi mengundi insyaallah. kenapa kena mengundi ye?.. hmm, ada segelintir sahabat2 saya yang amek endah xendah bab politik kampus. itu bukan lah satu perkara yg bagus. Amek tau la jugak sket ye.. So, apa lagi! silalah jalankan tagunggjawab anda dan gunakan kuasa penuh anda utk mengundi calon yang anda rasa layak!. Suka saya tekankan bahawa 'layak' disini bermaksud seperti kata:


IMAM AS-SYAFEI -


5 Alat Kepemimpinan

1-Perkataan yang benar

2-Menyembunyikan rahsia

3-Menyempurnakan janji

4-Nasihat menasihati

5-Menunaikan amanah


Maka, disini.. saya seru marilah kita mengundi.. atas nama Allah, atas nama Islam. Buat apa2 pon tujuannya satu iaitu mencari redha Allah dan menarik pandangan serta Rahmat Allah, bukan menarik pandangan selainNya. Waallahualam.

Khamis, 16 Oktober 2008

Bila hati terjatuh Cinta..

Assalamualaikum wbt.. dalam kesendatan masa, saya sempat jalan2 ke blog2 laen.hehe. jadi sy tertarik entry bawah ini. jom hayatinya!.

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung
“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Sesak..


Sesak

Saya terasa sesak sangat-sangat saat ini. Macam nak nangis pon ada.. hati tu jgn kata la.. mmg dah meraung.. sesaknya! Astaghfirullahalazim.. Lahiriahnya mmg bole bernafas macam biasa. Sesak nafas sangat.. rohaninya sesak sangat! nak menaip ni pon terketar-ketar. Xtau la kenapa. Sesak tu mencengkam satu anggota badan. Ya! kerana hati saya sagt sesak effect abes kesemua anggota badan. Astaghfirullahalazim. Terbayang-bayang dosa hati saya yg banyak kat depan skrin laptop saya ni. Otak/minda masih celaru. Tp tgn saya masih galak menaip. Sy xtau kenapa nak teruskan juga penulisan saya ni. Ini bukan diari atau apa2. ini catatan utk pengajaran saya dan kamu semua yg mencari cinta Ilahi. Jagalah hati baik2. zikrullah bnyak2. Astaghfirullahalazim. Saya ada melakukan kesilapan besar! Kesilapan yg xsaya sangkakan. Niat hanya Allah je yang tahu. Xsangka tersasar dan mencetuskan konflik dek bende simple n remeh! Kenapa perlu pertikaikan itu??! Ya Allah saya sangt xpaham.. mungkin kamu yg terbaca entri saya kali ini, mesti tertanya-tanya kan?. Jadi, untuk tdk memeningkan kepala, abaikan. Just kutip mutiara sebanyak mungkin jika anda seorang pencari mutiara yg cekap! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!.. saya perlukan kekuatan! Allah! Allah! Allah! Allah! Ya Allah!.. aku menyebut namaMu ya Allah!..jangan biarkan aku berhenti dr menyebut namaMu Ya Allah.. hanya Engkau yang dapat tenangkan hatiku Ya Allah.. Astaghfirullahalazim.. Ya Allah, jika Engkau izinkan titisan air mata ini turun dan membasahi pipiku.. biarlah keranaMu semata-mata bukan selain dr Engkau Ya Allah.. Aku mohon itu Ya Allah. Ampunilah aku Ya Allah.. jauhilah aku dari kemurakaanMu... dan bawalah aku kejalan yg Engkau redhai Ya Allah.. Astaghfirullahalazim. Allahuakbar!..Ya! Allah sedang mendidik dan mengigatkan saya dengan penuh Kasih SayangNya Yang Maha Hebat! Astaghfirullahalazim.

Saat2 gni, Alhamdulillah, Allah izinkan saya membaca buku kesukaan saya (terjemahan Al-Hikam- pendekatan pengabdian pd Khaliq). Saya jupa ini. Jom baca. Saya suka share degan kamu!.

Tibanya saat-saat kesukaran (kemiskinan serba kekurangan sehingga merasa rendah dan hina diri), itu sebagai hari raya gembira bg para murid (yakni orang yg sedang melatih diri untuk taqarrub kepada Allah).

Saat-saat tibanya kesukaran bala menyebabkan manusia merasakan kerendahan dan kehinaan dan kemiskinan diri dihadapan Allah, itulah saat dan masa yang terbaik untuk mendekat kepada Allah. Kerana itu bagi seoarang murid (salik) yg sedang berjuang melawan nafsu, saat yg sedemikian itu sebagai saat kemenagan melawan hawa nafsu sehingga saat-saat yg saat-saat itu bg mereka bagaikan hari raya yang sangt menggembirakan, sebab tunduknya hawa nafsu, beerti hilangnya rasa kesombongan ujub atau besar diri.

Mungkin engkau mendapat kelebihan kurnia dan kebesaran dari Allah pada saat-saat ujian bala kesukaran itu, yang tak bisa engkau dapatkan dgn puasa dan sembahyang.

Berbagai macam ujian bala (serta kekurangan) itu, bagaikan hamparan untuk hidangan pemberian-pemberian kurnia Allah.

Apabila Allah akan memberi kurnia besar kepada seorang hambaNya, tetapi ternyata dari amal ibadah lahirnya tdk mencukupi utk menerima pemberian itu, maka Allah menguji padanya dgn bala, dan disitulah tertebusnya berbagai dosa, kemudian dinaikkan ke tingkat yang telah disediakanNya itu.

Jika Engkau ingin datangnya pemberian-pemberian kurnia besar dari Allah kepdamu, maka bersungguh-sungguhlah dalam mengakui (membuktikan) kehambaanmu itu iaitu kemiskinan, keperluan, kerendahanmu diahadapanNya.

Maksud firman Allah: sesungguhnya yang berhak menerima pemberian-pemberian (sedekah) itu, hanyalah mereka yang betul-betul fakir miskin.

Rabu, 15 Oktober 2008

Takutlah Allah

Assalamualaikum wbt.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji hanya bagi Allah Taala.

Allahuakbar!.. hmm..agak lama saya meninggalkan dunia blog ni. lebih kurang 2weeks. itu bukan lah baik bg saya. kerana apa? kerana kuranglah catatan peringatan utk diri saya.. perhaps~. Alhamdulillah, baru sekarag berkesempatan. dalam tempoh itu hati saya ni..agak "tergedik-gedik" la nak update blog. tp asyik xberkesempatan kerana kekalutan duniawi..huhu. Allahuakbar!..iman saya ni macam mana ni?. takut rasa!.. takut dikuasai oleh sindiket2 yang menjahanamkan HATI. Astaghfirullahalazim.

Engkau lebih memerlukan maaf dan kesabaran Allah, ketika engkau berbuat taat, melebihi daripada keperluanmu ketika engkau berbuat maksiat dosa.

Kemuliaan seorang hamba hanya ketika bersandar diri kepada Tuhannya, dan jatuh seorang hamba bila ia melihat dan berbangga dengan dirinya sendiri. Sedang manusia ketika berbuat taat merasanya dirinya telah baik lalu berbangga dgn amal perbuatannya itu, kemudian menghina orang lain. Padahal amal perbuatannya itu jika diperhatikan dalam hal keikhlasannya tdk mungkin akan diterima, bahkan amal itu semua hanya amal perbuatan yg palsu dan tdk berharga disisi Allah. Allah telah menurunkan wahyu kepada seorang Nabi: Beritahukan kepda hamba-hambaKu yg siddiqin (yg sunguh2 beribadat kpdKu), janganlah kamu tertipu oleh kesombongan dengan amal perbuatanm itu, kerana apabila Aku menegakkan benar-benar keadilanKu pasti Aku menyiksa mereka dan tdk(bukan) satu kezaliman terhadap mereka. Dan katakan pada hamba-hambaKu yg telah berbuat dosa: Janganlah kamu berputus harapan dr rahmatKu, sebab tdk ada satu dosa pon yg tdk dpt aku ampunkan.

Abu Yazid Al-Bustamy berkata: Taubat kerana berbuat maksiat itu cukup hanya satu kali, sedang berbuat taat yg diliputi oleh ujub sombong itu berubah menjadi maksiat yg besar, dan orang tdk akan menyedarinya. Sebagaimana terjadi jatuhnya iblis dr singgasana kehormatannya.

Related Posts with Thumbnails